Monday, August 26, 2013

Petua meredakan demam kanak-kanak

Perkongsian dari Facebook. Letak kat blog supaya senang nak rujuk...

Ibubapa mana yang tak bimbang bila anak- anak demam , kan? Melihat wajah yang selalu gembira jadi monyok, biasanya aktif berbaring atas katil dan selera makan yang hilang, selalunya kita sebagai ibubapa akan tak senang duduk mengenangkan anak kesayangan yang demam.

Berikut disertakan petua bagi meredakan demam anak- anak:

1. Pastikan anak betul- betul demam

Suhu badan manusia berubah- ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Pada waktu petang dan selepas bersukan misalnya , badan manusia lebih panas dari pada biasa. Oleh itu dapatkanlah termometer bagi menyukat suhu anak- anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital , kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, walaupun ketepatannya sedikit berkurangan.

Suhu badan biasa ialah 36- 37.4 darjah celcius.
Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius.
Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius.
Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius.

Demam itu sendiri tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah celcius. Demam yang ringan boleh dirawat dengan “sponging” dan menggalakkan anak minum air dengan banyak.

2. Boleh buat “sponging” atau menjelum anak bagi mengurangkan suhu.

“Sponging” merupakan satu kaedah yang telah digunakan bertahun- tahun bagi melegakan suhu anak. Cara untuk melakukan sponging ;

1. Sediakan air suam dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
2. Rendam tuala dan perahkan.
3. Lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama , dan biarkan.
4. Lapkan air suam pada pada kedua- dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah ketiak.
5. Lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga , serta biarkan seketika.
6. Ulangi dan lakukan selama 30 minit.

JANGAN GUNAKAN AIR SEJUK/ AIS!
Air sejuk/ ais akan menyebabkan badan menggigil, dan badan akan memberitahu otak, bahawa badan kesejukan. Otak akan bertindakbalas dengan meninggikan suhu lagi, dan demam akan menjadi lebih tinggi.

Terdapat ibubapa yang mencampurkan asam jawa kepada air, dan memandikan anak-anak dengan air ini. Tidak ada halangan untuk menggunakan cara ini bagi menyejukkan badan.

3.Berikan ubat demam paracetamol mengikut dos dan jangkawaktu yang ditetapkan.

Ubat paracetamol ( atau panadol) merupakan ubat melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang yang telah diuji selama bertahun- tahun selamat digunakan selagi tidak melebihi dos maksimum yang dibenarkan. Dakwaan bahawa paracetamol akan berkumpul di dalam hati dan merosakkan hati adalah tidak benar, jika diberi mengikut sukatan dan jangkawaktu yang ditetapkan.

Ianya selamat untuk bayi seawal usia 2 bulan dan boleh digunakan oleh kanak- kanak serta orang dewasa. Malah mereka yang mempunyai masalah gastrik atau pedih ulu hati, juga boleh menggunakannya.

Sekiranya demam anak- anak didapati tinggi, melebihi 38.5 darjah celcius, boleh berikan loading dose 20 mg/ kg. Selepas itu, boleh diberi dengan dos biasa 15 mg bagi setiap kg setiap 4-6 jam. Tetapi pastikan tidak melebihi 4 dos sehari.

Contohnya:
anak 3 bulan ke bawah:
kirakan berat badan misalnya 4 kg , jadi
4×20 mg= 80 mg – beri semasa pertama kali badannya demam.
Selepas 8 jam , 4 x 15 mg= 60 mg setiap dos.

Jika anak berusia 1 tahun, beratnya 6 kg
6×20= 120 mg, dos pertama.
Selepas 6 jam, dos kedua 6×15 = 90 mg.
Sekiranya dos pertama diberi pada jam 6 pagi, berikan dos seterusnya pada jam 12 tengahari, 6 petang dan jangan lupa bangun malam, untuk memberikan dos keempat pada jam 11-12 tengah malam. Saya dapati jika ibubapa mematuhi waktu ini,termasuk dos tengah malam, insyaAllah demam ketika malam tidaklah begitu tinggi dan anak pun boleh tidur dengan selesa.

HARAP PERHATIKAN KEPEKATAN UBAT PARACETAMOL ANDA

Jika kepekatannya 120 mg/5 mL- maka 60 mg bersamaan 2.5 ml
Jika kepekatannya 250 mg/5 mL – maka 60 mg bersamaan dengan 1.2 mL

Biasanya kepekatan 120 mg/5 mL untuk bayi/ kanak- kanak 6 tahun ke bawah. Kepekatan 250 mg/5 mL selalunya digunakan untuk kanak- kanak 6 tahun hingga 12 tahun.

Jika dos yang diberi tidak mencukupi, kemungkinan demam tidak akan surut. Jika terlebih dos , barulah boleh mengganggu fungsi hati. Oleh itu, diminta ibu bapa mengira dengan teliti serta menggunakan picagari supaya kiraan yang dibuat adalah tepat.

4. Galakkan anak minum air dengan banyak

Letakkanlah sebotol air di tepi katil anak- anak dan segelas cawan. Jika anak- anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam contohnya. Mintalah dia minum sedikit- sedikit, tetapi kerap.

Jika anak masih kecik, ibubapa harus rajin dan memberi anak minum sedikit- sedikit tetapi kerap, contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air.

Boleh beri apa saja air kegemaran: jus buah, Ribena, Milo, air suam asalkan tidak mempunyai gas( air berkarbonat) atau air yang mempunyai kafein tinggi seperti Nescafe/ kopi.

Untuk menambah air di dalam badan, boleh memasakkan makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti sup ayam, bubur dan lain- lain.

Ibubapa boleh menilai tahap hidrasi anak-anak dalam artikel ini. Jika anak mengalami dehidrasi sederhana atau teruk, bawalah berjumpa doktor/ terus ke hospital untuk rawatan lanjut.

5. Berikan suppository paracetamol jika anak muntah

Dalam kes jangkitan virus, anak selalunya akan mengalami rasa loya dan muntah, dan kerap kali tidak dapat menelan ubat yang diberi. Ibubapa boleh menggunakan suppository paracetamol ( ubat berbentuk seperti roket yang dimasukkan ke dalam punggung) bagi menggantikan sirap paracetamol.

Terdapat 2 dos bagi suppository paracetamol iaitu 125 mg dan 250 mg. PASTIKAN dos yang diberi adalah tepat. Amnya, jika anak mempunyai berat 15 kg, paracetamol 125 mg. Jika anak mempunyai berat 20-30 kg, boleh diberi dos 250 mg.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan dalam pemberian suppositoy paracetamol
- oleh kerana ia bukan sirap dan keras, agak sukar memberi dalam dos yang tepat. Sekiranya dipatahkan, tidak semestinya ia tepat.
- penyerapan ubat melalui punggung adalah tidak sekata. Walaupun suhu mungkin turun dengan cepat, ia juga boleh naik semula dengan cepat. Bebarapa kajian menunjukkan sirap Paracetamol yang dimakan dan diproses oleh perut adalah bertindak dalam darah lebih pantas dan lebih stabil dari supp paracetamol.

Atas sebab di atas, penggunaan sirap/ tablet paracetamol adalah lebih digalakkan berbanding suppository. Suppository boleh digunakan jika anak muntah- muntah dan tidak dapat makan ubat.

6. Pakaikan anak-anak dengan pakaian nipis supaya haba dalam badan boleh keluar

Ibu bapa digalakkan memakaikan anak- anak dengan baju yang nipis supaya haba boleh keluar. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak- anak. Kain kapas dapat menyerap peluh dengan baik dan anak- anak juga lebih selesa.

7. Sekiranya telah memberi paracetamol tetapi masih tinggi, ibubapa boleh memberikan ibuprofen sebagai tambahan kepada paracetamol.

Ibuprofen adalah sejenis ubat meredakan radang dari kumpulan NSAIDS. Ianya telah disahkan selamat untuk digunakan untuk kanak- kanak dan bayi berumur 2 bulan ke atas. Ibuprofen diberi 3 kali sehari.

Sekiranya digunakan sebagai tambahan kepada paracetamol, ibuprofen dan paracetamol diberi berselang 6 jam. Ini supaya ubat paracetamol/ ibuprofen sentiasa berada dalam badan tanpa putus. contohnya
Pukul 6 pagi- paracetamol
Pukul 9 pagi- ibuprofen
Pukul 12 tgh- paracetamol
Pukul 3 petang- ibuprofen

Dos untuk ubat ibuprofen
Bayi 1-2 tahun: 2.5 ml , 3-4 kali sehari
Kanak-kanak 3-7 tahun: 5 mL 3-4 kali sehari
Kanak-kanak 8-12 tahun: 10 mL, 3-4 kali sehari.
Seboleh- bolehnya Ibuprofen diberikan selepas makan tengahari/ malam/ sarapan pagi.

Akhirnya, sekiranya demam masih tinggi dalam 2-3 hari, bawalah berjumpa dengan doktor bagi memastikan beliau tidak mengidap masalah jangkitan yang serius dan berbahaya seperti demam denggi atau meningitis( radang pada otak).


Sumber: Facebook Anak-anak Comel

Semoga memberi manfaat :)

NuKilaN:
 

37 comments:

  1. Betul tips tu. Saya selalu buat mcm tu.. alhamdulillah cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan.. saya pun rasa mcm sgt praktikal... tu terus simpan kat blog :)

      Delete
  2. boleh juga buat garlic socks/ apple cider vinegar socks tuk turunkan susu...yg penting kene jaga suhu bdn jgn bagi naik mendadak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah juga baca pasal garlic socks ni... tapi belum pernah cuba.... huhuhu
      Tu la, suhu mmg kena selalu pantau bila anak2 demam

      Delete
  3. no 4 tu selalu sy amalkan nur..mmg panas badan akan turun..tapi susah sikit kalau anak tu tak nak minum..kena pujuk2 baru minum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa saya suka beri 100 plus... lepas ni kena bagi minum air kosong jer...

      Delete
  4. Perkongsian yg berguna buat ibu2 semua,yg no.2 tu ada jugak kak Nurul buat bila anak demam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama.. kena selalu jerlum kepala supaya suhu badan turun...

      Delete
    2. thanks kak share petua meredakan demam anak nih

      Delete
  5. Betul tu Bijen...kalau anak demam, mak mmg tak senang duduk..... hish mmg mimpi ngerilah.... apatah lagi demam yg tak kebah kebah...
    Anak anak Bijen jarang demamkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Okje...
      Tapi sejak anak2 dah besar ni, dah makin kurang demam... kalau dulu mmg selalu la juga demam especially Irfan.... sebulan sekali mesti kena demam...
      Alhamdulillah, sejak duk Bradford ni, mereka jarang demam..

      Delete
  6. tq sharing kak..selain bg ubat mengikut jam..m3h kerap lap bdn ank dgn tuala basah..mmg mujarab

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama...
      Betul tu Fairus, kena set alarm setiap 6 jam takut terlepas timing :)

      Delete
  7. boleh kata semua tu saya buat bila anak demam biasa/panas... tapi tang tuam dengan ais tu mmg terkejut baca... sebab kadang-kadang saya tuam dengan air sejuk/ais... ni dah tau, kena tukar la... thanks atas info ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama...
      Ada juga org tuam dgn air asam jawa.. tapi saya pun jarang cuba.... lebih selesa guna air suam :)

      Delete
  8. Nice sharing. Ada tips suruh mandikan anak yang demam, I tak suka cara tu sebab buat badan budak macam terkejut, memang la dorang kata cepat elok demam anaknya, tapi lepas tu demam balik again and again. So tuam dahi pelan2 adalah terbaik I rasa.

    Ni JJ pun macam demam jer gayanya, baru few weeks sekolah haha penat sangat kot. Dia tak pernah demam sebelum ni. Nnt petang kalau panas lagi badan dia, nak cuba tuam la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak berapa setuju mandikan anak bila demam... terkejut badan yg tgh panas....
      Ala kesiannya JJ.. ada jangkit dgn kawan kot... biasakan beri JJ madu supaya antibodi badan lebih kuat...

      Delete
  9. Kalau anak demam, boleh cuba qaseh gold junior.
    Sesuai untuk demam, semput dll..
    http://www.muslimchoices.com/?p=qaseh_gold_junior

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Alhamdulillah, sharing is caring :)

      Delete
  11. no 2 tu selalu sy amalkan time anak demam..tq sis..info yang sangat berguna untuk para ibu muda :-)
    jemput ke blog saya http://imanvitahouse.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah saya pun...
      kalau panas teruk sgt, cepat jer air tu kering...

      Delete
  12. mantap info ni nur! semoga dapat menjadi panduan untuk ibu2:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, doktor dah komen... Malu pulak...
      Letak kat sini supaya senang nak buat rujukan diri sendiri... Kalau doktor, mmg dah tahu apa nak buat... kan kan kan?

      Delete
  13. Saya tertarik bab sukatan ubat tu..TQ..kalau tak baca memang tak tahu..

    www.zairulakmaldaylife.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukatan ubat tu mmg penting... Kalau terlebih, nanti overdose pulak... huhuhu

      Delete
  14. Yang sponging tu memang betul..anak saya warded aritu memang nurse mintak saya tuam sampai suhu badan betul2 turun..

    Thanks atlas sharing ini! :D

    ReplyDelete
  15. Salam..alhamdulillah..info yg sangat2 berguna terutama utk parents diluar sini ni hehe totally informative.thumbs up!!

    Www.adaa-inspiration.com utk info kesihatan ye

    ReplyDelete
  16. Klu baby boleh praktikan jugak ke... Nk bgi minum apa? Anak saya kurang minum sejak mula demam ni... Pernah dengar gak baby bawah 6 bulan x digalakan minum air selain dari susu.....

    ReplyDelete
  17. terima kasih atas perkongsian...anak saya pon baru je lepas demam....saya jelom jugak dengan air asam jawa dan basic H...

    jemput singgah utk perkongsian tentang petua anak demam di
    http://haniqhanisalihah.blogspot.com/2014/10/basic-h-shaklee-petua-moden-turunkan.html

    dan tentang vitamin untuk kuatkan antibodi anak
    http://haniqhanisalihah.blogspot.com/search/label/Kesihatan%20Kanak-Kanak

    ReplyDelete
  18. nk tanya pendapat, if dah alternate paracetamol dgn ibuprofen panas masih x turun, boleh ka guna suppository tuk turunkan panas..minta pendapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa kalau alternate both of them pun tak jalan, better bawa jumpa doktor... maybe dah kena infection or tonsil... just my two cents....
      suppository pun kandungan dia paracetamol if i'm not mistaken...

      Delete
  19. terima kasih di atas perkongsian yang sangat berguna.jemput ke blog saya kerana saya ada kisah anak diserang sawanSawan Kanak-kanak..apa yang anda perlu lakukan http://cahayanurani001.blogspot.com/2015/03/bismillah-alhamdulillah.html

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails