Showing posts with label abah. Show all posts
Showing posts with label abah. Show all posts

Thursday, October 27, 2016

Say - It - Right Competition

Saya dah buat entry Danish join pertandingan Lego-A-Like.
Hari ni nak tempek entry Aisyah join Say-It-Right (SIR) competition pula.

Sebenarnya saya saja tanya Aisyah dia nak join tak SIR competition tu.
Tak sangka dia kata. "Nak!"
Dalam hati saya tertanya tanya juga.. mampu ke Aisyah bercakap bila berada di atas stage.
Maklum aje la, dia ni jenis pemalu and agak susah nak cakap bila depan strangers.
Walau hakikatnya, kat rumah dia sangat suka bercakap.
Jadi daftarkan juga Aisyah.
Tapi dia berpasangan dengan kawannya, Balqis.

Balqis dan Aisyah ni satu sekolah, tapi Balqis dah darjah 4.
Jadi mereka join kategori umur 9 dan 10 tahun.
Masa ni duk tunggu giliran.
Pertandingan dimulakan dengan kategori 5 dan 6 tahun dahulu.
Macam2 karenah comel boleh tengok tu.
Comel jer budak2 kecil beraksi atas pentas dengan pelbagai telatah.
Yang kelakar, ada satu pasangan budak lelaki yang tarik telinga pasangannya bila kawannya tak nak jawab bila tiba gilirannya.
Satu dewan gelak tengok telatah mereka.

Giliran Aisyah dan Balqis pula kena yang akhir sekali.
Jadi Danish pun sempat melihat kakak beraksi atas pentas.
Ni pasangan dari kategori 9 dan 10 tahun jugak...
The judges...
Bila dah sampai giliran, saya yang makin nerbes bila tengok Aisyah dah mula melangkah ke atas pentas...
Urusetia membetulkan microfon...
Lepas semua microfon berfungsi dengan baik, pertandingan dimulakan.
Mula-mula speaker berkenalan dulu dengan peserta.
Kemudian satu perkataan diberikan kepada setiap peserta untuk disebut dengan jelas.
Bila semua dah ok, pertandingan dimulakan dengan menyebut perkataan yang dipaparkan pada skrin,
Mereka kena sebut 10 perkataan yang berlainan.
Tak sampai seminit, dah selesai mereka sebut 10 perkataan tersebut.

Overall, they did it very well.
Dengan penuh confident dan sebutan yang jelas.
Tapi mungkin rezeki belum menyebelahi mereka.
Tak pe Aisyah, kita cuba lagi tahun depan :)

Lumayan tau hadiah utk tempat pertama SIR ni.
Dapat wang tunai RM600.
Bergambar dulu dgn sijil masing2...
Walau tak dapat menang sebarang hadiah, dapat juga sijil penyertaan dan yang paling berharga adalah PENGALAMAN.


NuKilaN:
 

Wednesday, November 18, 2015

17 November

Tarikh keramat bagi pelajar mengambil UPSR tahun ni.
Tahniah buat yang berjaya.
Pagi ni baca entry dari kak Salmi dan kak Zakie...
Tahniah atas kejayaan anak-anak yang dapat keputusan yang cemerlang...
Saya pun tumpang bahagia dengan kejayaan mereka :)

.

Kepada yang tak dapat keputusan cemerlang, terima la keputusan dengan hati yang terbuka.
Ingat, UPSR hanya permulaan ke jalan yang lebih luas.
Masih ada ruang untuk buktikan keupayaan masing-masing.

.

Pelajar kelas corot pun masih boleh dapat 5A.
Yang penting teruskan usaha.
Jadikan hari lepas sebagai pedoman untuk masa mendatang.

.

Pagi ni Irfan kata, "Ummi, I don't like when the teacher call me Irfan BINTI Azahan".
"He should not call me that just because I got the lowest mark in the class."
Tambahnya lagi untuk meluahkan rasa hati.
Sebagai mak, saya hanya mampu tenangkan dia.
Mungkin cikgu tersasul cakap... pujuk saya.
Cikgu pun orang biasa yang tak lari buat kesilapan.... tambah saya lagi.
Yang penting, abang kena buktikan that one day you can get the highest mark.
Jadikan kegagalan tu sebagai pendorong utk berjaya di masa depan.
Take it as challenge...

.

Entah Irfan faham ke tak bebelan saya di pagi hari tu.
Lagi pun, what to expect for his result?
Baru sekolah tiga bulan kat M'sia.
Dah la itu kali pertama dalam seumur hidup, dia kena ambil peperiksaan...
Masa kat UK, sepatutnya end of Year 2 Irfan kena ambil exam KS1 tapi dia dapat exemption sbb baru tiga bulan belajar kat UK.
We don't want to make Irfan stress... kata cikgu bila saya tanya kenapa Irfan tak perlu ambil KS1.
Tapi itu lah, bila balik M'sia kena lah ikut sistem M'sia, kan?
Tak pe Irfan, pelan-pelan kayuh :)

.

Saya baru perasan yg hari ni 18 November.
Kemudian terlihat ticker ni kat side bar...
Anniversary pun boleh lupa...
Bukan saya jer lupa, abah pun tak buat sebarang ucapan semalam.
Sah-sah dia pun lupa :p

NuKilaN:
 

Monday, November 17, 2014

Dah mula sejuk...

Bangun pagi selalu check weather dulu...
Pertama, boleh tgk matahari terbit pukul berapa. 
Kedua, tgk pula cuaca pg ni. Kalau hujan, kena kejut budak2 awal sikit utk bersiap ke sekolah.
Ketiga, kalau suhu sejuk sangat pun kena bersiap awal juga sebab kena pakai baju beberapa lapis untuk ke sekolah. 

Skrang sunset dah makin lewat dan sunrise dah makin awal. Pukul 4.05 dah sunrise. Pukul 6 dah masuk Isyak. Jadi pukul 7 tu mula mata lah tak dapat ditahan. Tapi kena cuba tahan juga, utk siapkan kerja.

Eh, ada tak yang perasan dengan ticker kat sidebar ni...
Hari ni ulangtahun perkahwinan kami yang kesepuluh. Tak sangka kami dah kahwin sepuluh tahun. Rasa masih baru lagi. Masih belajar banyak perkara. Masih belajar mengenali pasangan.

Kalau Dr Halina beri 4 advices on her 4th marriage anniversary, saya nak beri satu pun tak pandai. hahaha... Tapi saya suka keempat2 nasihat yang beliau senaraikan....
1- Learn and adapt
2- Trust
3- Communicate
4- Respect
Ya, empat perkara yang sangat perlu dititikberatkan dalam rumahtangga.

Alhamdulillah, saya dikurniakan pasangan yang sangat sabar, memahami, mengambil berat, ringan tulang (eh, nak kena senaraikan semua ke? nanti ada yang muntah hijau bak kata YY)... Just listing a few to show how proud and lucky am I being his wife. Semoga perhubungan ini diberkati dan bahagia sokmo :)

Wednesday, September 3, 2014

Rindu awak 200%

Rasa macam cepatnya drama Rindu Awak 200% ni tamat.
Tak puas nak tengok.
Gara-gara ramai yg duk update dengan cerita ni, saya pun telah terjebak sama.
Mula2 saya tengok drama tu sambil lipat kain yang berbakul-bakul.
Sekali tak boleh stop. Hah sudah...
Macam penangan Adam dan Hawa jugak.
Walau ada kawan yang kata drama Andai Terpaksa Aku Relakan lagi best, tapi bagi saya Rindu Awak 200% ni lagi best.

Apa yg best sgt tu?
Hihihi, sambil tgk cerita sambil mengimbau kenangan masa mula mula kahwin dulu.
Ada sikit kena mengena dengan cara kami disatukan dulu - Jodoh Istikharah!
Kadang-kadang boleh nampak diri saya dalam watak Armel Aisya - Keras kepala dan tetap pendirian!
Tu yang bila Armel dah betul-betul insaf, saya betul2 menghayati scene tu.
Mata sama bengkak dengan mata Armel Aisya.
Haa, gelakkan mak ler tu...

Tetiba rasa nak berkongsi kat blog sendiri.
Mana tahu kot2 anak2 nak tahu mcm mana ummi boleh kawin dgn abah, kan kan kan?

Macam ni anak-anak...
Abah sebenarnya sepupu kepada kawan umi, Jah.
Kami pernah jumpa, pernah satu sekolah sekali masa umi Form 3.
Umi Form 3 dan Abah masa tu Form 4.
Setahun jer Umi sekolah kat situ sbb ikut arwah Tok Ayah yg selalu pindah randah - Umi kan anak polis!
Walau satu sekolah dan duduk rumah berdekatan, tapi tak pernah sekali kami bertemu sapa.
Tengok muka Abah yg jenis serius sedari sekolah membuatkan Umi takut utk bertegur sapa.
Bila bertembung, dua dua buat-buat tak kenal.

Lepas form 3, Umi sambung belajar kat Kubang Kerian, SMKKK1.
Satu sekolah dgn Misha Omar, entah anak2 ummi kenal ke tidak dgn Misha Omar ni.
Dua tahun sekolah kat situ.
Lepas SPM, dapat tawaran Matrikulasi kat Kolej MARA Kulim (KMK).
Tak sangka di KMK Umi dan Abah mengikuti kelab yang sama, Kelab Internet.
Masuk kelab Internet baru lah ummi belajar nak buka email.
Tapi masa zaman Umi tahun 1996 tu, internet susah lagi nak akses.
Tak macam zaman sekarang yang kat mana-mana boleh dapat internet.
Masa lawatan Kelab Internet ke USM, kali pertama Umi dan Abah bertegur sapa.
Alah, tegur pun lebih kurang jer.
Tanya course apa dan uni mana.
Baru tahu yg Abah mengambil kursus persediaan di UTM.
Masa tu tahun 1997 kalau Umi tak silap.

Lepas tu Umi sambung belajar di USM.
Lepas buat degree, terus sambung buat Master.
Umi dapat Master tahun 2003.
Lepas buat Master, terus dapat tawaran dari Kolej Teknologi Bestari (KTB) untuk jadi pensyarah.
KTB adalah majikan pertama Umi.
Banyak mengajar Umi selok belok dunia pendidikan.

Masih Umi ingat, Jun 2004, Jah ada tanya sama ada Umi ni dah berpunya ke belum?
Rupanya Jah nak perkenalkan pada sepupu dia.
Jah minta izin utk berikan no telefon Umi kepada Abah.
Umi ok jer.
Jadi Abah mula hubungi Umi melalui telefon.
Lepas cakap telefon sekali dua, sekali Abah kata nak ambil cuti dan balik Kelantan.
Nak balik jumpa Umi.
Umi tak kisah, tapi Abah kena datang rumah dan minta izin dengan Tok Ayah utk bawa umi keluar.
Datanglah Abah ke rumah Tok Ayah ditemani Jah dan adiknya, Ju.
Kami keluar berenam, Umi ditemani Cik Ni dan Pak Su.
Tempat dating kami adalah KB Mall.

Tak sangka lepas Abah balik semula ke KL, Abah kata nak terus hantar rombongan merisik.
Ya Allah, biar betul si Abah ni.
Baru saja kenal, tapi nak terus hantar rombongan merisik.
Belum sempat kenal hati budi masing-masing lagi.
Umi ada kata yang Umi belum bersedia nak kahwin.
Masak pun belum pandai.
Tapi Abah kata, "Tak apa... kita sama-sama belajar."

Dalam keadaan macam tu, Umi jadi keliru.
Adakah Allah dah tetapkan Abah sebagai jodoh umi?
Untung kita sebagai orang Islam.
Dapat mengadu pada Yang Maha Esa.
Jadi Umi mula buat solat Istikharah.
Minta petunjuk dari Nya.
Umi selalu doa, "Ya Allah, andai si dia Jodohku, maka permudahkanlah urusan kami. Andai dia bukan jodohku, Engkau berilah petunjuk-Mu Ya Allah."
Dan Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.
31 Ogos 2004 kami bertunang dan 17 November 2004 kami sah diijabkabulkan.

Rasa macam banyak lagi nak, tapi entah kenapa tiba2 putus idea pulak.
Saya berhenti kat sini dulu lah.

NuKilaN:
 

Thursday, June 20, 2013

Makin cukup sifat

Hasil tangan Aisyah lagi...
Orang dah makin cukup  sifat..
Cuma jari kaki belum cukup satu...
Agaknya muka sapa la ni??
Abah kot, sbb ada misai dan janggut!
Hehehe, jangan marah abah...
Ummi tahu abah pun selalu buka blog ni :)

NuKilaN:
 

Tuesday, June 18, 2013

Kad hari bapa

Hari Jumaat lepas, anak-anak bawa balik kad utk Hari Bapa. 
Aisyah siap plan nak buat surprise utk abah bila abah balik kerja. 
Jom lihat hasil kreativiti anak-anak kat sekolah...

Kad biru dari Irfan, kad kuning dari Aisyah
 Bahagian dalam kad Aisyah...
Wah, abah dapat ferrari merah tu....
 Ni pula dari Irfan dengan tagline
"A best dad in the world"
 Ali dah jadi "Ally".
Ucapan tulus dari Irfan buat abah...
 Kalau Aisyah bagi kereta, Irfan pula beri piala utk abah :)
Lots dah terbalik dari lost daa....
Takpe, belajar dari kesilapan....

Terima kasih abah...
You're the best dad in the world :)


NuKilaN:
 

Monday, June 18, 2012

kelam kabut

Pagi hari yang paling kelam kabut!

Selepas hampir 7 bulan En Abah tak kerja, hari ni hari pertama En Abah kerja kat uni Bradford. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak En Abah kerja. Saya pun tumpang bahagia walaupun terpaksa siapkan anak-anak ke sekolah tanpa bantuan en Abah.

Sebelum ni tugas saya setiap pagi cuma kejutkan anak-anak, uruskan mandi dan pakaikan baju. En Abah pula pagi-pagi lagi akan bangun untuk siapkan bekal untuk anak-anak (termasuk juga  bekal untuk saya sekali) dan sarapan pagi. Biasanya, setiap pagi En Abah akan masak mee atau nasi untuk sarapan. Untuk bekal ke sekolah pula, En Abah akan ambil order dari anak-anak (biasanya burger daging atau roti sapu coklat).

Hari ni, semua tu saya kena buat seorang. Tapi dah janji dengan En Abah - pastikan dapur dah siap kemas sebelum pergi kerja. Lintang pukang jugak untuk hari yang pertama. Bangun pagi terus siapkan breakfast. Belum pun siap sarapan, danish dah bangun - tapi nasib baik dia tak meragam. Saya beri dulu roti kat danish utk sarapan. Irfan pun bangun awal jugak. Saya suruh dia mandi dulu dan saya siapkan bajunya.

Lepas Irfan mandi, kejutkan Aisyah pulak. Biasanya Aisyah susah sikit nak bangun pagi. Tapi hari ni ok pulak. Mungkin Aisyah pun faham. Ummi sorang tak sempat nak layan karenahnya. Irfan jugak kata, "Kesian abe tgk ummi ni, bila abah dah kerja". Saya kata, "Kalau kesian kat ummi, kena la belajar buat sendiri apa yg abe dah pandai... tolong ummi apa yang patut.".

Lepas Irfan dan Aisyah siap berpakaian sekolah, kami sarapan sama-sama. Masa ni baru saya siapkan bekal anak-anak ke sekolah. Lepas sarapan, kami terus jalan ke sekolah sambil menolak danish dalam stroller. Cuaca hari ni pun sangat baik - dah tak hujan macam dua tiga hari lepas.

Harapnya, anak-anak akan terus beri kerjasama yang baik utk hari-hari yang seterusnya. Minggu persekolahan tinggal lagi empat minggu. Lepas tu sekolah mula cuti untuk summer break dan akan dibuka semula pada bulan September 2012.

Cerita gambar:
Diamond Jubilee Lunch kat sekolah
Irfan jadi queen
Aisyah jadi butterfly


NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails