Showing posts with label nursery. Show all posts
Showing posts with label nursery. Show all posts

Wednesday, July 23, 2014

Danish tamat nursery

Sebenarnya  dari minggu lepas lagi Danish tamat nursery.
Hari terakhir Danish ke nursery adalah Khamis lepas (17 July 2014).
Walau pun lambat, nak catat juga kat blog sebagai kenangan.
Di hari terakhir, Danish bawa balik certificate dan juga Learning Picture book.

Ni sijil yang Danish dapat...

Saya pernah buat entry pasal Learning Picture book ni dalam entry ni.
Dulu curi2 snap masa kat nursery.
Sekarang dah boleh buat buku ni sebagai koleksi peribadi Danish.
Tempek juga beberapa keping gambar dari buku tu...
Boleh tgk macam2 aktiviti yg Danish buat di nursery...
Nampak sgt yg Danish ni minat melulis...
Bila tgk gambar ni saya tanya, "Adik lukis gambar sape ni?"
Jawab Danish, "Kakak." Sayang sgt Danish kat kakak dia.

3 Sept nanti Danish dah masuk Reception.
Dia panggil reception tu "Big School".
Nampak macam eksaited juga dia nak masuk "Big school".
Kita pun seronok tgk anak2 yg seronok dapat pergi sekolah, kan?

Friday, October 11, 2013

Baru perasan...

... yang konsep nursery kat Bradford ni lain dengan konsep nursery kat M'sia bila Okje tanya soalan ni.... "Sebelum ni Danish dengan sapa kat umah Bijen?".

Kalau kat M'sia, letak anak kat nursery bila mak ayah pergi kerja. Teringat dulu, kecil2 lagi dah letak Aisyah kat nursery. Sebelum pergi kerja, hantar anak-anak ke nursery. Balik sebelah petang, baru ambil anak-anak  dari nursery. Maka konsepnya lebih kepada penjagaan anak-anak semasa ibu bapa kluar bekerja :)

Konsep nursery kat sini lebih kepada pendidikan awal untuk kanak-kanak seawal usia 3 tahun. Saya pernah buat entry pasal Early Education awal tahun hari tu masa daftarkan Danish ke nursery.

Danish sibuk memasak di nursery
Tak lama pun Danish kat nusery, dua jam setengah sehari utk lima hari weekdays. Dalam tempoh tu, boleh Danish belajar bergaul dengan kawan-kawan sebaya. Yang paling penting, semuanya adalah percuma. Saya tak bayar satu pence pun utk kos nursery, cume keluarkan belanja utk beli uniform nursery. Tu pun tak sampai 10 pound. Jumper recycle yang kakak punya :)

Sebelum niabah la yg jaga Danish. Daripada dia duk layan game/video aje kat rumah, ada juga faedahnya bila Danish pergi nursery :)

NuKilaN:
 

Thursday, October 10, 2013

Kisah Danish di nursery

Hari ni genap 7 hari Danish ke nursery.
Alhamdulillah, danish dan semakin dapat menyesuaikan diri. Legaa sgt ummi :)
Tapi lima hari pertama tu agak mencabar juga nak pujuk Danish pergi nursery.

Kronologi Danish di nursery buat kenangan....

Hari pertama (Rabu), Danish ke nursery selama sejam (9-10 am). Masa Danish ralit main playdough, cikgu beri isyarat suruh saya tinggalkan Danish. Saya pun berlalu perlahan-lahan. Bila toleh belakang, nampak cikgu sedang ekori Danish yg nak ikut saya balik. Pukul 10, saya jemput Danish. Masa tu nampak Danish duk sedih sorang2. Bila nampak kelibat saya, terus sambung menangis. Kata cikgu, Danish senyap lima minit jer. Lepas tu sambung menangis. Patutlah masa ambil tu dia masih teresak-esak. Masa balik rumah, saya tanya Danish, "Kenapa nangis masa kat sekolah?". Danish jawab, "Kawan adik pun nangis juga." Hehehehe, kelakar betul jawapan Danish.

Hari kedua (Khamis), masih lagi sejam. Pergi pagi tu, Danish main lego. Saya temankan dia main dulu. Tgk dia ralit, saya terus tinggalkan Danish. Belum sempat saya keluar dari pagar, boleh dengar suara Danish menangis. Masa jemput Danish dari nursery pukul 10, dia sedang ralit main pasir. Bila nampak saya, dia nak nangis, tapi cepat2 ok lepas saya peluk dia. Cikgu kata Danish menangis kejap jer pagi tadi. Lepas tu dah join main dgn kawan2.

Hari ketiga (Jumaat), masih lagi tempoh percubaan sejam. Masa hantar pagi tu, dia dah refuse nak masuk dalam nursery. Lama juga dia main-main kat luar nursery. Lepas berjaya pujuk masuk, dia langsung tak nak lepaskan tangan saya. Bila cikgu menghampiri kami, cepat2 Danish peluk saya dgn kuat dan mula menangis. Cepat2 cikgu ambil Danish dari pelukan saya. Sedihnya nak tinggalkan Danish masa tu. Tapi kena kuatkan hati aje la. Pukul 10, masa ambil Danish dia dah tak nampak sedih. Cikgu kata dia menangis pun tak lama. Kali ni dah pandai say good bye kat cikgu di nursery.

Nursery Danish
Kakak yg byk beri semangat kat adik

Hari keempat (Isnin), Danish ke nursery masih sejam. Pergi pagi tu, dia tak nak masuk dalam nursery. Lama juga kat luar. Baca buku dan main blok. Bila masuk dalam nursery, dia join kawan main toys animal. Masa ambil pukul 10, saya nampak Danish seronok duk nyanyi lagu twinkle twinkle little star ramai-ramai. Cikgu kata, Danish dan makin serasi. So esok boleh tambah lagi setengah jam, tgk mcm mana perkembangan Danish.

Main blok luar nursery

Hari kelima (Selasa), Danish beria ikut kakak nak masuk dalam kelas. Dia kata nak sekolah dgn kakak, tak nak pergi nursery. Kat nursery takde kawan. Haih, macam2 la Danish ni. Mula2 Danish nangis juga bila kami menapak ke nursery. Nasib baik tak lama. Sampai nursery, Danish join kawan-kawan main air dan saya terus balik. Hari tu dia dah ok, kata cikgu. Lega saya dengar. So, hari setersunya dah boleh full day :)

Hari keenam (Rabu), hari pertama Danish full day di nursery. Full day pun sebenarnya dua jam setengah jerHari rabu dah nampak Danish dah ada keberanian ke nursery. Pergi pagi tu, dia terus menuju ke meja join kawan-kawan main playdough. Bila duduk di kerusi, dia kata, "Ummi tak payah tunggu. Pergi la balik." Eh biar betul Danish ni. Saya pun terus tinggalkan dia. Bila ambil pukul 11.30 pagi, muka dah macam biasa. Dah takde muka sedih2....

Dan untuk hari yang ketujuh (hari ni la tu), Danish dan makin confident untuk ke sekolah. Pergi pagi tadi, dia duduk di bahagian buku-buku. Dia pilih baca buku Dinosaur. Dinosaur minat terbaru Danish masa ni :)
Danish baru balik sekolah :)
Harapnya, lepas ni Danish terus serasi dgn nursery tu. Bila semua anak-anak ke sekolah, rasa dah semakin tua pulak, ahaks!

Wednesday, October 2, 2013

Hari pertama Danish di nursery

Sepatutnya Danish mula masuk nursery minggu depan, 7 Okt. Tapi saya menerima panggilan dari nursery kelmarin menawarkan Danish utk mula hari pertama pada hari ni. Saya pula yang lebih excited bila Danish dapat masuk nusery tiga hari lebih awal.

Untuk hari yang pertama, Danish cuma ke nusery selama sejam bersama dgn saya. Parent dibenarkan untuk bersama-sama dgn pelajar untuk hari yang pertama. Baru saya tahu kenapa kemasukan Danish ke nursery agak lambat. Rupanya pengambilan pelajar baru diambil secara berperingkat. Takde la cikgu pening melayan karenah yang pelbagai dari anak-anak kecil yang baru pertama kali berpisah dgn parent masing-masing.

Sepanjang menemani Danish, saya boleh tengok cara cikgu2 melayan pelajar2. Ternyata mereka sangat sabar melayan karenah anak-anak kecil. Bagi pelajar yg hari ni bukan hari pertama mereka, ada yang menangis apabila ditinggalkan dan ada yang dah pandai bawa diri. Yang menangis tu tak lama mana pun. Tak sampai setengah jam dah boleh join kawan-kawan main sama-sama.

Danish main shape puzzle
Berlakon beri hadiah kat ummi
Untuk hari kedua esok, Danish cuma ke nursery selama sejam tanpa ditemani oleh saya. Harapnya, Danish pun cepat menyesuaikan diri juga nanti... amin!

NuKilaN:
 

Friday, September 13, 2013

Orientasi nursery

Hari selasa dan khamis ada orientasi utk nursery Danish. Sejam setengah utk setiap sesi. Ni dua keping gambar yang curi snap dalam nursery.
Alamak, tak nampak muka la pulak...
Sebahagian ruang dalam nursery....

Sepanjang dua kali bawa Danish orientasi, dia bukan main excited lagi dapat teroka semua aktiviti yang nursery sediakan. Semua aktiviti dia nak cuba - main playdoh, glue and stick, main air, main pasir, main lego, main puzzle dan macam-macam lagi. Tapi, tiap kali cikgu datang dekat untuk sembang, Danish akan ajak saya ke tempat lain pula. Tak sempat nak borak lama-lama dgn cikgu. Mula la rasa risau, macam mana la nak tinggal Danish kat nursery nanti. Nampak gaya macam ummi pun kena masuk nursery sekali ni... huhuhu

Hari ni pula ada home visit - cikgu2 akan datang melawat kami di rumah. So parent boleh kenal cikgu dengan lebih rapat.
Related Posts with Thumbnails