Friday, May 29, 2015

Nota utk ibu dan bapa...

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkan kembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita solat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. 
Dengarkan doa kita di depan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

Copy and paste!!

Simpan kat blog buat rujukan...

** Bila baca yang nombor tiga tu teringat kat arwah ayah... selalu sangat dia bercerita bila kami riuh rendah. Tak pun arwah suka tanya mcm2 soalan teka teki... walau tak dapat hadiah bila teka dengan betul, tapi cukup untuk membuatkan kami bahagia.

** Bila baca yang nombor lima buat saya terfikir, agak2 bila anak-anak besar nanti... apakah kenangan manis yang mereka dapat ingat? Harapnya adalah momen momen manis yang mekar dalam ingatan mereka. Anak-anak ummi, bila baca entry ni, sila balas kat ruangan komen yer... hehehhe

Moga mereka jadi anak2 soleh dan solehah :)


NuKilaN:
 

6 comments:

  1. Salam Nur...
    touching lah bila baca entry ni... erm.. macam manalah klu anak besar nti..pasti kita akan rindukan kenangan kecil mrk... huhu.. harap anak2 tak lupakan kita....:(

    ReplyDelete
  2. saya ada buat macam yang no2 tu, selalu kalau nak ajak balik dari playground.. kami dah nego la berapa round dia boleh main gelongsor or lari keliling.
    saya pun tak tau la.. ingat ker mereka ni kenangan bersama kita esok2, macam kalau kami adik beradik asal borak jer, mesti imbau kenangan lama.

    ReplyDelete
  3. Akak bila berdoa suka sebut nama mereka Dan kuatkan bacaan doa, mula lah mereka tersenyum2 sambil mengaminkan doa.
    Anak2 ni kan nur apabila dia suka kenangan bermain bersama mereka , mula cerita berulang kali, kekadang cerita dua tahun lepas pun masih boleh bercerita. Semoga anak2 kita akan moment yg indah2 bersama kita.

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yg amat bagus...

    ReplyDelete
  5. terima kasih berkongsi..ada beberapa perkara diatas yang akak dah cuba lakukan untuk anak2.. inshaAllah akan teruskan lagi

    ReplyDelete
  6. Bila baca nombor 5 serta-merta hati jadi sayu. Mengapalah masa terlalu cepat berlalu. Kalaulah boleh dihentikan ikut suka hati kita, alahai....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails