Tuesday, January 31, 2012

1 pound = seringgit?

Bila baca komen dari HS, baru saya sedar tersilap tulis statement jika diukur dari segi kewangan, iaitu pernyataan berikut: "Kalau 1 pound tu macam seringgit kita". Pernyataan tersebut hanya sah dari segi fizikal sahaja, maksud saya - hanya nombor jer yang sama. Kalau diukur dari segi nilai, tersangat jauh beza di antara RM1 dan 1 pound.

Nampaknya kena lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang pernyataan especially berkaitan kewangan. Ada pakar matematik kewangan yang dah regularly baca blog ni :)

Kebanyakan harga barang kat sini adalah kurang dari 10 pound. Kat sini, macam-macam dah boleh beli dengan duit 1 pound. Coklat kit-kat yang bar besar (4 bars x 3 pieces) baru 1 pound. Kalau kat Mesia, coklat kit kat kecil yang dua bar tu dah seringgit lebih. Banyak tak beza tu?

Kalau nak beli buah, memang sangat bahagia kat sini. Buah oren yang besar dan manis tu boleh dapat 6 biji dengan harga 1 pound. Buah strawberry juga satu kotak 1 pound. Ada dalam 12 biji strawbery yang besar dan sedap dalam sekotak. Buah epal pun sama. Dengan harga 1 pound, boleh dapat 7 biji buah epal yang sangat rangup... nyum nyum...  (telan air liur tak bila baca statement ni?)

Harga susu segar lagi murah kat sini. Kalau beli susu segar 2 liter, tak sampai 1 pound pun. Yang saya biasa beli, 2 liter susu segar cuma 79 pence. Dah la rasa susu segar kat sini sangat sedap. Kalau beli 2 liter tu, tak sampai 24 jam dah licin.

Tadi saya beli keju yang ada 10 keping cuma dengan harga 50 pence. Kalau 1 pound dah dapat dua paket keju. Nampak gaya, setiap hari boleh makan roti dengan keju. Kalau kat Malaysia, memang sangat berkira-kira nak beli keju keping mcm cheesedale. Mahal, kan?

Secara kesimpulannya, memang pernyataan saya sebelum ni sangat salah. Dengan satu pound sahaja, saya dah boleh beli macam-macam.


NuKilaN:
 

Friday, January 27, 2012

pound, pence, penny

Saya masih dalam proses nak biasakan diri dengan matawang di sini. Rasa macam susah pulak berurusan dengan duit syiling ni.

Kalau kat Malaysia, ada 3 jenis jer duit syiling yang kita guna - syiling 50 sen, syling 20 dan syiling 10 sen. Syiling 5 sen memang dah jarang guna. Apatah lagi kalau syiling satu sen - langsung dah tak laku.

Kat sini situasinya sangat berbeza.
Kalau 1 pound tu macam seringgit kita. Tapi ia dalam bentuk syiling. Duit ni senang nak kenal sebab ia berwarna keemasan. Duit syling dua pound juga dalam bentuk syiling.

Kalau 10 pence macam 10 sen kita. Ada juga 5 pence, 20 pence dan 50 pence.

Kalau 1 penny, macam 1 sen kita.

Duit kertas yang biasa guna GBP 5, 10 atau 20. Duit kertas GBP 50 jarang digunakan di sini sebab bila shopping pun jarang mencecah 50. Biasa bila kami shopping, jarang mencecah 10 pound sebab barang kebanyakannya bawah 1 pound (especially buah-buah). Lagipun tak banyak kedai yang akan menerima note 50. Bila kasi note 50, kena scan bagai takut duit tu palsu.


NuKilaN:
 

Wednesday, January 25, 2012

sambungan post lepas

Baru ada idea nak menulis. Bukannya sibuk sangat pun, tapi mood nak menulis tu zero. Entah kenapa tangan tak rancak menaip bila di depan laptop. Pengaruh suhu yang sangat sejuk kot.... ngeeee!

Sambung kisah di airport Amsterdam. Lepas solat subuh, saya lagi sekali ke Information Counter untuk confirm gate mana yang nak kena masuk. Masa tu dalam pukul 7.30 pagi. Penerbangan kami ke Bradford adalah pada pukul 9.30 pagi. Petugas menunjukkan laluan yang perlu kami ikuti dan menyarankan kami tunggu di lobi airport dulu sebelum proceed ke gate tersebut. Hanya sejam setengah sebelum penerbangan baru kami dibenarkan masuk ke gate tersebut. Maka kami lepak sambil makan-makan bekalan yang dibawa di lobby airport.

Dalam pukul lapan lebih, kami terus gerak ke gate yang dimaksudkan. Untuk check in, petugas kauter memeriksa tiket dan visa kami sekeluarga. Bila masuk ke ruangan menunggu, rupanya ia bukan sahaja ruangan menunggu untuk ke Bradford tetapi ia menempatkan beberapa penerbangan ke UK. Kena rujuk skrin yang dipaparkan untuk memastikan kami menunggu di tempat yang betul.

Daripada ruang menunggu ke pesawat, kami dibawa menaiki bas. Sekali lagi, ia adalah pengalaman pertama anak-anak menaiki bas. Bukan main seronok lagi mereka dapat naik bas. Aisyah pula bukan banyak soalan yang keluar dari mulutnya.

Turun dari bas, orang ramai dah beratur untuk menaiki pesawat. Disebabkan saya membawa anak kecil, kami diberi keutamaan untuk menaiki pesawat terlebih dahulu. Duduk jer tempat seat, danish terus menyusu dan tidur hinggalah sampai ke Bradford. Semua anak-anak tertidur kepenatan di dalam flight.

Dalam 50 minit penerbangan, kami selamat tiba di Leeds-Bradford airport. Kami keluar dari pesawat dan beratur di barisan untuk check imigresen. Sedang kami beratur, salah seorang pegawai imigresen membuat semakan samada kami dah isi borang yang disediakan atau belum. Saya memang tak tahu yang kena isi borang. Maka kami diarahkan untuk mengisi borang tersebut.

Kami berlima, maka kami kena isi lima borang. Pegawai imigresen tersebut banyak membantu kami untuk megisi borang. Sampai satu part, iaitu bahagian alamat, saya cuba cari alamat kawan di Bradford tapi kertas tersebut memang tak de dalam fail yang dibawa. Maka saya teringat yang saya tulis alamat tersebut di kotak barang. Pegawai tersebut terus berlari bahagian bagasi dan menolong kami menulis alamat tersebut. Dengan tercungap-cungap, dia menyerah alamat kami kepada pegawai yang bertugas. Saya sungguh terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh pegawai berkenaan.

Selesai serba sedikit sesi soal jawab, kami dibenarkan untuk keluar dari airport. Masa tu hanya tinggal barang-barang kami sahaja di bahagian bagasi. Alhamdulillah, sangat lega bila semua barang (iaitu 7 kotak dan 2 beg) selamat sampai. Untuk menggunakan troli di airport, kami memerlukan duit syiling satu pound. Sekali lagi pegawai tadi membantu kami menyewakan troli di airport dan menunjukkan jalan untuk keluar dari airport.

Beberapa minit kemudian, pelajar Malaysia yang datang menjemput kami pun sampai. Lupa nak kira berapa orang tetapi mereka sangat ramai. Rasanya hampir 10 orang yang kesemuanya lelaki. Kemudian kami dibawa ke rumah salah seorang pelajar di sini yang saya kenali sebagai Kak Nor. Kami dijamu dengan nasi ayam dan mee bandung. Fuhh, langsung tak rasa seperti berada di negara orang. Lepas makan dan solat, kami dibawa ke rumah yang bakal disewa.

Temujanji dengan tuan rumah pukul 1.30 petang. Semasa kami sampai, landlord belum ada. Beberapa minit kemudian, landord pun sampai. Landlord adalah orang pakistan. Keadaan rumah boleh dikatakan baik. Rumah teres tiga tingkat, empat bilik tidur dengan satu bilik air. Harga sewa 380 GBP sebulan. Masa tu juga saya terus tandatangan kontrak selama 3 bulan. Ia adalah tempoh paling minima.

Selesai tandatangan perjanjian dan deal apa yang patut dengan landlord, kami berkenalan dengan pelajar2 malaysia yang belajar di sini. Mereka banyak menolong apa yang patut. Mereka tolong sediakan check list untuk rumah baru dan keluar bersama suami untuk membeli apa yang patut. Alhamdulillah, ramai yang datang membantu. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian :)

NuKilaN:
 

Tuesday, January 17, 2012

dah selamat tiba

Bersiaran dari University of Bradford, UK. Kelmarin dan selamat mendaftar di university, Alhamdulillah :)

Hari ini juga hari yang keempat kami berada di Bradford. Suhu di sini semasa kami sampai adalah -1 darjah celcius. Lagi sejuk dari peti ais. Masih lagi dalam proses nak biasakan diri dengan cuaca sejuk. Anak-anak agak keboringan sebab asyik kena kurung dalam rumah jer. Tv pun masih belum berfungsi sebab saya baru jer buka akaun bank. Kat sini semua urusan memerlukan akaun bank. Tapi saya dah buka akaun bank, cuma duit dalam akaun bank jer yang belum ada. So tak boleh juga nak langgan telefon dan internet.

Anak-anak banyak memberi kerjasama sepanjang perjalanan. Perjalanan selama 13 jam dari KL ke Amsterdam memang sangat memboringkan. Naik jer flight, anak-anak terus tidur. Cukup lapan jam dia orang tidur, terus berjaga hingga sampai ke Amsterdam. Nasib baik tampat seat dia orang boleh layan games dan movie. Bila dapat breakfast pula, seronok tengok dia orang makan dengan penuh berselera.

Cuma danish bukan main marah bila saya pasangkan seat belt. Tapi disebabkan dia mengantuk, boleh dikatakan dia tidur jer sepanjang perjalanan. Bila dia merengek, saya terus menyusu dan dia terus sambung tidur.

Kami sampai Amsterdam dalam pukul 6.00 pagi waktu tempatan. Flight ke Bradford pukul 9.30 pagi. Dalam tiga jam kena menunggu untuk penerbangan seterusnya. Lepas check in untuk flight seterusnya, dan menunaikan hajat kecil si anak, kami mencari surau di airport untuk menunaikan solat Subuh. Infomation kaunter yang disediakan sangat membantu. Petugas di kaunter cukup mesra dan kami bergilir untuk solat subuh. Ia adalah pengalaman pertama kami menunaikan solat di negara asing. Pengalaman menunaikan solat tanpa memakai telekung sembahyang memang tidak akan berlaku di negara sendiri.


Saya akhiri entry hari ni dengan gambar selingan Aisyah dan Danish di airport Amsterdam.

NuKilaN:
 

Saturday, January 7, 2012

siapa nak CD?

Sekarang dalam mode kemas barang. Insya Allah, 13 Jan ni akan bertolak ke Bradford. Flight dari KLIA ke Amsterdam pukul 11.50 malam. Dijangka tiba di Leed-Bradford Airport jam 9.50 pagi waktu tempatan.

Dalam duk mengemas ni, saya ada jumpa beberapa helai CD. Ada yang belum dipakai dan yang dah dipakai. Kalau yang pakai tu, tak pakai lama pun. Mode malas telah menyerang, hihihi.

Ada dua cd dyanaMP dan dua cd rainbow yang belum guna. Siapa bermint nak cd cd ni, saya nak kasi percuma  jer. Cuma perlu bayar kos penghanyaran dalam RM 15. Jika berminat,email kat saya di nbijen@yahoo.com. Siapa cepat, dia dapat :)

Update:: dah ada yang yang berminat... terima kasih Imaan09 :)

NuKilaN:
 

Wednesday, January 4, 2012

WW ::::: Hari pertama 2012

Gambar kenangan di hari pertama sekolah 2012
Walaupun cuma sekolah kat Malaysia untuk dua minggu
Ummi daftarkan juga Irfan darjah satu
sebab nak beri pengalaman jadi pelajar Darjah 1

 siap berbaju sekolah
baju jer yang baru
seluar recycle yang tahun lepas 

 suasana dalam kelas
 perhimpunan di dataran sekolah
tak ramai pelajar sekolah ni
satu kelas 30 org sahaja
setiap darjah cuma ada dua kelas
 irfan bersama kawannya
semua  bangun....
Harapnya, ia adalah kenangan yang manis buat Irfan 

NuKilaN:
 

Tuesday, January 3, 2012

darjah satu

Hari ni Irfan dah naik darjah satu. Awal pagi lagi dah bangkit dan cakap, "Ummi, dah boleh mandi ke nak pergi sekolah?". Masa tu baru pukul 6.00 pagi. Baru kedengaran azan subuh. Saya kata, "Tunggu ummi lepas solat, baru mandi."

Selesai saja solat, Irfan kata, "Ummi, abang nak sarapan hari ni boleh?". "Boleh, abang nak makan apa?". "Ermm, nasi goreng boleh?". "Boleh". "Ummi pergi la buatkan sekarang, nanti lewat pulak abang nak ke sekolah". Hehehe, layan aje la karenah Irfan di pagi hari.

Bila Irfan mandi, saya ke dapur siapkan sarapan. Selesai mandi dan berpakaian seragam sekolah, dia terus ke dapur. "Ermmm... sedapnya nasi goreng ummi". Hihihi, berbunga hati ummi dapat pujian dari anak di pagi hari. Padahal masak simple-simple jer. Nasi goreng ekspress sebab lima minit dah siap."Esok, ummi goreng nasi macam ni lagi yer!". Saya cuma mengangguk jer.

Lepas makan, Irfan minta duit saku. "Ummi, semalam ummi kata nak bagi dua ringgit. Cepat la ambil, nanti abang lewat ni". Saya pun menghulurkan duit kertas dua ringgit. "Abang nak beli apa dengan dua ringgit ni?". "Ermm, agak-agak ada tak mi rebus kat sekolah?". Saya kata, "Jangan makan mee rebus, beli jer mee goreng". Hehehe, mentang-mentang la saya selalu order mee rebus kalau makan kat luar, kat kantin sekolah pun nak order mee rebus. Kemudian saya tanya, "Nanti abang nak beli air apa?". "Tengok la dulu... abang beli air fresh orange ke, air laici ke?". "Eh, mana cukup nak beli mee rebus lagi, fresh orange lagi dengan duit dua ringgit. Nanti abang beli air sirap aje tau".

Huhuhu, risau saya dibuatnya. Agaknya apa Irfan akan buat dgn duit dua ringgit tu? Harapnya dia tak belanjakan kesemua sekali dan masih ada baki untuk disimpan dalam tabung. Saya amat risau sebab ini adalah kali pertama Irfan memegang duit dan perlu memebelanjakannya. Harapnya Irfan bijak dalam berbelanja :)

Tapi hari ni Irfan ke sekolah bersama abahnya sebab abah dah mula cuti tanpa gaji. Kalau ikutkan saya nak jugak ikut ke sekolah, tapi danish pula demam. Tak best jugak nak lepak lama-lama kat sekolah bila danish duk merengek-rengek. Saya cuma kirimkan kamera untuk tengok suasana kelas Irfan. Malangnya, gambar yang sempat diambil cuma beberapa keping sahaja sebab kamera kehabisan bateri. Nanti nak upload gambar tu kat blog ni bila masa mengizinkan :)

NuKilaN:
 

Sunday, January 1, 2012

1.1.2012

Entry pertama di tahun baru.

Alhamdulillah, impian tahun 2011 telah berjaya menjadi kenyataan (mendapat tempat pengajian tahun 2012).

Tidak dinafikan, terlalu banyak kenangan pahit manis yang telah dilalui untuk mencapai cita-cita yang satu. Daripada langkah pertama dengan mengambil test IELTS sehinggalah berjaya mendapat kuota dari KPT untuk melanjutkan pelajaran ke University of Bradford, United Kingdom. Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa atas nikmat yang dikurniakan sepanjang tahun 2011.

Lama kan tempoh nak dapat cuti belajar? Hampir genap setahun. Tapi sebenarnya lebih dari setahun. Kali pertama saya mengambil test IELTS adalah pada 11 Dis 2010. Tanpa sebarang persediaan, saya ambil IELTS selepas menghadiri konferens di Johor Bahru. Hahaha, saja nak tahu sejauh mana current level BI masa tu. Memang dah buat keputusan: kalau dapat 6.0 dan ke atas, boleh la simpan impian untuk keluar negara pada tahun 2012. Tapi, kalau dapat kurang dari 6.0, simpan aje la niat tu jauh-jauh. Buat kata Malaysia cukup la. Tak perlu nak berangan untuk sambung belajar di luar negara.

Bila keluar keputusan, saya dapat band 6.0. Fuh, ada harapan nak buat PhD luar negara. Dah mula cari university luar negara yang memerlukan IELTS 6.0 Nasib baik University of Bradford perlukan IELTS band 5.5 jer. Tapi kalau nak minta scholarship KPT belum lepas. KPT nak band 6.5, baru dapat tajaan. Maka bermula la episod belajar semula BI terutama sekali part grammar. Mula mendengar radio omputih dan menonton movie english untuk menambah vocabulary. Dengan konfidentnya, saya mendaftar untuk mengambil IELTS kali kedua pada 16 April 2011 di British Council (BC), Kuala Lumpur.

Disebabkan kelas sedang berjalan pada masa tu, harapan saya untuk membuat sebanyak mungkin praktis IELTS tidak berhasil. Sungguh tinggi cabaran untuk membahagikan masa untuk mengulangkaji IELTS dan tugasan pengajaran. Dalam masa yang sama, perlu menyelia pelajar tahun akhir (7 orang) dan melayan setiap karenah dari pelajar yang ramai (masa tu, pelajar saya 123 orang). Sekali lagi saya mengambil IELTS dalam keadaan yang tidak bersedia sepenuhnya. Juga di tempat yang sama.

Kebetulan, kami bertiga semasa saya mengambil IELTS untuk kali yang kedua. Ada betul kata orang, IELTS ni bergantung kepada rezeki juga. Test kali ni agak susah berdanding yang sebelumnya. Agaknya bukan lagi rezeki saya untuk mendapat band yang dikehendaki. Saya tetap mendapat band 6.0. Kami bertiga gagal mendapat band 6.5. Masa tu saya rasa sangat terkilan. Belajar ke, tak belajar ke, dapat band yang sama juga. Tapi saya tetap tak mahu menyerah kalah.

Untuk kali yang ketiga, saya telah mendaftar di IDP Kuala Lumpur. Saya menukar pusat ujian disebabkan suasana test semasa kali kedua di BC amat mengganggu. Semasa listening test, audio yang dimainkan tidak jelas kedengaran. Pada bulan Mei 2011, para pelajar telah selamat menduduki peperiksaan akhir dan saya mempunyai lebih masa untuk mengulangkaji IELTS. Pelajar akan bercuti panjang iaitu selama 4 bulan (Mei - Sept).

Saya mengambil IELTS untuk kali yang ketiga pada bulan Jun. Memang saya susun jadual dengan lebih teratur. Awal pagi dah sampai opis dan balik selepas solat Asar. Dalam sehari, saya dah budget untuk siapkan satu praktis test. Selagi tak siap satu praktis test, saya takkan balik ke rumah. Nasib baik suami sangat memberi sokongan dan dorongan.

Untuk kali yang ketiga, baru saya berjaya mendapat band yang diingini - 6.5. Alhamdulillah, sangat bersyukur atas kejayaan tersebut. Ia adalah pencapaian paling manis dalam tahun 2011.

*** to be continued ***



nota ummi: agak-agak, ada tak orang nak baca sambungan ni??? Tapi tak kesah la, saya nak imbas semula detik bermakna sepanjang 2011... tahun yang penuh dengan ujian dan dugaan.... 

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails