Tuesday, February 28, 2017

Fuel Price

Walau dah nak masuk dua tahun kembali ke M'sia, saya masih lagi subscribe email pasal harga minyak di Bradford.
Maklumlah masa kat Bradford harga minyak antara stesen adalah berbeza.
Asda harga lain, Tesco harga lain.
Juga berbeza antara sesetengah tempat.
Kalau harga di motorway, harga minyak agak mahal sedikit.

Ni harga minyak awal bulan Februari..
 Ni pula latest email yg dapat pagi tadi...

Kalau ikutkan, harga tak berubah.
Tapi pagi tadi saya dah isi minyak full tank kot2 harga naik lagi 20 sen... huhuhu

NuKilaN:
 

Sunday, February 26, 2017

Pantang jumpa stereng

Di usia 10 bulan ni, Aina pantang jumpa stereng.
Masa ke Mydin bberapa minggu lepas (erkkk, nampak sgt dah lama peram dalam draf), Irfan la pepandai letak Aina dalam menda alah ni...

Pandai pula dia posing....
Tengok belakang sebelum belok yer dik...
Dah, posing jap empat2... ummi nak snap gambar...
Cubaan kedua pun tak semua tengok kamera.. Grrrr!

Lama juga duk pujuk Aina nak suruh dia lepaskan stereng tu.
Pujuk tak jalan, last2 kena guna juga kaedah paksaan.
Melalak la dia nak tinggalkan stereng tu...
Nasib baik tak lama dia menangis... huhuhu

Saturday, February 25, 2017

Pertandingan rekacipta @Mydin Mall

Semalam lepas Jumaat, anak2 ajak ke Mydin Mall lepas solat Jummat.
Beria mereka ajak ke sana sebab nak tgk kawan2 mereka bernasyid.

Nasib baik sempat juga tgk persembahan tu sbb kami sampai agak lambat.


Lepas persembahan, ada juga pertandingan untuk anak2 sertai.
Aisyah sertai pertandingan rekacipta dsn danish sertai pertandingan mewarna.

Mereka kena bina menara dari barang2 yg disediakan.
Aisyah dan balqis...
Seronok tgk semangat kerjasama antara mereka...
Aisyah peserta yg paling muda dlm kumpulannya..
Masa ni tinggal lagi beberapa minit sebelum masa tamat...
Taraa... Hasil kreativiti kumpulan Aisyah...
And surprisingly, they won the first place in the competition..
Congratulations,  Aisyah and the gang ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Wednesday, February 22, 2017

Cedera diri sendiri....

... tanpa sengaja ๐Ÿ˜ญ

Hasilnya...
Nak tutup bonet kereta, terlepas bonet atas hidung sendiri...
Huwaa, masa kena tu sakit campur bengang yg amat.
Beberapa minit juga tahan nafas, tahan sakit sebelum sakit tu sikit reda.

Kena petang, malam sblm tidur luka belum kering lagi.
Bangun pagi ni, masih ada lg luka yg belum kering.
Masih kena letak plaster sblm solat subuh.

Datang kerja pagi ni, takde la pakai plaster. 
Kang, pelik pula org tengok.
Bila pakai plaster semlm pun Aisyah kata, "ummi ni mcm Mr Bean la pakai plaster mcm tu"... Uhuk uhuk...

Tiap kali jumpa dgn rakan sekerja, mesti mereka tegur, "eh, kenapa dgn hidung tu?"
Pengasuh Aina pun tanya soalan yg sama.

Sebenarnya ni kali kedua hidung saya injured.
Kali pertama, botol air mineral sebesar 1.5 liter terjatuh dari tempat simpan barang di bhgn atas bas.
Masa bas belok, botol tu terjatuh dan tertimpa batang hidung saya.
Tempat yg sama, rasa sakit yg sama... Cuma luka tak dalam seperti yg kena pada kali ni.

Monday, February 20, 2017

Danish 7th birthday

Hari ni, 20 Feb 2017, genaplah umur Danish 7 tahun.
Selamat hari lahir Danish...


NuKilaN:
 

Friday, February 17, 2017

Mukhayyan dalaman

Hujung minggu lepas, irfan dan aisyah join qiamullail.
Hujung minggu ni pula mereka join perkhemahan dalaman selama 3 hari 2 malam.
Mula khamis petang, dah akan berakhir tgh hari Sabtu.
Jadi esok baru boleh jemput mereka kat sekolah.

Pagi ni cikgu share gambar ni.


Seronok nampak irfan dan kwn2 camping.

