Showing posts with label Europe tour. Show all posts
Showing posts with label Europe tour. Show all posts

Wednesday, April 10, 2019

Saturday, June 14, 2014

Day 4... Part 3... Rehat dan rawat di highway Jerman

Hari ni baru sempat nak sambung kisah Europe Tour kami di hari yang keempat. Bila dah dua kali stop di service Swiss tapi tak sesuai utk buka bekalan (open tikar bab kata MD), maka kami buat keputusan utk meneruskan perjalanan hingga ke Jerman dan cari kawasan rehat yang sesuai di sepanjang motorway Jerman.

Masuk aje sempadan German, boleh rasa perbezaan yang sgt ketara. Bukan main banyak lagi kereta mewah yang dipandu dengan halaju yang sangat tinggi. GPS yang kami guna juga tidak menunjukkan sebarang speed limit. Owh, baru teringat yg ada sesetengah motorway di German tiada speed limit. Kalau nak merasa bawa kereta macam Micheal Schumaker, boleh la memandu kat motorway Jerman ni. Tapi kami tetap memandu dengan cara berhemah tau :)

Tak lama lepas tu, kami jumpa service yang pertama. Kami terus singgah dan seorang wakil membuat tinjauan sama ada sesuai atau tidak. Yang penting, kena ada toliet walau berbayar. Kalau tak silap, sekali masuk kena bayar 50 sen Euro. Selain toilet, ada juga bangku utk kami buka bekalan. Alhamdulillah, akhirnya jumpat tempat rehat yg sesuai. Masing2 menarik nafas lega bila dapat buka bekalan dan mengisi perut yang kosong.

Dah la berhampiran tempat makan ada playground. Aisyah dah mula request nak main kat playground. Saya kata kena makan dulu, kalau sempat baru kita main kat situ.


Orang lain buka bekal nasi, saya buka bekal maggi. Masaklah maggi dengan air panas. Sedap juga makan maggi panas dalam cuaca dingin. Tapi makan juga nasi bila kawan2 duk tawarkan nasi yang ada. Rezeki jangan ditolak, kan?

Lepas perut sendiri kenyang, saya suapkan makanan utk Danish pula yang dari tadi duk kuis jer makanan yg ada. Danish ni kena makan bersuap baru dia makan banyak. Baru suapkan nasi dua tiga mulut, sekali hujan mula turun. Cepat2 bungkus bekalan makanan yang ada dan sambung makan dalam kereta. Yang lain-lain pergi toilet utk ambil wudhu dan solat jamak Zuhur -Asar. Saya masa tu ABC.

Tak lama lepas tu, hujan berhenti. Aisyah mula menuntut janji dia utk main kat playground. Dah la kereta kami parking berhampiran dgn playground. Saya kata kena tanya abah dulu. Lepas abah siap ambil wudhu, abah duduk jer kat luar kereta sementara tunggu utk berjemaah. Aisyah cuba panggil abah utk minta kebenaran, tapi sah2 abah tak dengar sebab semua tingkap tertutup  walau abah hanya berdiri di tepi kereta. Dah ketuk cermin kereta tapi abah tak perasan dan langsung tak tgk kami yg sedang berkurung dalam kereta ni. Kesian sgt tgk Aisyah masa tu.

Untuk hilangkan boring Aisyah, saya ajak dia main game "I spy with my little eye something beginning with a letter ....". Fill the dots with any letter. Main la kami game tu. Lagi sekali Aisyah gunakan kebijaksaannya utk memujuk saya bawa dia ke playground lepas kami main beberapa round. Bila tiba giliran dia, terjadi la perbualan ni...

Aisyah: I spy with my little eye something beginning with a letter "P".
Ummi: Give me a clue please.
Aisyah: It is two words.

Alamak, saya dah terkena ni. Pandai dia suruh teka play ground. Pandai Aisyah main psikologi umminya. Kebetulan kawan saya dah ada dalam kereta masa tu, jadi saya pun setuju utk bawa Aisyah main kat playground. Sekejap pun tak pe, janji dapat tunai keinginan Aisyah. Danish stay dalam kereta dengan kawan sebab dia tak nak ikut. 

Bukan main seronok lagi Aisyah bila dapat main kat playground.
Muka happy dapat main...
Aufa pun join sama...
Kita pun happy bila tgk muka anak yg sedang happy...
Tak lama pun main sbb saya tgk kaum bapa dah nak selesai solat.
Bila saya kata dah cukup masa, Aisyah terus setuju utk masuk dalam kereta tanpa banyak soal. Dia terus berlari ke arah kereta dan buka pintu dengan sendiri. Masa itu la terjadi tragedi apabila pintu kereta yang dibuka Aisyah terkena ke kereta yang parking di sebelah. Pemilik kereta tu bukan main marah lagi. Bukannya calar pun, ada la kesan sikit. Polish sikit boleh hilang kesan tu. Minta maaf pun tak jalan, nak juga minta duit. Beria cakap kereta dia dah jatuh harga akibat kesan pintu tu. Padahal banyak lagi kesan calar sana sini kat kereta dia. Katanya lagi, anak dia pernah buat salah yang sama, dan dia bayar pada pemilik kereta yg kena tu. Ok jadi kami faham yang dia nak pau duit. Saya tanya, berapa kena bayar? Dia cakap 50 Euro. Minta kurang, dia tetap suruh kami bayar 50 Euro. Jadi bayar juga lah amaun yang dia minta.

Yang sedihnya, abah bukan main lagi salahkan saya sbb kejadian tu. Ya saya mengaku, memang salah saya tak jaga anak dengan baik. Biar aje anak berlari, buka pintu dgn sendiri. Tapi benda dah jadi, nak buat macam mana? Saya tak sedih sebab 50 Euro yang melayang, tapi saya sangat sedih dengan leteran abah selepas tu.

Dia kata, kalau saya tak keluar ambil gambar benda tu takkan jadi (Dia ingat saya suka-suka keluar nak ambil gambar.... dia tak tahu, yang Aisyah yg beria memujuk saya nak main.... alang-alang keluar, haruslah angkut kamera sekali).

Katanya lagi, kalau saya duduk dalam kereta diam2, benda tu tak jadi (dia tak tahu, betapa lama dan rimasnya kami menunggu dalam kereta yg bertutup, ruang yang terhad... dah la masih jauh lagi perjalanan utk ke Frankfurt... bila turun, dapat juga hilangkan lenguh badan). Ada lagi kata-kata lain, tapi cukuplah saya letak dua saja kat sini.

Yang lagi sedih, kena marah kaw-kaw depan kawan yang berkongsi kereta dengan kami. Tak tahu mana nak sorok muka. Rasa malu yang amat dengan kawan sendiri bila dimarahi sebegitu. Saya bukan jenis yang tak boleh tegur salah. Cuma biarlah kena dengan cara, bukannya melenting tak tentu hala dan main tuduh yang bukan-bukan.

Perjalanan kemudiannya diteruskan hingga ke Frankfurt. Sepanjang perjalanan, layan perasaan aje la seorang diri. Dah la duduk berdua jer dgn Danish di seat paling belakang. Sekali sekala, jatuh juga manik2 jernih di pipi bila tak dapat menahan sedih. Rasa diri sendiri sangat useless, isteri yang derhaka dan saya mak yg paling teruk dalam dunia. Mood nak bercuti pun terus ke laut :(

Hanya mampu doa supaya suami akan berubah jadi pasangan yg lebih sabar, supportive dan sentiasa redha dgn ketentuan-Nya. Susah senang, hadapi sama-sama. Bukan masa senang jer bersama tapi masa susah, tanggung sorang2...

Nota ummi,
Dah dua minggu entry peram dlm draf. Sebenarnya dalam dua, nak publish ke tak entry ni. Bukan apa, takut reader salah faham pula. Bukan niat nak condem suami sendiri, cuma sekadar luahan rasa apa yg saya rasa tempoh hari. Tapi saya tahu, semua reader saya sgt positif. Mommies pun tahu kan yg husband saya sebenarnya baik orangnya. Mana nak dapat hubby yg rajin dan pandai masak hari-hari. Cuma manusia, biasa la. Bila datang angin kus2 tu, ribut juga jadinya. Bak kata P Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit. Apa yg berlaku, ada hikmahnya. Yang penting, kena saling belajar memperbetulkan kesilapan masing2. Buang yg keruh, ambil yg jernih, baru teguh... peribadi.... eh pinjam ayat P Ramlee lagi....

NuKilaN:
 

Thursday, May 29, 2014

Day 4... Part 2... Susahnya cari port makan kat highway Swiss

Dari Rheinfall, kami meneruskan perjalanan ke Frankfurt. Masa tu perut dah mula rasa lapar untuk diisi. Tapi malangnya, tiada port yang sesuai utk kami buka bekalan yang dibawa. Jadi kami decide utk berhenti di mana-mana service yang terdekat.

Rupanya susah nak cari port yang sesuai di sekitar highway swiss. Dua kali kami berhenti dan dua kali kami kecewa. Ni port pertama yang kami singgah...

Danish happy dapat main air yg super sejuk ni...
 Begitu juga dengan anak dara bertiga ni...
 Kaum ibu dan bapa dah mula keluarkan tikar untuk berpicnic...
Tapi malangnya bila check kawasan toilet, tersangatlah kotor. Jadi susah bila anak-anak nak buang air atau nak ambil wudhu. Jadi terpaksa lipat balik tikar-tikar dan teruskan perjalanan hingga jumpa service yang seterusnya.

Tak lama lepas tu kami singgah di service yang kedua. Kawasannya agak ok dan ada juga mini playground. Baru nak buka bekalan, dah ada orang "sound" kami dari dalam kedai makan yang berhampiran. Katanya tak boleh makan-makan kat area tu. Tapi saya tak de masa kejadian sbb pergi ke stesen minyak terdekat utk beli sedikit makanan buat alas perut. Gambar pun tak sempat nak snap di hentian kedua tu.

Jadi kami teruskan perjalalanan hingga ke highway German baru jumpa service yang sesuai walau meninggalkan satu kenangan pahit buat kami sekeluarga. Nak buat entry khas untuk cerita sedih tu buat pedoman saya di masa mendatang. Tapi patut ke saya cerita kat sini? Hurm....

NuKilaN:
 

Tuesday, May 27, 2014

Day 4... Part 1... Engelberg ke Rheinfall, Swiss

Pagi hari Isnin, 21/4 yang merupakan hari ke empat kembara Europe kami bersiap-siap utk check out dari Gasthaus Grafenort hotel untuk meneruskan perjalan ke Frankfurt, German. Berdasarkan saranan dari pemilik hotel, beliau mencadangkan supaya kami singgah di Rheinfall semasa on the way nanti.

Lepas siap isi semua barang dalam kereta, haruslah bergambar lagi dengan suasana sekitar hotel. Kalau sebelumnya cuaca sangat cantik, tapi pagi tu suasana agak bergabus. Dah tak berapa nampak snowcap atas bukit2 di sekitar. Rasa macam berada kat cameron highlands pun yer...

Ready utk ambil gambar beramai-ramai...
 Aisyah and Arissa... Daffodil pun tak berkembang bila tiada matahari...
Lepas siap sesi photoshoot, kami meneruskan perjalanan ke Rheinfall. Dah lupa berapa lama perjalanan untuk sampai ke sana. Tapi sepanjang perjalanan tu, mmg kami dihidangkan dengan pemandangan unik kampung2 di Switzerland. Banyak rumah2 kayu yang dibina di lereng-lereng bukit. Tapi tak terfikir pula nak snap gambar, ralit melayan dan rakam dalam kepala jer...

Rasanya dalam sejam lebih perjalanan juga, kami tiba di Rheinfall. Tak susah pun nak cari tempat ni. Lepas parking kereta, terus kami menapak ke tempat yang dituju. Cuaca kat sana masa tu agak sejuk. Jadi masing2 mula cari baju tebal dan cuaca juga macam nak hujan.
 Boleh tahan jauh kena menapak dari tempat parking tu.
 Dari jauh dah nampak air terjun...
Akhirnya sampai juga di tempat utk beli tiket. Alahai, dah lupa berapa tiket yg kena bayar utk masuk dalam tu. Rasanya tak mahal sangat.
Sementara tunggu beli tiket dan ahli rombongan yang nak masuk toilet, sempat la snap beberapa keping gambar budak2 posing dgn lembu2 Swiss...

Mula-mula posing dgn lembu coklat...
 Lepas tu posing dgn lembu hitam pulak...
 Bila semua dah ready, kami terus menapak ke pintu masuk.
Bukan main mencabar lagi nak tgk air terjun tu dari dekat. Kena lalui adventure trail. Takde la adventure sgt pun, cuma kena hati2 menuruni tangga yang agak curam. Dalam masa yang sama kena monitor anak2 yang dah mula eksaited tgk air terjun.
Subhanallah, memang cantik pemandang air terjun ni...

Empat sekawan.... Irfan, Kimie, Aisyah dan Sephia...
Lepas menikmati keindahan air terjun, budak-budak macam biasa tak lepaskan peluang utk main2 bila jumpa mini playground...
Danish pula ambil peluang tunggang kuda kayu...
 Ini pula pemandangan air terjun dari atas jambatan...
Nampak tak boat pink dan kuning dalam gambar kat atas tu? Ingatkan boleh cuba naik boat tu, tapi tak jumpa nak cari arah nak naik boat2 tu dan nampak macam jauh pula nak menapak ke sana. Jauh menapak tu satu hal, nak beratur pula satu hal. Jadi simpan aje la impian utk naik boat2 tu. Bukan main frust anak2 bila kata tak jadi naik boat tu. Nanti2 la, kita cari boat kat tempat lain.

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails