Thursday, July 19, 2018

Aktiviti Taska Aina

Mula tahun ni, taska Aina banyak lakukan aktiviti walau dia baru dua tahun.
Jadi nak letak kat blog supaya tak hilang.
Juga sebagai kenangan.

Aktiviti 1
Tema: Main perananb dengan tema raya
Aina belajar buat biskut cornflakes... Nyum nyum!



Aktiviti 2
Tema: Pemakanan
Aina belajar buat pisang coklat :)


Aktiviti 3
Tema: Pergerakan tangan
Aina belajar memasukkan butang ke dalam botol..
Good for motor skills :)




Aktiviti 4
Tema: Sosio Emosi
Aina and friends main air.. Seronok sngat nampak Aina dapat main air :)



Aktiviti 5
Tema: Awal Matematik
Aina and friends menyusun kotak dari saiz kecil hingga yg besar


Aktiviti 6
Tema: Haiwan di laut
Aina buat handprint crab
 Aina: Cantik tak ketam saya?
 Masih lagi tema haiwan di laut, tapi mengenal warna haiwan...

Aktiviti 7
Tema: Touch me!
Aktiviti deria pemahaman dan persekitaran..


Aktiviti 8: Kolaj Ikan...
Aina berada dalm group 1 dan 2 tahun..
Advanced sungguh budak2 zaman skrang, mcm2 aktiviti ada di taska..
Patut la Aina suka sangat bila hantar ke taska :)

NuKilaN:
 

Tuesday, July 17, 2018

Sambutan ringkas: Aina 2 tahun

Salam mommies...

Lamanya tak update blog.
Last entry cerita pasal birthday Aina yang dia celebrate kat Taska.
Abang2 dan kakak Aina beberapa kali juga duk tanya bila nak celebrate kat rumah.
Selepas bertangguh lebih dua bulan, baru sempat nak potong kek.
Huhuhu, kesian kat dia.

Jadi hari ni, kita update dulu gambar Aina potong kek sempena hari lahirnya yg kedua.
Aina yang dah big girl.. Budak banyak cakap ni :)
Danish yg suka sangat nyakat Aina..
Sekarang ni bukan senang nak snap gambar mereka berempat...
Aina dengan kek Fozen.
Dia dah kena demam "Let It Go."

Cukup la tiga gambar untuk entry ni.
Gambar raya, entah bila boleh update.
Mood masih lagi lemau.
Tengok la, kot2 bila cuti bersalin nanti rajin sikit update blog.
Ya, jangan terkejut.
Adik baby dah pun 38 weeks.
Orang kata, dah sampai masa... tunggu masa jer utk sambut orang baru.
Doakan saya yer..
Semoga dipermudahkan urusan untuk bersalin nanti :)

NuKilaN:
 

Tuesday, April 10, 2018

Happy belated birthday, Aina

Hari Sabtu, 31/3 yang lepas, Aina dah cukup 2 tahun.
Kebetulan Taska Aina dah buat sambutan sekali harung utk anak2 yang lahir dari bulan January hingga Mac pada hari Khamis 29 Mac 18.
Cikgu2 dan anak2 asuhan Taska Al-Kautsar.
 Aina potong kek..
Cikgu juga ada sediakan hadiah utk anak2 yang celebrate birthday.
Ke hulu ke hilir duk bawa hadiah birthday dia..
Ada gaya pensyarah cilik tak?
Baju dan tangan Aina putih2 sebab dia duk main bedak.

Kami tak sempat lagi nak celebrate birthday Aina.
Nasib baik dia belum tahu lagi pasal birthday celebration.
Cuma Danish la asyik duk tanya, bila nak celebrate birthday Aina?
Nanti la, tunggu abang Irfan balik dari asrama.

Buat Aina,
Moga membesar dengan sihat dan ceria selalu.
Jadi anak solehah buat ummi dan abah.
Jadi adik yang patuh dan mendengar kata buat abang2 dan kakak.
Juga kakak yang baik dan penyayang buat adik, eh!


Related Posts with Thumbnails