Friday, February 27, 2015

Cuaca cantik

Alhamdulillah, baru lepas jumpa sv.
Balik dari uni snap dua tiga keping gambar untuk kongsi dlm blog.
Dengan awan yg biru...
Cuaca bukan main cantik, tapi bila check suhu...
Agak sejuk...
Kena pakai coat tebal bila keluar :)

Hantar tiket ke Nuffnang

Sejak berjinak-jinak dengan Nuffnang sedari Ogos 2010, buat kali pertama saya hantar tiket ke Nuffnang.
Tiba-tiba kecik hati bila tengok status jadi Non-Glitterati!

Nampak tak status hijau Non-Glitterati nun hujung bhgn atas belah kanan tu.
Saya pun tanya lah, kenapa tiba2 tak dapat Glitterati?
Masih setia dgn Nuffnang tau...
Tak letak pun iklan lain selain Nuffnang.

Tak sangka hantar kelmarin, hari ni dah dapat jawapan.
Katanya...

Regarding your glitterati status enquiry, the glitterati process is an automated one and our crawlers will detect your blog to update and restore your glitterati status within the next 4 to 5 days. Meanwhile, do keep blogging to keep your blog active as part of our Glitterati criteria is that you will need to have at least 1 daily visitor or our crawlers will mark your blog as a spam blog and this will once again affect your membership status.

Jadi tunggu aje lah dalam masa empat ke lima hari untuk dapat balik status Glitterati.
Tak jadi nak merajuk tulis blog... hahaha.

Tapi kan dalam tak dapat status Glitterati, masih ada beberapa ketul CPUV yang sedang bertenggek...
Alhamdulillah, sikit sikit lama lama jadi bukit....

NuKilaN:
 

Thursday, February 26, 2015

Stonehenge

On the way dari London ke Cornwall, kami singgah di Stonehenge.
One of wonder of the world.
Antara tempat yang orang suka melawat bila datang ke England.
Jadi saya booking tiket online siap2 untuk masuk pukul 10.00 pagi.

Kami bermalam di Travelodge Heathrow.
Ingatkan jauh, rupanya dekat jer utk ke Stonehenge.
Pukul 9 pagi kami dah sampai kat car park Stonehedge.
Yang tak best nyer, hari tu pun hujan.
Hujan yang agak lebat.
Disebabkan dah booking tiket, jadi kami masuk jugak lah melawat dalam cuaca yang sejuk dan basah.

Kami berenam dibekalkan audio tour.
Irfan yang sedang ralit dengar cerita tentang sejarah stonehedge.
Walau hujan agak lebat, peluang bergambar rugi utk dilepaskan....
 Anak2 yang pasrah walau kena posing dalam hujan....
 Semua dah basah kuyup....

NuKilaN:
 

Wednesday, February 25, 2015

WW ::: Kepala ke bawah

Aksi berani si anak dara..
Taraa....
Siap lepaskan tangan lagi...
Cukup untuk saya mengimbau zaman kanak-kanak...
Dulu2 pun, ni antara posisi favorite bila ke playground...
Tak sangka menurun kat anak pulak!

Tuesday, February 24, 2015

Oyster card

Dalam entry sebelum ni saya ada sebut pasal Oyster Card.
Pasti ada yang tertanya-tanya, apa itu Oyster Card?
Ni jawapannya....
Maklumat lanjut pasal Oyster Card ni boleh rujuk di sini.

Jadi dengan Oyster Card ni, tak perlu nak beli tiket tiap kali nak naik tube di London Underground.
Cuma kena pastikan kad di scan setiap kali masuk/keluar dari tube station.

Yang lagi menarik, kanak-kanak yang travel bersama dengan orang dewasa yang memiliki Oyster Card boleh turun/naik tube secara percuma.
Jimat banyak dah kat situ sebab kami ada tiga orang anak :)

Jadi kami buat keputusan untuk beli Oyster Card yang baru di tube station Marble Arch....
Kena charge GBP5 untuk Oyster Card Deposit.
Dapat semula deposit GBP5 ni bila kita pulangkan Oyster Card nanti.
Saya cuma letak duit dalam kad (macam prepaid) sebanyak GBP10.
Jadi total GBP15 untuk satu kad.

Bila dah selesai guna, saya teruskan pulangkan kad di stesen yang sama....
Dapat semula GBP 8.60.
Jadi kami cuma dikenakan charge GBP6.40 iaitu charge satu hari untuk Zone 1.
Dengan kata lain, boleh turun/naik tube banyak mana pun dalam Zone 1 cuma dikenakan caj GBP6.40 sahaja.
Untuk jadual tambang yang lebih detail, boleh klik di sini.

Sekian perkongsian hari ni tentang Oyster Card :)

Monday, February 23, 2015

Parking di London

Ada kawan tanya saya, "Masa kat London, parking kereta kat mana?".
Dari situ terfikir nak buat entry.
Ramai yang kata susah nak cari parking kat London.
Jadi saya buat sikit "research" kat mana tempat yg sesuai utk parking kereta.
Senang bila park kereta kat satu tempat dan jalan2 ke kawasan sekitar naik tube underground.
Kebetulan kami ke London hujung minggu, jadi tak perlu bayar Congestion Charge.

Bila duk google pasal car park di London, terbeliak juga biji mata bila tgk harga parking.
Mahal bedo'oh (baca sangat sangat).
Ada juga terfikir nak parking kereta luar London dan naik train.
Jadi intai lah jugak tiket train.
Lagi sekali terbeliak biji mata tgk harga train.
Nampaknya pilihan terbaik adalah cari car park dgn harga murah di Kota London.

Hinggalah saya terserempak dgn website NCP.
Ada promosi untuk hujung minggu dengan harga serendah GBP5 utk 12 jam.
Jadi saya terus booking di London Portman Square.
Sedikit maklumat berkaitan parking dari website...
Jadi untuk masuk/keluar ke tempat parking cuma guna kad debit yang kita guna untuk booking. Senang, kan?

Dari tempat parking, stesen underground yang terdekat adalah Marble Arch.
Tak jauh pun berjalan, dalam 5 minit dah sampai.
Anak-anak yang sabar menanti train....
Nak dijadikan cerita, boleh pula kami terlupa bawa Oyster Kad. Eh, apa pula oyster card ni?
Cerita dalam lain entry lah :)

NuKilaN:
 

Sunday, February 22, 2015

Birthday Danish

Birthday Danish 20/2, iaitu hari Jumaat.
Kami plan nak potong kek 19/2 di tepi pantai semasa bercuti kat Cornwall.
Malangnya, 19/2 tu hujan bukan main lebat lagi.
Sepanjang perjalanan dari Cornwall ke Bradford hujan mencurah-curah.

Jadi lepas packing semua barang, kami ambil peluang potong kek dalam caravan aje lah.
Nasib baik Danish ok jer :)

 Danish dengan pilihan kek Spidermannya....
Kemudian kelmarin, 21/2 kami buat sambutan kat rumah pula dengan kawan-kawan Danish.
Saya masak simple-simple jer... Nasi minyak dan spagheti carbonara.. Tak lupa menu wajib pavlova!

Birthday boy posing dgn kek birthday...
Kali ni saya buat kek Cotton Japanese Cheesecake.
Toping cuma fresh cream letak cocoa powder.

Hanan satu kelas reception dengan Danish...
Kata Hanan, "Aunty, I bought Lego toy to Danish."

Haruslah ada acara potong kek dengan kawan-kawan...
 Danish siap minta api.. Tapi saya kat tak boleh... lilin nak recycle utk birthday tahun depan pulak... Sekali sekala kena jimat jugak... hahahaha

Last sekali tempek gambar birthday boy yang bukan main happy dapat banyak present...
Terima kasih pada semua yang datang meluangkan masa memeriahkan majlis :)

NuKilaN:
 

Saturday, February 21, 2015

5 tahun

Alhamdulillah, hari ni 20 Feb 2015 genaplah umur Danish 5 tahun.
Selamat hari lahir sayang...
Semoga jadi anak yg soleh, berjaya di dunia dan juga akhirat...

Dah selamat sampai di Bradford... 
Busy buat persiapan utk celebrate birthday Danish esok... 
Penat tolak tepi dulu asalkan anak2 seronok dapat sambut birthday dgn kawan2... 
Semoga majlis esok berjalan lancar, Insya Allah....

Wednesday, February 18, 2015

Bercuti di Cornwall

Skrang masih lg dlm mood holiday...
Kat caravan yg kami sewa tak dpt pulak signal internet.
Jadi tak dpt nak bw buat masa ni.

Sementara tunggu anak2 pegi toilet, cepat2 update aktiviti kami hari ni...

Destinasi pertama St Micheal Castle...

Destinasi kedua pula Minack Theatre...

Dan akhir sekali kami ke Land's End...

Yg jaraknya 6852 miles dari Kuala Lumpur....

Tiga2 tempat punyai tarikan tersndiri...
Full story bila balik nanti yer...

Monday, February 16, 2015

Seharian di London...

Hari ni last day boleh guna merlin kad.
Esok dah expired.
Jadi alang2 datang London, sempat lah bawa anak2 ke madame tussuds, london eye dan juga sealife london.

Aisyah dan tinkerbell...
Irfan dan charlie chaplin...
Danish dgn player kriket...
Semuanya gambar sekitar madame tussuds. 

Gambar anak2 posing dalam london eye...
Rupa btk kapsul london eye..
Berdekatan london eye ada sealife london...
Tempek juga sekeping gambar Irfan...
Selesai jelajah sealife, terus ke heathrow jemput mak cik dari M'sia...
Flight mendarat pkl 4.30, pkl 6 lebih baru keluar balai ketibaan.
Alhamdulillah, lega bila wajah yg dinanti tiba di balai ketibaan :)

Saturday, February 14, 2015

Tempat solat di motorway UK

Bermula esok, bermula cuti sekolah untuk February Half Term.
Cuti sekolah maknanya masa utk bawa anak2 jalan-jalan.
Sebenarnya hari Ahad ni kami akan menerima tetamu dari M'sia.
Dia datang sorang2, jadi haruslah jemput di Heathrow, London.
Tak sampai hati nak biarkan YB (Yang Bersara) turun naik flight sorang2.

Alang-alang ke London, Insya Allah akan terus panjang langkah hingga ke selatan UK.
Harapnya YB tak jet lag nanti.

Memandang perjalanan dari Bradford ke selatan UK mengambil masa melebihi 7 jam, jadi saya google tempat2 yang sesuai untuk solat.
Tempek kat sini biar senang nak rujuk...

 

Sumber dari sini.


NuKilaN:
 

Thursday, February 12, 2015

Al-Fatihah

Ramai yang share dalam Wassup dan jga FB...
Daripada Allah kita datang, kepada Nya jua kita kembali.
Satu kehilangan yang besar.
Al-fatihah... sedih dan sebak...

NuKilaN:
 

Wajib jemput anak2

Kat sekolah anak-anak, parent wajib hantar dan jemput anak-anak di pintu kelas masing-masing.
Cuma pelajar Year 5 dan Year 6 sahaja yang diberi kelonggaran untuk pergi/balik sendiri ke sekolah.
Itu pun kena tandatangan surat yang mengizinkan pelajar travel on their own.
Tapi untuk Irfan yang dah Year 5, tetap juga kami menghantar dan menjemput setiap hari.
Alang2 kena jemput Aisyah dan Danish :)

Suasana ketika menjemput Danish dari sekolah....
Mak ayah sabar menanti anak2 keluar setelah nama dipanggil oleh cikgu sekolah.
Jadi cikgu memang dah cam mak dan ayah pelajar-pelajar mereka.

Bangunan ni pula kelas Aisyah...
Amboi Danish, bukan main santai lagi balik sekolah yer!
Katakan mak ayah ada hal/masalah utk ambil anak, kena call cikgu dulu untuk maklumkan yang wakil kita akan menjemput anak kita nanti.
Tak boleh sewenang wenangnya hantar wakil tanpa pengetahuan cikgu.
Related Posts with Thumbnails