Showing posts with label Aina. Show all posts
Showing posts with label Aina. Show all posts

Monday, April 3, 2023

Happy birthday Aina.

Happy 7th birthday to Aina.
30/3/2023, Aina genap 7 tahun

Danish mana?

Tiga orang yg tak puasa.

Sedap cheesetart dia.








Sunday, April 2, 2023

Our Family

Hari ni nak share gambar yang Aina lukis dua tahun lepas.
 Lengkap enam orang dia lukis masa umur dia lima tahun.
Yang paling kelakar, Aida la. 
Antara nampak tak nampak jer dia lukis sebab masih baby.

Cepatnya, hari ni dah masuk 11 Ramadan.



Wednesday, May 15, 2019

Aina dan kawan-kawan #02

Aina buat collage hari ni...
Nampak khusyuk juga tengok dia beraktiviti kat sekolah.







Monday, April 29, 2019

Aina dan adiknya masa 8 bulan

Entry ni dah dua tahun peram dalam draf.

******

Dah masuk december pun.
Ini bermakna Aina dah 8 bulan.

Kalau tak silap, snap gambar ni masa balik dari kenduri kahwin.
Jalan jammed bila musim kenduri..
Jadi sempat snap gambar Aina yg senyum menggoda ni.. hehehe..

****

Sekarang ni, Aina pun dah ada adik.
Tempek juga lah gambar adik Aina masa umur 8 bulan.

Firas yg sedang happy dapat main pasir,...


NuKilaN:
 

Thursday, April 11, 2019

Aina dan Firas #04

Suatu petang. saya ambil kamera untuk snap gambar Firas..
Walau dah banyak gambar Firas kat handphone, tapi bila snap guna kamera tu rasa lagi puas hati.
 Tiba-tiba, Aina jeles tengok saya duk snap gambar Firas. Dia ambil topi Frozen dan pakaikan kat Firas..
 Dah la topi tu besar, tak nampak terus muka Firas..
 Hah, tengok la muka puas hati Aina dapat tutup muka Firas...
 Yang si adik mujur sporting.. layan jer apa yang si kakak buat...
 Tak lama lepas tu, Aina tanggalkan topi tu...
 Ummi, biar Firas pakai topi gaya Boboiboy pulak, boleh?
 Ini bertopi gaya boboiboy katanya... huhuhu
 Si Aina dan si Firas...
 Firas tak kisah, sambung main masak2 walau bertopi dalam rumah...
 Lastly, tempek juga muka budak baik ni :)

Monday, April 8, 2019

Playground di tepi pantai

Balik kerja semalam, terus ambil Firas dan Aina dari taska.
Masa balik tu, jalan agak jem jadi saya ambil laluan jalan pantai.
Kurang lampu isyarat dan kurang sikit kereta.

Bila lalu jalan pantai, tiba2 Aina cakap.
"Ummi, cantiknya pantai."
"Jom kita main pantai ummi... please..."
Yang please kat belakang tu memang buat ummi cair.

Jadi saya singgah juga ke playground di tepi pantai.
 Budak yang pandai bodek ummi...
 Owh ya, Danish pun ada sama.
 Happy sangat mereka dapat main kat playground.
 Tengok la telatah Firas..
 Bukan main happy lagi dia...
 Ni dah gaya happy sangat agaknya...
Tak lama pun mereka main.
Dalam 5 minit saya dah ajak balik.
Mujur mereka setuju sebab dah lepas hajat nak main2 :)

Wednesday, April 3, 2019

Gagal lesen memandu

Cuti sekolah minggu lepas, kami bawa anak2 pergi Legoland. 
Nanti ada masa harapnya sempat up entry.
Yg kami pergi tahun 2017 pun belum buat entry... hahhaa

Tapi hari ni nak cerita pasal Aina dulu.
Meh kita tengok gambar.

Mula2, sporting jer dia ambil gambar utk buat lesen kereta.

Sempat lagi posing masa mula2 masuk kereta.
Nampak dia macam eksaited nak memandu.


Bila saya tinggalkan dia dan keluar tunggu di luar, nampak Aina dah mula cemas.
Tak lama lepas tu dia terus meraung... hahaha

Tengok tu, beria menangis.. nak ummi... nak ummi...
Aina, Aina.. habis hilang keayuan bila nangis.
Jadi saya cakap kat adik yg jaga untuk keluarkan dia.

Maka, di umur 3 tahun, Aina masih lg gagal lesen memandu.. kikiki

Monday, April 1, 2019

Misi check gigi

Hari ni misi gi taska Aina untuk check gigi.
Pengalaman pertama Aina, harus lah buat catatan kat blog.

Behave jer dia masa misi check gigi...
Aina dan kawan-kawan...
Belajar berus gigi dengan kawan kawan...
Misi sedang beri tunjuk ajar cara gosok gigi dengan betul..
Fokus jer Aina gosok gigi.. good girl!


Moga lepas ni makin pandai jaga gigi :)

Sunday, March 31, 2019

Happy 3rd birthday Aina

Hari ni FB keluarkan gambar ni..
Gambar dua tahun lepas, jadi hari ni Aina dan tiga tahun.. Happy birthday Aina!

Bila kata nak potong kek hari ni, dia kata tak nak. Sebab dah potong kek kat taska masa Khamis (21/3/19) yang lepas.

Cikgu Taska celebrate birthday anak-anak yang lahir dari bulan Januari hingga Mac.

Princess Aina yang sedang potong kek...

Suka buat muka notty bila kita cakap senyum...






Semoga membesar sebagai anak yang solehah, serta diberi kejayaan di dunia dan di akhirat :)
Related Posts with Thumbnails