Thursday, June 28, 2012

three bears


Ni kisah Aisyah di semester lepas. Mereka belajar tentang Goldilocks and the three bears. There are papa bear, mama bear and baby bear...... 

Balik sekolah, Aisyah selalu cerita pasal bears dan goldilocks. Ada juga masanya cikgu menyuruh pelajar membawa teddy bear atau anak patung ke sekolah. Ya, mereka belajar sambil bermain. Belajar tentang sesuatu istilah dalam bermain. Tentu sekali mereka sangat seronok.

Ni hasil kerja Aisyah - papa bear, mama bear and baby bear!


Untuk semester ini pula mereka belajar tentang burung hantu @ OWL.
Setiap hari mesti ada laporan tentang owl.
Yang best, cikgu ada juga bawa owl secara life ke kelas mereka.
Saya sendiri pun belum pernah tengok owl secara life, tapi Aisyah dah pegang owl.... 
Best kan cara mereka belajar?


NuKilaN:
 

Wednesday, June 27, 2012

Cerita Carboot


Biasanya setiap pagi Ahad, aktiviti kami sekeluarga adalah mengintai barang terpakai di carboot. Anak-anak paling seronok bila dapat ke carboot. Banyak toys yang dijual dengan harga yang sangat murah iaitu serendah 10 pence.

Sebelum ni tak pernah pulak kereta terlekat. Entah macam mana, kereta tiba-tiba terlekat dalam lopak semasa nak parking kereta. Nasib baik ada jugak mat saleh yang sudi menolong. Dia menawarkan untuk menarik kereta kami menggunakan kereta 4WD yang dipandunya. Selesai masalah!
Maka, boleh la anak-anak meneruskan niat mereka merembat apa yang patut dari carboot ni..
En, danish beli baby doll?
 Irfan pulak dapat wooden puzzle, 50pence
kalau convert, dalam RM2.50
 si adik seronok dapat lari-lari di padang yang luas
 maklumlah selalu hari biasa, kena kurung dalam rumah jer
 Aisyah pun posing sama
suka sangat pakai kasut but
kaki tak sejuk katanya
 si abang yang mengawal si adik
takut sesat katanya
Sekian, kisah cerita dari carboot

NuKilaN:
 

Thursday, June 21, 2012

Alton Towers :: Congo River Rapids

Masa naik ride ni Danish dah tidur
Si danish saya tinggal dia tidur dalam stroller sambil diawasi oleh kawan
Maka kami naik berempat jer














Ride ni mcm yang ada kat Bukit Gambang Waterpark...
Aisyah kata, "Ummi kita kan pernah naik ride mcm ni".
"A ah, tu masa kita pergi Gambang"
Cuma bezanya terusannya lebih panjang... kalau kat Bukit Gambang, terusan tu agak tinggi dan curam... masa kat BGWP kami naik 3 kali pun anak2 belum puas, tapi kat sini naik sekali pun dia orang dah cukup :)

NuKilaN:
 

Monday, June 18, 2012

kelam kabut

Pagi hari yang paling kelam kabut!

Selepas hampir 7 bulan En Abah tak kerja, hari ni hari pertama En Abah kerja kat uni Bradford. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak En Abah kerja. Saya pun tumpang bahagia walaupun terpaksa siapkan anak-anak ke sekolah tanpa bantuan en Abah.

Sebelum ni tugas saya setiap pagi cuma kejutkan anak-anak, uruskan mandi dan pakaikan baju. En Abah pula pagi-pagi lagi akan bangun untuk siapkan bekal untuk anak-anak (termasuk juga  bekal untuk saya sekali) dan sarapan pagi. Biasanya, setiap pagi En Abah akan masak mee atau nasi untuk sarapan. Untuk bekal ke sekolah pula, En Abah akan ambil order dari anak-anak (biasanya burger daging atau roti sapu coklat).

Hari ni, semua tu saya kena buat seorang. Tapi dah janji dengan En Abah - pastikan dapur dah siap kemas sebelum pergi kerja. Lintang pukang jugak untuk hari yang pertama. Bangun pagi terus siapkan breakfast. Belum pun siap sarapan, danish dah bangun - tapi nasib baik dia tak meragam. Saya beri dulu roti kat danish utk sarapan. Irfan pun bangun awal jugak. Saya suruh dia mandi dulu dan saya siapkan bajunya.

Lepas Irfan mandi, kejutkan Aisyah pulak. Biasanya Aisyah susah sikit nak bangun pagi. Tapi hari ni ok pulak. Mungkin Aisyah pun faham. Ummi sorang tak sempat nak layan karenahnya. Irfan jugak kata, "Kesian abe tgk ummi ni, bila abah dah kerja". Saya kata, "Kalau kesian kat ummi, kena la belajar buat sendiri apa yg abe dah pandai... tolong ummi apa yang patut.".

Lepas Irfan dan Aisyah siap berpakaian sekolah, kami sarapan sama-sama. Masa ni baru saya siapkan bekal anak-anak ke sekolah. Lepas sarapan, kami terus jalan ke sekolah sambil menolak danish dalam stroller. Cuaca hari ni pun sangat baik - dah tak hujan macam dua tiga hari lepas.

Harapnya, anak-anak akan terus beri kerjasama yang baik utk hari-hari yang seterusnya. Minggu persekolahan tinggal lagi empat minggu. Lepas tu sekolah mula cuti untuk summer break dan akan dibuka semula pada bulan September 2012.

Cerita gambar:
Diamond Jubilee Lunch kat sekolah
Irfan jadi queen
Aisyah jadi butterfly


NuKilaN:
 

Friday, June 15, 2012

Alton Towers :: Battle Galleons

Permainan yang en abah kata paling best
Lawan pistol air dari atas kapal lanun
Saya tak join sebab Danish tak cukup tinggi
So abah temankan Irfan dan Aisyah berjuang atas kapal lanun

Baru memulakan perjuangan
Anak-anak paling seronok main tembak menembak
habis basah kuyup pun mereka tak kisah
Entah stategi apa yang mereka sedang bincangkan
 Pertempuran sedang sengit dengan musuh
 Masih lagi diserang oleh pihak lawan
 Lanun paling mesra,
peace no war!
 Ini lah musuh yang setia menunggu kapal lanun untuk diserang

Abah selamat sebab pakai raincoat-baju tak basah. Irfan dan Aisyah dah mula buka baju. Ummi dah standy baju spare, so terus tukar baju lain :)... Tapi tak tukar tak apa sebenarnya, sebab cuaca sangat panas... kejap jer baju mereka kering :)

NuKilaN:
 

Wednesday, June 13, 2012

Cakap melayu 2

Entry sebelum ni pasal Irfan terkejut cikgunya cakap melayu, hari ni nak kongsi tentang saya pula yang terkejut bila tengok laporan buku rekod yang Aisyah cakap melayu dengan cikgunya di sekolah.

Ini buku laporan membaca yang saya maksudkan. Susah nak eja nama Aisyah dalam English, maka jadila Aisha. Bila saya betulkan dengan cikgu, sekali cikgu Aisyah tukar jadi Asiyah pulak... hehehe, apa apa aje la :)
Bila belek buku ni sebelah dalam, memang saya gelak bila cikgu tulis, "Asiyah spoke in home language"... suka hati ajer si kakak ni cakap melayu dalam kelas.

Tapi ni laporan masa minggu yang pertama Aisyah sekolah.... sekarang dia kata dia dah berani nak berkawan dan cakap dalam English. Sejauh mana kebenaran tu, saya pun tak tahu.. tp yg saya perasan, Aisyah lebih yakin utk converse in English berbanding Irfan... (isk, tak baik bandingkan anak-anak - mereka ada keupayaan mereka sendiri - Irfan pun dah boleh cakap jugak, tapi dia lebih suka guna bahasa melayu dgn umminya :)
 Ni pulak antara laporan yang cikgu tulis pada bulan tiga:
Aisyah dah boleh kenal beberapa phonics mcm: S, O, C, T etc.... even bila pergi tesco, dia cuba bunyikan phonics : T. E. S. C. O... then sebut, TESCO... Mereka tak belajar kenal huruf, tapi belajar kenal bunyi :)

NuKilaN:
 

Tuesday, June 12, 2012

Alton Towers :: Ice Age the 4D experience

Pengalaman kali pertama seumur hidup tengok movie 4D :)
Hahaha, mmg itu realitinya... 
walaupun orang lain dah biasa dgn movie 4D ni
Better late than never, kan?

Komen saya, memang sgt best tgk movie 4D
patut la ada yang addictive dengan 4D movie
Bila dinasour kejar si Sid, rasa mcm nak kena pijak jer badan kita yang kat depan ni
Mcm dinosour tu ada kat depan jer
dan penonton pun rasa nak lari sama
Orang dalam studio pun duk mengelak sama takut kena ranting pokok
memang real sangat

Bila time snow, ada juga effect snow dalam studio
Aisyah paling suka, siap kata, "Ummi, dalam ni ada snow!"

Lepas tu masa kat gunung berapi, ada effect panas kat kaki
bila sid hampir nak jatuh dalam air berapi
kononnya kita pun boleh rasa apa yg sid rasa
time tu Aisyah dah bersila atas kerusi 
sebab nak mengelak rasa panas kat kaki

Pic: Irfan bergambar luar studio Ice Age
suka sgt pakai spek 4D

Baru saya boleh faham apa itu movie 4D
sebelum rasa sendiri memang tak boleh nak imagine apa itu imej 4D

kalau dalam matematik, objek 2D boleh digambarkan pada paksi x dan y
kalau 3D, tambah lagi satu paksi z
daripada segiempat, jadi objek 3D seperti kubus
Kalau 4D, kita tambah satu lagi satah untuk menjadikan imej lebih cantik dan nampak real..
mcm mana pulak kalau diitlakkan kepada n dimensi?

NuKilaN:
 

Monday, June 11, 2012

Mengenal negara

Map ni salah satu bahan pembelajaran yang boleh digunakan bersama pen leapfrog. Selain buku-buku leapfrog yang boleh digunakan untuk membaca buku secara interaktif, terdapat juga peta interaktif keluaran leapfrog. Ia juga antara permainan yang anak-anak sangat suka teroka untuk mengisi masa lapang.

Tengok, belum sempat buka uniform sekolah... dah request nak main map. Adik pun join sama
 Bila tunjuk ke negara, pen akan menyebut nama negara.
Permulaan yang baik utk mengenal negara di serata dunia.
 Si abang menunggu giliran dengan sabar.
Kena pantau untuk mengelakkan adegan berebut pen :)
Adik pun sibuk nak tekan guna tangan sebab tak dapat pen.
Lagi satu yang saya perasan, Irfan rupanya dah boleh baca nama negara.
Setiap kali saya tengok Irfan main kuiz, agak cepat dia dapat cari negara tersebut... 
Saya pun kadang2 masih terhegeh2 duk cari negara tapi dia dah boleh jumpa negara yang dimaksudkan... ummi kalah dengan irfan dalam kuiz tu :(

Bukan setakat mereka yang ralit bermain, kadang2 saya juga curi masa untuk mengexplore dunia dengan map interaktif ni. Saya pun belum kenal semua negara di dunia. Dalam masa yang sama, boleh intai negara mana yang boleh jelajah untuk conference nanti :)

NuKilaN:
 

Wednesday, June 6, 2012

Alton Towers :: lesen memandu

Irfan dah Aisyah dah lulus lesen memandu!
Hahaha, ianya hanya gimik semata
tapi mereka berdua sangat seronok dapat pandu kereta sendiri
danish pun nak turut serta 
tapi danish belum boleh amik lesen

Mereka diberi taklimat sebelum dibenarkan memandu
bukan main kusyuk lagi yer...
remember, when you see red light, you need to stop.
You can go when the light turn to green...
Itu la lebih kurang kata demonstator...

One more thing, make sure you not bump each other
Itu kot yang diberitahu...
Lepas beri taklimat in English, baru dia org perasan
kami bukannya english native speaker
dia tanya kami, "Are they understand English?"
Hahaha, nampak lega muka mat salleh tu bila budak2 tu faham :)

Then, semua berlari mengambil tempat ke kereta masing-masing
Saya pun turut teruja nak naik jugak kereta tu
Nampaknya Irfan berada paling hadapan
Aisyah pula cuba mengekor rapat dari belakang
Tengok, Aisyah dah boleh lintas si abang
Time tu kereta Irfan tak jalan
nasib baik dapat jalan lepas tekan minyak kuat sikit
mereka pusing keliling taman
Time ni kereta Aisyah pulak buat hal
tekan minyak pun tak jalan
tapi lepas godek kuat sikit, baru kereta tu jalan
Siap ada round about jugak
kat UK ni mmg banyak betul bulatan U nih

Lama jugak mereka dibenarkan bawa kereta
bila masa tamat, ada pengumuman dilakukan
"Congratulations, all of you have passed your driving license."
"Well done!"

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails