Wednesday, July 23, 2014

Colek perut

Salah satu makanan kegemaran hubyy.. colek perut!
Entah dah berapa kali hubby cuba beri hint nak makan colek perut ni.
Bila saya kata tak pandai masak, hubby kata bukan ke saya pernah buat colek perut ni masa kat M'sia?
Ya ya, mmg saya pernah buat sekali.
Masa raya haji kalau tak silap.
Tapi hubby kata tak sedap.
Konon kononnya dah merajuk tak nak masak lagi colek perut ni.
Yea la, mana boleh nak lawan dengan masakan MIL yg mmg pakar buat colek perut ni.
Tapi bila dah berkali-kali ditanya, cair jugak la hati si isteri....
Akur juga dengan permintaan si suami yg mengidam colek perut di bulan puasa...

Kebetulan ada nampak orang jual perut kat pasar Bradford.
Dah siap cuci bersih... tinggal nak rebus jer hingga empuk...
Utk buat sos tu, kena la hubby call MIL minta resepi.
Katanya cuma perlu 4 bahan - cili kering, nise (gula melaka), bawang putih dan asam keping.
Tapi kuantiti setiap tu kena agak-agak.
Jadi kat sini jot down kuantiti yg saya guna sbg rujukan di masa depan...

Bahan-bahan sos colek perut:
1-2 sudu serbuk cili kering
1 kerek besar nise ( 1 keping gula melaka saiz besar)
1 labu bawang putih
5 keping asam keping
2-3 cawan air
Sedikit garam/gula

Cara nak buat mudah sgt...
Mula2 saya blend air dan semua bawang putih.
Masukkan air yg diblend ke dalam periuk.
Masukkan semua bahan2 lain - nise, cili kering dan asam keping.
Masaklah dengan api sederhana hingga sos jadi pekat.
Pastikan adunan sentiasa dikacau.
Perasakan sedikit garam.
Kalau tak cukup manis, boleh tambahkan gula.

**Sos ni, kalau nak makan masa berbuka.. elok buat pagi2. Atau boleh buat siap2 lepas berbuka utk makan keesokan hari. Lagi lama perangat sos ni, lagi rasa sedap.

Untuk hidangkan colek perut ni...
*Potong kecil2 perut yang dah empuk direbus.
*Potong kecil2 timun.
*Ramas kecil2 keropok ikan.
*Basuh bersih tauge dan buangkan ekornya.
Gaulkan bahan bertanda (*) ikut kuantiti yang dikehendaki.
Kemudian masukkan sos yang dibuat tadi.
Gaul sebati sebelum makan... nyum nyum!

Ni rupa colek perut made in Bradford with love...
Kali ni, berkali kali hubby puji sedap bila makan colek perut ni.
Berkali kali cakap mcm duduk M'sia bila boleh makan colek perut.
Tak tahu la sama ada dia nak ambil hati tukang pembuat atau sbb betul2 sedap.
Kalau si pembuat merajuk lagi, dia juga yg tak dapat makan colek perut... hihihi...

16 comments:

  1. bukan payah pun..tp reti beli je.. x pernah fikir nak buat.. satunya x pernh kot jumpa perut tu kalau bukan raya haji..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau beli, perut yg dpt cuma sekeping dua... Yg lain sayur2 dan aksesori lain aje la, kan?
      Buat sendiri mmg puas dpt makan :)

      Delete
  2. mcm sedap je..tpi biasa makan perut yg berlingkar tu..org kelantan panggil 'perut muda'..;-)

    ReplyDelete
  3. haha akk, lawak pulak bila akk tulih nise, mertua eta terengganu, jadi NISANG. ni bisang eta nak habis dah, tunggu mil pos. masa mula2 kawen, serius xtau apa benda la nisang, eta siap terbanyang batu nisan tau kak. haha. bila mil tunjuk baru tau. laaa gula melaka rupanya. hehe

    ReplyDelete
  4. haaa ganah sek sek demo siap bercolek perut ramadhan ni, saya memang tak makan organ dalaman, ritu masa kat sarajevo mil masak perut ni, berlarian saya tak nak makan muahaha.

    ReplyDelete
  5. Wahhhh... Kagumnya sbb kak Nur boleh buat makanan yg rare ini. Sy mmg x mkn segala jenis mknn menggunakan perut. Tak pandai makan. Hehehee..

    ReplyDelete
  6. Salam Nur,

    Jauh nun kat sana boleh makan colek perut. Yang kat KL pun x dapat makan ni! Mak Aji ingat kalau kat kampung dulu selesai terawih je inilah yang jadi feveret selain colek ayam, pelampung (paru-paru)! Mak Aji copy ya resepinya, kalau2 rajin bolehlah buat nanti.

    ReplyDelete
  7. teringin nyer nk rasa kak... nk tanya edy lah mana nk jumpa kt kerteh nnti... dana suke mkn perut tuh... bt msk lemak cili api atau tumis pedas2,.,,, sedapnyer... colek ni tak penah try n tak penah jmpa tp selalu dgr nama heheheh

    ReplyDelete
  8. wahhhhhh kagum nyer ada colek perut d Bradford... mesti suami terharu tu tau...

    ReplyDelete
  9. baru dengar colek perut...saya mmg suka perut..tapi jarang sesangat dapat makan perut hehe

    ReplyDelete
  10. Baru tahu ada colek perut,sedapnya.

    ReplyDelete
  11. nmpk sedap tp syg sy xmkn isi dlm nih

    ReplyDelete
  12. Wah.. rajinnya
    Colek perut nampak sedap tu. Tapi kalau saya, lagi suka kalau pencicahnya banyak..

    ReplyDelete
  13. Nmpk sedap tu nur... tapi saya xmakan perut... kalau perut tu boleh tukar ngan ayam tak? Hehehe

    ReplyDelete
  14. 1 kerek besar nise.... kalau takda translation bahasa rasmi, mahu termangu-mangu saya tak faham apa yang nak dicari :)

    Tak pernah makan colek perut ni. Perut pun tak pernah cuba makan. Alahai ...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails