Monday, May 22, 2017

Survivor Cooking

Aktiviti yang paling saya suka masa Program Teambuilding adalah aktiviti "Survivor Cooking".
Kami cuma diberi tiga ketul ayam, bawang merah, bawang putih, gula dan garam.
Bahan mentah lain kena cari sendiri.

Ikan kena pancing di sungai berdekatan.
Ubi kayu kena cari dalam hutan.
Begitu juga dgn serai, pandai, daun pisang, dan lain2... kena cari sendiri di hutan yg berhampiran.

Masa yang diberikan cuma dua jam.

Tiga lelaki setiap kumpulan kena pergi pancing ikan.
Banyak juga ikan segar yang dapat..
Ada patin, keli dan ikann merah.
Kumpulan kami pilih utk masak ikan keli.

Ni hasil setiap kumpulan selepas dua jam..

Kumpulan satu...
 Kumpulan 2...
Kumpulan 3...

Kumpulan kami menang untuk aktiviti ni.
Sedap tau chef kumpulan kami masak..
Sbb bukan saya chefnya... hahaha
Kalau saya yg jadi chef, mmg hancuss semua tak boleh makan agaknya.

Tapi serius sedap... ikan keli yang segar tu cuma buat sup.
Kena sangat cicah dengan air asam markisa...
Kejap jer licin semua makanan yg dihidangkan :)

NuKilaN:
 

Wednesday, May 17, 2017

WW ::: Janda baik

Tenangnya bila makan menghadap pemandangan begini...









 Kisah hujung minggu lepas..
Program Team Building di Janda Baik...

NuKilaN:
 

Monday, May 15, 2017

Ummi

Ibu yang saya panggil ummi..


Walau siapa pun kita,
Walau sehebat mana pun kita,
Walau berjaya setinggi langit pun kita,
Ia datang dari doa dan restu dari insan yang melahirkan kita,
Doa seorang IBU...

Terima kasih ummi besarkan kami lapan beradik dengan penuh kasih sayang..
Gambar: Ummi dikelilingi anak dan cucu.. Cucu dari lima orang anak...

Ya Allah, ampunilah segala dosa ibuku,
Kasihilah ibuku sebagaimana mereka mengasihi kami sedari kecil...

Dah hampir sepuluh tahun ummi diuji dengan penyakit stroke.
Dari badan yang berisi, sekarang makin kurus.
Semoga Allah berikan kekuatan kepada ummi atas ujian kesihatan yang ummi lalui.

Kami sayang ummi.
Tak pernah tak sayang :)

NuKilaN:
 

Tuesday, May 9, 2017

Aina 13 bulan

Baru beberapa minggu lepas letak ticker Aina di sidebar kanan...
 Ni yg saya screenshot semalam...
Sebab cantik jer nombornya...
1 tahun, 1 bulan, 1 minggu dan 1 hari...

Dah makin besar baby saya ni...
Dah pandai kejar burung pun...


Kat tangan tu tin kosong jer...
Dah rasa besar sgt bila dapat pegang tin minuman agaknya :)

NuKilaN:
 

Monday, May 8, 2017

Bila boleh beri anak2 smartphone??




Sumber dari sini..

Irfan dah lama merengek nak smartphone.
Tapi setakat ni dia masih lagi ok bila saya kata tak perlu.
Nanti boleh tunjukkan artikel ni pada dia.

Apa pula pendapat mommies: Umur yg sesuai utk hadiahkan anak smartPhone?


NuKilaN:
 

Tuesday, May 2, 2017

Senja nan merah

Nak belanja gambar senja di tepian pantai area rumah...
Subhanallah... Cantik sgt2...
Bawa danish mandi pantai...
Bukan main hepi dia main air...
Mana abg dan kakak? 
Kena tinggal kat rumah sbb dua2 lambat bersiap...

Bawa jugak Danish mandi pantai utk buat rawatan kulit Danish..
Yg tu saya akan cerita dlm entry lain...
Doakan semoga Danish cepat sihat...
Related Posts with Thumbnails