Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Wednesday, February 27, 2019

Kudis Api

Entry yg dah lama peram dalam draft.
Kalau tak silap, kisah awal tahun lepas.
Dah hampir setahun/maybe dah lebih setahun duk peram.
Tapi nak publish juga sbg kenangan.
Satu family kena.. huhuhu

*********

Dua tiga minggu lepas, kami sekeluarga diuji dengan kudis yang sgt memeritkan, kudis api.
Mula2, Aina





 Kemudian mula menyerang Danish dan Aisyah.


Saya juga kena serang juga.
Tapi tak banyak, ada laa empat lima biji.
Tapi perit masa kena tu, Allah jer yang tahu.
Berdenyut denyut sepanjang masa.


NuKilaN:
 

Wednesday, November 23, 2016

Aina @Chicken Pox

Ahad... 6 Nov 2016..
Sebelum kena chicken pox (CP)

Jumaat... 11 Nov 2016
Hari ke-4 CP

 Sabtu... 12 Nov 2016
Hari ke-5 CP
Hari ke-5 baru Aina tak demam

Ahad... 13 Nov 2016
Hari ke-6 CP
Hari Ahad tu, memang dan naik satu badan...
Yang naik bahagian muka dah beransur kering...
Yang bintik atas mata dan hidung tu agak besar...
Nasib baik tak tinggal parut..

Sabtu... 19 Nov 2016
Alhamdulillah, dah banyak kuping2 yang jatuh..
Bila mandikan Aina dalam besen, boleh nampak banyak kuping2 CP dalam air...

Sebenarnya 19 Nov tu hadir graduation sekolah Danish..
Harapnya sempat la buat entry kenangan nanti :)

NuKilaN:
 

Wednesday, February 17, 2016

Kudis

Lately ni, makin lemau nak update blog.
Nak kata sibuk sgt tu tak de laa...
Cuma nak cari masa berblog tu yg agak susah.

Dah la minggu ni pelajar2 dah mula kuliah.
Petang ni dah ada kuliah yang pertama.
Haih, naper la kejap sgt mereka cuti.... huhuhu

Hari ni saja nak publish gambar yg dah lama simpan dalam draf.
Gambar december tahun lepas lagi ni.
Masa Danish kena kudis masa dua minggu terakhir persekolahan.
Kesian dia, satu badan gatal2 dan berkudis.
Lupa dah apa nama kudis ni bila bawa ke klinik.
Muka tetap senyum bila nak bergambar :)
Kudis kat kening Danish tu ambil masa juga nak hilang...

Ni pula kudis di bahagian belakang...
Sepanjang badan Danish berkudis, memang kena pantang makan.
Makanan yang paling dilarang ada;ah telur dan juga seafood.
Tapi Alhamdulillah, bila Danish dah mula cuti sekolah semua kudis2 tu makin hilang.

Aisyah pun pernah kena kudis juga masa dia kecil...
Tengoklah gambar Aisyah ni, hingga rambut pun terpaksa dicukur nak bagi kudis2 tu cepat kering...
Nasib baik sekarang dah comel pun anak dara ni :)

Tuesday, August 11, 2015

Budak tak sihat

Semalam, masa ambil Danish dari taska, cikgu taska beritahu yang Danish muntah tiga kali.
Masa dalam kereta nak ambil si kakak dari sekolah, dia muntah sekali.
Lepas tu, masa perjalanan balik ke rumah, dia muntah lagi sekali.
Kat rumah pun, pantang makan atau minum, pasti Danish akan muntah.
Kesian sangat tgk dia.
Minta nak minum air, lepas tu muntah.

Tidur malam pun, Danish meracau dalam tidur.
Tapi nasib baik dia tidur lena lepas saya berikan paracetamol.

Tu kisah semalam.
Jadi hari ni saya terpaksa angkut Danish ke pejabat.
Pagi tadi dia masih muntah2 masa bersiap kat rumah.
Tapi sepanjang kat pejabat ni, dia dah boleh makan dan minum tanpa masalah.
Belum ada tanda2 nak muntah.
Muka pun dah makin ceria...
Aktiviti Danish semasa di pejabat.. melukis!

Cepat sihat yer sayang... 

