Showing posts with label keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label keibubapaan. Show all posts

Monday, May 8, 2017

Bila boleh beri anak2 smartphone??




Sumber dari sini..

Irfan dah lama merengek nak smartphone.
Tapi setakat ni dia masih lagi ok bila saya kata tak perlu.
Nanti boleh tunjukkan artikel ni pada dia.

Apa pula pendapat mommies: Umur yg sesuai utk hadiahkan anak smartPhone?


NuKilaN:
 

Friday, May 29, 2015

Nota utk ibu dan bapa...

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkan kembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita solat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. 
Dengarkan doa kita di depan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

Copy and paste!!

Simpan kat blog buat rujukan...

** Bila baca yang nombor tiga tu teringat kat arwah ayah... selalu sangat dia bercerita bila kami riuh rendah. Tak pun arwah suka tanya mcm2 soalan teka teki... walau tak dapat hadiah bila teka dengan betul, tapi cukup untuk membuatkan kami bahagia.

** Bila baca yang nombor lima buat saya terfikir, agak2 bila anak-anak besar nanti... apakah kenangan manis yang mereka dapat ingat? Harapnya adalah momen momen manis yang mekar dalam ingatan mereka. Anak-anak ummi, bila baca entry ni, sila balas kat ruangan komen yer... hehehhe

Moga mereka jadi anak2 soleh dan solehah :)


NuKilaN:
 

Friday, February 6, 2015

Ajak, bukan suruh

Tertarik dengan gambar ni yang kawan share di FB....
Betul sangat!
Kalau suruh anak-anak solat, memang tak berapa nak jalan.
Tapi kalau cakap, "Pergi ambil wudhu, solat dengan ummi."
Ha, memang laju jer mereka ambil wudhu sebab nak solat sama-sama.

Kalau anak-anak seusia Aisyah yang dalam proses belajar solat, memang dia belum yakin nak solat sendirian.
Dia masih perlukan bimbingan untuk solat dengan betul.
Jadi kena solat sama-sama baru dia pun bersungguh.
Baru dia pun yakin untuk solat.

Cuma sekali sekala kena buat praktikal solat juga utk menyemak bacaan mereka dalam solat.
Jadi mereka kena baca kuat2 semua bacaan dalam solat.
Setakat ni bacaan dalam solat yang lain dah lulus, cuma masih perlu perkemaskan bacaan tahiyat akhir.

Dan sebagai mak ayah, selalu lah amalkan baca doa ni....
Insya Allah, semoga anak-anak kita sentiasa menjaga solat lima waktu....

Jangan suruh anak solat, tapi ajak anak solat sama-sama :)

Friday, December 6, 2013

10 tips untuk membina hubungan yg kukuh dengan anak-anak - Part 2

Lagi sambungan tips untuk membina hubungan yang kukuh dengan anak-anak.
5 tips yang awal boleh rujuk entry ni  (Part 1)





Semoga bermanfaat utk semua.
Selamat berhujung minggu mommies :)

NuKilaN:
 

Friday, October 25, 2013

Jom jadi positif!

Salam Jumaat mommies...
Perkongsian dari facebook IbubapaCemerlang.


Jika ada sikap negatif anak-anak yang kita harapkan untuk berubah kepada sikap yang lebih positif, adalah lebih baik jika kita meneliti samada sikap tersebut ada pada kita atau tidak. Jika ada, maka yang sepatutnya berubah terlebih dahulu ialah kita sendiri. Contohnya, jika kita inginkan anak kita berubah daripada malas kepada rajin…teleklah samada malas itu menjadi sikap kita atau tidak.. Jika ya, maka ubahlah sikap kita itu terlebih dahulu sebelum berharap supaya anak-anak menjadi rajin.

Nota ummi,
Ibu bapa adalah role model terdekat anak-anak. Jom kita beri teladan yang baik utk anak-anak.
Kalau kita nak anak-anak hormatkan kita, kita juga kena ada rasa hormat pada anak-anak.
Kalau nak anak yang rajin membaca, kita kena tunjukkan minat suka membaca pada anak-anak.
Peringatan utk diri-sendiri jugak...

NuKilaN:
 

Monday, August 26, 2013

Petua meredakan demam kanak-kanak

Perkongsian dari Facebook. Letak kat blog supaya senang nak rujuk...

Ibubapa mana yang tak bimbang bila anak- anak demam , kan? Melihat wajah yang selalu gembira jadi monyok, biasanya aktif berbaring atas katil dan selera makan yang hilang, selalunya kita sebagai ibubapa akan tak senang duduk mengenangkan anak kesayangan yang demam.

Berikut disertakan petua bagi meredakan demam anak- anak:

1. Pastikan anak betul- betul demam

Suhu badan manusia berubah- ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Pada waktu petang dan selepas bersukan misalnya , badan manusia lebih panas dari pada biasa. Oleh itu dapatkanlah termometer bagi menyukat suhu anak- anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital , kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, walaupun ketepatannya sedikit berkurangan.

Suhu badan biasa ialah 36- 37.4 darjah celcius.
Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius.
Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius.
Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius.

Demam itu sendiri tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah celcius. Demam yang ringan boleh dirawat dengan “sponging” dan menggalakkan anak minum air dengan banyak.

2. Boleh buat “sponging” atau menjelum anak bagi mengurangkan suhu.

“Sponging” merupakan satu kaedah yang telah digunakan bertahun- tahun bagi melegakan suhu anak. Cara untuk melakukan sponging ;

1. Sediakan air suam dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
2. Rendam tuala dan perahkan.
3. Lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama , dan biarkan.
4. Lapkan air suam pada pada kedua- dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah ketiak.
5. Lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga , serta biarkan seketika.
6. Ulangi dan lakukan selama 30 minit.

JANGAN GUNAKAN AIR SEJUK/ AIS!
Air sejuk/ ais akan menyebabkan badan menggigil, dan badan akan memberitahu otak, bahawa badan kesejukan. Otak akan bertindakbalas dengan meninggikan suhu lagi, dan demam akan menjadi lebih tinggi.

Terdapat ibubapa yang mencampurkan asam jawa kepada air, dan memandikan anak-anak dengan air ini. Tidak ada halangan untuk menggunakan cara ini bagi menyejukkan badan.

3.Berikan ubat demam paracetamol mengikut dos dan jangkawaktu yang ditetapkan.

Ubat paracetamol ( atau panadol) merupakan ubat melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang yang telah diuji selama bertahun- tahun selamat digunakan selagi tidak melebihi dos maksimum yang dibenarkan. Dakwaan bahawa paracetamol akan berkumpul di dalam hati dan merosakkan hati adalah tidak benar, jika diberi mengikut sukatan dan jangkawaktu yang ditetapkan.

Ianya selamat untuk bayi seawal usia 2 bulan dan boleh digunakan oleh kanak- kanak serta orang dewasa. Malah mereka yang mempunyai masalah gastrik atau pedih ulu hati, juga boleh menggunakannya.

Sekiranya demam anak- anak didapati tinggi, melebihi 38.5 darjah celcius, boleh berikan loading dose 20 mg/ kg. Selepas itu, boleh diberi dengan dos biasa 15 mg bagi setiap kg setiap 4-6 jam. Tetapi pastikan tidak melebihi 4 dos sehari.

Contohnya:
anak 3 bulan ke bawah:
kirakan berat badan misalnya 4 kg , jadi
4×20 mg= 80 mg – beri semasa pertama kali badannya demam.
Selepas 8 jam , 4 x 15 mg= 60 mg setiap dos.

Jika anak berusia 1 tahun, beratnya 6 kg
6×20= 120 mg, dos pertama.
Selepas 6 jam, dos kedua 6×15 = 90 mg.
Sekiranya dos pertama diberi pada jam 6 pagi, berikan dos seterusnya pada jam 12 tengahari, 6 petang dan jangan lupa bangun malam, untuk memberikan dos keempat pada jam 11-12 tengah malam. Saya dapati jika ibubapa mematuhi waktu ini,termasuk dos tengah malam, insyaAllah demam ketika malam tidaklah begitu tinggi dan anak pun boleh tidur dengan selesa.

HARAP PERHATIKAN KEPEKATAN UBAT PARACETAMOL ANDA

Jika kepekatannya 120 mg/5 mL- maka 60 mg bersamaan 2.5 ml
Jika kepekatannya 250 mg/5 mL – maka 60 mg bersamaan dengan 1.2 mL

Biasanya kepekatan 120 mg/5 mL untuk bayi/ kanak- kanak 6 tahun ke bawah. Kepekatan 250 mg/5 mL selalunya digunakan untuk kanak- kanak 6 tahun hingga 12 tahun.

Jika dos yang diberi tidak mencukupi, kemungkinan demam tidak akan surut. Jika terlebih dos , barulah boleh mengganggu fungsi hati. Oleh itu, diminta ibu bapa mengira dengan teliti serta menggunakan picagari supaya kiraan yang dibuat adalah tepat.

4. Galakkan anak minum air dengan banyak

Letakkanlah sebotol air di tepi katil anak- anak dan segelas cawan. Jika anak- anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam contohnya. Mintalah dia minum sedikit- sedikit, tetapi kerap.

Jika anak masih kecik, ibubapa harus rajin dan memberi anak minum sedikit- sedikit tetapi kerap, contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air.

Boleh beri apa saja air kegemaran: jus buah, Ribena, Milo, air suam asalkan tidak mempunyai gas( air berkarbonat) atau air yang mempunyai kafein tinggi seperti Nescafe/ kopi.

Untuk menambah air di dalam badan, boleh memasakkan makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti sup ayam, bubur dan lain- lain.

Ibubapa boleh menilai tahap hidrasi anak-anak dalam artikel ini. Jika anak mengalami dehidrasi sederhana atau teruk, bawalah berjumpa doktor/ terus ke hospital untuk rawatan lanjut.

5. Berikan suppository paracetamol jika anak muntah

Dalam kes jangkitan virus, anak selalunya akan mengalami rasa loya dan muntah, dan kerap kali tidak dapat menelan ubat yang diberi. Ibubapa boleh menggunakan suppository paracetamol ( ubat berbentuk seperti roket yang dimasukkan ke dalam punggung) bagi menggantikan sirap paracetamol.

Terdapat 2 dos bagi suppository paracetamol iaitu 125 mg dan 250 mg. PASTIKAN dos yang diberi adalah tepat. Amnya, jika anak mempunyai berat 15 kg, paracetamol 125 mg. Jika anak mempunyai berat 20-30 kg, boleh diberi dos 250 mg.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan dalam pemberian suppositoy paracetamol
- oleh kerana ia bukan sirap dan keras, agak sukar memberi dalam dos yang tepat. Sekiranya dipatahkan, tidak semestinya ia tepat.
- penyerapan ubat melalui punggung adalah tidak sekata. Walaupun suhu mungkin turun dengan cepat, ia juga boleh naik semula dengan cepat. Bebarapa kajian menunjukkan sirap Paracetamol yang dimakan dan diproses oleh perut adalah bertindak dalam darah lebih pantas dan lebih stabil dari supp paracetamol.

Atas sebab di atas, penggunaan sirap/ tablet paracetamol adalah lebih digalakkan berbanding suppository. Suppository boleh digunakan jika anak muntah- muntah dan tidak dapat makan ubat.

6. Pakaikan anak-anak dengan pakaian nipis supaya haba dalam badan boleh keluar

Ibu bapa digalakkan memakaikan anak- anak dengan baju yang nipis supaya haba boleh keluar. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak- anak. Kain kapas dapat menyerap peluh dengan baik dan anak- anak juga lebih selesa.

7. Sekiranya telah memberi paracetamol tetapi masih tinggi, ibubapa boleh memberikan ibuprofen sebagai tambahan kepada paracetamol.

Ibuprofen adalah sejenis ubat meredakan radang dari kumpulan NSAIDS. Ianya telah disahkan selamat untuk digunakan untuk kanak- kanak dan bayi berumur 2 bulan ke atas. Ibuprofen diberi 3 kali sehari.

Sekiranya digunakan sebagai tambahan kepada paracetamol, ibuprofen dan paracetamol diberi berselang 6 jam. Ini supaya ubat paracetamol/ ibuprofen sentiasa berada dalam badan tanpa putus. contohnya
Pukul 6 pagi- paracetamol
Pukul 9 pagi- ibuprofen
Pukul 12 tgh- paracetamol
Pukul 3 petang- ibuprofen

Dos untuk ubat ibuprofen
Bayi 1-2 tahun: 2.5 ml , 3-4 kali sehari
Kanak-kanak 3-7 tahun: 5 mL 3-4 kali sehari
Kanak-kanak 8-12 tahun: 10 mL, 3-4 kali sehari.
Seboleh- bolehnya Ibuprofen diberikan selepas makan tengahari/ malam/ sarapan pagi.

Akhirnya, sekiranya demam masih tinggi dalam 2-3 hari, bawalah berjumpa dengan doktor bagi memastikan beliau tidak mengidap masalah jangkitan yang serius dan berbahaya seperti demam denggi atau meningitis( radang pada otak).


Sumber: Facebook Anak-anak Comel

Semoga memberi manfaat :)

NuKilaN:
 

Wednesday, June 26, 2013

10 Tips kebahagian anak


Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.



NuKilaN:
 

Friday, February 15, 2013

Cara mengurangkan marah pada anak kecil

Perkongsian dari facebook... (Copy and paste!)
Memang tidak mudah mendidik anak-anak. Tambahan pula, sikap anak kecil yang susah mendengar kata, menyebabkan ibu-bapa hilang kesabaran, naik darah. geram dan sebagainya. Meninggikan suara dengan muka yang bengis menjadi pilihan ibu bapa. Namun tahukah anda sikap ini menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak-anak anda.

Tentunya anda tidak mahu anak anda membesar dengan emosi terganggu. Pernahkah anda terfikir, bagaimana anak anda pula memarahi anda apabila mereka besar nanti. Jangan salahkan mereka, kerana andalah yang mengajar mereka. Andalah yang menjadikan emosi mereka mudah terganggu dan menjadi seorang pemarah.

Sebenarnya memori anak anda semasa kecil amat kuat. Disinilah mereka mengingati dan belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Pada ketika inilah mereka mencuba sesuatu yang baru. Pada ketika inilah mereka membentuk jati diri mereka. Oleh itu anda perlu menunjukkan nilai-nilai murni yang akan membentuk sikap positif dalam diri mereka.

Tips mendidik anak yang dapat membantu anda mengurangkan marah kepada anak kecil anda :

1. Sebelum memarahi anak anda. Fikirkan dulu. Adakah anda suka dimarahi sebegitu oleh emak anda atau orang lain. Adakah anda mahukan anak anda memarahi anda pula seperti itu suatu hari nanti. Bagaimana perasaan anda jika dimarahi sebegitu pula. Apa jua salah anda, saya pasti anda tidak suka dimarahi sebegitu.

2. Lebih banyak memberi kesedaran pada anak anda daripada memarahi. Ia memang tidak mudah. Namun ia sangat membantu mereka berubah. Anak anda sebenarnya dalam proses pembelajaran. Fikirkanlah cara lain membuat anak anda lebih memahami daripada asyik memarahi mereka.

3. Fahami, anda bukan melahirkan seorang robot yang mengikut apa sahaja arahan anda. Anda melahirkan seorang manusia yang mempunyai emosi dan keinginan. Cuba fahami emosi dan keinginan mereka. Cuba bawakan keinginan mereka pada sesuatu yang anda mahukan.

4. Didik diri anda sendiri untuk menunjukkan rasa sayang pada anak kecil melalui suara, muka dan tindakan. Anda perlu tunjukkan, barulah mereka mengetahui anda menyayangi mereka. Tidak guna jika perasaan sayang hanya di dalam hati sahaja. Tiada gunanya.

5. Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif pada anak anda. Elakkan dari mengutuk atau menjatuhkan maruah anak anda didepan orang lain. Adakah anda suka dikutuk di depan orang lain. Begitu juga dengan anak anda. Tiada siapa yang suka dikutuk di depan orang lain walaupun mereka masih kecil.

6. Anda perlu memandu anak anda semasa menonton TV. Anda perlu memberitahu mereka perkara yang salah dan betul di dalam TV. Tahukah anda, anak-anak anda mudah mengikut apa yang mereka lihat. TV banyak membentuk keinginan dalam diri anak anda. Dan mereka suka mencuba apa yang mereka lihat di kaca TV.

7. Banyakkan membaca Al-quran. Ayat al Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda. Manjadikan mereka lebih mudah mendengar kata. Tahukah anda, hiburan di kaca TV atau radio banyak menyebabkan hati anak-anak menjadi lebih keras dan sukar mendengar kata.

Salah satu tanggungjawab yang sering diabaikan oleh ibu-bapa ialah memenuhi keperluan emosi anak-anak. Keperluan ini sangat penting membentuk jati diri anak anda. Belajarlah mula menghargai anak anda. InsyaAllah mereka akan mula menghargai anda. Kerana mereka belajar dari anda.

Mereka juga seperti anda, melalui zaman bayi, melalui zaman kanak-kanak, melalui zaman remaja dan akan melalui zaman dewasa seperti anda. Fikirkanlah.


Nota ummi,
Teringat pada kata-kata Dr Muhaya... bila orang marah-marah, kita kena rasa kesian kat orang tu. Kesian sebab apa, sebab kita tak tahu apa yang orang tu alami masa kecil sehingga dia membesar jadi seorang yang pemarah, suka marah orang.
Moralnya, kalau kita tak nak anak-anak jadi pemarah, kita mestilah tunjuk sikap yang penyayang dan boleh marah anak, tapi tegurlah dengar cara yang betul. Anak baru umur tujuh tahun, tegur dengan cara budak umur tujuh tahun bukan memarahi seperti anak berumur 17 tahun - peringatan utk diri sendiri and abah, please noted this too!

NuKilaN:
 

Monday, February 11, 2013

Ganjaran: 10 pence!

Dengan memberi ganjaran kepada anak-anak, ia memberi motivasi kepada anak-anak untuk menjaga tingkah laku sebaik mungkin (to keep your kids acting like a little angels). Ganjaran memberikan isyarat yang kita menghargai mereka dan meningkatkan harga diri mereka. Analoginya kalau dalam peperiksaan kita mendapat markah 100/100? Apa perasaan kita? Kita akan lebih yakin dengan diri sendiri dan akan berusaha untuk mengekalkan prestasi.

Begitu juga dengan anak-anak. Anak-anak bila dapat ganjaran, mereka rasa seolah-olah dah dapat 100 markah dalam peperiksaan. Senyum hingga ke telinga.... Nak pinjam kata-kata Mama JJ, "Budak-budak suka makey pong."

Jenis ganjaran tu terpulang pada kreativiti dan kemampuan ibubapa. Ada yang guna sistem stiker. Sekali buat baik dapat satu stiker. Bila kumpul 10 stiker, dapat beli coklat atau ais krim kegemarannya. Saya gunakan sistem pence. Saya bagi 10 pence bila dengar cakap ummi atau buat "rutin" tanpa perlu disuruh.

Biasanya "rutin" yang saya maksudkan adalah seperti solat lima waktu, baca Iqra', membuat kerja sekolah, membaca buku, mengemas mainan, tidur awal, tolong antara satu sama lain dan sebagainya. Kadang-kadang bila balik dari pejabat, Aisyah terus minta 10 pence sebab dah siap buat kerja sekolah. Senang kerja ummi tak perlu nak gerak gempur utk suruh Aisyah buat kerja sekolah. Tinggal kena semak jer kerja yang Aisyah dah buat :)

Ganjaran bukan sahaja boleh dalam bentuk materialistik, kata-kata pujian juga merupakan salah satu ganjaran secara tidak langsung. Maka ia harus sentiasa bermain di bibir ibu dan bapa. Pujilah anak-anak sebanyak mungkin dalam sehari dan ia akan memberi impak positif yang sangat besar dalam diri anak-anak. Anak-anak yang positif secara automatik akan membawa sikap yang positif, Insya Allah.

Yang penting, kita jangan fokus pada kenakalan anak-anak. Tapi cuba ubah cara pemikiran macam mana nak didik anak kita supaya jadi anak yang baik dan mendengar kata. Lebihkan memberi ganjaran berbanding denda.

Dalam masa yang sama kita boleh didik anak dengan konsep dosa dan pahala. Dapat ganjaran dalam Islam kita panggil pahala. Saya selalu ingatkan mereka, "Kalau kita selalu buat pahala, Insya Allah kita akan mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak."

Mungkin ada cara lain yang mommies praktiskan, harapnya kita boleh sama-sama berkongsi pandangan di ruangan komen. Saya juga masih lagi belajar untuk jadi ummi yang baik pada mereka bertiga..




NuKilaN:
 

Thursday, February 7, 2013

Tips mendenda anak?

Kali ni, entry untuk langsaikan hutang dari komen berikut....
Bila dapat komen ni dari Aisy, lama juga saya berfikir... macam mana nak buat entry ya? Fikir punya fikir, saya cuma boleh simpulkan satu jer... kita boleh denda anak dengan benda yang mereka minat.

Contohnya, denda untuk Irfan. Minat dia tentu sekali bermain games di iPad atau komputer. Kalau saya denda dia, memang satu hari kena "gantung" dari main games (Agak-agak, kalau Naim boleh kot denda suruh masuk tidur awal?)

Katakan Irfan dan Aisyah sedang bergaduh sebab berebut nak main iPad. Kali pertama saya cuma ingatkan mereka yang jangan berebut. Kena bergilir dengan adil dan mengikut giliran (sebab tu tak beli tab satu seorang sebab nak suruh mereka belajar toleransi dan main sama-sama). Kalau saya dengar mereka bergaduh berebut game untuk kali kedua, saya akan memberi amaran yang mereka kena denda jika masih lagi bergaduh. Kali ketiga setelah didapati mereka tetap melanggar amaran saya, denda tersebut akan terus dilakukan. Tapi setakat ni baru sekali mereka kena denda tersebut dan bila anak-anak dah kena denda, mmg mereka takkan ulang lagi perkara yang sama.

Lagi satu bila kita cakap sesuatu, pastikan kena laksanakan apa yang kita cakap. Jangan hanya mengugut anak-anak dengan kata-kata tapi tak buat. Baru anak-anak tidak keliru dan akan hormat dengan keputusan yang kita buat.

Tapi sebenarnya saya tidak suka mendenda anak-anak. Saya lebih suka kepada sistem ganjaran. Lebih-lebih lagi bagi anak yang masih kecil seperti danish. Kanak-kanak seusia Danish macam belum faham sangat apa itu denda, tapi boleh faham apa itu ganjaran. Nanti saya akan cerita dalam entry lain pula, Insya Allah!

Jika mommies lain ada tips yang nak berkongsi, jangan segan-segan nak tinggalkan komen yer. Sharing is caring :)

NuKilaN:
 

Wednesday, January 30, 2013

Egg 100 - Free!

Nampaknya agak ramai yang berminat tentang program Reading Eggs (RE) yang saya tulis sebelum ni.

Bila saya godek-godek web RE, baru saya tahu ada application percuma yang mommies boleh download ke dalam iPhone/iPad atau android. Boleh check link ni - Egg 100.

Saya print screen tentang application ni dari web RE...



Saya dah download application ni dalam iPad/iPhone. Danish memang tak layan, cuma Aisyah jer yang ralit main games Egg 100 ni. Egg 100 lebih kepada memperkenalkan words yang basic anak-anak perlu tahu seperti a, the, this, that, is etc. Macam flash card pun ada. Kita kena aim pada perkataan yang diperkenalkan. Bila diulang berkali-kali, diharap anak anak akan lebih mudah ingat. So dengan sekali pandang words tersebut, anak-anak dah boleh cam dan sebut. Bila dah cam words asas tersebut, anak-anak dapat membaca buku dengan lebih lancar :)

Yang pasti Egg 100 dan program membaca RE adalah dua benda yang sangat berbeza.

Ada juga yang tanya tentang umur yang sesuai untuk program Reading Eggs dalam entry sebelum ni. Sebetulnya, saya tak berani nak komen lebih. Kalau tengok dari web RE, ada maklumat berikut:
Sejujurnya, bila saya perkenalkan pada Danish (danish akan masuk 3 tahun bulan depan), dia macam tak berminat. Tapi lain anak, lain minatnya. Apa yang saya boleh sarankan, mungkin mommies boleh cuba trial version dulu (klik sini utk versi percubaan) selama dua minggu.


Kalau anak-anak menunjukkan minat yang tinggi, baru pertimbangkan untuk subscribe buat anak tersayang. Untuk harga langganan adalah seperti berikut (untuk tukar kepada RM kena darab 5)...


Kalau mommies betul-betul luangkan masa bersama anak mengikuti program RE ni, saya yakin yang ia merupakan pelaburan yang berbaloi untuk memperkenalkan si kecil belajar phonics di usia yang awal :)

NuKilaN:
 

Tuesday, October 23, 2012

Anak 5 tahun pandai menipu?

Pernah tak mommies mengalami situasi di mana si anak membuat salah, tapi mereka tak mengakui kesalahan tersebut?

Saya pernah nampak Aisyah tumpahkan air tapi bila tanya dia kata, "Tak, kakak tak buat." Rupanya, ia adalah masalah biasa bagi  anak berumur 5 tahun. Mula-mula saya agak risau. Saya nak Aisyah membesar sebagai anak yang jujur. Selepas baca artikel dari Babycenter.com ni, saya rasa sangat lega.

Saya letak kat sini versi English dan Melayu...

Versi English:

"I didn't do it," your child shrieks. It doesn't matter that you saw her throw the ball that shattered your grandmother's lamp. But fortunately, lying at this age doesn't necessarily mean your child is destined for delinquency.

Try not to erupt or punish harshly. If you can discover why she lied, you can handle it more appropriately. Most likely, she's worried about getting punished or disappointing you. Kids this age don't fully understand that deceit is adding to the problem. Sometimes 5-year-olds even deny wrongdoing just to get a rise out of you.

Make sure your child is getting enough attention from you when she's acting right. If she's testing your limits, make sure she knows they're non-negotiable. "I told you no balls in the house." Then offer a fair consequence.

Take care not to try to catch your child in a lie. If you saw the incident, don't then ask, "Did you break the lamp?" You just handed her an opportunity to lie. Instead say, "I saw what happened. You know you're not supposed to throw balls in the house. Help me clean up." Stress the importance of telling the truth, and set a good example. Make sure your child knows that you love and trust her to do the right thing.

Ni pula saya minta bantuan Google translate utk translate ke Bahasa Melayu....

"Saya tidak melakukannya," jerit anak anda. Walaupun kita nampak dia membaling bola sehingga berkecai lampu neneknya. Tetapi mujurlah,  pada usia ini tidak semestinya anak anda seorang yang nakal.

Cuba untuk tidak melenting atau menghukum kasar. Jika anda boleh mengetahui mengapa dia berbohong, anda boleh mengendalikan ia lebih sesuai. Kemungkinan besar, dia bimbang tentang hukuman atau akan mengecewakan anda. Kanak-kanak zaman ini tidak memahami sepenuhnya bahawa penipuan menambah kepada masalah ini. Kadang-kadang kanak-kanak berusia 5-tahun walaupun menafikan salah laku hanya untuk mendapatkan perhatian daripada anda.

Pastikan anak anda mendapat perhatian yang cukup daripada anda apabila dia bertindak betul. Jika dia menguji had anda, pastikan dia tahu mereka tidak boleh dirunding. "Saya beritahu kamu tiada bola di dalam rumah." Kemudian menawarkan akibat kesan dan akibat dengan adil.

Jangan sesekali cuba untuk menangkap anak anda dalam satu pembohongan. Jika anda melihat kejadian itu, jangan tanya, "Adakah anda memecahkan lampu?" Anda hanya menyerahkan beliau peluang untuk berbohong. Sebaliknya berkata, "Saya melihat apa yang berlaku. Anda tahu anda tidak sepatutnya melontar bola di dalam rumah. Bantu saya membersihkan." Menekankan kepentingan memberitahu kebenaran, dan menetapkan satu contoh yang baik. Pastikan anak anda tahu yang anda suka dan amanah beliau untuk melakukan perkara yang betul.

Sumber: Babycenter

Aisyah yg baru 5 thn
Kdg2 rasa dia mcm dah besar :)

Banyak lagi saya perlu belajar dalam mendidik anak-anak. Bertuah punyai teknologi, maklumat sekarang di hujung jari :)

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails