Thursday, May 26, 2016

Pengalaman bersalin baby Aina *Part 1*

Pagi ni buka komputer sebab nak buat slide.
Duk baca artikel berkenaan, tapi mood tak dapat.
Jadi buka la blog dulu.
Mana tahu, idea nak buat slide datang mencurah lepas ni :)

Tengok pada tajuk, siap ada part lagi.
Ha, memang panjang nak tulis pasal pengalaman bersalin kali ni.
Pengalaman ke-4 yang cukup berbeza dengan kakak dan abang2.
Tapi memang setiap pengalaman bersalin tak sama.
Rasanya yang pengalaman bersalin Irfan dan Aisyah dah tulis kat blog ni.
Cuma pengalaman bersalinkan Danish yang belum sempat tulis lagi.
Kira tak ape kot, baby Aina potong que yer Abang Danish... hehehe..
Bukan apa, ummi takut nanti lupa!

31 Mac 2016
Jam 8.00 pagi
Pagi ni sampai ofis macam biasa. Lepas hantar anak-anak ke sekolah, terus masuk office. Sangat eksited punch in sebab hari ni merupakan hari terakhir punch in sebelum cuti bersalin pada minggu depan.

Pagi ni juga ada mesyuarat school pukul 9. Sebelum pergi ke mesyuarat, terfikir nak buat surat permohonan untuk dapat female doctor bila bersalin nanti. Baru jer taip alamat dan tajuk surat, kawan dah datang ketuk bilik untuk pergi meeting. So, cepat2 ke bilik meeting secara berjemaah :)

Dah la bilik meeting tingkat tiga, jadi panjat la tangga ke tingkat tiga. Masa naik tangga tu ada kawan tegur, "Eh, gagah lagi akak naik tangga. Tak nampak penat pun. Saya yg mengandung lapan bulan ni dah rasa semput."

"Memang la kena semangat. Ni kan meeting terakhir sebelum cuti tiga bulan."

Ya, memang pagi tu rasa sihat dan bertenaga lain macam. Hormon happy sebab tak sabar nak cuti agaknya :)

11.00 pagi
Seperti biasa, lepas meeting ada la makan-makan sikit. Kebetulan pagi ni dihidangkan mee goreng basah yg super sedap, keropok dan air teh. Makan sampai bertambah sebab mee yg marbeles tu :)

Masa makan tu, tiba2 datang idea spontan. Terajak kawan pergi Baby Fair yang akan berlangsung tiga hari. Kalau pergi hujung minggu, sah2 orang ramai. Jadi saya cuma bergurau dengan CT cakap nak ke baby fair. Tak sangka dapat respon positif. Jadi kami terus message husband masing2 minta izin.

Lepas makan, pergi office check surat. Sempat la sembang dengan beberapa staf office. Inform mereka yg saya akan mula cuti bersalin. Akan jumpa semula lepas raya nanti. Jangan pula rindu-rinduan... usik saya. Alang2 tu, sempat la kami bermaaf maafan. Dah macam gaya nak raya pun ada :)

1.00 petang
Tiba di baby Fair. Lepas parking kereta, nampak orang minum air kelapa. Apa lagi, terus cari kedai air kelapa. Alhamdulillah, nikmatnya dapat minum air kelapa dalam cuaca yang panas.

Tanpa berlengah terus ke dewan pameran Baby Fair. Masuk jer, nampak orang sedang beratur nak redeem door gift. Alang2 que tak panjang, kami pun join beratur juga. Lepas dapat kupon door gift, kami pun mula berjalan di booth yang terhampir.

Saya rembat 3 helai baju baby di booth yang pertama. Booth yang kedua tak beli apa2. Berkenan kat bantal baby, tapi harga macam agak mahal. Then beredar ke booth yang ketiga. Kedai yang jual barangan untuk ibu dan bayi. Di booth tu, saya berkenan dengan tungku herba. Jadi rembat la satu tungku herba.

Lepas jer bayar tungku herba tu, kami nak beredar ke booth yg seterusnya. Tiba-tiba terdengar satu bunyi, "Pop!". Argh sudah, terasa kaki basah dan tengok kat bawah lantai ada air jernih bertakung. Saya terus pegang tangan CT dan cakap, "CT, air ketuban dah pecah!"

Nasib baik kawan saya bukan jenis yang panik. "Takpe kak, kita ke INTAN skrang."

Jadi beredar la kami dari baby Fair ke kereta. Bila sampai kat kereta baru contact hubby, maklumkan yang mungkin dah nak bersalin. Yang kelakarnya, suara hubby macam blur jer bila saya beritahu yg air ketuban dah pecah. Kebetulan hubby pula terlibat dengan perkhemahan sekolah. Kira dekat sikit tempat perkhemahan tu dengan rumah.

Beg baby saya dah lama siapkan. Cuma beg saya yang asyik bertangguh jer nak buat. Jadi pesan la kat hubby supaya siapkan beg untuk saya sekali. 

Tapi, sampai di INTAN, doktor kata dia tak berani ambil kes saya. Kena rujuk ke hospital besar HSNZ juga. Kenapa? Kita sambung dalam entry lain la pula yer...

Belanja satu gambar Aina yang makin montel!


INTAN: Pusat Perubatan Intan, klinik bersalin swasta

Sambungan Bahagian 2.

NuKilaN:
 

Wednesday, May 25, 2016

WW ::: Pusat Sains Kuala Terengganu

Tempek gambar school trip danish dan kawan-kawan ke Pusat Sains pada minggu lepas..












Tuesday, May 24, 2016

Bermulanya perjalanan...

... untuk simpan stok susu!

Blog ni terhasil pada awalnya pun sebab nak dapatkan support masa menyusukan Danish enam tahun yg lepas, tahun 2010.
Sebab tu kalau mommies perasan, nama blog pun ceritaDanishDanUmmi...
Tak tahu nak letak nama apa masa tu... hehehe.

Masa tu selalu la jenguk blog Ummi Alya, kak MiejaAyu  dll untuk dapatkan panduan dan juga semangat. 
Bila susu merudum tu, memang dapat semangat balik bila dapat komen2 positif daripada mommies yang seangkatan :)

Alhamdulillah, Danish berjaya dapat minum susu ummi selama 2 tahun 2 bulan.
Dengan Danish, nak ceraikan susu badan pun boleh dikatakan agak senang :)

Sekarang perjalanan yang sama diteruskan untuk baby Aina.
Ya, perjalanan yang bukan mudah dan banyak cabarannya.
Harapnya dapatlah ummi susukan Aina selama dua tahun macam abang Danish.

Tak terfikir pun nak buat stok lagi sebenarnya.
Sebab rasa macam lambat lagi nak masuk kerja.
Maklumlah, lepas raya baru masuk kerja.

Tapi bila sembang dengan adik, baru rasa betul juga kata dia.
Rugi pula kalau last minit baru nak buat stok.
Lagipun lagi dua minggu dah nak puasa.
Masa susu tengah meriah ni la seronok buat stok.

Bila tengok Aina pun seronok tidur, saya pun keluarkan pam.
Pam sebelah jer dulu sebab yg lagi sebelah simpan untuk Aina bila dia bangun nanti.
Wah, tak sangka.. Dapat lah dalam 4.4 oz...
Patutlah bila Aina minum asyik muntah jer lepas tu.
Dah overload agaknya.
Mana nak muat 4.4 oz dalam perut yg kecik tu... huhuhu.

Praktis guna botol susu pun belum buat lagi untuk Aina ni.
Harapnya Aina dapat minum guna botol dengan mudah.. amin!

Doakan semoga perjalanan penyusuan untuk baby Aina dipermudahkan oleh Nya dan berjalan dengan lancar :)

Tuesday, May 17, 2016

First day Aina balik rumah

**Baling ke belakang a.k.a throwback :)

Saya warded hari Khamis.
Petang tu sempat jumpa dengan anak2 sekejap lepas mereka balik sekolah.
Tiga-tiga memang eksaited nak jumpa adik dalam perut ummi.
Sempat la pesan dan peluk cium mereka sebelum masuk labor room.
Pesan kat mereka, "Esok baru ummi akan balik dengan baby baru. Baby dah nak keluar hari ni atau esok. Doakan ummi dan baby selamat."
Kata Aisyah, "I can't wait to see our new baby!"

Hari Jumaat tu, saya dibenarkan utk balik ke rumah.
Tapi proses nak tunggu dapat lampu hijau untuk balik tu, boleh tahan lama menunggu.
Dapat tahu pagi boleh balik, dalam pukul 5 baru dapat surat kebenaran untuk keluar wad.
Nak settlekan itu ini, lepas maghrib juga baru sampai kat rumah.

Sampai jer kat rumah, tiga2 terus buka pintu dan keluar dari rumah.
Masing2 menunggu dengan muka eksaited.
Rupanya, mereka dah buat giliran siapa yang boleh riba adik dahulu.

Giliran pertama dimulakan dengan si abang Danish...
 Kali pertama Danish riba baby...
 Kemudian giliran si kakak Aisyah pula..
 Danish pun nak inteprem masa Aisya riba baby Aina..
Masa giliran Irfan riba, tak sempat ambil gambar sebab bateri kamera habis.
Hahha, tapi dia bukan kisah pun tak dapat bergambar.
Janji dapat riba baby :)

Owh ya, saya bersalin kat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Baru saya tahu rupanya kanak-kanak tidak dibenarkan melawat di dalam wad walaupun masa melawat.
Kesian pula kat anak-anak... Rindu ummi dan juga rindu nak tgk baby...
Tapi nasib baik satu malam jer bermalam kat wad.. 
Tu pun rasa rindu sgt2 nak jumpa anak2 bertiga ni :)

NuKilaN:
 

Friday, May 6, 2016

Hari ke 36

Salam aunty...
Nama saya Aina.
Ya... Cuma empat huruf ni jer yg abah saya isi dalam surat pendaftaran.
Hari ni saya dah 36 hari.
Hari ni baru ummi saya botakkan rambut saya.
Ummi sy malas nak update blog sbb internet kat rumah ni slow bedo oh....
Babai...
Related Posts with Thumbnails