Wednesday, December 6, 2017

Berapa usia perkahwinan?


Sekarang kan musim orang kenduri kahwin.
Masih ingat lagi tarikh keramat anda diijabkabulkan?
Sambil- sambil tengok pasangan pengantin,
Cuba ingat semula..
Usia perkahwinan. 
1. Fasa bulan madu ( 0-5 tahun)
2. Fasa sehati sejiwa (6-10 tahun)
3. Fasa semarak kasih (11-20 tahun)
4. Fasa syurga cinta (20 tahun ke atas)
Jom uols share 
Berdasarkn kajian panel JAKIM, pasangan di 'fasa bulan madu' paling banyak bermasalah. Sbb apa agaknya?
Jika usia perkahwinan di fasa semarak kasih, anda dikira bijak mngemudi bahtera rumhtangga.
Dan jika sudah berada di fasa syurga cinta, tahniah. Semoga kekal bersama ke syurga nanti.
Alhamdulillah, kami dah fasa Semarak kasih :)

Anda dikategori mana?

NuKilaN:
 

Friday, December 1, 2017

Permohonan UPU Online sesi Akademik 2018/2019



[PERMOHONAN UPUONLINE SESI AKADEMIK 2018/2019]

Untuk makluman, Permohonan UPUOnline bagi sesi akademik 2018/ 2019 bagi lepasan SPM/setaraf & STPM/setaraf akan dibuka mulai:

Buka:
5 FEBRUARI 2018
Jam 12.00 Tengah hari

Tutup: 
10 APRIL 2018
Jam 11.59 Malam

------------
Permohonan boleh dilakukan di portal rasmi UPU.

Pautan :  https://upu.mohe.gov.my

Pembelian nombor Unik ID boleh didapati di kaunter BSN seluruh Malaysia mulai 5 FEBUARI 2018 hingga 9 APRIL 2018
------------
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 8870 8200 atau boleh mengunjungi kaunter runding cara kami di Lobi KPT di Kementerian Pendidikan Tinggi.

Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di 

Pautan :  http://upu.mohe.gov.my
Related Posts with Thumbnails