Monday, February 29, 2016

Aiskrim sumi


Dah terjebak dengan eskrim yang makin viral ni...
Dah lama save resepi ni sebenarnya.
Tapi hujung minggu hari tu baru sempat buat.

Hasil eksrim buat dengan anak-anak...
Aisyah tolong masukkan sumi dalam plastik eskrim.
Tapi sumi pula ada dua bungkus jer, jadi banyak lagi susu yang lebih.
Bila tambah perisa sirap, jadilah eskrim bandung pula....
Danish ni memang penggemar eskrim bandung... Kalau ke kedai makan pun, dia suka order air bandung :)
Tapi rasanya anak2 lagi suka makan eskrim bandung compared to eksrim sumi.
Senang keje saya, sebab lagi simple buat eskrim bandung dari eskrim sumi :)

Thursday, February 25, 2016

Awan & Camping

Cerita hari Selasa lepas.
Phew, bz betul minggu ni.
Tup2, hari ni dah Khamis.
Yes, esok cuti hujung minggu.... best best!

Masa nak hantar anak pagi tu. ternampak awan dan langit kaler jingga yang sangat cantik masa keluar rumah utk panaskan enjin kereta.
Masuk rumah kejap ambil handbag (of course dlm tu ada tepon), lepas tu keluar tengok awan semula.
Laa, dah hilang langit yg cantik tadi :(

Tapi snap juga gambar awan yg kaler putih tu..
Nampak gelap, padahal masa ni dah pukul 7.30 pagi...
Snap gambar lagi sementara tungu traffic lihgt bertukar ke kaler hijau...
Anak2 pun perasan yang langit pada pagi tu sangat cantik.
Irfan pun mula mengeluarkan faktanya.
"Ummi, do you know that this type of cloud is the highest cloud?"
"There are three layer of clouds and this type is the highest one."

Katanya, awan sikit2 dalam gambar yg kedua tu is in the middle layer.
Manakala, the third layer, yakni yang paling dekat dgn kita adalah awal tebal yang kita selalu nampak (takde pulak gambar... huhuhu).
And the more closer the cloud is, it is contain more water.

Gitu la lebih kurang sesi pembelajaran berkaitan awan yang disampaikan oleh Irfan pagi tu :)
Bercakap tentang Irfan, hari ni dia ada camping kat sekolah selama 3 hari dua malam.
Asyik duk cakap nerves jer nak camping pagi tadi.
Rasa pelik pula, sebab biasanya dia yang jenis cool memanjang.
Apa2 pun, semoga perkhemahan kali ni memberikan pengalaman baru yg indah2 buat Irfan :)

Sunday, February 21, 2016

Danish 6th Birthday

Kelmarin, 20 Feb 2016 Danish dah masuk 6 Tahun.
Happy birthday to Danish...
Moga membesar jadi anak soleh and success in everything you do :)

Ni gambar semalam..
Alhamdulillah, sempat juga buat birthday party kecil kecilan.
Itu pun atas permintaan birthday boy.
Saya cadangkan sambut jer kat sekolah dia kata tak nak.
Nak jugak celebrate kat rumah.
Jadi gagahkan juga diri kemas rumah dan buat makan-makan.

Gambar tak sempat lagi pindah dalam komputer.
Nanti lah, bila dah transfer, saya tempek kat blog ni :)

Wednesday, February 17, 2016

Kudis

Lately ni, makin lemau nak update blog.
Nak kata sibuk sgt tu tak de laa...
Cuma nak cari masa berblog tu yg agak susah.

Dah la minggu ni pelajar2 dah mula kuliah.
Petang ni dah ada kuliah yang pertama.
Haih, naper la kejap sgt mereka cuti.... huhuhu

Hari ni saja nak publish gambar yg dah lama simpan dalam draf.
Gambar december tahun lepas lagi ni.
Masa Danish kena kudis masa dua minggu terakhir persekolahan.
Kesian dia, satu badan gatal2 dan berkudis.
Lupa dah apa nama kudis ni bila bawa ke klinik.
Muka tetap senyum bila nak bergambar :)
Kudis kat kening Danish tu ambil masa juga nak hilang...

Ni pula kudis di bahagian belakang...
Sepanjang badan Danish berkudis, memang kena pantang makan.
Makanan yang paling dilarang ada;ah telur dan juga seafood.
Tapi Alhamdulillah, bila Danish dah mula cuti sekolah semua kudis2 tu makin hilang.

Aisyah pun pernah kena kudis juga masa dia kecil...
Tengoklah gambar Aisyah ni, hingga rambut pun terpaksa dicukur nak bagi kudis2 tu cepat kering...
Nasib baik sekarang dah comel pun anak dara ni :)

Tuesday, February 2, 2016

Aisyah cabut gigi

Gigi Aisyah kebanyakannya masih lagi gigi susu padahal bulan Ogos nanti dia dah 9 tahun.
Gigi2 susu dia pun macam tak rosak lagi, masih elok sgt2.
Yang jadi masalahnya, gigi kekal dah mula keluar di bahagian dalam.
Ada dua batang gigi kekal dah tumbuh di bahagian bawah kat depan.
Jadi dah berlapis dua gigi susu dan gigi kekal.
Sama kes dengan si abang Irfan.
Gigi kekal dah keluar, tapi gigi susu masih elok terletak tanpa goyang sikit pun.

Risau takut gigi kekal tu rosak, saya pujuk juga Aisyah ke dentist.
Kira Aisyah first visit to dentist kat M'sia.
Masa kat UK, Aisyah pernah jumpa dentist dan cabut gigi macam yang saya cerita dalam entry ini,  entry ini dan entry ni.
Kira after 3 years, baru jumpa dentist semula.
Hahaha, teruk betul mak Aisyah ni.... sepatutnya every 6 months kena visit dentist, kan?
Tapi itu laa... bila anak-anak tak mengadu sakit, liat sungguh nak bawa anak2 jumpa dentist.

Malam Jumaat lepas kami bawa Aisyah jumpa dentist.
Sempat lagi posing sebelum dipanggil jumpa doktor :)
Adik pun nak posing sama...
Sekarang ni memang susah nak snap gambar anake bertiga...
Bila dentist check, memang dia kata kena cabut dua batang gigi susu yang kat depan tu.
Masa ni doktor sedang cucuk ubat bius... 
Lepas bius, kena tunggu dulu beberapa minit nak bagi bahagian yang dibius rasa kebas.
Then baru gigi2 Aisyah dicabut.
Saya perhatikan, susah juga doktor nak cabut gigi2 Aisyah kat depan tu.
Memang akarnya masih lagi cantik.
Patutlah sikit pun tak goyang.
Tapi tak lama pun proses cabut gigi tu.
Doktor pun bukan main puji lagi Aisyah sebab beri kerjasama yg baik sepanjang proses gigi dicabut tu :)

Keluar dari bilik doktor, sempat lagi senyum bila saya suruh posing :)

Related Posts with Thumbnails