Wednesday, November 28, 2012

WW ::: Spiderman saya...

Layan telatah anak-anak dengan sleepsuit

Danish senyum
Irfan dan Danish
Danish nak buat peace, tapi jadi 1Malaysia...
 gaya duduk 
Giliran Aisyah pula
Anak dara yg sgt pandai posing
 Senyuman meleret

P/s: Dah lama tak sempat jenguk blog, apatah lagi blogwalking... rindu nak mencoret kat sini, tapi masa sangat terbatas.... Akan aktif semula bila keadaan kembali stabil, doakan kejayaan saya yer mommies :)

NuKilaN:
 

Wednesday, November 21, 2012

WW :: Southampton

Gambar lama... bulan September lagi
Selepas perjumpaan dengan Dato Naib Canselor UMT, sempat juga ronda sekitar bandar Southampton

Seacity Museum ni adalah muzium Titanic
Tak masuk pun... Insya Allah, lain kali boleh masuk bila bawa anak-anak
UK mmg byk bangunan mcm ni
Ini kubu pertahanan ke?



 Library Southampton... 
library Bradford pun belum jejak lagi :(
Babai Southampton....


NuKilaN:
 

Monday, November 19, 2012

Tahniah!

Hari ni dah keluar keputusan UPSR. Tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Kepada yang tidak berjaya mendapat 5A, jangan susah hati. Jadikan ia pendorong kepada kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Saya sendiri pun tak pernah mendapat straight A's dalam mana-mana peperiksaan besar - UPSR, PMR mahupun SPM. Yang paling sedih, masa PMR saya cuma dapat 2A.  Saya sendiri memang tidak menaruh harapan yang tinggi. Bila dapat keputusan 2A sahaja, ummi saya yang paling sedih. Saya masih ingat muka ummi yang cukup sedih masa tu. Ummi saya demam dua hari selepas keputusan PMR diumumkan :(

Naik tingkatan 4, saya simpan cita-cita yang sangat tinggi. Saya janji saya tidak akan melukakan hati ummi lagi. Saya mesti lebih berjaya dalam pelajaran. Saya mesti jadi anak yang pandai. Saya mesti jadi anak yang membahagiakan ummi. Saya ingin menghadiahkan sebuah kejayaan buat ummi. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa yang tak putus-putus, saya berjaya mendapat keputusan yang baik dalam SPM. Senyuman ummi semasa saya mendapat keputusan SPM mengubat luka saya semasa PMR.

Eh dah melalut ke kisah saya pula.. Hehehe, sebenarnya entry ni nak ucap tahniah kepada dua orang sepupu saya di Kelantan yang berjaya mendapat 5A. Tahniah buat Nik Hanan dan Nik Razi Irfan. Anda berdua contoh yang baik buat adik-adik. Semoga teruskan kecemerlangan di dunia dan di akhirat :)
Ni gambar saya cilok dari FB..
Nik Hanan tudung kaler turqoise dari SK Zainab II, sebab tu semua perempuan :)
Nik Razi pula dari SK Kubang Kerian II. Dari SKKK II, dikhabarkan 40 orang dapat 5A...
Tahun ni Kelantan memegang rekod UPSR terbaik, Tahniah!

NuKilaN:
 

Saturday, November 17, 2012

Apam balik Bradford

Kuih kegemaran saya bila pergi pasar malam. Kat Bradford, kena buat sendiri la bila teringin nak makan. Ni percubaan pertama apam balik. Guna pan 22cm, so dapat apam balik yang besar. Cubaan kedua, saya guna pan 16 cm, dapat apam balik saiz kecil.

Untuk inti, letak gula dam kacang saja
Jangung cream takde :(
Rupa apam balik cubaan pertama
Cubaan kedua lupa snap gambar

Resepi saya rujuk dari MyResepi. Saya letak kat sini buat rujukan.

Bahan-bahan:
2 cwn tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan air
Sedikit planta/mentega
Bahan tabur: kacang tanah yang sudah dikisar

Cara-cara:
1. Mesin gula bersama telur hingga kembang.
2. Masukkan soda bikarbonat dan air. Mesin hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan mesin lagi hingga sebati (Adunan siap!).
4. Panaskan  non-stick pan. Tuangkan 1 senduk adunan di atas non-stick pan, kemudian nipiskan.
5. Biarkan seketika dan sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur (gula  + kacang).
6. Apabila cukup masak, lipat dua dan angkat.

Aisyah peminat setia apam balik ni. Entah berapa keping dia makan sorang. Siap request suruh masak banyak2.

Orang lain demam durian crepe, saya pula mengidam nak makan apam balik, hihihi :). Teringin juga nak makan crepe. Agak2 kalau durian ganti dengan stoberi/kiwi, sedap tak?

NuKilaN:
 

Friday, November 16, 2012

Math Year 3

Buku home work yang diberikan oleh sekolah
Dalam satu buku ni terangkum semua kerja rumah 
So tak perlu nak bawa byk2 buku :)
Kat cover buku ada ditampal silibus utk subjek matematik bagi pelajar tahun 3
Walaupun Irfan baru 7 tahun, tapi dia dah masuk Year 3
Rasa kesian pun ada dia nak kejar semua silibus
Dalam masa yang sama dia kena belajar bahasa baru

Tapi setakat ni saya belum nampak yang Irfan tertekan
Rasa agak lega bila dia dapat sesuaikan diri di sekolah
Lagipun pendekatan yang digunakan di sekolah sangat bagus
Tak banyak yang perlu menghafal, tapi lebih kepada penekanan konsep
Kalau mommies perasan, kat silibus tu tulis "Know by heart"
Bukannya menghafal semata-mata
 Know by heart means pelajar boleh kira dalam hati
Sebagai contoh, bila cikgu kata, "2 double 5", automatik student kena jawab 10
Kalau "8 half 2", terus boleh sebut 4
Dan saya perhatikan Irfan seronok practise "double" dan "half" ni di rumah :)

Seingat saya, dulu kita ditekankan dgn sifir darab
Mahir darab, baru belajar bahagi
Kat sini mereka belajar darab dan bahagi serentak :)

NuKilaN:
 

Thursday, November 15, 2012

Selamatkan Gaza

Sedih bila baca post ni dari facebook dari seorang rakan...

I just received the most heartbreaking message from a friend in Gaza. "Israel just announced its going to cut all the communication means on Gaza which means no Internet, no cell or any other way to connect to the outside world, If that happened it means they have started a massacre and we don't know if we will survive this, in case this happens I need you to tell the whole world about it, we need you to be our voice to the outside world"

Ashraf Tantish.... My family in Gaza: We lived a very difficult night. We lived in an atmosphere of terror and fear. We felt death swirling around us with each air raid. We just wish safety to all in the coming days and nights.

Has passed through a hell of a night. Last night was even worse than what happened in2008. Our house was shaking with every bomb falling! The attacks have not stopped yet - Sameeha Elwan.

Kebetulan Prof Muhaya juga ada tulis berkaitan Gaza di wall beliau. Saya copy and paste kat sini...

Orang Mukmin sentiasa menang dalam apa suasana. Jika mati terbunuh menegakkan ugama mendapat syahid.Yang penting kita berusaha menjadi mukmin. Ini dapat di capai dengan ilmu dan disiplin. Kita kalah bukan kerana musuh kuat tetapi kerana kita lemah dan cinta dunia. Jadikan menjadi muslim, mukmin, muhsin dan muttaqin tujuan hidup kita. Jika kita bersemangat melawan musuh tetapi musuh dalaman kita iaitu penyakit hati dan akidah, ibadah dan akhlak keluarga terdekat kita tidak pedulikan alangkah ruginya. Jom selalu ada sifat sentiasa melihat dengan mata hati dan lihat dunia ini ladang mencari habuan di akhirat. Lebih baik kita sibuk melihat diri dan membetulkan diri dan kita sama berdoa semoga mangsa di Gaza yang terkorban mati dalam iman dan mendapat syahid di sisi Allah swt. Jom ambil iktibar menghargai setiap saat yang Allah kurniakan kepada kita mencari bekalan di akhirat nanti. Sebenarnya mereka yang berada di Gaza 'bertuah' kerana akan sentiasa ingat mati dan tidak ada masa nak buat maksiat berbanding dengan orang Islam lain yang tidak merasakan maut akan menjemput bila bila masa sahaja. Wallahuallam. 


Sama-sama kita berdoa agar mereka di Gaza terus kuat menghadapi serangan dari pihak musuh dan sentiasa berada dalam perlindungan Allah. AMIN!

NuKilaN:
 

Wednesday, November 14, 2012

WW :: Malam

Sekarang pukul 1611 dah masuk Maghrib
Pukul 5 dah gelap gelita
 
Pemandangan dari makmal
Bangunan Richmond
Semua daun dah gugur
 
Kat sini lagi 3 jam utk Mahgrib
(UK lewat 8 jam dari waktu M'sia)
Salam Maal Hijrah buat semua :)

NuKilaN:

Friday, November 9, 2012

Kelas memasak

Sebenarnya bukan sahaja anak-anak yang dapat pendidikan percuma, kaum ibu juga disediakan pelbagai kursus secara percuma di Princeville Children Centre. Banyak juga kursus yang ditawarkan seperti Fitness Class, Hair and Beauty class, Health and Well Being class dan lain-lain lagi (boleh rujuk sini). Untuk semester ni, saya cuma ikuti kelas Cook and Eat.

Apa yang menariknya, ibu boleh membawa anak bersama ketika kelas memasak. Anak-anak akan dijaga oleh pengasuh semasa ibu sedang memasak. Perkhidmatan menjaga anak ini dikenali sebagai CrΓ¨che. Saya ikuti kelas memasak pun sebab nak latih danish berdikari.

Masa kelas memasak pertama, saya bawa danish utk creche. Malangnya Danish asyik menangis dan pengasuh tak dapat nak buat apa. So, saya cuma temankan danish bermain untuk kelas pertama memasak. Burn kelas memasak ummi :(

Untuk kelas memasak seterusnya, saya tinggalkan jer danish di rumah dgn abah. Bila datang sendirian, pengasuh asyik bertanyakan perihal danish. Maka untuk minggu ni, saya bawa danish untuk creche.

Agak risau juga takut danish asyik menangis mcm kelas pertama. Saya teman dulu danish main dengan lego dalam nursery. Lepas tu pengasuh menghampiri kami dan bermain dgn danish. Bila tgk danish dah ralit bermain pengasuh memberi isyarat supaya saya meninggalkan danish. Alhamdulillah, hingga ke akhir kelas Danish bermain dengan baik. Pengasuh kata, danish sangat suka sesi nursery rhymes. He really enjoyed singing! Lain kali boleh bawa danish creche lagi :)
 
Ni gambar dalam kelas yang saya curi snap!
Ada masa, saya akan kongsikan resepi yang saya belajar dalam kelas memasak. Dah dua kali masak roti guna resepi yang sangat mudah. Tak sabar nak kongsi resepi mudah tu dengan mommies semua :)

NuKilaN:

Thursday, November 8, 2012

Pendidikan percuma

Kat UK, sistem pendidikan adalah percuma. Setiap kali awal semester bermula, ibu bapa tidak perlu menyediakan peralatan sekolah seperti pensil, pembaris, pemadam, alatan mewarna, gunting, gam dan yang sewaktu dengannya. Semua peralatan untuk belajar disediakan oleh pihak sekolah termasuklah buku-buku bacaan dan buku kerja rumah.

Buat kali pertama, saya belikan  set mewarna untuk anak-anak beraktiviti di rumah. Cuma £9 (atau RM40+) utk 258 pieces, murah kan?

Kakak yg ralit mewarna
Si abang pula sempat lagi posing
Dua-dua tgh khusyuk mewarna


Akhir sesi 2011/2012 lepas, cikgu Irfan berikan satu kotak alatan mewarna untuk dibawa ke rumah. Cikgu Irfan kata, Irfan seorang yang kreatif dan suka mewarna. Sebab tu dia berikan semua alatan mewarna kat Irfan. Lebihan mereka guna kat sekolah, boleh bawa balik ke rumah lagi.... mmg untung, kan? Alhamdulillah, rezeki anak-anak :)

NuKilaN:
 

Wednesday, November 7, 2012

WW ::: Autumn @ Uni Bradford

Adik
Abang
Kakak
 Ni depan school saya, SCIM
 Suka tgk pokok color emas :)
Sekian
 (^__^)
NuKilaN:
  

Monday, November 5, 2012

Hari pertama Term II Aumtumn

Hari ni sekolah kembali dibuka untuk Term II Autumn selepas 11 hari bercuti. Nampaknya Irfan dan Aisyah bukan main bersemangat nak ke sekolah.

Belum siap saya masak, Irfan dah bangun. Saya suruh dia solat Subuh dan bersiap untuk ke sekolah. Tak lama lepas tu, Aisyah juga bangkit. Alhamdulillah, sangat lega bila dua-dua bersiap awal nak ke sekolah. Semangat baru!

Sarapan nasi + ayam kicap
Kakak tambah ayam lagi
Sempat lagi suapkan utk adik

Cuaca pagi ni sangat sejuk. Sekarang cuaca sebelah pagi sekitar 1 - 4 °C. Sangat sejuk! Bila sampai ke kawasan sekolah pula, bukan main banyak ketulan ais kecil yang bertaburan. Mungkin semalam hujan batu. Rugi pula tak snap gambar. Bila tangan menggigil nak ambil gambar pun rasa malas.

NuKilaN:
 

Thursday, November 1, 2012

Berebut tempat

Suatu petang, Irfan dan si abah berebut tempat tidur. Masing-masing cuba berbahas kenapa mereka perlu tidur tempat tu. Saya nak tergelak dengan cara Irfan mempertahankan tempatnya. Lebih kurang mcm ni la perbualan mereka...

Irfan: Abang tidur dulu, so tempat ni abang punya la.
Abah: Mana boleh, tu tempat abah. Abah la kena tidur di situ.
Irfan: Ok, kalau abah nak juga tidur kat sini... abah kena jawab soalan abang dulu.

Nak tahu tak apa soalan Irfan tu. Dia tanya, "How the volcano erupted?". Hahaha, sah-sah si abah terdiam mendengar soalan si anak. Pandai betul dia menguji minda si abah. So, tempat tu kekal di tangan si anak. God job, Irfan!

Semester ni Irfan belajar tentang volcano. Selalu lukis gambar volcano dan tulis cerita tentang volcano. Macam mana volcano terjadi, apa yang dibebaskan oleh volcano, negara mana yang mempunyai volcano aktif dan mcm2 lagi la yang dia selalu cerita. Dia juga boleh luangkan masa depan komputer menonton Youtube berkaitan volcano.


Salah satu gambar volcano yg Irfan lukis

Rasa kagum pun ada dengan sistem pembelajaran kat sini. Baru 7 tahun, tapi dah belajar macam-macam :)

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails