Showing posts with label hari lahir. Show all posts
Showing posts with label hari lahir. Show all posts

Sunday, March 31, 2019

Happy 3rd birthday Aina

Hari ni FB keluarkan gambar ni..
Gambar dua tahun lepas, jadi hari ni Aina dan tiga tahun.. Happy birthday Aina!

Bila kata nak potong kek hari ni, dia kata tak nak. Sebab dah potong kek kat taska masa Khamis (21/3/19) yang lepas.

Cikgu Taska celebrate birthday anak-anak yang lahir dari bulan Januari hingga Mac.

Princess Aina yang sedang potong kek...

Suka buat muka notty bila kita cakap senyum...






Semoga membesar sebagai anak yang solehah, serta diberi kejayaan di dunia dan di akhirat :)

Wednesday, February 20, 2019

Happy 9th birthday Danish



Selamat hari lahir buat Danish.
Moga membesar dgn sihat dan berjaya di dunia dan akhirat.

Tuesday, July 17, 2018

Sambutan ringkas: Aina 2 tahun

Salam mommies...

Lamanya tak update blog.
Last entry cerita pasal birthday Aina yang dia celebrate kat Taska.
Abang2 dan kakak Aina beberapa kali juga duk tanya bila nak celebrate kat rumah.
Selepas bertangguh lebih dua bulan, baru sempat nak potong kek.
Huhuhu, kesian kat dia.

Jadi hari ni, kita update dulu gambar Aina potong kek sempena hari lahirnya yg kedua.
Aina yang dah big girl.. Budak banyak cakap ni :)
Danish yg suka sangat nyakat Aina..
Sekarang ni bukan senang nak snap gambar mereka berempat...
Aina dengan kek Fozen.
Dia dah kena demam "Let It Go."

Cukup la tiga gambar untuk entry ni.
Gambar raya, entah bila boleh update.
Mood masih lagi lemau.
Tengok la, kot2 bila cuti bersalin nanti rajin sikit update blog.
Ya, jangan terkejut.
Adik baby dah pun 38 weeks.
Orang kata, dah sampai masa... tunggu masa jer utk sambut orang baru.
Doakan saya yer..
Semoga dipermudahkan urusan untuk bersalin nanti :)

NuKilaN:
 

Tuesday, April 10, 2018

Happy belated birthday, Aina

Hari Sabtu, 31/3 yang lepas, Aina dah cukup 2 tahun.
Kebetulan Taska Aina dah buat sambutan sekali harung utk anak2 yang lahir dari bulan January hingga Mac pada hari Khamis 29 Mac 18.
Cikgu2 dan anak2 asuhan Taska Al-Kautsar.
 Aina potong kek..
Cikgu juga ada sediakan hadiah utk anak2 yang celebrate birthday.
Ke hulu ke hilir duk bawa hadiah birthday dia..
Ada gaya pensyarah cilik tak?
Baju dan tangan Aina putih2 sebab dia duk main bedak.

Kami tak sempat lagi nak celebrate birthday Aina.
Nasib baik dia belum tahu lagi pasal birthday celebration.
Cuma Danish la asyik duk tanya, bila nak celebrate birthday Aina?
Nanti la, tunggu abang Irfan balik dari asrama.

Buat Aina,
Moga membesar dengan sihat dan ceria selalu.
Jadi anak solehah buat ummi dan abah.
Jadi adik yang patuh dan mendengar kata buat abang2 dan kakak.
Juga kakak yang baik dan penyayang buat adik, eh!


Tuesday, February 20, 2018

Happy birthday Danish

Dah lama tak update blog.
Dalam 2 bulan tak menulis, byk yg nak cerita sebenarnya.
Tapi bila buka jer blog, tak tahu nak mula kat mana.

Sempena special day hari ni, rajinkan juga utk menulis.
Kenangan buat anak2.

Hari ni birthday Danish yg ke 8.
Simple celebration dah buat hari Ahad lepas.


Kemudian bawa birthday boy beli hadiah.
Senyum lebar dia bila jumpa hadiah yang diidamkan.
Tapi tak boleh guna lagi, balik sekolah nanti baru boleh buka bungkusan hadiah.

Itu aje la yg nak update.
Harapnya next entry bukan lg dua bulan... Huhuhu

Thursday, August 24, 2017

August babies

Bulan Ogos ni, bulan kelahiran bagi Irfan dan Aisyah.
Irfan genap 12 tahun pada 9/8 lepas.
Aisyah pula, genap 10 tahun pada 22/8 lepas.

Irfan 12 tahun lepas...
 Gambar terkini birthday boy...
 Dah ada kad pengenalan sendiri pun...
 Semoga terus jadi anak yang soleh.. Dapat selalu beri teladan yang baik untuk adik adik...


Ni pula gambar Aisyah 10 tahun yg lalu..
Sekarang dah besar panjang pun..
Semoga jadi anak yang solehah.. kakak yang baik utk adik-adik..
Skrang pun, dah boleh diharap sgt kakak Aisyah ni tolong ummi mana yg patut :)

Lastly...
Selamat hari lahir buat Irfan dan Aisyah :)

Nota ummi,
Mereka ada juga request nak buat sambutan hari lahir... Tapi memandangkan jadual kerja yg amat padat, tak boleh nak tunaikan permintaan birthday boy/girl... Maafkan ummi yer...

NuKilaN:
 

Sunday, April 2, 2017

Sambutan ringkas birthday pertama

Danish dan Aisyah yang beria nak celebrate birthday Aina.
Saya yg dah beberapa hari sakit gigi, tak sempat buat apa2 persiapan.

Bila selepas Asar rasa gigi dah ok sikit, jadi bawa juga anak2 keluar.
Mereka juga yg suggest utk celebrate birthday Aina di A&W.

Kebetulan hari Jumaat lepas Irfan ada kem Didik UPSR.
Lepas jemput Irfan dari kem, terus ke A&W yg terdekat.
Tapi sebelum tu, haruslah beli kek dulu untuk melengkapkan sambutan hari lahir.

Aina yg muka blur.. Eh, kenapa ada kek ni???
Susah betul nak suruh birthday girl senyum...
Yg sulung dan yg bongsu...
Susahnya nak snap gambar berempat yg pandang kamera...
Yang ni post terbaik yg dapat...
Jadi la, sambutan kecil kecilan utk Aina...

Nota ummi,
Dapat juga tulis satu entry sementara tunggu turn nak cabut gigi... Phew, takutnya nak jumpa dentist 😅

Friday, March 31, 2017

Pengalaman bersalin baby Aina *Part 2*

Pengalaman bersalin baby Aina *Part 1*

Sambungan dari Part 1.
Kita sambung kisah 31 Mac 2016 yang lepas.
Kisah yang air ketuban pecah di di Baby Fair.

31 Mac 2016
1.45 petang

Tak jauh pun dari Baby Fair ke Intan  (Intan adalah Pusat Perubatan Intan). Tapi saya lapik juga seat tempat duduk dengan kotak takut air keluar dengan banyak.

Bila sampai di Intan, saya tengok tak banyak sgt kesan air di kotak yang saya lapik. Kemudian saya masuk ke dalam dan beritahu jururawat yang bertugas di kaunter yang air ketuban dah pecah. Masa tu belum rasa sakit pun lagi.

Terus kena masuk bilik rawatan untuk check CTG baby.

Selesai semua, tungu doktor datang untuk pemeriksaan lanjut.

Bila doktor datang, doktor check jalan dan analisa graf CTG.

Kata doktor, bukaan baru 2 cm.

Tapi baby awak tak berapa aktif ni. Mungkin sebab baby sedang tidur. Kedudukan bayi pun masih tinggi. Saya tak berani nak ambil kes awak. Saya akan refer kes awak ke hospital (HSNZ).

Bukan main panjang lagi ulasan doktor.

Saya cuma ikut arahan jer.

Pesan doktor, kena terus pergi hospital. Jangan balik rumah dulu.

2.15 petang
Bertolak dari Intan ke HSNZ. Disebabkan hari Khamis, jadi jalan ke HSNZ sangat jammed. Masa tu pun belum rasa sakit apa-apa.

Sempat lagi sembang dan gelak2 dengan kawan yang hantar ke HSNZ.

3.30 petang
Tiba di HSNZ. Kami terus ke bahagian bersalin. Kawan saya ke bahagian pendaftaran. Tak lama kemudian, nurse berikan uniform pink untuk diganti bila tgk baju saya yang dah basah.

Selesai tukar baju dan pakai pad, tunggu pula doktor buat pemeriksaan.

Tak lama menunggu, nama saya dipanggil. Hah sudah, dapat doktor pelatih lelaki. Dia ambil history taking dari A hingga Z. Satu persatu soalan dia saya jawab. Sambil tu dalam hati saya berdoa, jangan la Dr lelaki ni nanti yang akan check jalan nanti.

Bila nak selesai history taking, tiba2 datang seorang doktor pelatih perempuan. Kata dia, "Eh, akak ni nanti saya boleh tolong check kan jalan, ya."

Dengar jer doktor perempuan tu kata mcm tu, terus saya senyum hingga ke telinga. Dan doktor perempuan perasan dengan gelagat saya. Kata dia, "Haa, senyum panjang akak ni dengar saya nak check jalan." Dan kami pun sama-sama gelak. Mungkin dah lama doktor perempuan tu perhatikan muka yang saya cuak semacam takut di check oleh Dr lelaki.

Bila doktor check jalan, katanya bukaan dah 3 cm. Rambut baby pun dah boleh rasa. Means baby dah engaged. Saya pula eksaited bila dengan doktor kata dah boleh rasa rambut baby. Masa tu perasaan sgt bercampour baur..

Lepas selesai Dr check, kena tunggu lagi untuk prosedur seterusnya. Saya minta izin nurse yang bertugas untuk keluar sekejap dan berjumpa dengan suami. Masa tu suami dan anak-anak dah sampai.

Lepas tengok muka anak-anak, mula la rasa lega dan anak2 pun makin teruja nak jumpa adik baru. Saya kata, kalau tak hari ni, esok baru adik akan keluar. Jadi semua kena behave dan dengar kata abah.

Masa jumpa dengan anak2, saya baru perasan yang ada surau kawasan berdekatan. Jadi saya solat zuhur dan kemudian solat Asar. Juga solat taubat dua rakaat.

Masa solat tu, abah beritahu doktor dah cari mana patient dia. Jadi abah cakaplah yang saya sedang solat. Jadi tanpa berlengah, saya terus salam dgn abah dan anak2 untuk masuk semula ke dalam bilik pemantauan.

Lepas lapor diri pada nurse, nurse suruh tunggu dulu sementara doktor pakar sedang entertain patient lain.

Tiba giliran saya, doc pakar cerita pasal situasi saya. Saya akan dimasukkan ke wad dan kalau belum lagi bersalin dalam tempoh 24 jam, kena on antibiotik untuk elakkan jangkitan pada bayi. Air ketuban leaking means baby tidak lagi dapat dilindungi dan sangat mudah dijangkiti kuman. Lepas penerangan panjang lebar, tiba2 doc terhenti dan tanya. "Siapa yg check jalan tadi?".

Doktor perempuan yg check tangan tadi mengaku. Dia beritahu yg bukaan dah 3 cm. Tiba2 muka doc pakar tu berubah, "Kalau dah 3 cm, tak perlu lagi hantar ke wad. Boleh terus hantar ke labour room."

"Kalau mcm tu, saya kena check lagi sekali nak sahkan bukaan jalan." Erk, sekali lagi saya diuji. Dr Pakar tu juga adalah doc lelaki. Sekali saya memberanikan diri memberi pandangan, "Tak apa la Doc,  tadi kan baru jer check jalan. Saya yakin dengan apa yg doktor tadi check," beritahu saya.

"Ok la kalau awak kata macam tu. Jadi sekarang akak ok kalau terus ke labour room?". Saya mengangguk tanda setuju.

Dan lepas tu, kesian kat doktor2 praktikal kena "basuh" dengan doktor pakar tu. Kes mcm tu pun tak boleh handle sendiri, kata Doc pakar. Masih lagi tak tahu SOP. Terlalu manja. Tak pandai buat keputusan. Sikit2 panggil doktor pakar. Gitu la lebih kurang.

5.15 petang
Disebabkan saya nak ditolak ke labour room, jadi kena tukar uniform warna biru pula sebelum ke labour room. Sebelum tukar uniform, saya minta izin nurse untuk makan dulu. Nurse suruh tanya doktor. Alhamdulillah, doktor izinkan untuk saya makan dulu sebelum ditolak ke labour room.

Jadi saya keluar lagi sekali untuk cari makanan. Satu kedai saya keliling cari makanan. Tapi ajaibnya, satu makanan pun tak rasa nak beli walau perut rasa lapar minta diisi. Last2 saya beli susu dua kotak, dan biskut satu paket.

Sedang duk ralit makan sambil sembang dengan patient lain, tiba2 nurse datang dan beritahu untuk cepat2 makan dan tukar baju sebab saya kena ditolak ke labour room secepat mungkin. Perut tak rasa sakit, memang seronok la makan sambil bersembang... hihihi

Jadi saya cepat2 tukar baju. Bila baring jer atas katil, doktor perempuan tadi pasangkan jarum di tangan. "Saya tolong kakak pasangkan siap2.. jadi nurse kat labour room tak perlu pasang. Kita mudahkan kerja orang, Insya Allah nanti Allah mudahkan kerja kita, " kata doc perempuan tu. Saya pun jawab, "Betul sgt tu doctor.". Lepas tu terus kami sambung sembang lagi sambil doc teruskan kerja dia pasangkan jarum. Dah jadi mcm kenal lama pula. Lepas siap, saya ucapkan terima kasih dan saya terus ditolak ke labor room oleh nurse yang bertugas.

Rasa mcm kelakar pun ada. Tak rasa sakit, tapi baring dan nurse tolak ke labour room. Saya minta nak jalan pun nurse tak bagi... hihihi



6.00 petang
Sebaik tiba di labor room, sekali lagi rasa cuak bila tengok ada doktor lelaki dalam labor room tu sedang menulis sesuatu. Saya pun bertanya pada nurse, "Boleh tak kalau saya nak request doktor perempuan?". Boleh dik, nanti saya cuba aturkan.

Lega sangat bila nurse respond mcm tu.

Jakun juga saya tengok peralatan di labour room. Maklumlah, itu kali pertama saya berada di labor room HSNZ.

Ada dua orang nurse yang baik2 jaga saya masa tu.

Perut pun belum rasa sakit.

Jadi sempat la nurse tu layan saya sembang.

Berkali kali saya beritahu nurse yang sy rasa nerves sbb dah lama tak bersalin.

Gap baby dengan abang dia enam tahun. Dah lupa mcm mana rasa sakit bersalin. Dah lupa mcm mana cara nak teran bila bersalin.

Nurse juga selalu tenangkan saya yang semuanya akan berjalan dengan lancar.

Nurse juga ad tanya, "Mana suami?".

Saya jawab, "Suami uruskan anak2 kat rumah. Kejap lagi sampai la tu."


7.00 malam
Suami call yang dia dah sampai. Baru siap parking kereta. Tapi nurse beritahu supaya suami solat Maghrib dulu kat bawah sebelum temankan saya di labor room.

Dalam pukul 7.20 mlm, abah dah ada di sisi temankan saya di labour room.

Ada la rakan untuk bersembang.

Masa tu dah mula rasa sakit sikit bila nurse dah on drip kat tangan. Kata nurse, baby dah mula aktif bila masukkan air di tangan. Seronok dapat makan agaknya...

Selang masa contraction masa tu dalam 5 minit sekali.

Sempat lagi cerita kat abah mcm mana cara nak kira contraction 5 minit sekali tu.

Dalam duk melayan contraction yang mild, tiba-tiba datang contraction panjang yg sangat sakit continuously. Suami mula cemas bila tengok saya menahan contraction dlm tempoh yg lama. Dia terus beritahu nurse yang bertugas.

Bila nurse check, katanya jalan dah terbuka penuh dan boleh mula bersedia untuk meneran. Jadi saya ditidurkan dalam posisi untuk meneran dan diajar cara2 untuk meneran. Setelah beberapa kali cubaan, akhirnya Aina berjaya dikeluarkan.

Tak lama lepas tu, kedengaran azan Isyak dari masjid berdekatan.

Alhamdulillah, lega bila bayi yang comel sudah berada di dakapan. Walau lepas tu merasa dijahit "hidup2"... hihihi


Pengalaman 31 Mac 2016 yang lepas.
Hari ni, genap umur Aina satu tahun. Happy first birthday Aina! Love you always :)

Terima kasih pada yang sudi baca hingga ke noktah terakhir :)

NuKilaN:
 

Wednesday, March 1, 2017

WW ::: Sambutan hari lahir Danish

Kali ni sambut bertiga, Liya, Danish dan Anis..

 Liya dan Danish
 Amni, Liya dan Danish
 Mereka yang dirai...




 Lepas celebrate birhday, terus bertolak balik Terengganu...
 Owh, lupa nak beritahu.. kali ni celebrate birthday kat Putrajaya,..

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails