Monday, December 27, 2010

Off to Cherating

Alhamdulillah, majlis perkahwinan adik telah selesai. Selamat menjalani alam berumahtangga buat Na dan Iwe. Semoga lebih matang dalam mengharungi cabaran dan dugaan alam perkahwinan, amin!

Hari ni kena bertolak ke Cherating pula. Huhuhu, malas betul rasanya nak berangkat. Ditambah pula dengan persiapan Powerpoint yang belum selesai dan hujan yang renyai di luar. Tapi mungkin faktor sebenarnya sebab terpaksa ke sana tanpa suami. En suami ada mesyuarat utk dua hari berturut turut (Isnin dan Selasa). So saya dan anak anak terpaksa ke sana dahulu dan en suami akan menyusul kemudian. Tak seronok pula rasa bila en suami tak ikut skali. Tapi nak buat macam, kena la jadi berdikari, kan?

Plan nak bertolak dalam pukul 11.30 am, tapi satu benda pun tak ngemas lagi. Oh, tidak! Wake up Nur... get prepared now! Ok la, just a short update. More story will be update after we're back. Bye :)


p/s: will miss my blog again, huhuhu


NuKilaN:
 

Thursday, December 23, 2010

hujan lebat

Dari pagi tadi sampai la ke tengah hari, hujan masih lagi tak reda. Stop kejap, then sambung lagi. Risau jugak kalau berterusan macam ni. Teringat pulak bulan Dis 2008. Kampus UMT terpaksa ditutup gara gara air yang melimpah di sekitar kampus. Ni pic thn 2008.
Harapnya benda mcm ni dah tak berulang. Tahun lepas pun semuanya dalam keadaan terkawal. Hari ni nak balik Kota Bharu sebab esok adik kawin. Nanti jangan la pulak kenduri dalam banjir. Harapnya  cuaca lebih baik utk esok hari :)

Kelmarin saya baru update pasal danish yg tak nak merangkak lagi. Tup tup bila balik kerja semalam, danish dah boleh merangkak dengan jayanya. Bukan main laju lagi. Hehehe, seronok pulak rasa bila tengok dia dah makin berani nak explore sana sini. Nak letak dalam walker pun susah sikit skrang ni. Mungkin sebab tak berapa bebas kalau guna walker.

NuKilaN:
 

Wednesday, December 22, 2010

danish 10 bulan

Danish dah masuk 10 bulan. Tapi masih tak nak merangkak dengan jayanya. Merangkak dua tiga langkah and then terus rebahkan badan dan menjulur ke depan. Tak tahu la kenapa susah sangat nak tengok danish merangkak. Belum expert merangkak lagi kot, bila menjulur lagi laju agaknya. Tapi sekarang danish dah pandai bangun sendiri dan lepaskan tangan. Macam nak skip proses merangkak dan terus berjalan agaknya.

Buat masa ni, gigi pun belum nampak sebarang tanda nak tumbuh. Tak pe la kalau gigi lambat tumbuh pun. Lagi lambat tumbuh, lagi lambat rosak agaknya :)


Berkenaan intake harian EBM, masih lagi dalam kuantiti yang sama. Setiap hari danish consume dalam 4x2.5 auns ebm. So saya masih lagi bekalkan 10 auns ebm setiap sehari. Sejak balik bercuti panjang ni, susah betul nak kembali ke rutin mengepam. Susah betul nak motivasikan diri utk mematuhi jadual mengepam. Haiyaa... nak buat mcm mana ni???


NuKilaN:
 

Tuesday, December 21, 2010

i'm back

Selepas 'bercuti' lama, hari ni baru masuk opis. Banyak juga kerja nak kena setel minggu ni. Minggu depan kena outstation lagi. Outstation + vacation @ Cherating, Kuantan (27 Dis - 30 Dis). Penat mmg penat, tp puas hati sebab dapat menghabiskan masa bersama anak-anak. Nasib baik program kat Kuantan dapat ditangguh dahulu. Tapi masih lagi kena attend pada lain masa. So, dapat la kami bercuti tanpa sebarang gangguan. Syukur kepada Yang Maha Esa kerana mempermudahkan segala urusan.

Alhamdulillah, perancangan ronda ronda satu Malaysia bersama keluarga berjalan dengan lancar. Bertolak pukul 8 am (7 Dis) dari Kuala Terengganu dan tiba kat rumah semalam (20 Dis) jam 11 pm. Memang kami pusing satu Malaysia selama dua minggu. Nanti ada masa baru boleh cerita dengan lebih lanjut. Jom layan gambar ceria anak anak yg seronok bercuti :)

gambar si kakak jer yg byk
susah betul nak snap gambar irfan

 
NuKilaN:
 

Wednesday, December 1, 2010

good and bad news

Pagi pagi masa buka email
dapat berita baik dan tak baik
berita baiknya, hari ni dah dpt RM500
yg bantuan kewangan yg PM kita umumkan tu
hoorey...
boleh la buat belanja apa yg patut
lagi pun minggu depan kami sekeluarga akan bercuti cuti malaysia
kami akan ke berada di JB (7 Dis - 10 Dis)
dan sekitar KL (11 Dis - 16 Dis)
dah lama sangat dah tak pergi bercuti
danish dah 9 bulan
rasanya dah cukup besar utk bawa jln2

dan berita yang tak best tu
saya telah dicalonkan utk mengikuti program anjuran KPT
kat kuantan (13-14 Dis)
uuwwwaaaaa...
tergendala rancangan cuti cuti malaysia kami
baru jer berangan nak cuti lama lama
bermesra bersama anak anak
cuti pula dah pun diluluskan
tup tup, kena attend program pula
tapi nak buat mcm mana
sbg goverment servant
"SAYA YG MENURUT PERINTAH"
kena la attend jugak
huhuhu

Kita hanya mampu merancang
Dia yang menentukan
Maka, saya redha....

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails