Tuesday, March 27, 2018

Mengigau


Nikmatnya tengok Aina tidur dalam gambar ni.
Beberapa hari ni, entah kenapa susah sgt nak lelapkan mata bila malam.
Badan penat.
Minda pun penat.
Tapi bila dah sedia nak tidur, susah pula nak lelapkan mata.
Mungkin terlalu banyak yang duk fikir dalam kepala untuk tugasan esok hari.

Pusing kiri tak kena.
Pusing kanan pun tak kena.
Sambil tengok Aina yang sedang lena dibuai mimpi, alahai, best nyer tgk dia tidur.

Tengok jam dinding dah pukul 1.30 pagi.
Mata masih lagi tak boleh lelap.
Tiba-tiba, Aina yang masih terpejam matanya bersuara...

A: Ummi..
U: Iya...
A: Satu.. Dua...

Saya pun sambung..
U: Tiga
A: Apat (Empat)
U: Lima
A: Anam (Enam)
U: Tujuh
A: Lapan
U: Sembilan
A: Sepuluh... Pandai! (siap puji diri sendiri tak tahan tu).
U: Yeay, Aina pandai.. Siapa pandai angkat tangan..
A: Tak nak.. Ngantuk..
U: Kalau ngantuk, tidur lah...

Terus dia senyap seribu bahasa. Mata tak buka, tapi dapat kira sampai 10..

Hahaha.. best juga layan anak yang mengigau. Ingatkan dia panggil UMMI sebab nak minta susu, rupanya prektis mengira ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Nota ummi,
Hari Sabtu ni, Aina akan cukup 2 tahun. Rasa mcm baru lagi.. tup2 dah nak masuk dua tahuun.

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails