Alhamdulillah, sambutan raya tahun ni boleh dikatakan sangat meriah. Kami cuma beraya empat hari saja. Raya kelima, masing-masing sambung buka buku semula - maklumlah ramai yang bergelar pelajar.
Kami di Bradford beraya sama dengan orang Malaysia, iaitu pada hari Khamis (8/8/13). Tapi kan, ada juga beberapa masjid berdekatan yang beraya pada hari Jumaat and mostly orang Pakistan (termasuklah jiran-jiran kami) beraya pada hari Jumaat. Kami ikut IslamBradford dan Central Mosque London yang biasanya akan beraya/puasa sama dengan Mekah.
Pagi-pagi selepas Subuh di hari raya, abah dah mula skype dengan family di Kota Bharu. Tahan hati jer bila masing2 duk tunjuk juadah yang mereka makan di pagi raya. Tapi tetap rasa seronok sebab boleh sembang dengan adik beradik dan sanak saudara yang jauh di mata. Boleh lepaskan rindu gitu....
Dalam pukul 7.30 pagi, sekali lagi saya skype dengan adik-adik. Baru boleh skype dengan ummi, anak-anak buah dan sepupu-sepupu yang ada. Seronok tgk telatah mereka yang sangat ceria di hari raya. Semua segak berbaju melayu dan berbaju kurung. Nasib baik ada skype, dapat juga aura kemeriahan raya di kampung halaman.
Lepas skype, baru kami bersiap untuk solat Aidilfitri. Pagi raya, kami cuma mengalas perut dengan nasi goreng jer (sedih tak?). Tapi anak-anak tetap makan dengan berselera sekali. Nak masak takut membazir pula sebab ada dua open house masa raya yang pertama. Simpan perut untuk open house :)
Lepas sarapan, kami terus ke IslamBradford untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Yang saya perasan, Aisyah dah pandai solat sunat Aidilfitri. Mungkin pada masa akan datang, boleh mula ajarkan bacaan solat semasa takbir tu untuk Aisyah.
Solat sunat Aidilfitri di IslamBradford diadakan pada pukul 9.30 pagi. Kami tiba di IslamBradford sekitar jam 9.15. Dah hampir penuh ruang solat di bahagian wanita. Sangat lega bila kami dapat menyelit masuk ke dalam saf.
 |
| Anak-anak posing di IslamBradford selepas solat sunat Aidilfitri |
Lepas solat Aidilfitri, kami terus pulang ke rumah. Baru la mula sesi bermaafan antara satu sama lain. Selesai bermaafan, aktiviti diteruskan dengan photoshoot raya. Tempek beberapa keping gambar buat kenangan...
 |
| Aisyah and danish |
 |
| Tahun kedua kami beraya di Bradford |
 |
| Irfan dan Aisyah jer yang sporting posing |
 |
| Tengok lah, Danish kena paksa posing oleh abang dan kakak |
Lepas sesi photoshot, kami mula gerak ke rumah jiran terdekat. Cerita open house saya sambung dalam entry lain yer....
NuKilaN: