Showing posts with label lukisan. Show all posts
Showing posts with label lukisan. Show all posts

Sunday, April 2, 2023

Our Family

Hari ni nak share gambar yang Aina lukis dua tahun lepas.
 Lengkap enam orang dia lukis masa umur dia lima tahun.
Yang paling kelakar, Aida la. 
Antara nampak tak nampak jer dia lukis sebab masih baby.

Cepatnya, hari ni dah masuk 11 Ramadan.



Tuesday, March 17, 2015

My fun family

Balik dari sekolah, Danish bawa gambar ni...
Katanya, dari kiri... Irfan, Aisyah, Danish dan Ummi...
Saya tanya, "Aik, mana abah?".
Abah work katanya... huhhuhu, then only four of us having fun...
Ingatkan sebab tak cukup ruang...
Ok lah, ummi terima jawapan tu :)

Letak juga gambar tuan punya lukisan...
Rambut dah makin panjang...
Agak bz setiap kali hujung minggu kebelakangan ni...

Nota ummi,
Terbaca komen dari MummyHaza a.k.a mummyirman.blogspot.com minggu lepas.... Maaf dah lama tak singgah blog Haza. Rindu juga kat Haza sekeluarga, tapi tak tahu kenapa bila saya ke sana, lappy ni kena virus. Tak berani pergi lagi takut nanti effect kerja2 yang saya sedang buat.
Maaf, terpaksa pilih2 blog yang bebas virus jer buat masa ni....

NuKilaN:
   

Wednesday, December 10, 2014

WW ::: Tayangan gambar

Aisyah and her drawing...
Epal, pisang dan pear - her favorite fruits....
Irfan pun nak tayang juga lukisan dia...
Danish juga tak nak ketinggalan... jangan tanya saya naper muka dia begitu... pesen posing baru gamaknya...
D.a.n.i.s.h in cursive letters...
Sekolah kat sini, umur 4 tahun dah belajar tulisan sambung2....
Saya nak ajar handwriting kat rumah pun jadi tak pandai.... huhuhu

Tuesday, June 3, 2014

My family

Sebelum ni letak hasil tangan Danish dengan imaginasi 'shark'nya, hari ni nak letak hasil tangan Aisyah pula. Aisyah ni memang suka lukis gambar keluarga. Suka juga buat kad utk ummi dia. Dah tak ter"snap" gambar yg Aisyah lukis sbb dah banyak sangat.

Tapi hari ni letak juga lukisan keluarga dari Aisyah.
Kata Aisyah, "I love my family".
Siap letak nama ahli keluarga walau nama saya silap eja. Itu ejaan dalam English kot, ekekke.

Sekarang ni cuaca tak menentu. 
Ingatkan dah masuk summer, tapi suhu masih bawah 10 degree. Kadang2 kena pakai winter coat juga sebelah pagi sebab masih tak tahan dengan cuaca yg agak sejuk.

Sebab tu kami anak beranak sekarang ni kurang sihat. Kami berlima kena selsema, batuk dan kadang2 demam. Saya pun asyik rasa seram sejuk jer bila malam. Suara pun dah lain macam sbb tekak yang mula rasa perit. Danish pula suhu naik sebelah malam. Sebelah malam juga, mula la kami anak-beranak bergilir-gilir lawan batuk.

Doakan kami cepat2 baik ya....

Wednesday, March 26, 2014

WW ::: Budak suka melukis

Hobi Danish akhir2 ni.... melukis!
Katanya, adik dan ummi...
Close up si adik...
Yg dlm bulatan tu katanya baby... Mcm bagi hint kat ummi jer... tapi sabar yer Danish, tunggu ummi habis belajar dulu :)

Nota ummi,
Hari ni banyak sekolah yg tutup sbb cikgu-cikgu menghadiri strike yang dianjurkan oleh persatuan guru berikutan pertikaian gaji, pencen dan beban kerja yg semakin meningkat. Nasib baik sekolah anak2 tak terlibat :)

Thursday, January 9, 2014

Dah macam sekolah daa...

Duduk kat rumah sendiri pun dah rasa macam duk kat sekolah budak-budak.
Sebabnya, dah penuh dinding rumah yang mereka tampal dgn kreativiti masing-masing.
Dari sudut positif, rasa ok la daripada mereka duk menconteng dinding kan?

Mungkin ini adalah hasil pengaruh sekolah yang suka sangat appreciate hasil kerja para pelajar. Setiap lukisan/ hasil seni para pelajar cikgu2 akan tampalkan kat papan kenyataan.

Bila kat rumah takde papan kenyataan, maka dinding bilik yang jadi mangsa macam ni...
Ni lukisan Aisyah versi biru...
Ni pula lukisan Irfan versi hitam putih...
Siap ada dialog box... "Who draw this?". Entah bila Irfan nak betulkan tulisan tangan dia biar cantik... huhuhu
Ni pula hasil tangan Aisyah.... Octopus katanya.
Danish pun tak nak ketinggalan tampal hasil kerja dia.
Bukan main banyak lagi dia guna selotape. Banyak selotape dari kertas, ekekeke.
Tak apa la rumah macam sekolah pun. Janji mereka belajar menghargai hasil kerja sendiri. Secara tak langsung, keyakinan diri semakin bertambah.... Insya Allah :)

Monday, December 16, 2013

Tentang Irfan...

Dah lama tak share lukisan Irfan kat blog...
Bila dah besar ni, susah sangat nak tengok dia pegang pensil...
Dia lebih suka main gadget.

Tapi bila tgk Aisyah melukis dia pun join sama..
Dia lukis gambar kami satu keluarga...
Ni gambar keluarga yg Irfan lukis...
Ummi, abah, adik, kakak dan abe
Dia tak tahu nak lukis ummi pakai tudung, nampak mcm ummi berambut tebal pulak... ekekke
Yang ni pula saya jumpa dalam beg sekolah Irfan
Mcm name card gitu...
Lately suka kata, "I'm an artist."

NuKilaN:
 

Sunday, October 6, 2013

Insan istimewa di hati Irfan

Bukan ummi dia tau...
Huhuhu, sedih pulak...
Tapi xde la sedih sgt, gembira pun ada...
Moga mereka terus rapat hingga ke besar...
Mungkin Ummi bz sangat kot, sebab tu kasih dah berubah arah...

Alkisahnya masa mengemas kertas hasil kreativiti anak-anak, tiba-tiba terjumpa kertas ni....
My special person is....
My sister name Aisyah....
Dari kecil banyak gambar mereka bersama....





Irfan dan Aisyah memang rapat. Banyak aktiviti yang mereka suka buat sama-sama.
Moga mereka terus rapat sampai bila-bila even dah kahwin nanti macam abah dgn cik ni.... oopppps!

NuKilaN:
 

Wednesday, September 18, 2013

WW ::: Her teacher :)

Terjumpa lukisan ni dalam buku Aisyah
Ingatkan dia lukis gambar saya, rupanya bukan.
Ni empunya badan gerangan yang dilukis oleh Aisyah...
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Miss Day... Cikgu kelas Aisyah masa reception :)



Monday, July 8, 2013

Kartunis cilik

Suatu petang, saya tersenyum sendiri tengok lukisan ni...
Kasi zoom sikit....
Lagi kisah superhero yang cuba menyelamatkan dunia dari orang jahat...
Kali ni pengaruh superhero yang diterjemahkan atas kertas putih. Karikatur oleh Irfan.

Nota ummi,
Masa kecil, abang saya yang nombor dua suka lukis komik2 macam ni. Saya suka baca komik yang abang saya lukis tu. Tak sangka minat tu ada pada Irfan pula :)

NuKilaN:
 

Thursday, June 20, 2013

Makin cukup sifat

Hasil tangan Aisyah lagi...
Orang dah makin cukup  sifat..
Cuma jari kaki belum cukup satu...
Agaknya muka sapa la ni??
Abah kot, sbb ada misai dan janggut!
Hehehe, jangan marah abah...
Ummi tahu abah pun selalu buka blog ni :)

NuKilaN:
 

Tuesday, June 18, 2013

Kad hari bapa

Hari Jumaat lepas, anak-anak bawa balik kad utk Hari Bapa. 
Aisyah siap plan nak buat surprise utk abah bila abah balik kerja. 
Jom lihat hasil kreativiti anak-anak kat sekolah...

Kad biru dari Irfan, kad kuning dari Aisyah
 Bahagian dalam kad Aisyah...
Wah, abah dapat ferrari merah tu....
 Ni pula dari Irfan dengan tagline
"A best dad in the world"
 Ali dah jadi "Ally".
Ucapan tulus dari Irfan buat abah...
 Kalau Aisyah bagi kereta, Irfan pula beri piala utk abah :)
Lots dah terbalik dari lost daa....
Takpe, belajar dari kesilapan....

Terima kasih abah...
You're the best dad in the world :)


NuKilaN:
 

Monday, April 2, 2012

Year Two

Hari ni nak cerita kisah sekolah Irfan. Kalau kat Malaysia, Irfan darjah satu, tapi kat sini irfan dan masuk Year Two. Alhamdulillah, Irfan dah semakin seronok ke sekolah.

Saya selalu terfikir, macam mana la keadaan Irfan kat sekolah. Dah la saya tak pernah ajar dia bercakap dalam English. Sekali kena belajar dalam bahasa Inggeris dan bergaul dengan kawan2 dalam bahasa Inggeris. Kemudian saya membuat andaian, mungkin Irfan dah boleh faham apa yang orang cakap cuma tak tahu mcm mana nak relpy in English. Sekarang ni Irfan dah boleh dan suka layan movie dan kartun dalam English.

Kadang-kadang bila balik sekolah, Irfan akan tunjukkan stiker berbentuk star yang dapat dari sekolah. Kebanyakannya adalah hasil kreativiti Irfan kat sekolah. Selain stiker, selalu juga Irfan bawa kad dari sekolah mcm ni.


Walaupun Irfan belum pandai berbahasa in English, tapi cikgu kat sini tetap beri pujian dalam bab lain seperti melukis. Sebab tu anak-anak sangat seronok ke sekolah. Saya pun turut rasa lega sebab anak-anak dapat membiasakan diri di negara orang. Lagi satu yang saya suka dengan sekolah kat sini - tak de homework. Saya pun suka, anak-anak lagi seronok sbb tak perlu buat homework :)

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails