Wednesday, December 28, 2016

WW ::: Siapa baby ni?

Aina dan Lieya... 
Mereka ni sepupu...
Lieya ni suka sgt main dengan Aina..
Tapi Lieya nak jadi baby... 
Sebab tu dia hisap puting... Hihihi


Saturday, December 24, 2016

Cuti kuarantin


Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2016
KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN 

Diberi kemudahan untuk menjaga anak yang menghidap penyakit berjangkit (diperakukan oleh mana-mana pegawai perubatan kerajaan atau swasta yg menyatakan anak perlu dikuarantin). 

Tempoh yang diluluskan maksimum lima (5) hari.

Syarat anak dikuarantin:
i.  Bawah 18 tahun; dan  
ii. Bawah 21 tahun jika masih belajar. 

Senarai Penyakit Berjangkit:
1. HFMD; 
2. Demam Denggi & Denggi Berdarah; 
3. Campak (Measles);
4. Chickenpox; 
5. Difteria;  dan 
6. Malaria.

Cara memohon, perlu lengkapkan:
1. Borang Permohonan Cuti Kuarantin (lampiran B dalam pekeliling). 
2. Perakuan oleh pegawai perubatan Kerajaan @ swasta. 

Tarikh kuat kuasa 1 Januari 2017.

Layari http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/31/300 untuk mendapatkan keterangan lanjut dan borang.

Friday, December 23, 2016

Babai melaka

Dari hari Selasa lepas, kami sekeluarga bercuti di Melaka.
Ni dah on the way balik.
Sementara tunggu abah dan irfan solat Jumaat, ada baiknya update blog dulu ๐Ÿ˜Š

Update blog sambil mengadap selat melaka.
Harapnya ada la idea utk menulis :)

Hari selasa, bertolak dlm pkl 10 dari putrajaya terus ke Bayou Lagoon Resort (BLR).
Sampai BLR dalam pkl 12.
Ingat nak terus check in, tapi ramainya org yg sedang tunggu giliran nak check out.

Jadi terus ke kaunter tiket utk beli pass ke waterpark.
Tapi adik yg bertugas di kaunter sarankan utk sy check in dulu utk jimatkan kos.

Jadi beratur juga utk check in.
Dah nak dekat pkl 1 dah masuk ke bilik.
Jadi rehat2 dulu sementara tunggu masuk zuhur.
Dah selesai semua dan anak2 dah siap pakai swim suit, sampai la giliran utk anak2 main kolam.

Hari selasa tu mmg aktiviti mandi kolam
aje la.

Hari rabu, bersiap dan check out utk next destinasi, A Famosa Resort.
Check out dlm pkl 9.30 pagi.
Lepas check out, singgah dulu bergambar di 3D Art museum.



Lama juga ambil masa posing dlm museum tu.
Dalam pkl 10.30 baru bertolak ke Alor Gajah.

Dalam pkl 11 lebih tiba di A Famosa resort.
Terus ke taman safari.
Kami ambil pakej safari dan old west termasuk makan tgh hari.

Alamak kena stop kat sini dulu.


Wednesday, December 21, 2016

Swim suit

Skrang masih lagi dlm mood holiday..
Kali ni jalan2 belah selatan pula..

Nak belanja gambar Aina with her first swim suit...
Bersama dgn abg chik..
Lagi gambar mereka berdua..

Puas hati ummi beli swim suit utk Aina..
Happy jer dia kuak lentang dalam pool...
Yang kelakar, siap tertidur dalam air sbb penat swimming :)

Tapi tak sempat snap gambar sbb simpan phone kat bilik... Huhuhu

Thursday, December 15, 2016

"Bercuti" ke utara

Hujung minggu lepas, kami sekeluarga ke utara.
Bukan bercuti sangat. tapi lebih kepada ziarah sanak saudara dan menghadiri majlis kahwin.

Jumaat, 9 Dis kami bertolak ke Kulim, Kedah.
Ingat nak bertolak pagi-pagi, tapi dalam pkl 11.30 tgh hari juga baru bertolak.
Singgah solat Jumaat di Jertih dan singgah makan tgh hari rumah kakak ipar di Tanah Merah.

Dalam pukul 4 ptg baru bertolak ke Kulim.
Tengok la muka happy anak-anak dapat bercuti :)

Kami terus pergi ke homestay yang adik sewa.
Dalam pkl 8.30 malam kami dah sampai ke homestay.
Nasib baik senang nak cari.
Murah juga homestay ini... 4 bilik, 2 bilik air cuma RM250 untuk satu malam.

Adik saya satu kereta bertolak dari Putrajaya.
Dalam pukul 3 pagi baru mereka sampai.
Jalan jammed katanya.

Sabtu, 10 Dis kami nak hadiri majlis perkahwinan.
Tengok la telatah Aisyah dengan sepupunya, Amni.
Bila gegirl jumpa gegirl, mula la buka alat make up :)

Check out dari homestay dalam pkl 11.30 tgh hari, kami terus ke tempat kenduri di Bukit Mertajam.
Dalam 20 minit perjalanan dah sampai.
Adik lelaki saya pula bertolak pagi Sabtu tu dari Kelantan.
Jadi kami terus jumpa di tempat kenduri.
Tapi masa pergi kenduri, handset tertinggal dalam kereta.
Jadi tak ada la gambar dalam phone utk share kat blog.
Banyak juga ambil gambar, tapi guna kamera.
Tak sempat lagi nak transfer gambar dalam komputer...huhuhu

Lepas kenduri, singgah ambil gambar kat depan ni kejap...
Tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat belajar kan?
KMK ni tempat belajar ummi dan abah.
Ummi ambil matriks USM, tapi abah ambil persediaan UTM.
Tapi rasanya tak pernah pula jumpa masa kat dalam KMK ni...

Next... destinasi seterusnya adalah ke Sungai Petani.
Kami bermalam di rumah sepupu saya di Sg Petani.
Aina bersama dua pupunya, Qaireen.
Sebelah malam, pekena ABC Gunung Jerai dulu di Pantai Merdeka.

Hari Ahad, 11 Dis pula kami gerak ke Pulau Pinang.
Masa ni, beratur nak naik feri.
Hajatnya nak ke Museum 3D dan Bukit Bendera sebelah pagi tu.
Tapi tapi tapi, dua-dua tak kesampaian.
Tak sanggup nak beratur.. ramai sgt manusia 
Last2, singgah makan-makan kat Giant jer...

Lepas makan-makan dan cuci mata Giant, kami ke rumah sepupu di Batu Maung.
Sebelah malam tu pula kami ke Pesta Pulau Pinang.
Dah lama tak dapat ke Pesta Pulau Pinang.
Kalau masa belajar kat USM dulu, jalan kaki jer dari kampus USM ke pesta ni.

Hari Isnin, 12 Dis pula, kami bertolak ke Perlis.
Adik akan sambung belajar di UniMaP Januari 2017.
Jadi pergi untuk survey2 tempat dan risik2 rumah sewa.
Dalam pkl 3 petang, terus bertolak balik ke Terengganu.
Alhamdulillah, dalam pkl 12.30 tgh malam dah selamat sampai rumah di KT :)

Thursday, December 8, 2016

Hari terakhir Kem Bijak Aulad

Selepas dua minggu menghadiri kursus, hari ni hari terakhir anak-anak menghadiri kem cuti sekolah.
Hari ni ada majlis penutup.
Ibu bapa juga turut dijemput hadir untuk menyaksikan persembahan anak-anak.

Tapi sayangnya tak sempat nak tgk persembahan anak2.
Baru jer lepas kelas pkl 5 tadi.
Buka email, tengok Media Kreatif UMT dah update dlm facebook.
Jadi download gambar anak-anak untuk eltak dalam blog.






Gambar Danish pulak tak ada.


NuKilaN:
 

Wednesday, December 7, 2016

WW::: Hula hoop

Tengok kakak main hula hoop, Aina pun nak main sama..
Ok, mula2 angkat gelung paras dada..
Lepas tu kena buat apa ummi???
Next, goyang la guna tangan... nak guna badan tak pandai lagi...
Alamak, kenapa tak jadi pun macam kakak ni???

Hihhi, memang gelihati saya tgk telatah Aina dengan hola hoop...
Related Posts with Thumbnails