Showing posts with label ko-Kurikulum. Show all posts
Showing posts with label ko-Kurikulum. Show all posts

Thursday, October 12, 2017

Mukhayyam Luaran

Kisah akhir September lepas (28-29 September 2017).
Irfan dan Aisyah terlibat dengan perkhemahan luaran yang diadakan di Scout Inn, Telaga Batin.
Setiap tahun, pelajar tahap 2 akan camping dua kali.
Sekali bermalam di sekolah, dan lagi sekali bermalam di luar sekolah.

Saja nak letak gambar mereka kat sini...
Pelajar perempuan, nampak tak kat mana Aisyah?

Yang ni pula pelajar Lelaki...

Rindu Aina kat abang dan kakak...

Masuk kereta terus ZzzZZzZz...
Dengan Aina sekali tidur sama :)

Hari ni pula, Irfan dan Aisyah tidur kat sekolah lagi untuk Qiamulail.
Pagi esok baru balik.
Jadi, tinggal lah kami berempat lagi.. 

Tuesday, April 18, 2017

WW ::: Team futsal

Semalam Irfan bermalam di sekolah untuk praktis Futsal..
Mereka ada perlawanan hujung minggu nanti..
All the best to them!

Saturday, February 25, 2017

Pertandingan rekacipta @Mydin Mall

Semalam lepas Jumaat, anak2 ajak ke Mydin Mall lepas solat Jummat.
Beria mereka ajak ke sana sebab nak tgk kawan2 mereka bernasyid.

Nasib baik sempat juga tgk persembahan tu sbb kami sampai agak lambat.


Lepas persembahan, ada juga pertandingan untuk anak2 sertai.
Aisyah sertai pertandingan rekacipta dsn danish sertai pertandingan mewarna.

Mereka kena bina menara dari barang2 yg disediakan.
Aisyah dan balqis...
Seronok tgk semangat kerjasama antara mereka...
Aisyah peserta yg paling muda dlm kumpulannya..
Masa ni tinggal lagi beberapa minit sebelum masa tamat...
Taraa... Hasil kreativiti kumpulan Aisyah...
And surprisingly, they won the first place in the competition..
Congratulations,  Aisyah and the gang ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Sunday, February 12, 2017

Teknik usungan dan heretan

Kat sekolah anak2, cuma ada Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) shj sebagai ko-kurikulum badan beruniform.
Bila Tahap 2, baru boleh join TKRS.
Jadi tahun ni, Irfan dan Aisyah akan pakai baju TKRS pada hari Selasa.

Minggu lepas, cikgu ada share beberapa gambar semasa mereka buat teori dan latihan untuk teknik usungan dan heretan.
Apa lagi, terus save dan hari ni baru berpeluang upload dalam blog.

Irfan seronok agaknya diusung oleh rakannya...
Giliran Irfan pula untuk usung kawannya...

Ni pula belajar teknik heretan...

Mak pula yg rasa eksaited bila cikgu hantar gambar2 mcm ni...
Mula la nak mengimbau zaman belajar dulu2..
Masa kat uni dulu, saya join ahli St John Ambulance.
Seronok tau tiap kali perjumpaan bila dapat buat rawatan kes...
Macam2 jenis rawatan kecemasan yang dapat belajar.
Macam-macam pengalaman yang dapat ditimba.
Hihihi, indahnya zaman belajar..

Eh, zaman kerja pun indah juga tau...
Walau minggu ni dah mula busy sebab pelajar2 dah mula semester baru.
Hari Selasa ni dah mula kuliah yang pertama.
Tak sabar nak jumpa anak2 didik baru untuk semester ni.
Related Posts with Thumbnails