Thursday, December 26, 2013

Shopping @Asda

Dah lama tak bawa anak2 shopping groceries. Biasanya shopping online kat Tesco jer. Kebetulan ada Asda baru buka di area rumah kami. Tak de la baru sangat, tapi dalam tahun ni. Anak2 belum pernah ke sana. Saya jer pernah ke sana sekali tumpang member. Bila tgk jarak yang agak dekat, mula la berangan nak bawa anak2 shopping kat sana.

Berjalan la kami anak-beranak utk shopping ke Asda. Lupa pula nak tgk ambil masa berapa minit. Tapi anak2 takde mengadu penat pun. Jalan jalan dan jalan, dah sampai.

Anak-anak posing depan Asda...
Dah lama adik tak masuk dalam troli. Adik dah besar la, mcm dah tak berapa muat jer.
Tgk la harga keju keping ni...
Masa mula2 hari tu, mcm tak percaya juga. Cuma 64 sen saja. Dah la rasa jauh lebih sedap dari cheese  dale. Ratah mcm tu pun sodap. Nak ratah cheese pun tak rasa ralat sbb harganya yg sgt murah :)

Bagus juga kalau pergi shopping jalan kaki ni. Kita pun jadi beringat. Tak boleh beli byk2 sebab nanti tak larat nak angkut. Mmg kalau ikut hati hati, takkan balik selagi troli tak penuh, hihihihi. Tak sempat round satu pasaraya pun sbb troli dah hampir penuh :)

11 comments:

  1. Betul tuh kalau bwk keta agaknya silap2 haribulan kena 2 round..btw nur kat sana senang dpt cheese yg halal yer..kalau kat sini yg local tuh adelah yg menggunakan enzim dr tumbuhan...tp setakat cheese tuk pizza & sour cream jer lah

    ReplyDelete
  2. Wah murah tu Nur... memang patut nak borong tu...
    p/s cantek header baru tu , akak yg tak sempat nak tukar, susah nak ambil gambar mereka bertiga :)

    ReplyDelete
  3. sesekali shopping di luar dr tempat biasa OK juga Nur.. dpt juga lihat perubahan harga...best lah dpt jalan2 sekaligus..hehe

    ReplyDelete
  4. hehe betul tu nur kalau kita pi shopping balik dengan lenggang mak datin tak syokkkan!!..
    dah nama pi shopping hangkut je apa yang patut..uiss yang patut je ye hehe ;D

    ReplyDelete
  5. seronok la chess murah..bila smp malaysia dh jadi mahal,kt sini jgn kata nk ratah..nk buat sandwich pun mahal..huhu..

    anak2 mmg suka jalan2,maknya yg penat kot..:)

    ReplyDelete
  6. eh...dah tukar header baru lagi...

    selamat persekitaran kat sana ye.. tak risau nak jalan kaki ke mana2, bagusla... saya tgk keadaan pun nampak tenang je.. murahnya cheeese......

    ReplyDelete
  7. bes btul kalo tpt shopping walking distance je. ce kat sini.. peluh tiak dah ni. hihi :D

    ReplyDelete
  8. Kalau sayalah Nur, memang saya borong keju tu semua. Nikmatnya hidup dikelilingi keju :D Jalan kaki memang menyihatkan badan tapi kalau pergi shopping jalan kaki ni, rasa rugi pulak tak dapat memenuhkan troli. Nanti troli dah penuh siksa pulak nak mengangkut jalan kaki balik. Eh, baru teringat...barang shopping semalam masih tersembunyi dalam kereta!

    ReplyDelete
  9. bestnya pasaraya dekat dgn rumah...tp bahanya boleh mengempiskan dompet hehe

    ReplyDelete
  10. Nur....berjalan dlm cuaca sejuk memang tak rasa penatnya mala blh panaskan badan...cuba kat msia ni,berjalan dgn cuaca yg panas...sekejappun dh rasa leti...

    Murahnya keju tu...

    danish sorg je dh memenuhi ruang troli tu...hehehee.....

    ReplyDelete
  11. Habis tu....lepas ni masih nak shopping online lagi ke tak Bijen? Hehe....
    TLBD sampai besar duk troli Bijen......baru baru ni je dia baru sedar yg dia dah tak sesuai masuk troli tu...

    ReplyDelete