Monday, April 24, 2017

Pertabalan Agong

Yeay, hari ni cuti.
Dapat lepak depan TV layan pertabalan agong...
Klasik nyer la TV...
Dgn astro pun tak subcribe.
Nasib baik ada bantuan indoor antenna ni...
Setakat ni boleh bertahan lagi tanpa astro...

Masa cuti juga seronok layan budak kecil ni...
Dah makin byk akal sekarang ni...
Tidur pun makin kurang...

Last but not least, salam israk mikraj buat semua...


Sunday, April 23, 2017

Header ke kelima...

Dah lama guna header ni..
Header ke empat sepanjang berblog...

Nak buat mcm mana, dah tuan empunya blog jenis yang setia.
Tak suka tukar tukar ni.
Tapi kesian pula kat Aina takde gambar dia dalam header.

Aina pun dah umur setahun.
Baru nak letak muka dia kat header blog... hihihi

Sebelum ni sempat buat entry bila tukar header pertama dan kedua jer...
Header 1
Header 2

Boleh tengok muka anak2 yang dari kecil hingga besar..
Kalau danish tu, dari baby lagi dah ada muka dia kat blog sbb saya mula berblog pun bila Danish baby.
Tu yg best ada blog...
Time rindu gelagat mereka, buka jer blog sendiri sambil layan feeling sendiri.. hihhihi

NuKilaN:
 

Thursday, April 20, 2017

Hakisan Pantai Kolam

Baru tahu yang nama pantai yg jadi laluan harian ni adalah Pantai Kolam.
Tu pun bila tengok post dari FB Media Kreatif, UMT.

Nak share jugak gambar dari FB Media Kreatif kat blog sendiri.

Gambar yg disnap pada 7 Oktober 2014.
Dulu2 sebelum fly ke UK, selalu juga bawa anak2 main air kat sini.
Rasa jauh juga nak menapak dari tepi jalan untuk ke gigi pantai.
Sekarang nak biarkan anak2 main air di gigi pantai pun tak berani.

Gambar yg disnap pada 12 February 2017...
Ada juga dilaporkan dalam Berita Harian.
Juga pada hari yang sama dari pandangan lain...
Nampak tak betapa kuatnya kesan hakisan...
Air pantai dah nak mencecah pokok...



Sedih, kan?
Kesian pantai kita hasil kerakusan tangan manusia.
Suka hati jer tambak pantai tanpa kajian mendalam.
Anak2 pun dah tak dapat nak mandi mcm dulu2... huhuhu

13 June 2010...
Di pantai yg sama...


NuKilaN:
 

Tuesday, April 18, 2017

WW ::: Team futsal

Semalam Irfan bermalam di sekolah untuk praktis Futsal..
Mereka ada perlawanan hujung minggu nanti..
All the best to them!

Thursday, April 13, 2017

Hari ini, 5 tahun yg lalu

 Buka FB pagi ni, dia dah terobek gambar ni..
Katanya, "Your memories five years ago."

Kenangan di Aberdeen, Scotland...
 Aisyah masa ni 5 tahun...
 Irfan pula 7 tahun... sebaya dgn Danish sekarang..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
January 2017



NuKilaN:
 

Wednesday, April 12, 2017

WW ::: Cousins








Gambar2 ni lagi sepuluh tahun mesti dah ada sentimental value...
Mcm gambar2 yg saya dah cuci dan letak dlm album masa Irfan kecil...
Anak2 suka sgt belek2 album mereka masa mereka kecil...

NuKilaN:
 

Sunday, April 9, 2017

Yeay, terima kasih Lazada!!

Alhamdulillah, murah rezeki Aina.
Entry saya untuk Blogger Contest (Lazada Malaysia Big Baby Fair) ajuran Lazada membuahkan hasil.


Tahniah juga kepada pemenang lain.


NuKilaN:
 

Saturday, April 8, 2017

Prektis hari sukan

Hari rabu lepas sekolah anak2 ada raptai hari sukan.
Cikgu hantar gambar ni... Irfan in action..
Semua anak2 ambil bahagian.

Hari Khamis, semangat mereka nak prektis.
Jadi bawa mereka ke trek UMT lepas kerja.


Semua dah kepenatan...

Hari Jumaat bawa lagi mereka ke trek.
Tapi mlm Jumaat tu hujan, jadi trek basah.
Tak boleh nak lari sgt.
Jadi anak2 tolong cikgu2 buat persiapan utk hari sukan.

Anak2 bersukan, mak ayah pulak makan2.
Gigih buat potluck utk mkn2 masa anak2 riadah.

Sesi bergambar anak2...


Bayi2 yang lahir tahun 2016... Dari kiri; Huzaiman, Aina, Amanda dan Madihah...
Dan pagi ni anak2 akan menyertai hari sukan sekolah. 
Lari laju2 yer....
All the best to them...

Wednesday, April 5, 2017

WW ::: Menara Taming Sari

Gambar terobek masa ke Melaka cuti sekolah Disember 2016.

Kebetulan parking kereta kat sini, jadi anak2 ajak naik menara Taming sari...

Sewa dua jer binokular, jadi kongsi aje la yer anak-anak...

 Dah masuk dalam menara... tapi masa ni masih lagi di bawah menara...


 Pemandangan bandar melaka semasa Maghrib dari atas menara...
 Sungai Melaka...

 Dah. jom la kita balik....
 Lepas tu, kami naik river Cruise pula...

NuKilaN:
 

Tuesday, April 4, 2017

Langkah pertama

Akhirnya, Aina berani juga melangkah sendiri pada usia satu tahun.
Dari 10 bulan lagi Aina dapat berdiri tanpa bantuan.
 
Cuma baru semalam, baru Aina berani melangkah ke depan.
Sempat juga snap video sebagai kenangan...


Dengan langah yang slow and steady, tapi penuh dengan keyakinan.
Aisyah la orang yang paling happy bila tengok Aina dapat berjalan.

Betul la orang kata, kalau tumbuh gigi dulu lambat sikit boleh jalan.
Macam Aina, umur setahun dah ada empat batang gigi.
Tapi mula berjalan bila umur setahun.

Abang2 dan kakak, dah boleh jalan bila umur 11 bulan.
Tapi, masa celebrate first birhtday, satu gigi pun belum ada... hihihi


Ya, lepas ni kena bersedia untuk kejar Aina ke sana ke mari.


NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails