Kalau kek minyak dapat pengaruh dari blog Mak Aji, muffin hokkaido ni pula penangan dari blog
Masya. Bila tengok gambar yang Masya post tu, rasa tang-tang tu juga nak masuk dapur bakar menda alah ni. Tapi apa kan daya, jangan mimpi nak membaking muffin pada weekdays. Dengan siangnya yang singkat, rasa terkejar-kejar nak siapkan kerja utk tunjukkan pada supervisor setiap kali meeting pada hari Jumaat.
Bila tiba hujung minggu, apa lagi.. gigihla saya mengoogle resepi. Tak sangka, bahan-bahan utk buat muffin ni sangat senang. Mostly bahan-bahan yang ada kat dapur jer macam telur, minyak masak, tepung, susu segar dan lain2. Tak perlu pergi cari kat kedai. Lega dah part tu.
Sepanjang kat UK ni, stok susu segar memang selalu ada dalam fridge. Memang kami suka sangat minum susu segar. Susu segar kat sini memang murah dah sedap sgt2. Antara benda yg saya akan rindu bila balik M'sia nanti. Eh, dah melalut pulak. Lambat lagi nak balik dah mula nak rindu rinduan, ekekkek.
Kebetetulan hari Sabtu lepas dapat lagi jemputan house warming. Hehehe, mesti korang cakap asyik2 house warming aje kan? Ada keluarga yang baru datang Bradford lebih kurang dua minggu lepas. Tu yang mereka buat makan2 utk kenal dengan lebih rapat. Saya pun bawa muffin ni ke majlis tu. Memang mendapat sambutan menggalakkan. Kata mereka, struktur yang gebu buat muffin ni rasa sedap. Ditambah pula dgn filling custard di tengah. Lagi la tambah mabeles. Ada juga yang minta resepi :)
Walau pun kali pertama cuba, dengan beraninya saya buat dua adunan sekali gus. Dapatlah dalam 23 biji muffin utk dua adunan tu.
|
Bukan main kembang lagi masa bakar tu... |
Hasil lepas diletakkan filling dan ditabur dgn snow....
|
Muffin hokkaido... amacam, tergoda tak? |
Saya ambil resepi dari blog
Anis Fuad. Kalau nak tgk gambar step by step, boleh rujuk blog beliau.
Mohon share resepi kat sini yer :)
Bahan-bahan utk muffin:
Bahan A:
3 biji kuning telur
20 g gula kastor (dlm 2 sudu besar)
35 g minyak jagung (saya guna minyak bunga matahari)
60 ml susu segar
1 sudu kecil esen vanila
*15g tepung jagung/tepung kastad - saya guna dalam 2 sudu tepung kastard
*55g tepung gandum - saya guna self raising flour
*secubit garam
BahanB
3 biji putih telur
30g gula kastor
1/2 sudu kecil cream of tartar (optional)
Cara-cara buat muffin:
1. Panaskan oven pada suhu 170 degree (saya guna gas 4).
2. Ayak bahan yang bertanda * dan ketepikan (saya skip langkah ni).
3. Dalam mangkuk lain, satukan kuning telur dan gula. Pukul campuran telur dan gula sehingga berkrim.
4. Masukkan esen vanila, susu segar dan minyak jagung. Kacau sebati. Masukkan bahan * dalam langkah 2 sedikit demi sedikit sambil gaul mesra dan tidak berbiji-biji. Ketepikan.
5. Pukul bahan B hingga bertanduk @meringue (ala, mcm buat meringue pavlova tu). Biasanya saya pukul hingga adunan jadi kental dan berkilat. Kalau nak confirm lagi, terbalikkan adunan dan adunan tak jatuh. Dalam masa yg sama boleh tunjuk "magik" kat anak-anak, hihihi.
6. Ambil 1/3 adunan putih telur dan kaup balik dengan adunan kuning telur. Kemudian masukkan baki dan kaup balik rata.
7. Bila adunan dah sebati, masukkan ke dalam acuan cupcake 3/4 penuh.
8. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.
Sementara tunggu muffin masak, boleh la buat krim kastard.
Bahan-bahan krim kastard:
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
200 ml susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega
Cara-cara:
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana sehingga pekat dan likat. Siap!
Tutup bekas berisi kastard dgn plastik wrap utk mengelakkan bahagian atas kustard mengeras.
Bila dah masak, sejukkan muffin dan kastard. Bila dua-dua dah sejuk, boleh paipkan kastard menggunakan nozel yang dibenamkan di t
engah-tengah muffin. Tabur sedikit gula ising utk effect snow tu. Sedia utk dihidang :)