Wednesday, August 29, 2012

sedikit tips pavlova

Sekarang ni, pavlova dah semakin sinonim di kalangan rakan-rakan. Rupanya ramai betul peminat pavlova di Bradford ni :)

Selepas cubaan pertama saya yang boleh dikira menjadi, saya hidangkan pavlova kepada rakan-rakan semasa majlis berbuka puasa (hari lahir Irfan) dan majlis rumah terbuka (hari lahir Aisyah). Masa majlis berbuka, sekejap jer pavlova licin dikerjakan muslimat tanpa sempat dirasa oleh muslimin. Saya buat lagi sekali semasa open house - juga licin sekelip mata, siapa datang lambat memang tak sempat nak merasa.

Rahsia tak nak bagi pavlova rasa muak - kena buat bentuk meringue agak nipis supaya ia lebih garing. Kata mereka, pavlova ni memang cair di mulut. Sangat kena dengan manis dan masam buah-buah dan fresh cream. Ada juga rakan yang cadangkan supaya meringue dibentuk kecil-kecil - boleh cuba kot lain kali :)

Lagi satu, kena pandai pilih whipping cream. Saya pernah guna whipping cream jenama tesco. Bila putar, cream tu jadi tak berapa creamy dan rasanya kurang sedap. Bila diletakkan atas pavlova, cream tu akan masuk dalam pavlova menyebabkan kerangupan pavlova tu akan hilang :(

Pavlova pandangan sisi
Pavlova pandangan atas
Bila tengok gambar ni, teringat lagi rasanya yang unik tu..
Saya juga dah jadi penggemar pavlova!

NuKilaN:
 

Sunday, August 26, 2012

Raya kedua

Raya kedua, giliran rumah kami pula mengadakan rumah terbuka. Disebabkan hari raya kedua jatuh pada 20 Ogos, maka kami meraikan sekali hari lahir Aisyah yang kelima.

Saya tak masak banyak sebab masih banyak lebihan makanan pada hari raya pertama - terutama nasi himpit  dan mee spagetti. Daripada membazir, kami sepakat untuk menghidangkannya di rumah saya pula dengan menjadikan juadah soto. Nasib baik kat sini suhu sejuk - makanan susah nak basi. Ada juga sedikit kerisauan takut tetamu sakit perut, tapi Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar.

Majlis bermula selepas Zuhur dalam pukul 2 disebabkan en Abah dan mula kerja pada raya yang kedua. Saya cuma masak kuah spaghetti, murtabak, nasi, ayam goreng dan gulai ayam. Agak kelam kabut juga waktu pagi tapi sempat juga hidang semua makanan sebelum tetamu sampai.

Walaupun kek birthday Aisyah ni agak comot, tapi nak letak juga kat blog sebagai kenangan.
Entah dari mana datang idea letak finger pastry kat tepi kek...
Nama Aisyah pula jadi AISYA jer sebab tak cukup space, nasib baik tuan punya kek tak complain.
Aisyah kata, "Kakak tahu sebab apa ummi tak letak H kat nama kakak. Mesti sebab tak cukup space, kan?".. . Ha ah, bijak pun anak ummi ni :)



Lepas potong kek, Aisyah dihiaskan dengan inai pula.
 Tak de dalam tentatif program pun..
Saja suka-suka
Aisyah dan Syasya
 Sabar menunggu inai kering
Taraa... ini la hasilnya...
Cantik tak tangan kami?

NuKilaN:
 

Saturday, August 25, 2012

Solat Aidilfitri @IslamBradford

Suasana  yang sangat berbeza bila menunaikan solat Aidilfitri di sini. Yang pasti, ia satu kenangan yang manis buat kami sekeluarga.

Disebabkan kami sampai agak awal, ruang solat masih lagi kosong. 
Kami mengambil tempat di ruang belakang.
Dalam 10 minit ke pukul 9, keadaan di ruang solat semakin sesak. 
Kami beralih ke ruang hadapan sikit.

Rasa insaf bila jumpa umat Islam yang pelbagai bangsa dari pelbagai negara.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!
Terima kasih Allah, nikmat-Mu tidak terhingga.

Disebabkan ruang solat sangat sesak, kena pandai-pandai adjust kedudukan solat bersama anak-anak. Mula-mula saya letak danish dan Aisyah di belakang. Bila mula solat, Danish dan Aisyah bergerak ke depan saya pula. Mereka tak kacau saya solat, tapi turut sama solat hingga habis. Tujuh kali iman angkat takbir, tujuh kali juga danish angkat takbir. Danish dah tahu, bila imam kata Allahuakbar... tangan kena angkat takbir.

Suasana yang berbeza, ramai bayi yang diangkut sama utk solat!
 Saya snap gambar ni semasa dengar khutbah raya.

Aisyah juga khusyuk dengar khutbah raya...

Selepas khutbah raya, kami dijamu dengan sedikit makanan ringan.
Kek, roti dan muffin - semuanya sedap2
Danish pun makan beberapa ketul kek..
Nyum nyum....
Lepas solat raya kami ke rumah terbuka di rumah kawan
Semua M'sian berkumpul kat sana...
Lewat petang baru balik rumah :)

Jangan terkejut, kat sini pun ada lemang dan rendang tau...
Ini buktinya....


NuKilaN:
 

Wednesday, August 22, 2012

Raya versi perantau

Kami di UK juga beraya pada hari Ahad, sama dengan M'sia walaupun kami puasa sehari lebih awal. Maka orang M'sia raya tujuh jam lebih awal dari kami.

Saya cakap kat Irfan, "Orang kat M'sia raya awal sikit dari kita." Tahu tak apa jawab Irfan, "Kalau mcm tu, jom la kita balik M'sia. Boleh raya cepat sikit.". Amboi, dia ingat UK-M'sia sama macam Kelantan-Terengganu ke? Balik hari boleh sampai dan boleh naik kereta jer. Dah la jarak tu jauh, duit pun kena sedia tau kalau nak balik. Untuk kami sekeluarga, tiket flight pergi balik sekitar RM25k... mana nak dapat duit sebanyak tu. Maka simpan aje la hasrat tu :)

Raya kat sini juga meriah. Bermula malam raya, seorang rakan mengadakan majlis takbir raya di rumahnya. Selesai takbir, kami dijamu dengan pelbagai juadah raya - lemang, rendang, laksa penang,  nasi himpit, kuih lopes dan lain-lain.

Antara menu yang dihidangkan

Pagi raya, kami sekeluraga ke IslamBradford untuk menunaikan solat Aidilfitri. Walaupun di sekitar rumah terdapat beberapa masjid berdekatan, tidak semua masjid mempunyai ruang solat untuk muslimat. Masa menunaikan solat Aidilfitri juga berbeza - ada masjid yang melakukan pukul 8, 9 dan/atau 10. Maka kita boleh pilih masa yang sesuai :)

Bergambar sebelum ke IslamBradford

Kami memilih pada pukul 9 pagi sebab pukul 10 akan bermula majlis rumah terbuka. Kami sampai agak awal, iaitu 8.30 pagi untuk memudahkan parking kereta. Orang belum ramai. Sempat lagi adik dan kakak posing dalam ruang solat muslimat IslamBradford. Masa ni orang belum ramai. Gambar abang tiada sebab dia solat di ruang muslimin bersama abah.
Insya Allah, lagi cerita di IslamBradford dalam entry seterusnya.

NuKilaN:
 

Tuesday, August 21, 2012

Happy birthday Aisyah

Raya kedua, 20 Ogos 2012 merupakan hari lahir Aisyah yang ke-5. 
Anak dara saya dah lima tahun. 
Happy birthday Aisyah!
Semoga Aisyah menjadi anak yang solehah,
diberikan kesihatan yang baik,
dan minda yang cerdas.... amin!

NuKilaN:
 

Friday, August 17, 2012

Salam perantauan: Selamat Hari Raya!

(klik utk paparan lebih besar)
Kali pertama beraya di perantauan
Langsung tiada mood raya :(

Apa-apa pun, selamat pulang ke kampung utk mommies semua
Maaf jika ada coretan saya yang mengguris hati...
Terimalah serangkap pantun dari kami...

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap, menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari, 
Salah dan silap harap maafkan.

NuKilaN:
 

Wednesday, August 15, 2012

Mana mata?

Ni gambar dua minggu lepas
Jemputan berbuka di uni sempena meraikan seorang teman yang back for good
Lepas danish siap dipakaikan baju melayu
Beria dia tunjukkan ke arah almari
Rupanya nak pakai kopiah
Dapat pakai kopiah abah pun jadi lah
Tak kisah walaupun kopiah tu menutupi mata :)

NuKilaN:
 

permintaan birthday boy

Bila dah besar panjang, dah mcm2 request yang Irfan minta sempena birthdaynya. Hadiah, mmg dia minta nak Leappad. Kebetulan harga Leappad jatuh mendadak (sbb Leappad 2 baru dilancarkan), boleh la saya beli untuk tunaikan hasratnya. Kalau dia request iPad, confirm saya tak mampu nak beli :)

Lagipun ia educational toys - belajar sambil main. Ada e-book yang boleh download utk belajar membaca. Ada juga games yang menguji kemahiran matematik dan problem solving. Tengok, bukan main senyum lebar bila dapat hadiah idaman :)
Kemudian dia request nak kek birthday. Dia nak kek coklat dan susun stoberi keliling kek. Kebetulan cooking chocolate xde, yang ada cuma white cooking chocolate sahaja. Nasib baik Irfan tak kisah. Tulisan tu juga adalah arahan Irfan. Dia kata, "Ummi kena tulis, IRFAN IS 7 dan lukis muka abg." So dapat lah hasil macam ni....
Walaupun sangat terserlah kecomotan, Irfan tetap puji, "Cantik la tulisan ummi." Irfan ni no 1 bab ambil hati umminya... ekekekekek...

Permintaan seterusnya, kena nyanyi lagu happy birthday masa potong kek. So lepas majlis berbuka puasa, hasrat ketiga Irfan berjaya dipenuhi. Terima kasih kepada kawan2 Irfan yang sudi datang memeriahkan majlis.
Tiga permintaan telah dipenuhi utk birthday boy. Minggu depan birthday Aisyah pula... hadiah dia dah request nak yang sama dgn si abang, tapi leappad color pink :)

NuKilaN:
 

Monday, August 13, 2012

hebat nyer...

Dalam entry sebelum ni, saya ada cerita pasal anak-anak tolong buat pavlova. Semasa saya memukul pukul putih telur untuk dijadikan meringue, Irfan berkata..

Irfan: Eh, pandai la ummi buat magik. Tadi telur cair, lepas tu ummi pukul jadi mcm kapas.

Ummi: Ummi ikut resepi jer. Bila pukul putih telur, memang dia akan kembang dan jadi mcm kapas.

Irfan: Kalau mcm tu, hebat la orang yang cipta kapas telur ni. Dia hebat, kan? Mcm mana dia boleh fikir bila pukul putih telur dia akan jadi kapas?


Hahaha, saya pun tak tahu mcm mana nak jawab soalan Irfan. Tinggi betul perasan ingin tahu dia. Mommies ada jawapan tak utk soalan Irfan ni?

NuKilaN:
 

Saturday, August 11, 2012

pavlova

Dah beberapa bulan saya duk mengintai resepi pavlova. Teringin nak makan bila tengok rupanya yang menggoda. Kebetulan ada seorang kawan juga menyuarakan hasrat yang sama. Saya pun menawarkan diri untuk memasaknya.

Maka bermula la operasi memasak pavlova ditemani anak-anak yang turut membantu. Senang saja nak buat rupanya - cuma ada beberapa pantang larang yang harus dipatuhi (bekas yang digunakan mesti bebas dari air/minyak, tiada kuning telur/ kulit telur semasa mengasingkan telur putih). Saya rujuk resepi dari sini dan sini.

Jom intai telatah anak-anak yang turut membantu

Danish sedang meratah meringue...
Licin sudu dia kerjakan
Tgk snap gambar danish, Irfan pun nak interpreme
Rupa meringue yang siap dibakar
Proses menyusun buah
Irfan jer yang betul2 susun atas pavlova
Danish dan Aisyah susun ke dalam mulut :)
Taraa... hasil kerja anak-anak
Abaikan kecomotan itu....
Rasanya... boleh tahan tapi agak muak
Anak-anak makan cream dan buah-buah jer
Pavlova tolak ke tepi... huhuhu

NuKilaN:
 

Thursday, August 9, 2012

Irfan = Tujuh tahun

Hari ini Irfan dah tujuh tahun..
Selamat hari lahir, Irfan!
Semoga menjadi anak yang soleh.
Abang yang boleh jaga adik-adik.
NuKilaN:
 

WW :: Airport

Banyak cerita dari gambar ni...
Tapi ia tinggal sebagai kenangan :)

NuKilaN:
 

Tuesday, August 7, 2012

Butterfly face painting

Kali pertama Aisyah buat face painting masa di sekolah sempena Diamond Jubilee Lunch di sekolah. Siap pakai 'topi' yang dibuat sendiri lagi...
Balik rumah terus nyanyi lagu rama-rama
Tapi memang Aisyah tak tahu lirik penuh lagu tu
Tapi layankan aje... 

Kali kedua, semasa kami menyertai perkemahan musim panas @ PERKEMAS. 
Salah satu pengisian adalah face painting. 
Taraa...Ni hasil keras tangan saya...

Kali ketiga, masa kami pergi picnic tepi air pancut di Doncaster 
Lepas stawberry picking, kami lepak sambil makan tepi taman (ni sebelum puasa tau!)
Alang2 ada lebihan face painting PERKEMAS, 
lagi sekali Aisyah disolekkan dengan face painting

Kalau tengok hasilnya, yang ni lagi berseni
Yang pasti pelukisnya bukan saya, tapi Auntie Masya

Semalam pergi Tesco, Aisyah jumpa set face painting dan minta saya belikan
Tengok harga, boleh tahan jugak mahalnya
Nasib baik Aisyah setuju bila saya kata tunggu ada offer :)

NuKilaN:
 

Friday, August 3, 2012

konvokesyen

Minggu sebelum puasa, Uni Bradford adakan majlis konvokesyen. Ia tidaklah sambutan yang semeriah universiti2 di Malaysia. Sangat ringkas. Tidak banyak protokol.

Kawan saya, suami isteri konvo pada hari tersebut. Kami juga menghadirkan diri - saya, abah dan Danish. Irfan dan Aisyah pergi sekolah :)

Sebelum tunggu majlis selesai, Danish lepak bilik ummi dulu
Sempat posing dgn bunga

Berat la bunga ni ummi....
Letak bawah aje la...
Nak ambil bunga ni satu boleh tak?

Ni pula sesi photoshoot depan school
School of Computing, Informatics and Media @ SCIM
Orang lain sibuk bergambar, danish pula sibuk kutip dan baling batu
Laju nyer danish lari... nak pergi mana tu???
Ooooo, nak ke majlis Graduation Reception rupanya
Ada sikit majlis makan2 yang disediakan oleh SCIM
Ini lah gambar keluarga yang saya maksudkan
Bergambar bersama penyelia si isteri
Prof juga penyelia saya :)

Saya kagum dengan mereka sebenarnya
Suami isteri buat PhD, dengan anak empat orang
Dapat siap dalam masa yang ditetapkan

Danish seperti biasa, ulang alik ke meja cari makanan
Seronok la dia dapat makan chips potatoes free!

Happy weekend mommies semua...
Agak2 awal sgt ke kalau nak mula buat biskut raya hujung minggu ni?

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails