Tuesday, December 31, 2013

Penutup tirai 2013...

Entry penutup untuk tahun 2013....
Ya, saya betul-betul maksudkannya....
Terima kasih pada mommies yang sudi bertandang dan berkawan di alam maya ni...
Sudi tinggalkan komen di entry walau tak selalu sempat berbalas....
Komen yang kadang2 mengundang senyum dibibir....
Walau belum pernah bersua empat mata, tapi ukhwah tu tetap terasa...
Berkongsi rasa dan peristiwa...
Seolah-olah dah lama kita kenal...

Terima kasih atas sokongan semua..
Tahun 2013 rasanya entry yang paling banyak saya tulis...
Selamat tinggal 2013 yang meninggalkan seribu satu warna :)

Nota ummi,
Cepatnya masa berlalu. Januari 2014 maksudnya saya telah berada di tahun ketiga pengajian. Debaran makin terasa. Ya Allah, permudahkanlah urusanku dalam mendalami ilmu. Amin amin amin....

NuKilaN:
 

Monday, December 30, 2013

Beraya dgn buah-buahan

Budak-budak bertiga kat rumah ni memang suka sangat makan buah. Hinggakan ada kawan cakap, "Untungnya ummi dia... anak-anak tak pandang junk food, tapi pandang buah-buah. Kat sini boleh makan buah byk2 sebab murah."

Yup, setuju sgt dgn statement my friend tu. Kat sini buah sgt sgt sgt murah. Kat dapur memang selalu berisi bakul buah dgn buah-buahan. Bila cuaca sejuk, buah pun tahan agak lama. Maklum lah suhu dalam fridge hampir sama dgn suhu kat dapur :)

Hari Sabtu lepas, saja naik bas jalan-jalan ke Leeds. Bawa anak-anak ke pasar Leeds. Bukan main seronok mereka dapat ke sana. Malas pula nak snap gambar masa tu. Bila cuaca sejuk cenggini, mula la datang penyakit malas snap gambar tu, huhuhu.

Berbalik kepada tajuk entry, kenapa beraya dgn buah-buah? Sebabnya, buah2 kat pasar Leeds sgt2 murah. Sebelum ni dah rasa buah2 kat Bradford tu sgt murah. Buah kat Leeds lagi berganda-ganda murahnya.

Ni antara hasil rembatan.
Buah stoberi - tiga bekas mcm ni hanya dengan harga satu pound (RM5+). Satu bekas licin sebelum sempat balik rumah... beria Irfan pergi cari air nak basuh buah :)
Buah oren dan plum.
Buah plum tu pun sama, tiga bekas utk satu pound. Tu pun terbeli awal, bila jalan2, terjumpa yg jual empat bekas plum dgn harga satu pound. Tapi tiga bekas pun bukan main banyak lagi, apatah lagi kalau empat bekas. Gambar yg snap tu pulak rasanya dah luak dlm satu bekas.

Buah oren pula 20 biji utk satu pound. Tengok la, tinggal lagi 9 biji jer yg sempat disnap gambar. Masa entry ni ditaip, mmg semua oren dah licin. Tiga-tiga mmg hantu limau- eh bukan tiga, lima sbb termasuk ummi dan abah :)

Buah pisang ni pulak 3 sikat utk satu pound. Saja beli yang dah terlebih masak sbb nak buah kek pisang atau cekodok. Sampai rumah, tinggal lagi satu sikat dan tiga biji pisang. Lagi sesikat stgh dah selamat mereka adik beradik makan semasa tunggu bas dan on the way :)

Nota ummi,
Lepas taip entry ni baru BW ke blog Atie. Sedih pula bila baca komen2 tentang kenaikan harga. Sampai bila rakyat kena menanggung semua kenaikan, erm... 

Saturday, December 28, 2013

Malam

Ni gambar kat tgh2 Bradford di waktu malam...

Jam baru pukul 4 tapi dah gelap. Maklumlah maghrib pkl 3.52 pm.
Sebab tu kat sini selalu refer 4pm kot.
Kadang2 4pm boleh jadi siang dan juga boleh jadi malan bergantung kepada musimnya :)
Tapi macam pelik aje kan nak sebut 4 malam?
Skrang ni masa siang beransur-ansur jadi panjang sbb dah melepasi hari yang terpendek dalam tahun 2013 pada 21 Dec yg lalu.

NuKilaN:
 

Thursday, December 26, 2013

Shopping @Asda

Dah lama tak bawa anak2 shopping groceries. Biasanya shopping online kat Tesco jer. Kebetulan ada Asda baru buka di area rumah kami. Tak de la baru sangat, tapi dalam tahun ni. Anak2 belum pernah ke sana. Saya jer pernah ke sana sekali tumpang member. Bila tgk jarak yang agak dekat, mula la berangan nak bawa anak2 shopping kat sana.

Berjalan la kami anak-beranak utk shopping ke Asda. Lupa pula nak tgk ambil masa berapa minit. Tapi anak2 takde mengadu penat pun. Jalan jalan dan jalan, dah sampai.

Anak-anak posing depan Asda...
Dah lama adik tak masuk dalam troli. Adik dah besar la, mcm dah tak berapa muat jer.
Tgk la harga keju keping ni...
Masa mula2 hari tu, mcm tak percaya juga. Cuma 64 sen saja. Dah la rasa jauh lebih sedap dari cheese  dale. Ratah mcm tu pun sodap. Nak ratah cheese pun tak rasa ralat sbb harganya yg sgt murah :)

Bagus juga kalau pergi shopping jalan kaki ni. Kita pun jadi beringat. Tak boleh beli byk2 sebab nanti tak larat nak angkut. Mmg kalau ikut hati hati, takkan balik selagi troli tak penuh, hihihihi. Tak sempat round satu pasaraya pun sbb troli dah hampir penuh :)

Wednesday, December 25, 2013

WW ::: Random @Anak-anak bertiga

Spring 2013...
Macam2 gaya....
Ice cream time!

Summer 2013...
Kat tangga pun mereka boleh main
Danish terkejut jumpa lembu kat tgh bandar
Posing sementara menunggu train @London Paddington
Kita minum dulu...
Tunggu train @Bradford Interchange


Autumn 2013....
Posing sebelum ke sekolah
Autumn in their hearts
Say cheese....
Winter 2013...
Muka kena paksa posing dalam sejuk...
Buai laju-laju....
Lister park lagi....
The heroes and heroin...
Santa sesat dengan sledgenya di City Park 

NuKilaN:
 

Tuesday, December 24, 2013

Resepi muffin hokkaido gebu

Kalau kek minyak dapat pengaruh dari blog Mak Aji, muffin hokkaido ni pula penangan dari blog Masya. Bila tengok gambar yang Masya post tu, rasa tang-tang tu juga nak masuk dapur bakar menda alah ni. Tapi apa kan daya, jangan mimpi nak membaking muffin pada weekdays. Dengan siangnya yang singkat, rasa terkejar-kejar nak siapkan kerja utk tunjukkan pada supervisor setiap kali meeting pada hari Jumaat.

Bila tiba hujung minggu, apa lagi.. gigihla saya mengoogle resepi. Tak sangka, bahan-bahan utk buat muffin ni sangat senang. Mostly bahan-bahan yang ada kat dapur jer macam telur, minyak masak, tepung, susu segar dan lain2. Tak perlu pergi cari kat kedai. Lega dah part tu.

Sepanjang kat UK ni, stok susu segar memang selalu ada dalam fridge. Memang kami suka sangat minum susu segar. Susu segar kat sini memang murah dah sedap sgt2. Antara benda yg saya akan rindu bila balik M'sia nanti. Eh, dah melalut pulak. Lambat lagi nak balik dah mula nak rindu rinduan, ekekkek.

Kebetetulan hari Sabtu lepas dapat lagi jemputan house warming. Hehehe, mesti korang cakap asyik2 house warming aje kan? Ada keluarga yang baru datang Bradford lebih kurang dua minggu lepas. Tu yang mereka buat makan2 utk kenal dengan lebih rapat. Saya pun bawa muffin ni ke majlis tu. Memang mendapat sambutan menggalakkan. Kata mereka, struktur yang gebu buat muffin ni rasa sedap. Ditambah pula dgn filling custard di tengah. Lagi la tambah mabeles. Ada juga yang minta resepi :)

Walau pun kali pertama cuba, dengan beraninya saya buat dua adunan sekali gus. Dapatlah dalam 23 biji muffin utk dua adunan tu.
Bukan main kembang lagi masa bakar tu...
Hasil lepas diletakkan filling dan ditabur dgn snow....
Muffin hokkaido... amacam, tergoda tak?
Saya ambil resepi dari blog Anis Fuad. Kalau nak tgk gambar step by step, boleh rujuk blog beliau.
Mohon share resepi kat sini yer :)

Bahan-bahan utk muffin:

Bahan A:
3 biji kuning telur
20 g gula kastor (dlm 2 sudu besar)
35 g minyak jagung (saya guna minyak bunga matahari)
60 ml susu segar
1 sudu kecil esen vanila
*15g tepung jagung/tepung kastad - saya guna dalam 2 sudu tepung kastard
*55g tepung gandum - saya guna self raising flour
*secubit garam

BahanB
3 biji putih telur
30g gula kastor
1/2 sudu kecil cream of tartar (optional)

Cara-cara buat muffin:
1. Panaskan oven pada suhu 170 degree (saya guna gas 4).
2. Ayak bahan yang bertanda * dan ketepikan (saya skip langkah ni).
3. Dalam mangkuk lain, satukan kuning telur dan gula. Pukul campuran telur dan gula sehingga berkrim.
4. Masukkan esen vanila, susu segar dan minyak jagung. Kacau sebati. Masukkan bahan * dalam langkah 2 sedikit demi sedikit sambil gaul mesra dan tidak berbiji-biji. Ketepikan. 
5. Pukul bahan B hingga bertanduk @meringue (ala, mcm buat meringue pavlova tu). Biasanya saya pukul hingga adunan jadi kental dan berkilat. Kalau nak confirm lagi, terbalikkan adunan dan adunan tak jatuh. Dalam masa yg sama boleh tunjuk "magik" kat anak-anak, hihihi.
6. Ambil 1/3 adunan putih telur dan kaup balik dengan adunan kuning telur. Kemudian masukkan baki dan kaup balik rata.
7. Bila adunan dah sebati, masukkan ke dalam acuan cupcake 3/4 penuh.
8. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.

Sementara tunggu muffin masak, boleh la buat krim kastard.

Bahan-bahan krim kastard:
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
200 ml susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega

Cara-cara: 
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana sehingga pekat dan likat. Siap!
Tutup bekas berisi kastard dgn plastik wrap utk mengelakkan bahagian atas kustard mengeras. 

Bila dah masak, sejukkan muffin dan kastard. Bila dua-dua dah sejuk, boleh paipkan kastard menggunakan nozel yang dibenamkan di tengah-tengah muffin. Tabur sedikit gula ising utk effect snow tu. Sedia utk dihidang :)

Boleh juga rujuk blog ABM utk step-by-step :)

Monday, December 23, 2013

Lemau....

Takde mood nak update blog hari ni.
Letak video Aisyah aje la....

Knock, knock, knock at the door 
Knock, knock, is anyone there? 
Knock, knock, knock at the door, 
We need a place to stay. (Repeat)

Three rooms left,
All the other rooms are full.
Three rooms left,
Sorry that is all!(Repeat)

Two rooms left, 
All the other rooms are full
Two rooms left,
Sorry that is all!

One room left,
All the other rooms are full
One room left
Sorry that is all!

No rooms left,
There's no rooms for you at all.
No rooms left 
We're completely full!

Bak kata Aisyah, hope all of you have a great fun :)

NuKilaN:
 

Sunday, December 22, 2013

Ice sculptures

Tahun lepas ada juga ukiran ais batu di Bradford City center. Tahun ni pun ada juga tapi dengan tema yang berbeza.

Jom cuci mata dgn ukiran2 ais yang dihasilkan...

Santa and polar bear..

 Saya paling suka yang ni...
 Santa dgn tujuh orang kerdil...
 Rumah santa kot..

Setiap ukiran mempunyai ceritanya yang tersendiri. Ada dua orang pencerita yang akan bercerita tentang setiap ukiran yang dihasilkan. Masa kami sampai, mereka sedang bercerita tiga chapter yang terakhir. Jadi malas nak beri tumpuan apa yg diceritakan. Anak2 jer yang ralit mendengar.

Last sekali nak tempek gambar anak2....


NuKilaN:
 

Friday, December 20, 2013

Last day of Autumn Term

Hari ni last day untuk Autumn term. 
Jadi hari ni cuma sekolah separuh hari. Kakak dan abang balik pukul 1.30 petang.
Adik juga pergi sekolah kejap jer.
Yang lagi special, ummi pun boleh ikut adik sekolah hari ni.
Bukan main happy dia bila saya pun join dia juga dalam kelas.

Jom tgk aktiviti Danish kat nursery.
Ni dia main polar bear dalan snow tiruan.

Aktiviti kegemaran Danish tentu la mewarna.
Masa Danish mewarna tu, cikgu ada beri Learning Jurnal (buku merah atas meja dalam pic kat bawah).
Yang tu nanti saya cerita lain entry. Nak sambung buat kerja sebelum jumpa penyelia kejap lagi.

Nota ummi,
Anak-anak akan bercuti selama dua minggu. Tapi belum ada apa2 perancangan lagi. Takde mood nak jalan2 musim sejuk dan siang yg pendek ni. 

Thursday, December 19, 2013

KS1 Nativity Performance

Hari Selasa lepas, saya menghadiri persembahan Aisyah di sekolah. Berkali-kali dia mengingatkan saya untuk ke sekolah pada pagi tu. Ingatkan abah boleh join sekali. Tapi belum sempat abah sampai (sbb abah kerja), persembahan dan mula.

Masa Aisyah mula2 masuk dalam dewan, saya boleh nampak matanya yang melilau mencari saya dan abah. Besarnya harapan dia supaya kami menyaksikan persembahannya pada pagi tu.

Mula2 saya tak tahu pun apa tu Nativity. Tapi dari persembahan pada hari tersebut, saya boleh agak yang ia berkaitan dgn kelahiran tuhan mereka, jesus. Iaitu lebih kepada sejarah kenapa mereka sambut krismas. Bila google, mmg sah yang nativity tu adalah cerita di sebalik kelahiran jesus. Nativity berasal dari bahasa Latin, "nativus" yang bermaksud kelahiran.

Ada lakonan dan nyanyian dari pelajar KS1 (Key Stage 1), iaitu gabungan persembahan dari pelajar reception hingga ke Year 2. Kelas Year 2 kena nyanyi tiga lagu. Tapi saya tengok Aisyah cuma nyanyi satu lagu jer. Lega hati saya sebab dua lagu lagi tu lebih kepada lagu ketuhanan mereka.

Sayangkan, tiada gambar yang boleh dirakamkan semasa persembahan. Hanya selepas persembahan, ibu bapa dibenarkan mengambil gambar bersama anak masing-masing. Jadi saya mengambil peluang utk merakam sekeping dua gambar Aisyah sbg kenangan.
Aisyah and her friends
Sila abaikan background... huhuhu
Masa ambil gambar tu, dia dah tanya. "Mana Abah?". Saya kata abah kerja. Tercalit sedikit raut sedih di wajah Aisyah. Besar harapan dia supaya abah pun tgk persembahan dia.

Bila Aisyah balik rumah, saya tanya, "Kenapa kwn2 kakak nyanyi tiga lagu, tapi kakak nyanyi satu lagu jer?". Jawab Aisyah, "Itu lagu orang kristian la ummi. Kita kan muslim. Orang muslim tak boleh nyanyi lagu yang dua lagi tu." Fuh, lega saya dengar jawapan Aisyah. Dia juga tahu yg muslim tak boleh celebrate krismas. Tu yang untungnya belajar kat Bradford sbb ramai pelajar muslim. Jadi isu2 berkaitan agama, banyak yg pihak sekolah boleh faham :)

Wednesday, December 18, 2013

Siang yg pendek

Bangun pagi, dah terbiasa untuk check cuaca bila duk Bradford ni. Kalau kat M'sia, langsung tak pernah ambil tahu pasal cuaca.

Jadi pagi2, mmg akan check dulu guna aplikasi ni. Owh, hujan rupanya pagi ni.
Memang hantar anak2 dalam hujan pun pagi tadi. Tapi main redah jer, sbb hujan kat sini tak de la lebat sangat. Cover dgn winter coat yang water proof pun dah memadai. Tak perlu nak berpayung bagai :)

Ni pula cuaca sebelah petang yang saya capture beberapa minit yg lepas.
Saya letak dua2 snapshot ni sbb nak tunjukkan masa matahari naik dan masa matahari jatuh. Sunrise pukul 8.20 pagi dan sunset pula pukul 3.45 petang. Maksudnya siang sekarang hanya lah selama 7 jam lebih. Pendek, kan?

Ni pula waktu solat bagi kawasan Bradford....
Pukul 5.52 mlm dah masuk Isyak. No wonder pukul 7 malam dah rasa sangat larut malam. Kadang2 pkl 8 pun dah selamat diulit mimpi. Tapi kalau ada kerja yg nak settle, tak boleh nak tidur jugak. Kena juga tahan mata siapkan kerja dulu :)

Last sekali tempek pemandangan depan rumah masa winter. .
Mmg susah nak nampak matahari masa winter. Gambar ni saya snap lepas hantar anak2 ke sekolah pagi tadi.

WW ::: Random @Irfan

Sepatutnya hari ni nak post gambar random Aisyah...
Tapi dah terpost gara-gara silap tgk tarikh masa schedule entry...
Jadi hari ni layan gambar random Irfan pulak...
Gaya membowling
Gaya football player



Senyum di pagi hari
Gaya santai di musim panas...
Tunggu tiket train yg sedang di print
Ada tiga anak, jadi kena ikut turn...
Nak buat Random@Irfan paling susah sbb dia paling payah nak ajak bergambar...
Next week, nak cari gambar utk random mereka bertiga pulak sbg kenangan sebelum masuk 2014....
Maaf kalau ada yg bosan duk layan entry pasal anak2 jer... huhuhu

Nota ummi,
Ni bukan scheduled entry... Publish tengah malam sebelum tidur. Nak beradu dulu yer.
Morning M'sia :)
psst, kalau nak tahu skrang ni kat Bradford pkl berapa, cuba tinggalkan komen. Waktu yg tertera tu adalah waktu Bradford pada masa mommies tinggalkan komen :)

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails