Kawan baik saya di Huddersfield, Kak Husna sedang kritikal akibat mengidap penyakit brain cancer.
Gambar: Kak husna dan anaknya yang ketiga, Wazeef.
Gambar kat atas disnap pada 25 Mac 2015, masa tu kak Husna dah ada mengadu sakit kepala.
Tapi tak sangka, sakit kepala yang ditanggung oleh nya adalah merupakan sejenis kanser.
Ingatkan sakit kepala yang biasa-biasa.
Kali terakhir saya berjumpa dengan kak husna, iaitu sehari sebelum angkut barang dalam kontena (15 Jun 2015), kak husna ada beritahu yang doktor kata dia kena asma sebab batuk tanpa henti yang menyebabkan kak husna sukar bernafas dan menyebabkan sakit kepala.Jadi doktor bekalkan ubat untuk caikan kahak supaya batuk kak husna sedikit reda.
Memang sangat mengejutkan bila tiba-tiba rakan2 dari Bradford memaklumkan bahawa kak husna sedang kritikal dan sedang bertarung dengan penyakit kanser.
Ya Allah, luluh rasa hati dan teringin nak menemani kak Husna di saat2 genting mcm ni.
Tapi apakan daya, hanya doa yang mampu dihulurkan.
Sedih sgt2 bila terkenangkan anak-anak kak husna yang masih kecil.
Hanya mampu berdoa agak suami kak Husna tabah dengan ujian yang menimpa keluarga mereka.
Kak Husna pula diberikan semangat yang kuat untuk melawan penyakit kanser yang dihidapinya.
Mommies, doakan keadaan kak Husna semakin baik yer...
NuKilaN:

