Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Sunday, March 17, 2019

Cara urut anak sembelit

Bagaimana nak ketahui bayi anda sembelit?
Mak mak selalu mengadu anak sembelit anak sembelit. Tapi macam mana nak kenal betul ke anak sembelit?
.
1. Najis ada berketul-ketul seperti tahi kambing

2. Tidak membuang pada tempoh yang lama. Biasa tidak seperti kebiasaan

3. Bayi nampak sukar membuang najis, terpaksa meneran-neran

4. Najis kering dan ada sedikit darah akibat najis keras dan melukai dinding salur najis

5. Anak takut untuk membuang. Sesetengah gelisah sampai menangis bila mahu membuang

Macam mana nak atasi masalah sembelit ni?
Ajomms tengok gambar di bawah. Cuba lakukan urutan lembut pada tubuh bayi anda.  Insyaallah moga sedikit ilmu ini dapat melegakan keadaan anak anda.



#donesharing
#atasisembelitanak

Nota ummi,
Setakat ni anak2 belum ada masalah sembelit.
Saja tempek kat blog kot2 ada yg sedang mencari petua bila sembelit.
Moga bermanfaat :)

Wednesday, December 6, 2017

Berapa usia perkahwinan?


Sekarang kan musim orang kenduri kahwin.
Masih ingat lagi tarikh keramat anda diijabkabulkan?
Sambil- sambil tengok pasangan pengantin,
Cuba ingat semula..
Usia perkahwinan. 
1. Fasa bulan madu ( 0-5 tahun)
2. Fasa sehati sejiwa (6-10 tahun)
3. Fasa semarak kasih (11-20 tahun)
4. Fasa syurga cinta (20 tahun ke atas)
Jom uols share 
Berdasarkn kajian panel JAKIM, pasangan di 'fasa bulan madu' paling banyak bermasalah. Sbb apa agaknya?
Jika usia perkahwinan di fasa semarak kasih, anda dikira bijak mngemudi bahtera rumhtangga.
Dan jika sudah berada di fasa syurga cinta, tahniah. Semoga kekal bersama ke syurga nanti.
Alhamdulillah, kami dah fasa Semarak kasih :)

Anda dikategori mana?

NuKilaN:
 

Friday, November 3, 2017

Petrol malaysia


Petrol Malaysia :
13/07/2017 - 2/11/2017

Naik : 4sen (13.7.2017)
Naik : 6sen (27.7.2017)
Naik : 4sen (3.8.2017)
Naik : 5sen (10.8.2017)
Naik : 3sen (17.8.2017)
Naik : 3sen (24.8.2017)
Naik : 1sen (31.8.2017)
Naik : 4sen (07.9.2017)
Naik : 1sen (14.9.2017)
Turun : 2sen (21.9.2017)
Turun : 3sen (28.9.2017)
Naik : 3sen (5.10.2017)
Turun : 3sen (12.10.2017)
Naik : 1sen (19.10.2017)
Naik : 3sen (26.10.2017)
Naik : 4sen (2.11.2017)

3x turun = 8sen
13x naik = 42sen

Untuk kereta saya, sekali isi penuh dalam 60 liter (bila lampu merah dah menyala).
Jadi sekali isi penuh, pejam mata aje lah bayar RM150+... huhuhu

Monday, August 21, 2017

Kematian ibu bersalin

Perkongsian menarik bagi kawan2 yg mengandung diumur melebihi 35 tahun...
Jadi bila doktor beri saranan selepas bersalin, mommies ada justifikasi yang bagus untuk terima/tolak heparin.
Baca dan hadam sampai habis tau :)


Hari ini saya berbincang dengan pakar-pakar O&G dari negeri-negeri lain di Malaysia, dan juga Ustaz di PPUM tentang kematian ibu-ibu bersalin. 

Setiap tahun, di Malaysia, seramai 13 atau 14 ibu bersalin meninggal dunia disebabkan darah beku di dalam saluran darah paru-paru (pulmonary embolism). 

Dalam 100 kematian ibu bersalin di Malaysia, 60 adalah disebabkan oleh pulmonary embolism. 

Risiko kematian ibu Melayu adalah lebih tinggi daripada ibu lain. 

Kadar Kematian ibu Melayu disebabkan pulmonary embolism adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada kematian ibu di Eropah. 

Kadar Kematian ibu Melayu disebabkan pulmonary embolism adalah lebih tinggi daripada kematian ibu dari kaum yang lain di Malaysia. 

7 dalam 10 (73%) daripada kematian ibu disebabkan pulmonary embolism ini berlaku selepas bersalin dan hanya 3 dalam 10 berlaku sebelum bersalin.

9 dalam 10 (90%) daripada kematian ibu disebabkan pulmonary embolism ini berlaku selepas pembedahan Caesarean section, selepas pulang ke rumah. Di negara United Kingdom, 5 dalam 10 (50%) daripada kematian ibu yang disebabkan pulmonary embolism berlaku selepas Caesarean section. Lihatlah perbezaannya di UK dan di Malaysia.
.

Kenapa ibu yang hamil dan baru bersalin mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada wanita yang tidak hamil?

Pertama sekali, semua ibu patut tahu yang kepekatan darah akan meningkat di dalam saluran darah ibu yang hamil, sebab hormon ibu yang hamil akan merangsangkan badan membuat lebih protein yang memekatkan darah. Tujuannya memekatkan darah ialah untuk melindungi ibu bersalin daripada pertumpahan darah yang berlebihan selepas bersalin. 

Kepekatan darah inilah puncanya kenapa risiko ibu yang hamil mendapat pembekuan darah menjadi 6 kali ganda lebih tinggi daripada wanita yang tidak hamil. Selepas bersalin kepekatan darah ini masih tinggi pada 6 minggu berpantang. 

Masalah mendapat pembekuan darah ini adalah 5 kali ganda lebih tinggi selepas bersalin bila dibandingkan dengan sebelum bersalin. Terdapat perubahan kandungan air dari dalam saluran darah selepas bersalin yang menyebabkan darah menjadi lebih pekat. Risiko yang paling tinggi sekali ialah pada tiga minggu pertama selepas bersalin. 

Ada beberapa perkara lain yang juga menyebabkan risiko darah beku menjadi lebih tinggi lagi: 
1. Usia ibu yang semakin tua (>35 tahun)
2. Berat badan yang obese
3. Merokok
4. Kehamilan kembar 
5. Terdapatnya masalah yang lain (seperti pre-eclampsia, penyakit jantung lemah)
6. Kekurangan pergerakan badan (seperti selepas pembedahan Caesarean)
7. Kekurangan meminum air (dehydration)
8. Ketumpahan darah yang berlebihan semasa bersalin

.

Apakah tanda-tandanya bila terdapat pembekuan darah di dalam saluran darah di dalam paru-paru (pulmonary embolism)
1. Pernafasan terganggu atau sesak nafas 
2. Nadi denyutan jantung ibu menjadi lebih laju daripada biasa 
3. Suhu badan mungkin naik 
4. Batuk darah 

Pembekuan darah di dalam saluran darah mengganggu pengaliran darah ke paru-paru dan menghalang kemasukan oxigen yang secukupnya ke dalam darah. Tekanan darah di dalam paru-paru menjadi tinggi dan meninggikan beban ke atas jantung di sebelah kanan. Ini boleh menyebabkan air masuk ke dalam paru-paru dan kematian secara mengejut. 

.

Bagaimanakah kita hendak mengelakkan pulmonary embolism?

1. Menjaga berat badan. Biasakan diri dengan cara hidup yang sihat dan menurunkan berat badan yang berlebihan sebelum hamil.
2. Semasa hamil, bersenam 20-30 minit setiap hari untuk mengawal kenaikan berat badan. 
3. Berhenti merokok
4. Elakkan pembedahan Caesarean section jika tidak diperlukan  
5. Jika terpaksa menjalani pembedahan Caesarean section - Doktor akan memberi suntikan untuk mencairkan darah sekali sehari untuk 7 hari, sebagai ubat pencegah kemudaratan pulmonary embolism.
6. Minum air yang secukupnya selepas bersalin, terutamanya ibu yang menyusukan bayi (Keperluannya ialah 3L sehari / 12-13 gelas sehari), walaupun di dalam pantang. 
7. Berjalan-jalan selepas bersalin untuk membantu pengaliran darah walaupun di dalam pantang. 

.

Mengapakah terdapat kelebihan kematian ibu dari kaum Melayu bila dibandingkan dengan kaum yang lain? 

Tidak ada jawapan atau bukti yang kukuh. Mungkin lebih ramai ibu yang obese. Mungkin lebih ramai yang mengamal pantang yang tidak membenarkan ibu meminum secukupnya, atau berjalan-jalan (walaupun di dalam rumah). 

Mungkin kerana khuatir yang ubat suntikan pencair darah seperti clexane itu berunsur khinzir, dan adakah ibu-ibu tidak mengikut nasihat Doktor dan tidak mengambil suntikan clexane? 

Saya akan memberi penjelasan daripada Ustaz, kenapa diharuskan mengambil clexane walaupun ia berunsur khinzir.

1. Tidak ada ubat lain yang tidak berunsur khinzir yang lebih baik daripada clexane 
2. Ubat suntikan heparin tidak memberi kebersanan yang setanding dengan clexane terutama bagi ibu yang berat badan melebihi 90kg. 
3. Ubat fondaparinux pula sangat mahal dan ramai ibu tidak mampu. Ia boleh memasuki susu badan dan bayi yang menyusu boleh mendapat dose yang sedikit.

Saya harap keterangan ini jelas, supaya ibu-ibu tidak lagi khuatir tentang penggunaan ubat suntikan pencair darah clexane untuk mencegah penyakit yang boleh menyebabkan kematian ibu bersalin. Jika ibu mendapat masalah pembekuan darah semasa hamil, rawatan yang terbaik jugalah clexane atau ubat yang sejenis dengannya low molecular weight heparin seperti deltaparin, enoxaparin dan tinzaparin. 

Innalillahiwainnailaihirojiun. Al-Fatihah kepada kesemua ibu-ibu yang telah meninggalkan kita. Semoga kita sama-sama berusaha untuk mencegah venous thromboembolism dan pulmonary embolism dengan menyampaikan ilmu pengetahuan. 

Prof Dr Imelda,
Pakar perunding maternal dan fetal medicine,
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.

Sumber:
Facebook Prof Dr Imelda

Nota ummi,
Masa lahirkan Aina, saya juga disarankan untuk ambil suntikan heparin ni sebab:
1. Umur lebih 35 tahun
2. Kelahiran anak yang ke-4
Tapi saya buat keputusan untuk tak ambil. Sebab saya melahirkan untuk normal. Saya rasa masih mampu untuk bergerak cergas selepas bersalin.

Orang kata (ada kawan2 saya yg ambil), sakit suntikan ni.
Satu badan rasa kebas.
Dan masa tu, saya belum tahu yang suntikan heparin rupanya ada unsur khinzir... huhuhu

Sunday, August 20, 2017

Mesej berantai

MESEJ-MESEJ YANG HUKUMNYA HARAM

Mesej berantai dijatuhkan hukumnya *SYIRIK* kerana seolah-olahnya manusia yang berkuasa menentukan *qada* dan *qadar* yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. 

Contoh mesej mesej berantai :-

1. Sebarkan sekarang. Sekiranya anda tidak menghantar mesej ini, itu bermaksud anda telah dibisikkan oleh syaitan. Terpulanglahhh.......

2. "Sesiapa yang tidak menghantar mesej ni, akan ditimpa musibah" .

3. "Sesiapa yang menghantar mesej ini dalam masa dua jam, orang yang tersayang akan datang ke rumah anda". 

4. "Siapa yang mengabaikan mesej ini, anda akan kehilangan orang yang tersayang". 

5. "Siapa yang menghantar mesej ini kepada 4 orang, dalam masa 4 jam, anda akan mendapat rezeki yang melimpah ruah". 

6. "Hantar mesej ini kepada sekurang-kurangnya 12 orang, anda akan mendapat berita yang baik dalam masa 2 jam",

Ada bermacam-macam lagi mesej dalam bantuk seperti yang di atas yang perlu diabai dan dihentikan segera.

Senang cerita, ia berkait rapat dengan perjanjian yang berbentuk ganjaran atau musibah yang ditetapkan oleh manusia sendiri.

Manusia  tidak layak untuk menjatuhkan sesuatu hukum ke atas sesama manusia melainkan atas sebab-sebab yang tertentu..........

Teguran serta nasihat untuk semua sahabat dan rakan-rakan. Untuk umat islam, mesej berantai begini adalah HARAM.......!!!!!!!

Viralkan biar semua orang tahu.......

Daripada :
Bahagian Dakwah,
JAKIM, Malaysia.

والله اعلم

Sumber: Facebook Jakim

Nota ummi,
Kadang2 bila dapat msg mcm ni, rasa nak tegur. Tapi takut si penghantar terasa hati. Lagi2 kalau ia lebih tua dari kita dan ahli keluarga kita. Hurm...

Thursday, March 16, 2017

Equinox

Dapat ni dari group Telegram...

Dear all,

Buat pengetahuan semua, fenomena Equinox akan mempengaruhi Malaysia, Singapura dan Indonesia mulai hari ni hingga minggu depan.

Sila tinggal dalam rumah terutama dari jam 12 th hingga 3 ptg setiap hari. Suhu akan meningkat hingga 40 derajat Celcius. Hal ini boleh menyebabkn dehidrasi dan stroke haba

(Ps:. Fenomena ini adalah krn matahari berda pd posisi tepat di atas garis khatulistiwa pd  20 March)

Harap kita semuajaga diri agar tidak kekurangan air (dehidrasi).

Setiap orang harus minum kira2 tiga liter air masak setiap hari. Tekanan darah juga perlu dipantau.

Kemungkinan untuk terkena serangan stroke haba adalah tinggi.

Mandi air sejuk sekerap mungkin. Kurangkn makan daging, perbanyakn makan buah dan sayuran.

Tempatkan lilin tidak terpakai di luar rumah. Jika lilin boleh cair, bererti udara dlm suhu yang berbahaya.

Selalu letakkan baldi berisi air di ruang tamu dan di setiap bilik utk menjaga suhu tetap lembab.

Pengalaman pertama di Malaysia dan Singapore. Heat stroke yg tdk memiliki gejala indikasi. Setelah pengsan, yg serius berbahaya seperti kegagalan organ dalaman.

Hari menjadi lebih serius mungkin lebih dari 2 minggu akan datang. Boleh sampai 9 darjah lebih tinggi dari biasanya !

Sumber dari sini.

Nota ummi.. Sama-sama kita jaga diri dan ingatkan orang tersayang sekeliling kita.

Sunday, December 20, 2015

Tips memilih tembikai

Teringat masa kat Bradford.
Biasanya sebelum beli tembikai, saya cuba tepuk2 dulu buah2 tembikai yang ada.
Padahal, bukannya pandai sangat pun dengar bunyi tu.
Satu demi satu tembikai saya tepuk dan dengar dengan kusyuk sekali.
Tiba2 ada seorang makcik pakistan tanya, "How do you choose a good watermelon?".
Ah sudah, detik saya dalam hati.
Saya bukannya tahu sangat.
Try and error jugak.
Nak terang kat mak cik tu lagi lah tak pandai.
Yang kelakarnya lepas saya explain lebih kurang dia kata, "Never mind.... Just choose two watermelons for me."
Aduss, tak pasal2 kena pilih buah utk makcik tu pulak.
Saya turutkan aje permintaan makcik tu.
Tapi bila balik rumah, lega juga bila buah yang saya beli tu merah dan manis.
Tak tahu la pula apa nasib makcik tu :p

Kebetulan ada pula kawan yg share pasal tips memilih tembikai ni kat FB.
Seperti biasa, empek kat blog biar senang nak rujuk :)




Tuesday, December 8, 2015

Amalan untuk kuatkan akal fikiran anak-anak...

Terjumpa catatan seorang ustaz di FB.
Simpan kat blog supaya tak hilang dan senang nak rujuk.



Semoga bermanfaat juga untuk kawan-kawan :)

NuKilaN:
 

Monday, November 30, 2015

Tips agar jiwa tenang dgn karenah anak :)

Saja nak tempek kat blog perkongsian menarik dari FB Dr Siti Ujila Official.







Tips no 1 boleh buat tiap kali nak balik rumah. Balik rumah adalah masa utk keluarga. Minggu lepas, saya dah kena tegur oleh Irfan, "Ummi, why are you working so hard? You should finished all you work during office hours". Sebenarnya saya baru buka email utk check email dari Uni Bradford. Entah kenapa minggu lepas email Uni Bradford tak dapat buka kat office. Tapi bila dah kena tegur, kena la ambil hati si anak dengan tutup semula komputer dengan segera.

Tips no 2 - saya masih lagi belajar cara yang baik utk menegur kesalahan anak-anak. Bila anak dah besar ni, cara menegur juga kena lebih berhikmah.

Tips no 3 dan 4 tu nampak mudah, tapi impaknya sebenarnya sangat besar. Kadang2 saya terlepas pandang untuk lakukan akibat penat bila balik kerja. Anak2 pula duk tanya, "Ummi, do you love me?". Bila saya kata sayang, suka sgt tengok ekspresi muka mereka :)

Tips no 5, yang ni selalu juga buat. Bila Aisyah dan Danish main playdough, saya pun kena masuk juga dalam dunia mereka. Bila dihidangkan pelbagai "biskut playdough", kami makan dan sendawa sama-sama. Kadang2 layan juga mereka main video games, walau saya yang selalu kalah bila lawan dgn anak2. Kalau lawan lumba kereta, memang Danish lagi pantas dari saya...

Kadang2 teringin juga nak ke Parenting Seminar agar dapat jadi ummi yang baik utk anak2. Masih banyak lagi yang saya perlu belajar.

NuKilaN:
 

Monday, August 24, 2015

Tip kilatkan dapur

Saya tak cuba lg tip ni, tapi nak parking kat blog dulu biar senang nak buat rujukan.



Bila dah cuba nanti saya update kat blog.
Kena pergi kedai cari CIF dulu ni :)

NuKilaN:
 

Friday, May 15, 2015

Sains di sebalik ketuk ketampi

Lately, ramai yang share video ni di dinding FB dan WA.

Siapa sangka, ketuk ketampi boleh meningkatkan keupayaan otak.

Pasti ramai yang ingat scene ni dlm cerita P. Ramli...


Masa sekolah dulu2, ada juga kawan2 kena denda ketuk ketampi oleh cikgu.
Rupanya ada sebab di sebaliknya.
Rasanya begitu juga dengan hukuman merotan.
Ada sebab kenapa cikgu2 suka rotan di tangan.
Ajaran nenek moyang kita suatu masa dulu.

Tapi sekarang mana boleh lagi.
Semua hukuman2 mcm tu dilarang sama sekali..
Besar sungguh cabaran guru utk mendidik anak2 zaman sekarang.


NuKilaN:
 

Monday, May 11, 2015

Nur Malaysia

Sebelum ni, kalau ke London aje lah berpeluang order makanan Malaysia ala-ala gerai untuk melepaskan rindu kat makanan M'sia.
Kat mana lagi kalau bukan di Malaysian Hall.

Tapi, sekarang baru tahu yang ada juga restoran orang M'sia kat Manchester.
Kebetulan nak hantar kawan yang airport Manchester yang baru selesai viva dengan jayanya, jadi kami ambil peluang singgah makan kat sana.
Ni dia restorannya... Nur Malaysia...

Taraa... Ni air yang kami order..
Saya order "Malaysian Pulled Tea"... atau teh tarik la tu...
Sedap la jugak teh tarik dia...
Terpaksa order air panas sebab masa tu sedang batuk yang agak teruk...

Mee goreng mamak ni pun saya yang order... nyum nyum..
Tak lupa satay ayam...
Yang tak tahan tu, kami cuma makan bertiga tapi order makanan sampai lima pinggan.
Nampak sangat kebulur nak makan makanan ala-ala gerai kat UK ni.
Tak tahu nak pilih yang mana, jadi  sepakat order semua yang nak.
Hish, tak bagus betul... order makanan ikut nafsu..
Tapi, percaya atau tidak.... semua lima pinggan tu berjaya kami habiskan tanpa tinggalkan baki.
Memang sedap dan kena dengan selera.
Mee bandung dan mee kari dia pun sedap.
Untuk anak2 kat rumah, saya tapaukan roti canai dan juga satay.

Buat kawan2 kat UK yang nak terjah kedai ni boleh rujuk alamat kat bawah...
Setiap hari Ahad, ada hidangan buffet.
Boleh check kat Facebook Nur Malaysia untuk senarai menu buffet pada hari tersebut.
Kalau ada peluang, bak cuba buffet kat sana pulak...

Sekian entry jalan-jalan cari makan :)

Friday, May 8, 2015

Ada apa dengan surah Al-Kahf??

Surah al-Kahfi..

Pengajaran Surah Al Kahf

Sedari kecil, kita selalu disuruh untuk membaca surah Al Kahf, pada hari Jumaat. 
Emak pesan!
"Hang kena baca jangan malas, nak elak fitnah Dajal!"
Hang, tahu tak dajal tu macam mana?
Dia ada mata tiga, besar dia, kalau dikumpulkan semua lautan, dia pijak paras buku lali dia je. Muka dia scaryy...
Dekat sebelah tangan dia ada syurga, sebelah lagi ada neraka. Dan vice versa sebenarnya. Yang syurga itu neraka, yang neraka itu syurga. 
Eeww.. Takutnya, ok-ok adik baca Surah Al Kahf.

Masa berlalu masa.

Sehingga umur saya menginjak ke zaman sekolah menengah dan juga zaman universiti. Hanya gambaran itu yang saya tahu apabila membaca surah Al Kahf.

Lalu apa relevannya, Nabi saw sendiri menyuruh umatnya mempelajari dan membaca surah ini sebagai pelindung kepada fitnah al-Dajjal, sedangkan al-Dajjal tak turun-turun lagi. Dalam satu hadis Nabi saw (Sahih Muslim), "Fitnah yang paling besar sejak kelahiran Adam AS hinggalah ke Hari Kiamat ialah fitnah al-Dajjal.

Lalu saya terfikir...
Bukan sekejap saya terfikir, bertahun-tahun jugalah sejak zaman sekolah lagi. Dan hari ini (Sebenarnya 3 minggu juga baca). Segala kekusutan itu terurai apabila saya meneliti satu ulasan pengajaran Surah Al Kahf yang begitu membuka mata dan menyedarkan hati, tulisan Sayed Abul Hasan Ali Nadwi dan juga Syed Qutb. Masing-masing membawa satu kesimpulan yang begitu membuka mata. Bahawa fitnah Dajjal ini bukan sekadar pada rupa bentuknya yang scarry seperti yang digambarkan oleh hadis, tetapi bahaya yang dibawanya lebih daripada itu.

Ok, mari kita go through satu persatu pengajaran surah Al Kahf ini. 

Disclaimer: 

Disebabkan kedua-dua penulis menggunakan bahasa yang agak tinggi, saya cuba memudahkannya dengan laras bahasa yang agak santai dan sempoi. 
Chill ok.

1) Overview surah

Surah Al Kahf adalah kisah perlawanan antara dua pertembungan ideologi kehidupan yang saling bercanggah. Haq dan batil. 
Faham kebendaan (materialistik) yang mengagungkan hawa nafsu vs Islam (Tunduk patuh, kepada Allah swt, seluruh aspek kehidupan)
Surah ini adalah satu manual kehidupan yang sungguh lengkap, mengajar umat manusia, bagaimana meniti hidup di akhir zaman yang penuh fitnah dan tipu daya yang maha dasyat!
Saya sebut sekali lagi, maha dasyat! Sehinggakan manusia terkeliru untuk membezakan mana yang hak dan mana yang batil. 
Ideologi yang berteraskan faham kebendaan (materialistik) yang mengakar daripada fahaman atheis (menolak tuhan) berakar umbi daripada tamadun lampau serta peranan Yahudi dalam merosakkan agama wahyu.
Disebutkan dekat sini, sebab itulah Yahudi dan Kristian boleh berkawan sekarang, sebab mereka menemui titik persamaan iaitu peradaban keinginan yang menolak semua nilai-nilai rohani dan begitu gelojoh berlumba-lumba memeluk kuasa dan kemegahan, emas & kekayaan.
Tanpa melengah-lengahkan masa lagi, kita pergi secara spesifik kepada pengajaran-pengajaran peristiwa di dalam surah ini. Bayangkan seperti anda sedang menonton movie.

Latar peristiwa di dalam surah ini dibahagikan kepada 4 bahagian
i) Kisah Ashabul Kahf - (boleh dianologikan semasa pemuda)ii) Kisah pemilik dua kebun (ketika anda mula memasuki alam pekerjaan diuji dengan kemewahan)iii) Kisah Nabi Musa dengan al Khidr (diuji dengan ilmu)iv) Kisah Dhu Al Qarnayn (ketika sudah punya kuasa dan pangkat serta jawatan yang besar) 


i) Kisah Penghuni Gua (Ujian pemuda dan Ujian akidah)

Kisah pemuda Al Kahf adalah sinonim dengan keadaan kita sebagai seorang pemuda. Ianya mengajarkan kepada kita kualiti usia muda, serta cabaran-cabaran duniawi yang dihadapi oleh pemuda pada masa sekarang. Tarikan nafsu duniawi kepada gadjet, wanita, wang, bersuka ria, hiburan (movie, game) dan sebagainya.

Di dalam kisah ini, jelas menunjukkan kepada kita kemenangan akidah vs faham kebendaan (materialistik). 

Pemuda-pemuda al Kahf, berjaya membuktikan akidah berjaya mengalahkan dorongan dan tarikan hawa nafsu. Meski mereka terpaksa memilih kemiskinan, mengucapkan selamat tinggal pada kampung halaman, sahabat handai dan kaum keluarga. Malah terpaksa juga membelakangkan penghormatan orang ramai dan rela dihina. Walaupun pada suatu masa dahulu mereka dipandang tinggi oleh masyarakat. 

Mereka tidak rela, kepercayaan kuffar itu mencemarkan jiwa dan nurani mereka yang tulus suci. Tunduk kepada kuasa-kuasa tirani beserta kebuasan nafsu manusia.

Kisah mereka berpindah ke dalam gua itu adalah kisah penghijrahan mereka yang didorong oleh kekuatan akidah! Kekuatan akidah mengerakkan mereka! Dan pilihan mereka adalah pilihan yang tepat meski mengharungi kesusahan.

*Gua itu sendiri adalah simbolik kepada perlindungan diri daripada masyarakat jahiliyah. Seperti mana , pemuda-pemuda sekarang, apabila mahu diajak membuat perkara-perkara maksiat, mereka memilih untuk menolak kerana mereka memiliki perlindungan akidah berteraskan keimanan yang kuat.

Point untuk para pemuda di sini. Penghijrahan bukanlah satu benda yang mudah! Payah! Lagi menyukarkan! Tetapi percayalah, ada kemanisan lepas kita berhijrah!

ii) Kisah pemilik dua buah kebun (Diuji dengan kemewahan)

Kisah ini amat sinonim dengan kehidupan masyarakat bekerja kelas pertengahan. Disebutkan di sini, (buku tulisan Sayed Abul Hasan Ali Nadwi) ia adalah kisah seorang lelaki yang telah berjaya mendapat kekayaan dan memiliki keselesaan hidup. Dia memiliki dua kebun anggur yang subur dikelilingi kebun-kebun kurma. Di antara kebun-kebun itu juga dia memiliki tanah ladang yang terbentang luas. Ia adalah impian lelaki kelas menengah ketika itu (seperti kita, sudah ada rumah, ada kereta mewah etc)

Kemewahan hidup mereka belum lagi melimpah ruah, tetapi sudah diuji dengan tarikan duniawi sehingga mengaburkan pandangan mata mereka dan membongakkan hati mereka. Mereka menafikan hak Allah dan hak ummat manusia ke atas diri manusia. Jika situasi pada masa sekarang, kita sibuk dengan bekerja mengejar habuan materialistik, sehingga tiada langsung masa untuk agama, program-program dakwah dan sebagainya.

Masyarakat juga mula menafikan kekuasaan Allah yang memberikan rezeki. Hal ini dapat dilihat pada paradigma masyarakat hari ini sebagai contoh.

- "Belajar sungguh-sungguh, nanti dapat jadi Doktor, gaji tinggi, nanti boleh hidup mewah."

- "Ha? Kau nak berhenti jadi Engineer? Nak kerja sendiri? Mana kau nak dapat duit bro! Keadaan ekonomi sekarang teruk"

- "Bro, sebab apa kau nak jadi pharmacist?"
"Sebab gaji dia paling tinggi duh.!!!!"

Hal ini sinonim dengan firman Allah swt di dalam surah Al Qasas ayat 78
"Dia Qarun berkata: 'Sesungguhnya aku diberi (harta), semata-mata ilmu yang ada padaku..."
Begitulah paradigma masyarakat ini kerana faham kebendaan ini mula menjalar di setiap sendi kehidupan ummat. Hidupnya mula diuji dengan ujian harta benda beserta kemewahan

iii) Kisah Musa dan Al Khidr (Diuji dengan ilmu)

Kisah ini adalah manual yang paling sesuai kepada kehidupan seharian manusia apabila mereka berhadapan dengan ujian ilmu.

Kejadian-kejadian seumpama ini (dianalogikan dengan kisah-kisah Al Khidr dan Nabi Musa a.s), menjelaskan kepada kita walaupun betapa terpelajarnya seseorang itu, namun keputusan anggaran atau pendapat yang dibuat berdasarkan pengalamannya yang masih terbatas itu boleh sahaja tersasar.
Jika rahsia-rahsia kehidupan didedahkan kepada seseorang, kita bakal dapati berlakunya perubahan yang nyata pada idea, cara berfikir dan keputusan-keputusannya. 

Episod dalam hidup Nabi Musa as ini juga bertujuan untuk mengambarkan bahawa seseorang itu tidak boleh sama sekali berasa pasti dengan pendapat yang dibentuk dan gambaran yang diperolehinya: serta membuat keputusan berdasarkan pandangan lahiriah sahaja.

Ilmu manusia adalah terbatas, sedangkan hakikat alam yang dijadikan Allah swt, tersembunyi seribu satu rahsia kehidupan.

Faham kebendaan seperti
"Gaji kau dah la ciput! Kau nak bagi anak aku makan apa ha?"
"Kalau gaji kita tak cukup 3K macam mana nak hidup dekat KL ni?"

Itu baru berlaku pada peringkat individu. Yang tidak meletakkan tawakal setelah berusaha sebagai asas keimanan kepada Allah swt. Mereka lebih mempercayai aturan sebab dan akibat duniawi. 

Tawakal mereka kepada rezeki yang diberikan oleh Allah swt hampir tiada.

iv) Kisah Dhu Al Qarnayn (Diuji dengan pangkat kuasa dan harta)

Inilah manual kehidupan apabila seseorang itu mengapai puncak kekuasaan di dunia. Menjadi pemimpin negara, panglima angkatan perang, ceo syarikat dan sebagainya.

Kisah Dhu Al Qarnayn ini mengajar kita satu pengajaran yang cukup-cukup hebat! Walaupun sudah dianugerahi kejayaan yang paling hebat, kekuasaan kerajaan yang gah, meliputi kawasan pentadbiran yang cukup-cukup luas, sumber kekayaan yang melimpah ruah, dan kuasa dunia yang tidak tercabar, tetapi inilah sikap pemimpin beriman dan sejati.

Dia menyandarkan semua kejayaannya kepada Allah, menghadapkan wajahnya kepada Tuhan pada saat mencapai kemenangan dan mengingat penghujung yang muktamad. Dia berasa gentar dan kerdil mengenangkan keagungan Tuhan, mengakui kelemahan dirinya sendiri, memberikan keamanan dan kasih sayang kepada manusia yang menderita, mendirikan masyarakat yang adil dan beradab dan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kejahilan dan kebendaan kepada cahaya Ilahi.
Inilah jalan kebenaran yang mulia!

Ditunjukkan oleh Allah swt kepada kita, ummat manusia di sepanjang zaman.

Konklusi.

Fahaman kebendaan, peradaban al Dajjal yang berteraskan nafsu dan falsafah atheisme (menolak peranan Tuhan) dalam aspek kehidupan bakal mencapai puncaknya sedikit masa lagi. Menerusi hadis-hadis Nabi mengenai kemunculan al Dajjal di akhir zaman. 
"Kufur (ateisme) akan tertempa di antara kedua matanya. Setiap orang berimanan, sama ada terpelajar atau tidak akan dapat membaca tanda itu" (Sahih Bukhari)

Apabila ia berlaku, maka ia akan dipimpin dan dipandu tidak lain tidak bukan oleh ad Dajjal itu sendiri. 

Hadis-hadis Nabi saw dengan jelas menyebut bahawa al Dajjal adalah penjaja ateisme yang penuh semangat dan lincah. Kerja-kerjanya adalah terarah kepada usaha membebankan hati dan fikiran orang beriman dengan keragu-raguan dan kekufuran.

"Demi Allah seseorang akan datang kepadanya kerana menyangka dia orang beriman, dan akan menjadi pengikutnya. Kemudia ia akan menjadi ragu kerana dorongannya" (Abu Daud)

Godaan ad Dajjal yang mempesona tetapi menyesatkan itu akan tersebar dan menyusup masuk ke dalam setiap keluarga, rumah dan kampung halaman, semua orang, sama ada lelaki wanita atau kanak-kanak tidak terkecuali daripada godaannya yang memukau itu (internet, televisyen, rancangan hiburan) . Tiada siapa yang dapat mengawal orang jagaannya daripada godaan itu. Semua orang hanya memikirkan dirinya sendiri dan berasa bangga akan hal itu.

Masyarakat akan berada dalam keadaan hina di mana moral mereka berada dalam keadaan paling rendah. Seperti mana kita lihat keadaan masyarakat sekarang. Budaya pornografi, berzina di khayalak ramai, gay, lesbian, mana pergi moral masyarakat pada hari ini? Sudah tiada lagi perasaan segan dan silu

Itu baru masyarakat. Jika mula mengakar pada peringkat negara?

Faham kebendaan ini akan mengakibatkan wujudnya sistem kasta dalam kehidupan, sistem ekonomi kapitalis yang menindas, yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. Pemerintah yang zalim menindas rakyat.

Faham struktur negara yang menolak hukum-hukum Islam, berideologikan sekular, liberal serta segala ideologi yang berakar umbikan atheis (menolak Tuhan) dan menolak sistem wahyu dalam pemerintahan.

Bagi mereka, sistem Islam hanya akan memundurkan negara!

Akhir kata, benarlah seperti apa yang dikatakan oleh Rasulullah saw, menyuruh umatnya membaca surah Al Kahf. Bukan setakat baca, tetapi mempelajari isi surah, tadabbur maknanya serta cuba untuk merealiti dan membumikan dalam kehidupan sehari-harian melalui usaha tarbiyah yang berterusan. 
Ramalan Rasulullah saw yang tepat ini menunjukkan bahawa hanya Islam yang dibawa oleh baginda saw adalah satu-satunya agama yang benar. Yang memberi rahmat buat umat seluruh alam!

Wallahualam

p/s: Jangan lupa, setiap fasa hidup ini hakikatnya kita berhadapan dengan Dajjal dan segala tipu muslihatnya! Berhati-hatilah dan kembalilah kepada cara hidup Islam yang sebenar-benarnya.


Sumber rujukan
Tafsir Fi Zilalil Quran: Tulisan Syed Qutb
dan Buku Manusia & Kemaruk Kebendaan (Teks dan Komentar Surah al Kahf): Sayed Abul Hasan Ali Nadwi

Copy and paste!

Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah juga terhindar dari tipu daya Dajjal...
Related Posts with Thumbnails