Saturday, July 19, 2014

Biskut semperit susu

Biskut raya pertama yang dah buat utk tahun ni... Biskut semperit susu!
Tercapai juga impian nak buat biskut ni.
Tu pun sebab ada kawan yang datang bantu.
Lepas berbuka dan solat, kami mulakan projek biskut raya.
Buat satu adunan jer, tapi banyak juga yang dapat.

Projek mula dalam pukul 12 tgh malam, siap dalam pukul 1.30 pagi.
Pukul 2 terus panaskan lauk utk sahur.
Sambil buat biskut, sambil borak.
Memang mata tak mengantuk.
Kalau buat sorang2, mau tertidur sorang2 depan oven tunggu biskut masak ;p
Nasib oven kat sini besar. Dua kali bakar dah siap.
Mula la simpan angan2 nak bawa balik oven mcm tu satu utk bawa balik M'sia.

Dah-dah berangan.
Berbalik pada biskut semperit.
Mudah sgt nak buat biskut ni.
Jom tgk bahan-bahannya...

Bahan-bahan...
Satu ketul butter 250gram
satu tin susu pekat
600g tepung jagung (anggaran)

Cara nak buat... 
Pukul butter dengan susu pekat. 
Cukup sekadar dua bahan ni sebati dan mesra jer. 
Tak perlu kembang sangat. 
Kalau dipukul terlalu kembang, kelopak bunga hilang bentuk bila dibakar.
Bila butter dan susu pekat dah cukup mesra, masukkan tepung jagung sikit2. 
Uli la hingga dapat kelembutan doh yang sesuai utk dimasukkan dalam acuan semperit. 
Jangan terlalu lembut atau terlalu keras. So so jer.

Saya juga cuba test dgn acuan semperit. Cubaan kali kedua baru dapat kelembutan doh yg sesuai.
Kemudian, teruskan proses menyemperit hingga selesai. 

Bila buat dua orang, jadi doh pun dah jadi dua warna dan bunga yg dua tingkat.
Ni hasil yg kami dapat lepas siap dibakar...
Rupa tak cantik sgt. Tapi rasa, ok sgt2 tau.
Bila tgk Aisyah duk ralit makan satu-satu, saya pun tegur. "Kakak, biskut tu nak buat raya la."
Balas Aisyah, "Sorry ummi, I can't stop eating this." Sambil terus sambung makan.
Ha, jadi mommies pun boleh bayangkan rasa biskut ni. Memang tak jemu.
Lepas satu, satu rasa nak makan.
Betul la kata orang, memang biskut yang cair di mulut!

Next, rasa nak cuba buat biskut sarang semut pulak.
Setakat ni, saya plan nak buat lagi tiga jenis... Sarang semut, cornflakes dan tart nenas.
Tart nenas akhir sekali sbb ramai peminat.
Kalau buat awal2, mmg tak sempat nak buat makan masa raya.
Itu dari pengalaman tahun lepas la. 

19 comments:

  1. Wahhhh berhasil jugak.... Cair di mulut tak? Hahahaha

    ReplyDelete
  2. Akak. pun buat pagi tadi lepas sahur.. Nabil tak puasa.. dia dah rasa dulu.. sedap katanya.. tak berhenti dibuatnya..

    ReplyDelete
  3. Sedap nampak biskut tu... baru beli sebalang hari tu... dah nak abis .. buat pemanis mulut pahit masa demam hari tu...

    ReplyDelete
  4. ade hari tuh sy dah buat..intai2 resepi ummi danish nie yg dulu tuh...hehehe..tapi mmg sempoilah bhn2 dia..cuma acuan sy lain sket, bhn2lah semperit lah official nyer..:)

    ReplyDelete
  5. Wahhhh. .cantik biskut ni Nur..bahan pun simple kan.. boleh cuba nti..amboi kakak aisyah mkn tak henti tu maksudnya sedapp lah tu...hehe

    ReplyDelete
  6. akak serious CT nak cuba ni.. nak balik kg cepat2 nak buat.. cem menggoda sangat senangnya hihiks.. ada penah tengok orang buat resepi cenggini tp diorang masuk kan sekali kelapa parut yang digoreng then kisar kasi hancus dalam doh.. lepas tu semperit jadi super duper crunchy.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya nampak.... aduh tergoda... nqk try juga la buat...

    ReplyDelete
  8. Salam Nur,

    Agak simple resepi semperit susu ni ya! Mak Aji copy ya, entah bila nak buat sebab dah siap beli pun semperit susu ni. Insya-Allah kalau semudah ni boleh cuba buat sendiri pula!

    ReplyDelete
  9. try jugak.. tp x de acuan semperit.. lupa plk nak wat semperit jalur2.. duk ingat bunga je..last2. keadahnya jd biskut lain.. manis sikit.

    ReplyDelete
  10. dana dr awal2 pose dh berangan nk buat biskut nih kak sbb dia nyer resepi yg mudah tp sampai laaaa ni, tak jd2 nk bt lg... heheheh hampeh betul kan

    ReplyDelete
  11. Assalamu'alaikum, Pn Nur,
    susu pekat manis tu berapa ml/gm ye? sini ada tin kecil dan tin besar..takut terlebih manis plak.
    TQ. Ramadhan kareem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya guna yg tin kecil pun dah cukup..
      Kalau guna yg tin besar, cukup separuh sahaja...

      Delete
  12. Cantik...my favourite.....

    nk cube buat....susu pekat bape ml?

    Tq utk resepi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tgk pada tin 397g... takde pulak sukatan ml... huhuhu

      Delete
  13. ohh sng betul guna 3 jenis bahan je..biasanya samperit ni resepi guna tepung gandum+tepung jagung+tepung kastard..niat nak buat tu ada..tp takut tak sempat habiskan doh anak buat perangai je.hehe..

    mmg sedap sgtlah smp aisyah tak bley berenti makan

    ReplyDelete
  14. Nampak mcm mudah je,bahan2nya pun 3 jenis je,nanti nak cuba jgk,Insya Allah.

    ReplyDelete
  15. snggah di hari raya keempat..
    selamat hari raya kak.
    maaf zahir batin.
    mcm mna sambutan di uk?

    semperit susu mmg sedap. lembut je bila ltak dlm mulut. hihi..

    salam kenal di hari raya :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails