Tuesday, December 3, 2013

Resepi kek minyak

Bila singgah blog Mak Aji, baru saya tahu tentang kewujudan kek minyak ni. Terus tak sabar nak tunggu hujung minggu untuk cuba resepi baru yang mudah ni. Sebab tu kot berani janji utk main masak-masak dengan Danish hari Sabtu lepas :)

Tak rugi buat kek ni. Ingatkan boleh la bertahan hingga hari Ahad. Boleh bawa bekal masa bowling tournament (yg tu harap sempat cerita dalam entry akan datang). Tapi memang harapan tinggal harapan aje la. Sekejap jer licin. Maklum la, lepas masak jer... tinggal lagi suku utk makan sebelah malam. Sebelum tidur pun, Danish makan lagi kek yang dia buat ni. Memang malam tu jugak tamat riwayat kek ni.

Bila dapat sambutan menggalakkan dari anak-anak, haruslah simpan resepi kat blog sendiri. Bahan-bahan pun memang selalu ada kat dapur. Siapa yang berminat nak cuba pun dialu-alukan :)
Kek minyak kalerful
Resepi asal dari MyResepi... Terima kasih kemma81 berkongsi resepi mudah dan cepat ni :)

Bahan-bahan:
5 biji telur dibasuh hingga besih
3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sude besar ovellete
1 cawan minyak masak (saya guna minyak matahari - yg tu jer ada kat rumah)
1 cawan susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
perasa yang disukai - pisang/nenas (saya cuma lebihkan perasa vanilla - mmg suka dgn bau vanilla yg wangi)

Cara-cara:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang (dalam 15 minit).
2. Bila telur dah kembang, masukkan ovelette, esen vanilla dan susu pekat. Pukul lagi hingga rata.
3. Masukan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi sekadar untuk adunan bergaul rata.
4. Akhir sekali masukkan gandum dan gaul lagi hingga rata.
5. Kemudian bahagiakan adunan kepada 3 bahagian dan bancuh menggunakan warna kegemaran. Bagi kes saya, guna warna biru dan merah sebab yang tu jer ada kat dapur. 
6. Lenser loyang dgn sedikit mentega (saya guna spring foam non stick, jadi saya skip langkah ni).
7. Part yang paling seronok utk melapiskan adunan secara berselang seli. Ambil satu senduk adunan dan letakkan di tengah-tengah loyang. Mula la melapis berselang seli dengan warna-warna yang ada hingga habis.
8. Bakar pada suhu 170 celcius (saya guna Gas 4) selama 45 minit atau sehingga kek masak.

Makan panas-panas pun sodap musim sejuk ni.
Selamat mencuba :)

48 comments:

  1. Macam mudah jer... nak cuba buat la nnt. terliur tengok u guys punya yang kalerful ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la mama JJ… senang sgt :)

      Delete
    2. datang balik sini menatap wajah kek yang gebu ni... aduhhh sedapnya.

      Delete
    3. Glamer tau kek gebu ai ni… masak la satu, hidangkan utk MIL :)

      Delete
  2. baru buat kek pisang ari nie..pernah buat kek coklat kukus punguna minyak jgk..yg nie blom pernah lg..mcm menarik tambah2 pelangi gitu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa cuba yg ni pulak… mmg berbaloi :)

      Delete
  3. mcm mudah juga nak buatnya kan Nur...bahan2 pun senang... izin nak copy ye..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah copy tu, jangan lupa cuba tau :)

      Delete
  4. Meriah warnanya..patutla cepat je licin.. kena buat lagilah utk Ahad ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka lagi suka sbb hasil tangan sendiri.. danish duk ulang ayat yg sama jer… "Kek ni adik yg buat"… hihihi

      Delete
  5. Tengok bahan macam mudah jer Nur... boleh juga main masak2 dgn anak 3 orang ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, mmg resepi sgt sgt mudah :)
      Seronok la budak2 dapat main masak2 :)

      Delete
  6. bahan² mcm mudah jer.. saya pun baru terbaca resepi kek minyak ni... tp resepi akak ni lg mudah.. nnt bleh cuba..

    ReplyDelete
  7. macam mudah jer buat kek ni..nampak pon sedap

    ReplyDelete
  8. perkh mmg sgt menggoda lah kek akak nih... udahla kaler lawo... rasa comfirm sedap nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu jer kaler yg ada kat rumah… Next time Aisyah kata dia nak buat kaler purple pulak (biru+merah=purple)…

      Delete
  9. salam perkenalan dari saya..
    simple resepi..n kaler full..bole try ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak Roha singgah sini….
      cuba tau :)

      Delete
  10. Lawanya...n nmpk sedap...n semestinya sedap sbb licin cpt

    ReplyDelete
  11. amboi tanteknya kek kak nur..tergoda ai..nnti boleh la try.

    ReplyDelete
  12. Salam Nurbijen,

    Ni baru betul kek minyak!! Memang gebus gebas! Mak Aji nak balas dendam lagi dengan kek ni, tengoklah esok lusa!

    ReplyDelete
  13. macam senang je kan kak, eta ni gayat betol bab baking kek ni. nk try lah

    ReplyDelete
  14. assalam, cantik belang2nya...macam kek pelangi...

    ReplyDelete
  15. Cantik keknya.. menjadi. Sedih bila kena pantang telur, byk benda tak boleh nk buat.

    ReplyDelete
  16. Mmg KA Pun kalau bab2 baking kek ni, bila xde margerine ke apa benda je, selalu replace je dgn minyak masak tu.. mmg hasilnyer x mengecewakan... tq resepi ni boleh dicuba, nampak cantik & sedap keknyer !

    ReplyDelete
  17. Tiba2 rasa nak membaking la pulak...nampak sedap.

    ReplyDelete
  18. Eh, itu ke gambar kek kalerful yang anak-anak Nur buat aritu? Wah, marbeles nampaknya. Memang sedaplah dihidang dengan secawan kopi gitu.

    ReplyDelete
  19. Sedap nampaknya,skrg nie kak Nurul tgk di FB pun ramai yg post dah buat kek minyak nie,nak buat jugaklah suatu masa nanti....

    ReplyDelete
  20. Macam cantik je rupa bentuk kek tu Bijen,.... macam nak buat je...hehe tapi tulahkan anak anak bukannya makan sangat pun huhu

    ReplyDelete
  21. Saya selalu tgk kwn dok post kek ni kat wall fb dia,rajin sgt dia buat,utk minum ptgpun buat kek ni,katanya blh guna apa2 kaler yg kita suka...patut la...mudah juga caranya...

    ReplyDelete
  22. antara banyak2 kek,kek marble yg paling sedap kan..nk buat pun senang

    ReplyDelete
  23. Replies
    1. Akak tak jual dik… utk makan anak-beranak boleh la… belum rajin utk komersilkan… hihihi

      Delete
  24. Yumm... sedap la tgk kek nie,... kalau da kesempatan nak cuba...

    ReplyDelete
  25. Yumm... sedap la tgk kek nie,... kalau da kesempatan nak cuba...

    ReplyDelete
  26. salam kak dah wat dah resepi ni mmg sedap.. tp kek akak cantik cam kukus saya punya kecoklatan sket ... nape yer kak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry, baru sedar komen Mayang…
      Rasanya suhu oven terleboh panas kot…. cuba kurangkan sikit :)

      Delete
  27. Sedapnya tgk kek ni sis...
    adunan warnanya sangat menarik.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap dik… Cuba buat tau…
      Warna tu guna jer yg ada kat dapur… tak sangka, harmoni juga gabungan kaler merah dan biru.. hihihi

      Delete
  28. warna warni sunggguh kek dalam tu...membuatkan diriku yang dalam pantang ni terliur...hehehe;p

    ReplyDelete
  29. klu tak letak ovellte tu bole x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak letak ovalette, kek jadi kurang gebu...

      Delete
  30. Kek nie kukus ke bakar kak?nampak tekstur cam kukus je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kek ni saya bakar... Mungkin sbb letak ovalette, tu yang nampak gebu macam kukus....

      Delete

Related Posts with Thumbnails