Thursday, July 23, 2015

Berita sedih di Aidlifitri

Tiga Syawal, 20 Julai 2015 kami dikejutkan dengan berita yang menyedihkan.
Kawan baik saya di Huddersfield, Kak Husna sedang kritikal akibat mengidap penyakit brain cancer.
Gambar: Kak husna dan anaknya yang ketiga, Wazeef.
Gambar kat atas disnap pada 25 Mac 2015, masa tu kak Husna dah ada mengadu sakit kepala.
Tapi tak sangka, sakit kepala yang ditanggung oleh nya adalah merupakan sejenis kanser.
Ingatkan sakit kepala yang biasa-biasa.
Kali terakhir saya berjumpa dengan kak husna, iaitu sehari sebelum angkut barang dalam kontena (15 Jun 2015), kak husna ada beritahu yang doktor kata dia kena asma sebab batuk tanpa henti yang menyebabkan kak husna sukar bernafas dan menyebabkan sakit kepala.
Jadi doktor bekalkan ubat untuk caikan kahak supaya batuk kak husna sedikit reda.

Memang sangat mengejutkan bila tiba-tiba rakan2 dari Bradford memaklumkan bahawa kak husna sedang kritikal dan sedang bertarung dengan penyakit kanser.
Ya Allah, luluh rasa hati dan teringin nak menemani kak Husna di saat2 genting mcm ni.
Tapi apakan daya, hanya doa yang mampu dihulurkan.
Sedih sgt2 bila terkenangkan anak-anak kak husna yang masih kecil.
Hanya mampu berdoa agak suami kak Husna tabah dengan ujian yang menimpa keluarga mereka.
Kak Husna pula diberikan semangat yang kuat untuk melawan penyakit kanser yang dihidapinya.
Mommies, doakan keadaan kak Husna semakin baik yer...

NuKilaN:
 

Wednesday, May 13, 2015

Asthma review

Kelmarin saya bawa danish utk asma review.
Setahun sekali kena bawa jumpa nurse untuk dapat free prescripton.
Hari ni baru collect prescription dan terus ambil ubat di farmasi.
Dapatlah menda alah ni...
Aerochamber, inhaler preventer (kaler coklat) dan ventolin evohaler (kaler biru).
Yang kaler coklat tu kena guna setiap hari. Sebelum ni guna dua kali sehari iaitu pagi dan malam.
Kali ni nurse suruh guna sekali sehari.
Lepas guna inhaler coklat tu kena suruh danish berkumur sebab dia mengandungi bahan steroid.
Jadi kena cuci mulut untuk elakkan jangkitan pada salur pernafasan.

Yang kaler biru pula guna bila danish dapat serangan asma. Alhamdulillah, sejak pakai inhaler coklat tu Danish dah jarang kena astma yg teruk.

Aerochamber pun nurse kata kena tukar setiap tahun untuk pastikan kebersihan yang lebih terjamin.

Thursday, March 26, 2015

Jenis jenis batuk

Perkongsian dari FB Dr Zubaidi..
Jadi kalau batuk dah melebihi dua minggu, baik cepat-cepat pergi jumpa doktor.

NuKilaN:
 

Thursday, February 13, 2014

Winter bug

Ni message dari sekolah anak-anak yang saya terima pada 30 January lepas.
Bila dapat message tu, saya dah pesan siap2 kat Irfan dan Aisyah supaya jangan guna toilet kat sekolah.   Selagi boleh tahan, tahan la hajat tu dan langsaikan kat rumah. Winter bug senang berjangkit dan biasanya merebak dari kuman dari toilet dari pelajar yang telah dijangkiti.

Tapi malangnya hari Isnin lepas Irfan terkena juga virus jahat tu atau nama glamer dia Norovirus. Dia mengadu beberapa kali muntah semasa di sekolah. Balik rumah pun dia muntah lagi. Lepas dia muntah kali kedua, cepat2 saya ambil tali kasut utk ikatkan kat leher mcm saya buat kat Danish dalam entry ni.

Lepas tu nampak dia ok sikit. Mula minta nak makan nasi. Sebelum tu abah offer makan fish and chip pun dia tolak. Tak lalu nak makan takut muntah lagi.

Lepas makan, nampak dia lebih bertenaga sikit. Saya mula rasa lega sikit. Boleh la tidur malam tu dengan aman. Malangnya, malam tu Aisyah pula yang bangun dan muntah-muntah. Alamak, dah berjangkit kat Aisyah pula. Dua kali juga Aisyah bangun malam tu. Lepas Aisyah, saya pula mula rasa mual dan pening kepala. Tak lama lepas tu rasa nak muntah. Alamak, saya pun kena juga. Lepas muntahkan apa yg patut, baru rasa lega dan boleh sambung tidur sampai ke pagi.

Esoknya saya ingatkan nak rehatkan Irfan dan Aisyah kat rumah. Tapi mereka berdua beria cakap dah rasa ok dan tetap nak ke sekolah. Beria nak dapat 100% attendance semester ni. Cuma mereka belum ada selera utk makan. Jadi mereka cuma breakfast sup spaghetti pagi tu.

Belum pun anak2 siap breakfast, sekali terdengar ada orang buka pintu rumah. Rupanya abah dah balik kerja. Eh, awal la pula abah balik hari ni, detik hati saya. Rupa-rupanya, abah pun kena juga virus tu. Tak boleh nak kerja sbb asyik ulang-alik toilet, jadi bos beri kebenaran utk rehat kat rumah. Tapi abah tak muntah, abah kena cirit birit.

Mmg hari Selasa tu, saya dan hubby melepek jer atas katil. Tak boleh nak buat apa penangan Norovirus ni. Nak bangun rasa kepala pusing. Nak makan pun tak ada selera.

Hari Rabu baru rasa sihat sikit. Tapi selera makan masih belum ada. Hari Rabu juga kami anak-beranak tak makan nasi lagi.

Dan hingga la hari ni, belum ada selera nak telan nasi. Hirup sup kambing cicah roti pun dah rasa kenyang. Kali pertama kami sekeluarga kena penangan winter bug mcm ni.

Nota ummi,
Maaf, tak sempat lagi nak BW. Ada juga jengah baca cerita mommies, cuma belum ada masa nak tinggal komen. Btw, thanks pada yg tetap datang dan komen kat sini :)

Friday, November 15, 2013

Ubat gigi halagel

Masa kat M'sia, kami memang pengguna tegar ubat gigi Halagel. Sebelum saya berkenalan dgn ubat gigi halagel, selalu sangat saya kena ulser mulut. Bila kena ulser, faham-faham sendiri la kan. Nak makan pun sakit. Nak cakap dengan orang pun rasa malas sbb cakap pun mcm tak betul jer.

Bila adik perkenalkan saya dengan ubat gigi ni, Alhamdulillah dah jarang sgt kena ulser dan sangat serasi dengan kami sekeluarga. Kalau Irfan sakit gigi, saya suruh dia gosok dengan lebih kerap dgn ubat gigi ni. Setakat ni sangat membantu menghilangkan sakit gigi Irfan tu.

Kalau orang M'sia tanya nak kirim apa dari M'sia, tak lupa saya minta kirimkan ubat gigi ni. Ni antara stok yang masih ada dalam simpanan.
Apa pula ubat gigi pilihan mommies?

NuKilaN:
 

Friday, November 8, 2013

Kalwanji seed

Kalwanji seed atau Black cumin atau nama yang selalu kita sebut adalah habbatus sauda. Selain madu, habbatus sauda juga dikatakan bagus utk merawat asma dan membantu meningkatkan daya imunisasi badan.

Boleh dibeli dengan mudah di Bradford ni
Bentuk biji habbatus sauda
Selain madu, saya cuba galakkan anak-anak makan beberapa biji habbatus sauda setiap pagi. Caranya, saya akan letak beberapa biji dalam sarapan nasi.
Beberapa biji dalam nasi Danish
Alhamdulillah, anak-anak akan makan tanpa sebarang bantahan. Saya mula beri anak-anak habbatus sauda bila stok madu semakin berkurang. Dah tinggal botol yang terakhir. Hasilnya, boleh nampak Danish cepat baik dari lelah. Batuk pun cepat baik bila diberi makan habbatus sauda ni. Mommies pun cuba lah, boleh nampak kesan yang sangat positif :)

Friday, September 27, 2013

Flu vaksin ada babi!

Saya ada menerima panggilan dari GP (general practitioner) yang menyarankan Danish diberikan flu vaksin. Tanpa fikir panjang, saya terus setuju untuk mebawa Danish ke GP pada minggu depan.

Rasa tak sedap hati pula bila ramai yang memperkatakan tentang vaksin utk anak-anak tak selamat. Saya cuba buka website NHS, dan terjumpa link ni..


Ya Allah, terkejut saya dibuatnya bila jumpa part ni...

Terang lagi bersuluh, mmg vaksin tu ada kandungan babi walau dikatakan sedikit. Jadi saya memilih utk tidak memberikan Danish flu vaksin tu. Terus cepat-cepat call GP untuk batalkan appointment.

Insya Allah, iktiar tingkatkan antibodi Danish dengan 4Life aje laa...

Nasib baik terjumpa ada orang jual kat ebay. Dapat la restock 4Life untuk menghadapi winter tahun ni :)

NuKilaN:
 

Tuesday, October 16, 2012

Teknik tepuk bantu bayi hilangkan kahak

Nak kongsi teknik ni yang kawan share dari facebook

TEKNIK TEPUK BANTU BAYI HILANGKAN KAHAK!! 

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak TIDAK minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.


Saya pernah juga aplikasikan kaedah ni masa danish kecil. Memang nampak kesian semasa tepuk tu (dah la 15 minit tu agak lama juga), tapi sekurang-kurangnya dia lega lepas kahak yang banyak keluar.


NuKilaN:
 

Tuesday, September 25, 2012

Terima kasih

Alhamdulillah, danish dah beransur baik. Ada batuk sikit-sikit jer. Cara dia bernafas dah kembali normal. Baru la saya senang hati nak pergi sekolah :)

Mula-mula agak cuak dengan cara rawatan asthma di sini. Dengan nafas tercungap-cungap, doktor kat GP macam relaks jer ....mcm tak de apa yang berlaku. Langsung tidak diberikan ubat. Kalau kat M'sia, mcm Aisyah dulu dah kena tahan dalam wad.

Bila saya request nak neb, doktor kata tak perlu sebab ubat yang digunakan ada steroid. Kalau boleh, doktor tak nak biasakan anak-anak dgn steroid. Kalau kat M'sia, saya tak pasti pula samada ubat yang digunakan mengandungi steroid atau tidak. Tak pernah pula tanya doktor kandungan ubat utk nebulizer masa di M'sia.

Terima kasih juga pada Izu yang yang berkongsi cara menggunakan inhaler dalam komen ni...

"Btw ank izu inhaler tU sekali amik 10puff and setiap 2 jam, bila dh ok sket baru krg kan puff jd 8, 6 gitu dan waktu pon krg setiap 4jam sekali then 8jam sekali . Klu dh ok stop.."

Memang nak cerita mcm tu tapi tak pandai pula sebab duk fikir, apa ek istilah puff dalam bahasa melayu? Padahal boleh jer belasah guna puff, orang boleh lagi faham :)

Ada juga beli Habbatulsauda, tapi tak tahu cara nak guna. Ada org kata boleh letak jer dalam masakan tapi belum ada masa nak explore.

Setakat ni saya kerapkan beri Danish makan madu bagi mengurangkan batuk dan kahak. Dalam masa yang sama, saya berikan danish ubat untuk menguatkan sistem imun, 4life Transfer Factor.

Yg saya bagi kat danish yg warna biru muda, yang warna biru tua tu transfer factors plus - tersilap beli... so yg biru tua saya kena makan.

Terima kasih juga pada mommies yang mendoakan danish :)

NuKilaN:
 

Sunday, April 29, 2012

kebaikan susu ibu kepada bayi

Walaupun danish sudah bercerai susu, saya tetap suka baca buku dan artikel bekaitan penyusuan. Tambahan pula, pelbagai buku penyusuan dan keibubapaan boleh didapati dengan harga yang murah di sini. Banyak buku terpakai yang boleh dibeli di amazon dengan harga yang murah.

Hari ni nak kongsi tentang buku "Food of Love" dari Kate Evans. Sangat suka baca buku ni sebab ia banyak ilustrasi bergambar dan penerangannya yang sangat mudah nak faham. Kate menggunkan simple english yang mudah difahami.

Ni salah satu helaian yang menceritakan kebaikan susu ibu kepada si anak'

Bayi menyusu susu ibu adalah lebih sihat.

NuKilaN:
 

Friday, March 23, 2012

measles vs chicken pox

Hari Jumaat lepas, Aisyah kena chicken pox. Masa mandikan Aisyah sebelah pagi dah ada beberapa bintik merah kat dahi dan atas belakang. Saya ingatkan kena gigit serangga. Just letak ubat gamat sebelum Aisyah ke sekolah.

Keesokkannya, saya sangat terkejut bila buka baju Aisyah dan badannya penuh dengan bintik merah. Kebetulan pagi tu ada jemputan ke rumah kawan dan kawan saya mengesahkan yang itu adalah chicken pox. Nasib baik di rumahnya ada stok calamine lotion. Aisyah nampak lega bila badannya diletakkan calamine lotion. Ni rupa Aisyah bile letak calamine lotion. Siap dalam mata pun ada jugak bintik merah.

Kemudian saya cuba cari maklumat dalam internet berkaitan chickenpox. Cuba kaitan keadaan Aisyah dan symptom dalam laman web National Health Service (NHS). Memang sah ia adalah chicken pox walaupun Aisyah tak demam.
sebijik bintik-bintik mcm ni kat badan Aisyah

Chickenpox treatment
Chickenpox in children is considered a mild illness, but expect your child to feel pretty miserable and irritable while they have it.
Your child is likely to have a fever at least for the first few days of the illness. The spots can be incredibly itchy.
There is no specific treatment for chickenpox, but there are pharmacy remedies which can alleviate symptoms, such as paracetamol to relieve fever and calamine lotion and cooling gels to ease itching.
In most children, the blisters crust up and fall off naturally within one to two weeks.

Kat sini kalau nak jumpa doktor kena buat appointment dulu. Bila baca ayat ni buat saya lega sebab tak perlu bawa Aisyah jumpa doktor :) 

When to see a doctor
For most children, chickenpox is a mild illness that gets better on its own.
But some children can become more seriously ill with chickenpox. They need to see a doctor.
Contact your GP straight away if your child develops any abnormal symptoms, for example:
·         if the blisters on their skin become infected 
·         if your child has a pain in their chest or has difficulty breathing


Sekarang Aisyah dah semakin baik. Keadaan cuaca yang sejuk membuatkan rasa gatal berkurangan dan lagi cepat baik. Bila tak berpeluh, rasa gatal pun kurang.

Tapi ada juga kawan kata ia adalah measles. Sekali lagi saya dapatkan maklumat dari NHS tentang measles.
Rupanya di UK, measles lagi teruk dari chicken pox dan saya yakin yang Aisyah kena chickenpox, bukannya measles.

NuKilaN:
 

Friday, November 26, 2010

kurang sihat

Salam semua....

Hujung minggu yang agak mencabar... huhuhu, semua anak anak termasuklah saya sendiri tak sihat. Irfan selsema, demam dah baik. Aisyah pula batuk dan selsema. Suara pun dah berubah jadi lain. -semakin garau. Kesian betul kat Aisyah. Danish pun sama. Dapat pakej yang cukup lengkap: batuk, selsema dan lelah. Lagi kesian bila tengok dia tercungap cungap bernafas ikut mulut. Poor danish!

Tapi yang bagus nya, irfan, aisyah dan danish sangat senang nak telan ubat. Danish baru jer pandai nak telan ubat. Bila tengok syringe tu, memang dia akan geleng kepala kiri kanan. Tapi bila ubat dah masuk dalam mulut, dia akan telan perlahan lahan.  Mmg good boy la danish ni :)

cepat baik yer anak anak ummi...
Saya pulak, selsema ringan jer. Tapi dari semalam duk sakit belakang. Tak boleh nak duduk atau berdiri lama. Jalan pun kena slow slow. Dalam hati ada terpikir, adakah Mrs P nak datang? Oh no, mcm mana la dengan production susu bila dia datang? Tapi harapnya belum lagi, tapi kemungkinan besar tetap ada. Selepas melahirkan Aisyah dulu Mrs P datang masa Aisyah berumur 9 bulan jugak, tapi Irfan pula masa 11 bulan. Sekarang danish dah 9 bulan. Memang patut pun kalau Mrs P nak bertandang.... huhuhu.

NuKilaN:

Thursday, September 30, 2010

supplemen

Dah lama tertangguh nak buat entry pasal supplemen ni. Maaf yer cery! Tak dapat nak bagi good testimoni lepas guna supplemen. sebabnya akak ni bukan seorang yang berdisiplin kalau bab makan supplemen ni. Huhuhu... susah sungguh nak telan supplemen hari hari atau org kata istiqamah dalam pengambilan supplemen.

Dah dua bulan berlalu. 
Tapi Trial pack set B Shaklee yang saya order masih lagi berbaki.
Sepatutnya satu set trial pack macam pic atas ni adalah untuk sebulan.
Yang saya punya masih lagi berbaki seperti berikut:
Vitalea - 6 biji
B-Complex - 4 biji
Alfafa - 10 biji
Vitamin C - 5 biji

Terasa diri sendiri sangat teruk. Susah betul nak motivasikan diri supaya istiqamah telan supplemen. Tapi kan mommies, memang ada perbezaan bila kita ambil supplemen. Badan rasa ringan dan sangat segar  bila bangun pagi. Lenguh lenguh badan dah berkurang. Kat opis pun, susah sikit nak rasa mengantuk. Buat kerja pun lebih produktif.  Fikiran lebih fokus dan tak rasa serabut sangat walaupun banyak to-do list yang nak kena selesaikan. Pasal production susu tak boleh nak komen, sebab saya tak makan hari hari. So susah sikit nak kaji kesan supplemen ni utk EBM  production.

Sunday, September 19, 2010

anak anak x sihat :(

Hari ni dah mula kerja... banyak juga benda nak kena settle. Maklum la bercuti panjang selama dua minggu. Tapi tak raya sakan pun. Sambutan raya yang ala kadar jer. Ingatkan nak sambung cuti lagi sebab anak anak kurang sihat. Tapi, bila tengok anak anak dah ok sikit, bersiap juga datang pejabat.

Irfan demam. Hari ni dah masuk hari ketiga. Dah lama Irfan tak demam. Mungkin sebab banyak sangat main, tidur kurang, makan minum pun kurang, tiba2 jer badan panas. Bukan selalu boleh jumpa dengan sepupu sepapat. Bila jumpa, memang main sampai tak ingat. Nasib baik hari ni dah ok sikit. Tapi hari ni irfan mcm batuk2 pulak.

Aisyah pula batuk dan selsema. Tapi tak demam. Selsema pun tak de la teruk sangat. Cuma time batuk, kesian betul tengok. Beria aisyah cuba keluarkan kahak. Kadang2 berjaya, kadang2 tidak. Huhuhu... sabar  je la... nasib baik aisyah tak meragam sangat. Risau jugak kalau selsema berlarutan, nanti kena lelah pulak. Harapnya aisyah pun cepat sembuh!

Si kecil danish pula, kena lelah. Mula mula, dia selsema. pastu batuk. Dua hari lepas tu, kena lelah pulak. Dah bawak jumpa doktor. Doktor bagi ubat lelah, cairkan kahak dan batuk. setiap kali time makan ubat, kena berperang dengan danish. Susah betul nak telan ubat. Nasib baik Irfan dan aisyah dah tak perlu berperang time makan ubat.

Saya doakan semoga semua anak anak cepat sembuh... Bila semua anak anak tak sihat, rumah pun macam hilang seri jer... Cepat baik yer sayang!

Friday, July 30, 2010

kaitan jenis darah dan jaundis di kalangan bayi

Ada dus jenis darah yang utama iaitu Sistem darah ABO dan Sistem darah Rhesus. Dalam sistem darah ABO, darah terbahagi kepada kumpulan O, A, B atau AB. Dalam sistem darah Rhesus pula, darah terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Rhesus negatif atau Rhesus positif.

Masalah jaundis yang boleh berlaku adalah disebabkan ketidakserasian sistem darah di atas di antara ibu dan bayi yang dikandung. Masalah ketidakserasian ini boleh menyebabkan sel sel darah bayi rosak dan proses kerosakan ini dikenali sebagai hemolysis. Sel sel darah yang mengalami hemolysis ini  akan menghasilkan bahan yang bernama biliburin dan bahan inilah yang menyebabkan bayi kuning dalam kes jaundis.

Kajian menunjukkan ketidakserasian dalam sistem darah ABO boleh menyebabkan jaudis tetapi selalunya ia tidak serius. Lain pula halnya jika berlaku ketidakserasian dalam sistem darah Rhesus. Jika ibu mempunyai Rhesus negatif dan bayi mempunyai Rhesus positif, masalah hemolysis boleh terjadi. Jika ini terjadi, ia boleh mnyebabkan jaundis yang teruk. Oleh kerana masalah ini serius, semua wanita yang mempunyai kumpulan darah Rhesus negatif dimestikan mengikuti klinik pakar ketika hamil supaya masalah ini boleh dipantau daripada awal kehamilan lagi.

Bila baca Tanya Pakar dalam Pa&Ma Ogos 2010 (petikan kat atas), saya mula menyedari kenapa aisyah dan danish menghidap jaundis tetapi bukan pada tahap yang serius. Saya mempunyai darah O+ dan en suami, AB+. Kesemua anak anak saya mempunyai jenis darah yang berlainan. Irfan jenis O, aisyah jenis A dan danish jenis B. Disebabkan ketidakserasian sistem darah rupanya asiyah dan danish kena jugak jaundis walaupun saya dah banyakkan berikan susu ibu bagi mengelakkan jaundis :)
Related Posts with Thumbnails