Tinggal kami berempat aje laa kat rumah..
Sunyi juga rumah bila ada dua ni jer...

Hurm, mcm ni la agaknya perasaan mak ayah bila anak2 jauh dari mata.

Wednesday, February 15, 2017

Dugaan hari ni

Hari ni ada senaman pagi bersama dgn pelajar2.
Mulakan semester baru dengan aktiviti sihat.

Semua berbaju oren...
Dato dekan yg kaki selfie..
Selfie lagi...
Lepas senamrobik, disediakan makan pagi.
Lepas makan, masing2 mula beredar untuk kembali ke pejabat.

Tiba jer kat kereta, perasan yg tayar kereta pancit.
Ah sudah, mula la ada rasa cemas.

Nasib baik masih ada rakan sekerja di kawasan sekitar.
Mereka la yg cuba selongkar kereta dan jumpa pam angin.
Lepas pam angin, terus pandu kereta ke bengkel tayar yg terdekat.


Rupanya pancit akibat terpijak paku... 
Alhamdulillah, lega bila dah siap tampal :)

Tuesday, February 14, 2017

Qiamullail

Hari khamis lepas, Irfan dan Aisyah bermalam di sekolah untuk sertai qiamullail.
Pengalaman pertama buat Aisyah.
Pengalaman kedua buat Irfan.

Saya yg kat rumah, teruja bila cikgu kirimkan gambar.

Ni aktiviti mereka selepas Isyak...
Ceramah berkaitan kelebihan al mathurat oleh ustaz jemputan.

Senaman pagi...


Dalam pkl 8 pagi, program dah tamat :)


Sunday, February 12, 2017

Teknik usungan dan heretan

Kat sekolah anak2, cuma ada Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) shj sebagai ko-kurikulum badan beruniform.
Bila Tahap 2, baru boleh join TKRS.
Jadi tahun ni, Irfan dan Aisyah akan pakai baju TKRS pada hari Selasa.

Minggu lepas, cikgu ada share beberapa gambar semasa mereka buat teori dan latihan untuk teknik usungan dan heretan.
Apa lagi, terus save dan hari ni baru berpeluang upload dalam blog.

Irfan seronok agaknya diusung oleh rakannya...
Giliran Irfan pula untuk usung kawannya...

Ni pula belajar teknik heretan...

Mak pula yg rasa eksaited bila cikgu hantar gambar2 mcm ni...
Mula la nak mengimbau zaman belajar dulu2..
Masa kat uni dulu, saya join ahli St John Ambulance.
Seronok tau tiap kali perjumpaan bila dapat buat rawatan kes...
Macam2 jenis rawatan kecemasan yang dapat belajar.
Macam-macam pengalaman yang dapat ditimba.
Hihihi, indahnya zaman belajar..

Eh, zaman kerja pun indah juga tau...
Walau minggu ni dah mula busy sebab pelajar2 dah mula semester baru.
Hari Selasa ni dah mula kuliah yang pertama.
Tak sabar nak jumpa anak2 didik baru untuk semester ni.

Wednesday, February 8, 2017

WW ::: Random Aina 1





Lima gambar yg atas masa bulan December 2016
Aina dalam 9 tahun bulan masa tu...

Ni gambar yg latest, minggu lepas...
Dah 10 bulan pun..
Dah rajin nak bertatih..
Panjat memanjat pun dah lulus.. selamba jer panjat katil double decker abgnya..
Gaya dah macam budak besar sgt2 dah...


NuKilaN:
 

Tuesday, February 7, 2017

Rice To Wednesday

Ramai yg translate Nasi Ke Rabu jadi Rice to Wednesday...
Hahaha, macam2 perkataan baru sekarang ni...
Selfie pula, dah mula guna swafoto..
Viral dah jadi tular...
Hurm, kadang2 tak terkejar dgn istilah2 baru ni...

Ok, back to topic.
Sejak balik M'sia, jarang sangat la boleh/sempat masak.
Dengan rutin yang sangat kelam kabut, jadi lebih banyak beli lauk siap jer.
Tapi bila asyik beli lauk tunjuk jer, sesekali rasa nak juga makan lauk air tangan sendiri.

Salah satu yang teringin nak masak adalah nasi kerabu.
Dah lupa pun  cara nak buat.
Nasib baik pernah buat catatan kat blog tahun 2014.
Jadi rujuk dulu entry nasi Kerabu sebagai rujukan.

Bila kat M'sia, tak guna lagi ikan salmon dalam tin.
Usaha tau pergi cari ikan selayang, rebus, then asingkan tulang.
Lain kali kena guna ikan tongkol, senang sikit kot...

Jadi, pagi Sabtu lepas, dapatlah breakfast, lunch dan dinner dengan Nasib kerabu.
Hahaha,. tu untungnya masak sendiri... sekali masuk dapur, masak untuk makan hingga ke malam terus ;p

Ajak juga jiran belakang rumah, Cik Rah untuk sarapan sama...
Psst, Cik Rah pun ada blog tau. Jom singgah ke blog Cik Rah @Kembara Kehidupan

Danish pun dah lama beri hint, "Ummi, ummi pandai kan masak nasi lemak yang tak pedas?"...
Nasi lemak pun dah lama tak masak.
Ni bila Aina dah besar, dah boleh bawa diri (walau kadang2 masih lagi tergolek sana sini), boleh la nak luangkan masa kat dapur...

Monday, February 6, 2017

Mana mataharinya??

Menjawab soalan Mak Jilap dalam entry ni.
Ya, rumah kami dekat sgt dengan pantai.
Kalau musim tengkujuh tu, boleh dengar tau desiran ombak dari rumah.
Kadang2 seram jugak rasa... huhuhu

Tapi, untung kan rumah berdekatan dengan pantai?
Hari hari boleh tengok sunrise..
Lagi2 skrang ni Subuh habis agak lambat..
Jadi sempat la tengok sunrise masa hantar anak2 ke sekolah...

Irfan la yang snap gambar ni..
Dan yang ni...
Tapi dia tak berjaya capture gambar matahari..
Hihihi, kena cuba lagi yer Irfan,

Friday, February 3, 2017

Kenduri di Kuantan

Sabtu dah Ahad minggu lepas kami berada di Kuantan.
Bawa anak2 berjalan sambil hadiri kendiri kahwin.

Pantai Teluk cempedak...
Hari Sabtu dah ke Teluk cempedak, tapi sebab sampai lewat petang anak2 tak puas explore.
Hari Ahad sebelum kenduri, anak2 ajak ke Teluk Cempedak lagi sekali.
Jadi layankan aje permintaan anak-anak.
Padahal duduk Terengganu pun, hari2 lalu tepi pantai..
Memang teluk cempedak ada tarikannya yang tersendiri :)

Tempek juga gambar Aina..
Kesian dia.. Orang lain makan makanan yang diorder, Aina makan menu aje ek?
Skrang ni fasa Aina suka menggigit... Maklumlah gigi baru nak tumbuh... Baru ada sebatang gigi nak tumbuh di bhgn bawah...

Lepas siap makan, anak2 bergambar di Photo Booth dulu...

Lepas bergambar, tulis sedikit ucapan untuk pengantin di Guest Book...

Menarik sgt Guest book yang disediakan... siap tampal gambar sekali...

Lepas kenduri terus bertolak ke Terengganu...
Malam pula, terus bertolak balik ke Kelantan untuk hadiri kenduri di sana pula :)

Thursday, February 2, 2017

TT ::: Walker

Hari ni kita ber"TT a.k..a Throwback Thursday" pula...
Nak letak gambar anak2 dalam walker...

Irfan.. 2006
Gambar ni masa saya dengan Irfan duduk kat asrama kolej...
Maklumlah, masa tu masih lagi PJJ dengan abah..
Ummi kat setiu, abah pula kerja kat Kuala Lumpur..
Jadi angkut Irfan duduk asrama.. hihihi, kecik2 dah masuk kolej :)

Aisyah... 2008
Gambar ni pula adalah di rumah sewa di Setiu
Abah dah dapat tukar ke Terengganu bila Aisyah lahir...
Alhamdulillah :)

Danish... 2010
Sebelum Danish lahir, kami dah pindah rumah sekarang.
Alhamdulillah, akhir tahun 2009 dah dapat miliki rumah sendiri..
Masa mula2 balik dari UK, Irfan ada tanya, "Ummi, why you bought a house in the jungle?"
Hehehe, maklumlaa... kawasan rumah kami ni mcm2 binatang ada... ayam, lembu, kambing, kerbau, bangau, burung hornbil, monyet, dan yg paling saya tak suka adlh babi hutan... huhuhu

Aina... 2016
Eh, sepatutnya cakap pasal walker, tapi tercerita pasal rumah pula...
Jadi usia walker yang Aina pakai ni dah sepuluh tahun..
Rasanya masa beli tahun 2006 tu tak sampai pun RM100 sebab beli semasa sale..
Tapi Alhamdulillah, walker ni dah pun berkhidmat untuk keempat empat beradik :)


NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails