Orang kata, tetamu datang membawa rezeki. Tak sangka, bukan main banyak lagi buah tangan yang mereka bawa.
Sebahagian yang dibawa |
Yg ni mmg takde kat Bradford :) |
Terima kasih kepada sanak-saudara yang susah payah kirimkan barang-barang tu semua. Ada yang dari Penang, dari Terengganu, dari Kelantan dan dari KL. Rasa macam nak raya pun ada (mode::: terharu sangat-sangat).
Oh lupa pula nak perkenal siapakah gerangan tetamu saya tu. Sebenarnya yang datang adalah bertiga - makcik (Cik Rah), sepupu (Kak Ngah) dan seorang kawan makcik (Cik Yah).
Sekarang saya masih di universiti untuk meeting dengan penyelia pukul 2.00 nanti (lagi 30 minit masa entry ni ditaip).
Cuaca hari ni pun cantik. Lepas mesyuarat dengan penyelia, harapnya dapat bawa mereka ronda kawasan sekitar Bradford :)
NuKilaN: