Thursday, July 31, 2014

Majlis 100% attendance

Alhamdulillah, utk sesi lepas Aisyah dan Irfan berjaya mengekalkan kehadiran 100% ke sekolah. Memang mereka berdua letak target utk dapat 100% attendance tu. Walau sakit sikit2, mereka tetap berkeras nak ke sekolah.

Itu tak termasuk karenah Irfan yang kena pujuk tiap kali kena bawa dia jumpa dentist. Kita la yg kena tanya cikgu sama ada attendance kena tolak tak tiap kali kidnap Irfan sekejap utk jumpa dentist. Lepas jumpa dentist, dia yang bersungguh nak ke sekolah semula.

Hari Isnin (21 July) yang lepas, sekolah meraikan semua pelajar yg berjaya hadir penuh ke sekolah. Ramai juga yang dapat kehadiran 100% iaitu seramai 79 pelajar dari jumlah keseluruhan 548 pelajar. Bukan sekolah Princeville jer yang terlibat, tapi majlis ni digabungkan bersama Exceed Schools yang lain. Tapi sekolah princeville yang mempunyai bilangan pelajar yg mendapat 100% yang tertinggi :)

Biar gambar pulak la yg bercerita....

Majlis tu diadakan di dewan Uni Bradford. Jadi kami ke sana jalan kaki jer... Harus lah posing dulu depan rumah...
 Menapaklah kami hingga ke universiti Bradford...
Jumpa pokok epal, semua eksaited nak petik walau buah masih kecil... tapi haruslah kena larang... Tunggu besar baru kita datang petik yer anak-anak...
Harus la posing juga dgn pokok epal...
Sabar menanti majlis bermula...
 Irfan sedang terima sijil dari guru besar..
 Giliran Aisyah pula terima sijil..
 Amboi kakak, siap lambai bila nampak saya nak snap gambar...
 Bergambar beramai-ramai...

Banyak lagi gambar nak kongsi.
Lain entry pulak la yer.
Yang paling best, masa majlis tu sekolah jemput magician utk buat persembahan.
Mmg best persembahan beliau.
Nanti saya cerita detail yer... Sabar sabar... hihihi

NuKilaN:
 

Wednesday, July 30, 2014

Raya pertama

Alhamdulillah, kami kat UK pun beraya hari Isnin jugak. Sama dengan orang M'sia.
Kat sini mmg berdebar tunggu pengumuman hari raya dari website. Tak mcm orang M'sia yg boleh tunggu pengumuman di depan TV... hihihi

Macam biasa, raya pertama kami sekeluarga menunaikan solat sunat Aidilfitri di IslamBradford. Solat dijadualkan pukul 9.30 pagi. Pukul 9 kami dah bertolak ke sana sebab ruang solat yang limited. Senang nak cari port yg sesuai :)

Syahdu jer rasa bila dengar khutbah raya. Apatah lagi bila imam bercakap tentang nasib saudara seislam di Gaza. Apa sumbangan kita kepada mereka? Yang penting adalah doa semoga Allah berikan kemenangan kepada pejuang yg sedang mempertahankan bumi palestin.

Lepas solat, haruslah abadikan sekeping gambar anak-anak di depan IslamBradford...
Yg paling kiri adalah kembar baru Irfan... mana-mana harus bersama.. Aliff namanya...
Lepas solat, terus balik rumah. Sebelum pergi ke jemputan open house yang pertama, haruslah ada sesi bergambar seisi keluarga dan juga sesi bermaaf-maafan. Tempek juga sekeping gambar anak-anak...
Raya tahun ni kami anak beranak hanya berjubah. Tak import baju kurung atau baju melayu dari M'sia sbb kos pos yng bukan main naik melambung-lambung. Rasa membazir pula nak keluarkan kos yg tinggi hanya utk pakai baju sehari dua. Jadi beli aje la jubah yg dijual online. Sebut pasal jubah, tak sangka ramai pulak yg berkenan dgn jubah yg saya pakai. Ala, yg tu cerita dalam entry lain lah yer :)

Selesai bergambar, kami terus ke open house ke rumah yg pertama. Bukan jauh pun, selang tiga empat biji rumah jer dgn rumah kami. Banyak betul juadah yang tuan rumah sediakan. Ada nasi hujan panas, satay, tapai, puding cocktail, roti jala, rendang, nasi impit dan mcm2 lagi lah. Penuh meja dengan makanan. Memang sah makan dua tiga kali round :)

Bila perut dah kenyang, kami mula beransur ke rumah yang kedua pula. Sebelum bertolak, kami bergambar beramai-ramai dulu di depan rumah. Mula-mula haruslah kumpul anak-anak dulu utk bergambar...
Tengoklah gelagat anak-anak. Macam-macam ragam. Ini gambar terbaik yg dapat snap.

Lepas tu giliran bergambar keluarga kecil kami di Bradford.
Semua sekali ada lapan sekeluarga. Tu tak termasuk tiga keluarga lain yg tiada dlm gambar. Tapi satu keluarga bakal berhijrah ke Bedfordshire bulan lapan nanti. Baru jer kenal dengan Ninie tapi dah nak pindah semula. Itu lah adat kehidupan... bertemu dan berpisah lumrah kehidupan. Semoga ukhwah yg terjalin berkekalan sokmo. Rajin rajin lah update blog bila dah pindah sana lagi :)

Sunday, July 27, 2014

Salam dari perantauan...

Tiga tahun berturut-turut beraya di perantauan, tak pernah sekali rasa nak hantar gambar kat akhbar tempatan utk salam perantauan.
Entah la, rasa segan pula nak tayang gambar satu keluarga kat dada akhbar.
Mungkin jenis low profile gitu.
Jadi, guna blog sendiri aje la utk ucap salam perantauan :)


Selamat hari raya buat semua, yg aktif mengomen di sini, mahupun yang jadi silent reader jer.
Mohon maaf andai ada coretan yang mengguris hati.
Mood bercampur baur mengenangkan Ramadahan yang bakal berlalu.

Ramai yang dah selamat tiba di kampung halaman.
Gunakan peluang yg ada utk merapatkan silaturrahim sesama keluarga.

Simpan dulu tab atau gadget2 yang ada :)

NuKilaN:
 

Friday, July 25, 2014

Biskut sarang semut

Biskut raya kedua tahun ni... biskut sarang semut.
Saya guna resepu ni.. dapat dari group Resepi Ringkas.
Biskut ni mmg saya pun kegemaran sedari dulu.
Tapi tak tahu pula yg senang aje cara nak buatnya.
Selalu orang kata, sagat jer doh nak dapat bentuk sarang semut tu.
Tapi tak boleh nak bayang lagu mana cara nak sagat doh.
Bila ada yg share gambar cara sagat tu, baru rasa confident nak cuba.
Tu dia, siap snap gambar lagi buat kenangan masa menyagat tuh...
Lepas sagat doh, masukkan dalam paper cup dan susun dalam tray...
Lepas tu, hias lah sikit dgn coklat rice...
Tapi lepas bakar, semua biskut mendap...
Dari biskut penuh paper cup, tinggal separuh cup jer lepas bakar....
Kenapa ek?

Rasa dah ok sgt... rangup dan kena dgn selera.
Cuma tu la, bentuk sarang semut tu tak kekal... dah hancuss lepas dibakar... huhuhu...

Nota ummi,
Dah ramai yg wish "Selamat Hari Raya"... Saya nak hold dulu sbb mmg akan bersiaran sampai raya kot. Maklumlah tak balik kampung tahun ni... takde org nak sponsor tiket... sob sob... Kejap lagi pun kena mengadap penyelia utk mesyuarat mingguan... sob sob lagi sekali...

Thursday, July 24, 2014

Rezeki Irfan

Lagi kisah di hari akhir persekolahan.
Kalau Aisyah dapat award Learning superstar, Irfan pula bertuah bila dapat dapat cabutan bertuah dalam kalangan pelajar KS2 yang mempunyai kehadiran 100%.
Bukan main banyak lagi hadiah yang Irfan dapat dari kotak merah ni...
Antaranya game connet4. Mcm tau2 jer cikgu yg Irfan suka main game ni.
Ada juga game monopoly Junior.
Dan satu kit craft bersaiz Jumbo.
Ada lagi satu iaitu satu kotak coklat.
Belum sempat snap gambar, dah habis tiga beradik tu kerjakan.
Alhamdulillah, rezeki Irfan.
Dah la sekolah kat sini percuma, dapat hadiah mcm2 lagi di hari terakhir persekolahan :)

Wednesday, July 23, 2014

Colek perut

Salah satu makanan kegemaran hubyy.. colek perut!
Entah dah berapa kali hubby cuba beri hint nak makan colek perut ni.
Bila saya kata tak pandai masak, hubby kata bukan ke saya pernah buat colek perut ni masa kat M'sia?
Ya ya, mmg saya pernah buat sekali.
Masa raya haji kalau tak silap.
Tapi hubby kata tak sedap.
Konon kononnya dah merajuk tak nak masak lagi colek perut ni.
Yea la, mana boleh nak lawan dengan masakan MIL yg mmg pakar buat colek perut ni.
Tapi bila dah berkali-kali ditanya, cair jugak la hati si isteri....
Akur juga dengan permintaan si suami yg mengidam colek perut di bulan puasa...

Kebetulan ada nampak orang jual perut kat pasar Bradford.
Dah siap cuci bersih... tinggal nak rebus jer hingga empuk...
Utk buat sos tu, kena la hubby call MIL minta resepi.
Katanya cuma perlu 4 bahan - cili kering, nise (gula melaka), bawang putih dan asam keping.
Tapi kuantiti setiap tu kena agak-agak.
Jadi kat sini jot down kuantiti yg saya guna sbg rujukan di masa depan...

Bahan-bahan sos colek perut:
1-2 sudu serbuk cili kering
1 kerek besar nise ( 1 keping gula melaka saiz besar)
1 labu bawang putih
5 keping asam keping
2-3 cawan air
Sedikit garam/gula

Cara nak buat mudah sgt...
Mula2 saya blend air dan semua bawang putih.
Masukkan air yg diblend ke dalam periuk.
Masukkan semua bahan2 lain - nise, cili kering dan asam keping.
Masaklah dengan api sederhana hingga sos jadi pekat.
Pastikan adunan sentiasa dikacau.
Perasakan sedikit garam.
Kalau tak cukup manis, boleh tambahkan gula.

**Sos ni, kalau nak makan masa berbuka.. elok buat pagi2. Atau boleh buat siap2 lepas berbuka utk makan keesokan hari. Lagi lama perangat sos ni, lagi rasa sedap.

Untuk hidangkan colek perut ni...
*Potong kecil2 perut yang dah empuk direbus.
*Potong kecil2 timun.
*Ramas kecil2 keropok ikan.
*Basuh bersih tauge dan buangkan ekornya.
Gaulkan bahan bertanda (*) ikut kuantiti yang dikehendaki.
Kemudian masukkan sos yang dibuat tadi.
Gaul sebati sebelum makan... nyum nyum!

Ni rupa colek perut made in Bradford with love...
Kali ni, berkali kali hubby puji sedap bila makan colek perut ni.
Berkali kali cakap mcm duduk M'sia bila boleh makan colek perut.
Tak tahu la sama ada dia nak ambil hati tukang pembuat atau sbb betul2 sedap.
Kalau si pembuat merajuk lagi, dia juga yg tak dapat makan colek perut... hihihi...

Danish tamat nursery

Sebenarnya  dari minggu lepas lagi Danish tamat nursery.
Hari terakhir Danish ke nursery adalah Khamis lepas (17 July 2014).
Walau pun lambat, nak catat juga kat blog sebagai kenangan.
Di hari terakhir, Danish bawa balik certificate dan juga Learning Picture book.

Ni sijil yang Danish dapat...

Saya pernah buat entry pasal Learning Picture book ni dalam entry ni.
Dulu curi2 snap masa kat nursery.
Sekarang dah boleh buat buku ni sebagai koleksi peribadi Danish.
Tempek juga beberapa keping gambar dari buku tu...
Boleh tgk macam2 aktiviti yg Danish buat di nursery...
Nampak sgt yg Danish ni minat melulis...
Bila tgk gambar ni saya tanya, "Adik lukis gambar sape ni?"
Jawab Danish, "Kakak." Sayang sgt Danish kat kakak dia.

3 Sept nanti Danish dah masuk Reception.
Dia panggil reception tu "Big School".
Nampak macam eksaited juga dia nak masuk "Big school".
Kita pun seronok tgk anak2 yg seronok dapat pergi sekolah, kan?

Saturday, July 19, 2014

Biskut semperit susu

Biskut raya pertama yang dah buat utk tahun ni... Biskut semperit susu!
Tercapai juga impian nak buat biskut ni.
Tu pun sebab ada kawan yang datang bantu.
Lepas berbuka dan solat, kami mulakan projek biskut raya.
Buat satu adunan jer, tapi banyak juga yang dapat.

Projek mula dalam pukul 12 tgh malam, siap dalam pukul 1.30 pagi.
Pukul 2 terus panaskan lauk utk sahur.
Sambil buat biskut, sambil borak.
Memang mata tak mengantuk.
Kalau buat sorang2, mau tertidur sorang2 depan oven tunggu biskut masak ;p
Nasib oven kat sini besar. Dua kali bakar dah siap.
Mula la simpan angan2 nak bawa balik oven mcm tu satu utk bawa balik M'sia.

Dah-dah berangan.
Berbalik pada biskut semperit.
Mudah sgt nak buat biskut ni.
Jom tgk bahan-bahannya...

Bahan-bahan...
Satu ketul butter 250gram
satu tin susu pekat
600g tepung jagung (anggaran)

Cara nak buat... 
Pukul butter dengan susu pekat. 
Cukup sekadar dua bahan ni sebati dan mesra jer. 
Tak perlu kembang sangat. 
Kalau dipukul terlalu kembang, kelopak bunga hilang bentuk bila dibakar.
Bila butter dan susu pekat dah cukup mesra, masukkan tepung jagung sikit2. 
Uli la hingga dapat kelembutan doh yang sesuai utk dimasukkan dalam acuan semperit. 
Jangan terlalu lembut atau terlalu keras. So so jer.

Saya juga cuba test dgn acuan semperit. Cubaan kali kedua baru dapat kelembutan doh yg sesuai.
Kemudian, teruskan proses menyemperit hingga selesai. 

Bila buat dua orang, jadi doh pun dah jadi dua warna dan bunga yg dua tingkat.
Ni hasil yg kami dapat lepas siap dibakar...
Rupa tak cantik sgt. Tapi rasa, ok sgt2 tau.
Bila tgk Aisyah duk ralit makan satu-satu, saya pun tegur. "Kakak, biskut tu nak buat raya la."
Balas Aisyah, "Sorry ummi, I can't stop eating this." Sambil terus sambung makan.
Ha, jadi mommies pun boleh bayangkan rasa biskut ni. Memang tak jemu.
Lepas satu, satu rasa nak makan.
Betul la kata orang, memang biskut yang cair di mulut!

Next, rasa nak cuba buat biskut sarang semut pulak.
Setakat ni, saya plan nak buat lagi tiga jenis... Sarang semut, cornflakes dan tart nenas.
Tart nenas akhir sekali sbb ramai peminat.
Kalau buat awal2, mmg tak sempat nak buat makan masa raya.
Itu dari pengalaman tahun lepas la. 

Friday, July 18, 2014

Hari terakhir persekolahan

Hari ni hari terakhir persekolahan anak-anak bersekolah utk sesi 2013/2014.
Sekolah akan dibuka semula 3 Sept nanti.
Belum plan lagi nak bawa budak2 jalan2 ke mana sempena summer holiday nanti.

Hari ni juga saya dijemput utk menghadiri perhimpunan mingguan sekolah.
Alhamdulillah, sekali lagi Aisyah dapat gelaran Learning superstar.
Bukan learning superstar of the week, tapi learning superstar of the Year!
Selain sijil, dapat juga medal dan voucher buku GBP10 (dalam RM50++).
Boleh la bawa Aisyah beli buku nanti.

Speechless...

Malaysia diuji lagi...

Daripada Allah kita datang, kepada-Nya jua kita kembali.
Al-fatihah....
NuKilaN:
 

Thursday, July 17, 2014

Viral letter

Surat dari guru besar dari sebuah sekolah di Lancashire menjadi viral di facebook selepas dimuatnaik dalam facebook BBC News.
Memang menarik isi kandungannya... jom kita sama-sama baca...

Suka dgn pernyataan ni, "... there are many ways of being smart.".
Bijak bukan diukur dari pencapaian akademik sahaja.
Sebab tu anak-anak sangat enjoy pergi sekolah kat sini.
Tak terlalu dibebankan dengan pencapaian akademik.

Isnin lepas dah dapat report card utk anak-anak bertiga.
Nanti nak share juga kat blog cara cikgu2 kat sini membuat penilaian.
Cara mereka cerita pencapaian anak-anak sepanjang tahun persekolahan.
Baca laporan cikgu2, buat kita yang bergelar mak ni rasa lega.
Tiada A yang kita cari dengan sistem mereka.
Cukup kita tahu yg ada pencapaian yg anak2 dah capai sepanjang mereka menghabiskan masa di sekolah.

NuKilaN:
 

Wednesday, July 16, 2014

WW ::: Sept 2011

Orang putih kata "Throwback".
Kita pula kata "mengimbau kenangan".
Tak kena pula kalau nak kata "lontar ke belakang"...





Cepatnya mereka besar...
Moga jadi anak-anak yang soleh dan solehah... amin!

Nota ummi,
Sedih tgk "video CDM25" tu. Memang tak patut dia bertindak sedemikian. Tapi tindakan sesetengah pihak yg membuka aib si pelaku juga adalah tidak patut. Dugaan bulan Ramadhan kepada kita semua. 

NuKilaN:
 

Sunday, July 13, 2014

Riadah

Dah lama tak bawa anak2 jalan-jalan.
Jadi kelmarin bawa juga mereka ke playground walau dalam bulan puasa.
Tgk la dua budak yg puasa tapi tetap main macam biasa.
Kadang2 kagum juga dgn budak2 ni yang boleh berpuasa hingga 19 jam.
Tapi tetap aktif macam biasa.
Tgk gaya mereka duk main, kita pula yang rasa penat.

Tempek juga la gambar Aisyah yg suka posing... 
Itu trade mark posing sejak akhir-akhir ni.
Suka sgt lentok kaki cenggitu.. huhuhu
Adik mcm biasa.... susah sgt nak capture gambar dia tgk kamera.

Thursday, July 10, 2014

Misteri kehilangan folder

Ni kisah beberapa minggu lepas selepas saya menghadiri parent meeting sempena Danish akan masuk ke reception September nanti. Selepas meeting tu, pihak sekolah ada beri satu folder yang mengandungi beberapa dokumen penting berkaitan pendaftaran Danish utk reception nanti.

Antaranya jadual hari-hari pertama Danish di Reception.
Walau sesi persekolahan bermula pada 3 Sept (Rabu) nanti, tak semua pelajar perlu mendaftar pada hari tersebut. Ada giliran-giliran tertentu yang perlu mendaftar. Jadi cikgu pun tak kalut. Dibuatnya ramai yang menangis, tak ke haru jadinya. Lepas tu nak suaikenal dan ambil tahu perkembangan pelajar lagi. Jadi kemasukan nanti adalah secara berperingkat. Giliran Danish kena pada hari Khamis. Itu pun mula half day dulu. Hari Rabu minggu seterusnya baru sekolah full day.

Selain jadual, ada juga satu set borang yang kena isi dan kembalikan ke pejabat sekolah berserta dengan salinan surat beranak.
Ada juga beberapa pamplet.

Nak dijadikan cerita, saya cuma letak folder ni atas meja di ruang tamu. Bila nak teringat nak isi form tu, cepat2 saya turun ambil kat ruang tamu. Tapi folder tu dah tak ada!

Eh, misteri sungguh. Saya mmg ingat yg saya letak atas meja. Tanya abah, kot2 dia ada simpan. Dia kata tak simpan pun. Kalau abah tak simpan, mcm mana pula boleh tak ada? Hurm, misteri sungguh...

Maka bermula la sesi mencari folder tu. Segenap ceruk rumah saya cari. Dah la rumah tiga tingkat. Semua sekali saya cuba cari possible tempat yang saya selalu letak barang. Tapi tak juga jumpa2. Dah macam-macam doa saya baca nak cari folder tu.

Lepas penat duk mencari selama dua hari, tiba2 saya dapat idea nak tanya anak-anak bertiga. Kata saya, "Siapa jumpa folder Adik yg dapat dari nursery tu, ummi kasi 10 pound!". Tak agak2 nak beri byk tu. Janji dapat balik folder tu. Jawab Aisyah, "Kakak rasa kakak tahu folder tu kat mana if I'm not mistaken." Saya dah berbunga gembira bila Aisyah kata macam tu. Saya suruh Aisyah pergi ambil.

Tak lama lepas tu, Aisyah bawakan folder yang dicari-cari tu. Ya Allah, rasa lega sangat. Saya tanya, "Kat mana kakak jumpa?". Jawab kakak, "Kat dalam locker adik!". Huwaa, Danish yang simpan dalam locker dia rupanya. Patutlah puas saya cari tak jumpa. Tak terfikir pula nak intai dalam locker Danish.

Nak tak nak, kena la tunaikan janji kat Aisyah. Saya beri dua note GBP5. Saya cuba nego lagi dgn Aisyah, "kakak nak satu ke, nak dua-dua duit ni?". Jawab kakak, "Bagi satu kat kakak cukup lah."... Hihihi, melayang lima pound aje la. Lagi lima pound masuk semula dalam poket ummi :)

By the way, bermula September nanti semua pelajar kelas reception hingga Year 2 akan diberi school dinner secara percuma. Untung Danish tak perlu bawa bekal ke sekolah macam abang dan kakak. Takde rezeki kakak dan abang utk dapat school dinner percuma. Kalau berbayar, kena charge GBP1.50 juga sehari. Untung Danish, kan? Rezeki dia :)

Nota ummi,
Budak2 ni mmg ada locker sendiri. Memang permintaan mereka sbb kat sekolah pun mereka ada locker masing-masing. Jadi senang nak simpan barang peribadi masing-masing :)

Tuesday, July 8, 2014

Stoberi milkshake

Musim summer, buat stoberi kat sini sgt2 murah.
Yang ni saya beli lima bekas utk satu pound (dlm RM5+).
Ada kawan kata pernah dapat tujuh bekas utk satu pound.
Murah sgt2.
Mula-mula ingat nak buat jam jer.
Tapi di bulan puasa ni, takut tak laku pula.
Jadi blend buat air milkshake aje la.
Mmg kegemaran budak2 kat rumah ni.
Sekali buat, terus licin.
Minum bertambah-tambah.


Nak juga letak resepi Strawberry Milkshake versi saya.

Bahan-bahan
Buah strawbery (dlm 10 biji)
Susu segar (dlm 2 gelas)
Air sejuk (dlm 2 gelas)
Gula (dlm 5 sudu besar)
*semua sukatan sekadar anggaran - boleh ejas sendiri mengikut selera anak tekak masing-masing.

Cara-cara...
Masuk semua bahan2 dalam blend.
Tekan switch "ON".
Siap!

Nota ummi,
Kat sini takde air tebu, soya atau laicikang utk berbuka.
Stoberi milkshake la jadi pengganti.... sob sob!
Related Posts with Thumbnails