Kami di Bradford beraya sama dengan orang Malaysia, iaitu pada hari Khamis (8/8/13). Tapi kan, ada juga beberapa masjid berdekatan yang beraya pada hari Jumaat and mostly orang Pakistan (termasuklah jiran-jiran kami) beraya pada hari Jumaat. Kami ikut IslamBradford dan Central Mosque London yang biasanya akan beraya/puasa sama dengan Mekah.
Pagi-pagi selepas Subuh di hari raya, abah dah mula skype dengan family di Kota Bharu. Tahan hati jer bila masing2 duk tunjuk juadah yang mereka makan di pagi raya. Tapi tetap rasa seronok sebab boleh sembang dengan adik beradik dan sanak saudara yang jauh di mata. Boleh lepaskan rindu gitu....
Dalam pukul 7.30 pagi, sekali lagi saya skype dengan adik-adik. Baru boleh skype dengan ummi, anak-anak buah dan sepupu-sepupu yang ada. Seronok tgk telatah mereka yang sangat ceria di hari raya. Semua segak berbaju melayu dan berbaju kurung. Nasib baik ada skype, dapat juga aura kemeriahan raya di kampung halaman.
Lepas skype, baru kami bersiap untuk solat Aidilfitri. Pagi raya, kami cuma mengalas perut dengan nasi goreng jer (sedih tak?). Tapi anak-anak tetap makan dengan berselera sekali. Nak masak takut membazir pula sebab ada dua open house masa raya yang pertama. Simpan perut untuk open house :)
Lepas sarapan, kami terus ke IslamBradford untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Yang saya perasan, Aisyah dah pandai solat sunat Aidilfitri. Mungkin pada masa akan datang, boleh mula ajarkan bacaan solat semasa takbir tu untuk Aisyah.
Solat sunat Aidilfitri di IslamBradford diadakan pada pukul 9.30 pagi. Kami tiba di IslamBradford sekitar jam 9.15. Dah hampir penuh ruang solat di bahagian wanita. Sangat lega bila kami dapat menyelit masuk ke dalam saf.
Anak-anak posing di IslamBradford selepas solat sunat Aidilfitri |
Aisyah and danish |
Tahun kedua kami beraya di Bradford |
Irfan dan Aisyah jer yang sporting posing |
Tengok lah, Danish kena paksa posing oleh abang dan kakak |
Lepas sesi photoshot, kami mula gerak ke rumah jiran terdekat. Cerita open house saya sambung dalam entry lain yer....
NuKilaN:
Alhamdulillah... Sambutan rays tetap meriah walaupun jauh di perantauan.. Comel budak bertiga tu posing pakai baju raya.
ReplyDeleteAlhamdulillah, tetap rasa meriah juga :)
Deletetema ceklat gitu...selamat hr raya kak!! =)
ReplyDeleteSelamat hari raya Fizah.... Maaf zahir dan batin :)
DeleteDanish masih ligat lagi belum tahu erti nak posing. Kakak dan abang dah pandai behave Nur...
ReplyDeleteSkype pun membantu eratkan hubungan walau jauh kan Nur
Selamat Hari Raya dari kakak:)
Tu la, kalau suruh posing pun dia buat muka mcm2...
DeleteSelamat hari raya buat kakak jugak :)
Kalau dah jauh jauh camtu la kan. Nasib ada skype boleh jadi penghubung kan.
ReplyDeleteTu la... teknologi buat rasa jarak sgt dekat :)
Deleteselamat hari raya nur..alhamdulillah ttp meriah wpun diperantauan..
ReplyDeletecomel2 berbaju melayu bertudung 3 dak kecik nie...heheh
Selamat hari raya UA...
DeleteTu la, sambutan ala kadar namum tetap rasa meriah :)
salam Syawal Nur..segak bergaya anak2 Nur berbaju melayu..:)
ReplyDeletetetap meriah walau jauh dr keluarga di tanah air..skype kan ada...:)
Selamat hari raya Atie..
DeleteKan? nasib baik ada skype :)
selamat hari raya .... nasib baik skype ada kan... terubat le sikit rindu pada kelurga ye tak... ^_~
ReplyDeleteSelamat hari raya Lea...
DeleteBetul tu Lea.. Skype jadi pengubat rindu :)
Selamat hari raya nur & family :-)
ReplyDeleteselamat hari raya buat LL sekeluarga juga :)
Deleteselamat hr ry :D
ReplyDeleteThanks Lady singgah sini.. selamat hari raya :)
Deleteada skype terasa kampung dekat plak kan...selamat hari raya kak!
ReplyDeleteSelamat hari raya Azian.... Skpye penyelamat keadaan :)
DeleteSelamat Hari Raya maaf zahir batin Bijen
ReplyDeleteLetaklah gambar mak pak sekali lain kali.... nak tengok baju raya yg Bijen pakai hehe...
Tak kisahlah kat mana pun kita beraya yang pasti baju melayu tetap tersarung dipagi rayakan...
Selamat hari raya Okje...
DeleteGambar mak pak? Ala.. okje imagine aje la yg mak dia pakai baju mcm Aisyah dan pak dia pakai baju mcm Irfan.... ekekeke
Kami anak M'sia, bangga berbaju melayu di pagi raya :)
Tak suka nak imagine....nak yg real hehe
Deletesekali sekala berimaginasi, boleh menguatkan otak kiri tau :)
Deleteirfan dengan aisyah mesranya...selamat hari raya kak..masih belum terlambat kot..
ReplyDeleteSelamat hari raya Yati....
DeleteTu time mesra, ada juga time gaduh manja... ekekkeke
selamat hari raya kak nur sekeluarga..comelnye aisyah,urfan&danish pkai bju raya..baju ank2 akk buat ke beli,kt sana ade jual ke bju2 tu ..hehe
ReplyDeleteselamat hari raya Fairus....
Deletesemua baju2 tu import dari M'sia.... ekekkeke
Comelnya anak2 ni... geram tgk... Irfan nampak sangat "Abang" (eh macam mana ye nak cakap... nampak sangat sayangkan adik2nya...) hehe
ReplyDeleteFaham-faham.. abang sulung katakan... Harapnya boleh la diharap sampai ke besar :)
Delete