Tuesday, January 31, 2012

1 pound = seringgit?

Bila baca komen dari HS, baru saya sedar tersilap tulis statement jika diukur dari segi kewangan, iaitu pernyataan berikut: "Kalau 1 pound tu macam seringgit kita". Pernyataan tersebut hanya sah dari segi fizikal sahaja, maksud saya - hanya nombor jer yang sama. Kalau diukur dari segi nilai, tersangat jauh beza di antara RM1 dan 1 pound.

Nampaknya kena lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang pernyataan especially berkaitan kewangan. Ada pakar matematik kewangan yang dah regularly baca blog ni :)

Kebanyakan harga barang kat sini adalah kurang dari 10 pound. Kat sini, macam-macam dah boleh beli dengan duit 1 pound. Coklat kit-kat yang bar besar (4 bars x 3 pieces) baru 1 pound. Kalau kat Mesia, coklat kit kat kecil yang dua bar tu dah seringgit lebih. Banyak tak beza tu?

Kalau nak beli buah, memang sangat bahagia kat sini. Buah oren yang besar dan manis tu boleh dapat 6 biji dengan harga 1 pound. Buah strawberry juga satu kotak 1 pound. Ada dalam 12 biji strawbery yang besar dan sedap dalam sekotak. Buah epal pun sama. Dengan harga 1 pound, boleh dapat 7 biji buah epal yang sangat rangup... nyum nyum...  (telan air liur tak bila baca statement ni?)

Harga susu segar lagi murah kat sini. Kalau beli susu segar 2 liter, tak sampai 1 pound pun. Yang saya biasa beli, 2 liter susu segar cuma 79 pence. Dah la rasa susu segar kat sini sangat sedap. Kalau beli 2 liter tu, tak sampai 24 jam dah licin.

Tadi saya beli keju yang ada 10 keping cuma dengan harga 50 pence. Kalau 1 pound dah dapat dua paket keju. Nampak gaya, setiap hari boleh makan roti dengan keju. Kalau kat Malaysia, memang sangat berkira-kira nak beli keju keping mcm cheesedale. Mahal, kan?

Secara kesimpulannya, memang pernyataan saya sebelum ni sangat salah. Dengan satu pound sahaja, saya dah boleh beli macam-macam.


NuKilaN:
 

6 comments:

  1. bestnya shoping kat sana. bab buah tu yang tak tahan sangat!
    :)

    ReplyDelete
  2. hikhikhik nak pi sana la k.nur :D ngengenge

    ReplyDelete
  3. hahaha, betul kata korang... mmg best sgt.. nyum nyum!

    ReplyDelete
  4. kak tini: murah sangat, tu banyak lagi harga buah yg tak disenaraikan... anak2 pulak mmg suka sgt makan buah

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails