Monday, August 28, 2017

Comotnya dia...

Setakat ni, Aina boleh bertahan atas car seat for long journey.
Tapi kena umpan dgn makanan.
Ni gambar semalam, perjalanan KT kuantan dlm 2 jam setengah.
Umpan dengan roti coklat.
Hasilnya habis comot satu badan.
Tapi bila dah kenyang, terus Aina lelap.

Seblh malam pula, Aina pun nak aiskrim bila abg kakak makan.
Hasilnya...

Seronok dia dapat mkn aiskrim.

Sunday, August 27, 2017

Sambutan Hari Keluarga Merdeka 2017

Pagi semalam, bawa anak2 sertai hari keluarga UMT.
Hari keluarga yang dibuat serentak dengan sambutan kemerdakaan.

Anak2 pun tak lepaskan peluang untuk sertai kontinjen pembarisan PPIMG.







Lepas pembarisan, program diteruskan pula beberapa aktiviti sukaneka seperti pertandingan melukis/mewarna, pertandingan memasak menu sihat, pertandingan gigi cantik, dan mcm2 acara lagi.

Thursday, August 24, 2017

August babies

Bulan Ogos ni, bulan kelahiran bagi Irfan dan Aisyah.
Irfan genap 12 tahun pada 9/8 lepas.
Aisyah pula, genap 10 tahun pada 22/8 lepas.

Irfan 12 tahun lepas...
 Gambar terkini birthday boy...
 Dah ada kad pengenalan sendiri pun...
 Semoga terus jadi anak yang soleh.. Dapat selalu beri teladan yang baik untuk adik adik...


Ni pula gambar Aisyah 10 tahun yg lalu..
Sekarang dah besar panjang pun..
Semoga jadi anak yang solehah.. kakak yang baik utk adik-adik..
Skrang pun, dah boleh diharap sgt kakak Aisyah ni tolong ummi mana yg patut :)

Lastly...
Selamat hari lahir buat Irfan dan Aisyah :)

Nota ummi,
Mereka ada juga request nak buat sambutan hari lahir... Tapi memandangkan jadual kerja yg amat padat, tak boleh nak tunaikan permintaan birthday boy/girl... Maafkan ummi yer...

NuKilaN:
 

Tuesday, August 22, 2017

Pulau Bidong

Kisah dua minggu lepas.
9 Ogos lalu, saya berpeluang ke Pulau Bidong.
Pulau Bidong ni salah satu stesen penyelidikan UMT.
Tapi saya ke sana bukan untuk buat penyelidikan pun.
Jadi AJK pengiring peserta MySec2017 untuk program Excursion.

Pukul 9 pagi dah berada di jeti Pulau Duyong.
Lepas semua sarapan, ada sedikit taklimat keselamatan.
The Do and Don't bila berada atas bot dan semasa di pulau.
Yang penting, kena pakai safety jacket dengan betul.
Risau pula bila sehari sebelum ke sana, ada beberapa pelajar yg bot terbalik di Kuala Besut.
Selesai taklimat, bergerak la ke jeti untuk menaiki bot.
Perjalanan dari Pulau Duyong ke Pulau Bidong mengambil masa lebih sejam.
Penatnya badan dilambung ombak atas bot.

Jeti Pulau Bidong.

Taklimat lagi kepada peserta tentang sejarah Pulau Bidong.

Suka sgt view kat sini...
Kaler air dan awan sangat cantik masa tu..




Dalam pukul 3 petang dah bertolak balik ke Pulau Duyong.
Dalam pukul 6.30 petang baru sampai rumah.
Memang penat tak terkata.

Ada satu pengalaman tak boleh dilupa masa ke sana.
Pipi saya "dicium" jellyfish semasa snorkelling.
Masa kena tu, mcm terkena renjatan letrik.
Terasa mcm kulit pipi disiat siat.
Cepat2 naik ke darat dan dapatkan rawatan.
Doktor yg bertugas semburkan bancuhan cuka.
Baru lega sikit.
Kemudian terus mandi dan tukar baju.
Lepas tu, doktor suruh apply calamine lotion pula utk kurangkan rasa gatal.
Habislah pipi saya jadi putih bila posing...
Hahaha, pipi sakit pun, tetap kena posing.
Kenangan sungguh!


Monday, August 21, 2017

Kematian ibu bersalin

Perkongsian menarik bagi kawan2 yg mengandung diumur melebihi 35 tahun...
Jadi bila doktor beri saranan selepas bersalin, mommies ada justifikasi yang bagus untuk terima/tolak heparin.
Baca dan hadam sampai habis tau :)


Hari ini saya berbincang dengan pakar-pakar O&G dari negeri-negeri lain di Malaysia, dan juga Ustaz di PPUM tentang kematian ibu-ibu bersalin. 

Setiap tahun, di Malaysia, seramai 13 atau 14 ibu bersalin meninggal dunia disebabkan darah beku di dalam saluran darah paru-paru (pulmonary embolism). 

Dalam 100 kematian ibu bersalin di Malaysia, 60 adalah disebabkan oleh pulmonary embolism. 

Risiko kematian ibu Melayu adalah lebih tinggi daripada ibu lain. 

Kadar Kematian ibu Melayu disebabkan pulmonary embolism adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada kematian ibu di Eropah. 

Kadar Kematian ibu Melayu disebabkan pulmonary embolism adalah lebih tinggi daripada kematian ibu dari kaum yang lain di Malaysia. 

7 dalam 10 (73%) daripada kematian ibu disebabkan pulmonary embolism ini berlaku selepas bersalin dan hanya 3 dalam 10 berlaku sebelum bersalin.

9 dalam 10 (90%) daripada kematian ibu disebabkan pulmonary embolism ini berlaku selepas pembedahan Caesarean section, selepas pulang ke rumah. Di negara United Kingdom, 5 dalam 10 (50%) daripada kematian ibu yang disebabkan pulmonary embolism berlaku selepas Caesarean section. Lihatlah perbezaannya di UK dan di Malaysia.
.

Kenapa ibu yang hamil dan baru bersalin mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada wanita yang tidak hamil?

Pertama sekali, semua ibu patut tahu yang kepekatan darah akan meningkat di dalam saluran darah ibu yang hamil, sebab hormon ibu yang hamil akan merangsangkan badan membuat lebih protein yang memekatkan darah. Tujuannya memekatkan darah ialah untuk melindungi ibu bersalin daripada pertumpahan darah yang berlebihan selepas bersalin. 

Kepekatan darah inilah puncanya kenapa risiko ibu yang hamil mendapat pembekuan darah menjadi 6 kali ganda lebih tinggi daripada wanita yang tidak hamil. Selepas bersalin kepekatan darah ini masih tinggi pada 6 minggu berpantang. 

Masalah mendapat pembekuan darah ini adalah 5 kali ganda lebih tinggi selepas bersalin bila dibandingkan dengan sebelum bersalin. Terdapat perubahan kandungan air dari dalam saluran darah selepas bersalin yang menyebabkan darah menjadi lebih pekat. Risiko yang paling tinggi sekali ialah pada tiga minggu pertama selepas bersalin. 

Ada beberapa perkara lain yang juga menyebabkan risiko darah beku menjadi lebih tinggi lagi: 
1. Usia ibu yang semakin tua (>35 tahun)
2. Berat badan yang obese
3. Merokok
4. Kehamilan kembar 
5. Terdapatnya masalah yang lain (seperti pre-eclampsia, penyakit jantung lemah)
6. Kekurangan pergerakan badan (seperti selepas pembedahan Caesarean)
7. Kekurangan meminum air (dehydration)
8. Ketumpahan darah yang berlebihan semasa bersalin

.

Apakah tanda-tandanya bila terdapat pembekuan darah di dalam saluran darah di dalam paru-paru (pulmonary embolism)
1. Pernafasan terganggu atau sesak nafas 
2. Nadi denyutan jantung ibu menjadi lebih laju daripada biasa 
3. Suhu badan mungkin naik 
4. Batuk darah 

Pembekuan darah di dalam saluran darah mengganggu pengaliran darah ke paru-paru dan menghalang kemasukan oxigen yang secukupnya ke dalam darah. Tekanan darah di dalam paru-paru menjadi tinggi dan meninggikan beban ke atas jantung di sebelah kanan. Ini boleh menyebabkan air masuk ke dalam paru-paru dan kematian secara mengejut. 

.

Bagaimanakah kita hendak mengelakkan pulmonary embolism?

1. Menjaga berat badan. Biasakan diri dengan cara hidup yang sihat dan menurunkan berat badan yang berlebihan sebelum hamil.
2. Semasa hamil, bersenam 20-30 minit setiap hari untuk mengawal kenaikan berat badan. 
3. Berhenti merokok
4. Elakkan pembedahan Caesarean section jika tidak diperlukan  
5. Jika terpaksa menjalani pembedahan Caesarean section - Doktor akan memberi suntikan untuk mencairkan darah sekali sehari untuk 7 hari, sebagai ubat pencegah kemudaratan pulmonary embolism.
6. Minum air yang secukupnya selepas bersalin, terutamanya ibu yang menyusukan bayi (Keperluannya ialah 3L sehari / 12-13 gelas sehari), walaupun di dalam pantang. 
7. Berjalan-jalan selepas bersalin untuk membantu pengaliran darah walaupun di dalam pantang. 

.

Mengapakah terdapat kelebihan kematian ibu dari kaum Melayu bila dibandingkan dengan kaum yang lain? 

Tidak ada jawapan atau bukti yang kukuh. Mungkin lebih ramai ibu yang obese. Mungkin lebih ramai yang mengamal pantang yang tidak membenarkan ibu meminum secukupnya, atau berjalan-jalan (walaupun di dalam rumah). 

Mungkin kerana khuatir yang ubat suntikan pencair darah seperti clexane itu berunsur khinzir, dan adakah ibu-ibu tidak mengikut nasihat Doktor dan tidak mengambil suntikan clexane? 

Saya akan memberi penjelasan daripada Ustaz, kenapa diharuskan mengambil clexane walaupun ia berunsur khinzir.

1. Tidak ada ubat lain yang tidak berunsur khinzir yang lebih baik daripada clexane 
2. Ubat suntikan heparin tidak memberi kebersanan yang setanding dengan clexane terutama bagi ibu yang berat badan melebihi 90kg. 
3. Ubat fondaparinux pula sangat mahal dan ramai ibu tidak mampu. Ia boleh memasuki susu badan dan bayi yang menyusu boleh mendapat dose yang sedikit.

Saya harap keterangan ini jelas, supaya ibu-ibu tidak lagi khuatir tentang penggunaan ubat suntikan pencair darah clexane untuk mencegah penyakit yang boleh menyebabkan kematian ibu bersalin. Jika ibu mendapat masalah pembekuan darah semasa hamil, rawatan yang terbaik jugalah clexane atau ubat yang sejenis dengannya low molecular weight heparin seperti deltaparin, enoxaparin dan tinzaparin. 

Innalillahiwainnailaihirojiun. Al-Fatihah kepada kesemua ibu-ibu yang telah meninggalkan kita. Semoga kita sama-sama berusaha untuk mencegah venous thromboembolism dan pulmonary embolism dengan menyampaikan ilmu pengetahuan. 

Prof Dr Imelda,
Pakar perunding maternal dan fetal medicine,
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.

Sumber:
Facebook Prof Dr Imelda

Nota ummi,
Masa lahirkan Aina, saya juga disarankan untuk ambil suntikan heparin ni sebab:
1. Umur lebih 35 tahun
2. Kelahiran anak yang ke-4
Tapi saya buat keputusan untuk tak ambil. Sebab saya melahirkan untuk normal. Saya rasa masih mampu untuk bergerak cergas selepas bersalin.

Orang kata (ada kawan2 saya yg ambil), sakit suntikan ni.
Satu badan rasa kebas.
Dan masa tu, saya belum tahu yang suntikan heparin rupanya ada unsur khinzir... huhuhu

Sunday, August 20, 2017

Mesej berantai

MESEJ-MESEJ YANG HUKUMNYA HARAM

Mesej berantai dijatuhkan hukumnya *SYIRIK* kerana seolah-olahnya manusia yang berkuasa menentukan *qada* dan *qadar* yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. 

Contoh mesej mesej berantai :-

1. Sebarkan sekarang. Sekiranya anda tidak menghantar mesej ini, itu bermaksud anda telah dibisikkan oleh syaitan. Terpulanglahhh.......

2. "Sesiapa yang tidak menghantar mesej ni, akan ditimpa musibah" .

3. "Sesiapa yang menghantar mesej ini dalam masa dua jam, orang yang tersayang akan datang ke rumah anda". 

4. "Siapa yang mengabaikan mesej ini, anda akan kehilangan orang yang tersayang". 

5. "Siapa yang menghantar mesej ini kepada 4 orang, dalam masa 4 jam, anda akan mendapat rezeki yang melimpah ruah". 

6. "Hantar mesej ini kepada sekurang-kurangnya 12 orang, anda akan mendapat berita yang baik dalam masa 2 jam",

Ada bermacam-macam lagi mesej dalam bantuk seperti yang di atas yang perlu diabai dan dihentikan segera.

Senang cerita, ia berkait rapat dengan perjanjian yang berbentuk ganjaran atau musibah yang ditetapkan oleh manusia sendiri.

Manusia  tidak layak untuk menjatuhkan sesuatu hukum ke atas sesama manusia melainkan atas sebab-sebab yang tertentu..........

Teguran serta nasihat untuk semua sahabat dan rakan-rakan. Untuk umat islam, mesej berantai begini adalah HARAM.......!!!!!!!

Viralkan biar semua orang tahu.......

Daripada :
Bahagian Dakwah,
JAKIM, Malaysia.

والله اعلم

Sumber: Facebook Jakim

Nota ummi,
Kadang2 bila dapat msg mcm ni, rasa nak tegur. Tapi takut si penghantar terasa hati. Lagi2 kalau ia lebih tua dari kita dan ahli keluarga kita. Hurm...

Friday, August 18, 2017

Desa kekabu inn

Pagi tadi dpt jemputan dari sekolah utk share ilmu berkaitan Matematik.
Bawa anak2 ikut sekali.
Lepas program, tercari cari mana mereka semua.

Rupanya seronok sangat main sungai.


Si kecil pun seronok mandi manda..

Bukan main susah lg ajak mereka naik.
Tapi kena paksa juga sbb nak kena solat Jumaat.

Lepas siap tukar baju, kami dijamu dengan megi ketam pula.


Dah la sarapan dah dijamu dengan nasi goreng.
Masa budak2 ni sedang mandi, dihidangkan pula nasi lemak.
Seronok mereka makan nasi di tepi pantai.

First time datang desa kekabu inn ni.
Lain kali boleh datang lagi.
Nak bawa baju dan nak mandi sungai.
Sewa bilik pun sgt berpatutan.

Wednesday, August 16, 2017

Aina oh Aina

Pagi ni cikgu taska hantar gambar ni...
Rosak majlis hari lahir putri Fitiya.
Aina ni, suka sangat nangis tau..
Lagi2 bila ada ramai orang yg dia tak kenal.
Manja kededek, kata ore kelate.

Gambar ni pun sama...
Bukan bergambar dgn org lain pun..
bergambar dgn abang2 dan kakak pun dia nangis..
dari atas dukung, letak atas kerusi, terus switch on mode menangis...

Alahai Aina..

Tuesday, August 15, 2017

Indahnya matahari terbit..

Masa kat Bradford, suka update pasal bunga-bunga bila musim bunga.
Maklum laa, mcm2 jenis bunga cantik yg keluar.

Balik M'sia, suka pula share pasal pantai.
Maklumlah, rumah dekat sgt dengan pantai.
Rasa tenang jer bila balik kerja tengok pantai.
Apatah lagi bila dapat tengok matahari terbit setiap pagi.
Setiap pagi, lukisan alam yang berlainan terhidang.
Subhanallah!

Ni sunset hari Jumaat lepas.
 Aisyah, Irfan dan Danish...
 Tak ketinggalan Aina..
Ni dari lensa kawan pada masa yg sama..
Juga yg ni..
Cantik,kan?

NuKilaN:
 

Sunday, August 13, 2017

Jangkitan kuman

Petang Jumaat, danish batuk agak kuat.
Bawa pergi klinik, doktor kata batuk biasa dan tak membimbangkan.

Malam tu dia batuk yg sgt kuat.
Entah berapa kali pakai inhaler utk bolehkan dia tidur.

Petang Sabtu, bawa lagi dia ke klinik.
Doktor bagi sedut gas dua kali.
Tu pun, pernafasan dia masih laju.
Jadi doktor pesan utk datang semula ke klinik sebelah mlm.

Bila mlm, dia nampak ok.
Dapat cakap, main dan makan seperti biasa.
Dah mula usik Aina.
Jadi tak bawa dia ke klinik.

Pagi ni, dia nampak tak larat lagi.
Jadi sy bawa ke Pusat Kesihatan Universiti (PKU).

Lepas pendaftaran, misi yg bertugas terus bawa Danish ke unit kecemasan.
Selepas history taking, MA yg bertugas sarankan utk buat imbasan x ray.


Hasil dari pemeriksaan doktor, ada sedikit jangkitan kuman di paru paru.
Memandangkan Danish nampak cergas dan ada selera makan, jadi tak perlu warded.
Kena pantau pernafasan dia dan makan antibiotik mengikut masa.
Speedy recovery yer Danish.

Monday, August 7, 2017

Conference

Bermula hari ni hingga Rabu depan, agak busy dengan konferens ni.


Pagi ni ada majlis perasmian.
Dimulakan dgn bacaan doa.
Kemudian ucapan dari Dato NC UMT.
Sekarang ucapan perasmian dari ahli lembaga pengarah UMT.
Doakan semoga program tiga hari ni berjalan dengan lancar.

Sunday, August 6, 2017

Cucur Kembong

Sebelum ni, saya dah cuba masak cucur kembong.
Tapi, hasilnya cucur saya tak kembung.

Minggu lepas, ramai pula yang share cucur kembong a.k.a cucur manis ni.

Saya pun dah terjebak.
Untuk resepi asal, boleh rujuk FB Yati Rahim.
Dah viral pun post tersebut dengan 31K sharing.
Ada video step by step lagi.
Senang nak follow.

Nak tempek juga resepi kat sini supaya senang nak rujuk.

Bahan-bahan:
*2 cwn tepung gandum
*3 sudu besar gula
*1/2 sudu teh garam
2 cwn air panas mendidih

Caranya:
1. Campurkan bahan bertanda (*) ke dalam mangkuk. Gaul sebati.
2. Masukkan air panas dan kacau dgn senduk sehingga sebati. Biarkan sedikit sejuk.
3. Bila adunan dah sejuk, ambil sedikit adunan dan bulatkan (saiz bulat tu ikut keselesaan masing2 nak buat besar mana )... Ok, masa ni adunan akan melekat dekat tangan. So nak bagi doh tu licin, calit sikit air dekat hujung jari supaya doh yang kita nak bulatkan tu tak melekat di tapak tangan. Susun doh yang dibulatkan atas tray/loyang.
4. Panaskan minyak (guna kaedah minyak penuh- deep frying). Maknanya cucur tu tenggelam dlm minyak.
5.Bila minyak dah panas perlahankan api supaya doh tu tak tekejut supaya kaler cucur jadi cantik. Pastu besarkan api semula. Kena goreng dgn api yg besar.
6. Goreng sambil kacau2, golek2 cucur tu utk sekatakan warna cucur.

Macam biasa, jarang sangat boleh masak ikut resepi. Entah mcm mana, doh yg saya dapat sedikit lembik. Jadi tak boleh bulatkan cantik2.
Jadi saya skip langah 3, terus cedok doh guna sudu dan masukkan ke dlm minyak panas.

Hasilnya, doh tak cukup bulat...
Tapi, rasa cucur ni memang sedap.
Garing di luar, tapi lembut di dalam.

Related Posts with Thumbnails