Sambungan entry raya pertama.
Dalam pukul 1.00 tgh hari, baru kami gerak ke open house yang pertama. Ingatkan kami orang paling last, rupanya ada lagi yang belum sampai. Masing-masing sibuk sype dgn family di Malaysia sebelah pagi agaknya. Sampai line skype pun jadi agak bermasalah, hurm....
Rumah pertama, kami dijamu dgn bihun sup dan soto. Berkali-kali juga menambah. Nikmat betul dapat makan soto di hari raya. Dalam pukul 4 pula, kami gerak ke open house yang kedua. Tuan rumah menghidangkan nasi beriani dan nasi himpit. Juga makan dengan berselera sekali. Semuanya sedap2 belaka. Tapi satu gambar pun tak snap. Bila dapat makan, terus lupa kamera..... adoi!
Lepas habis makan-makan, entah macam mana tercetus idea utk ke universiti for blackcurrant picking. Kebetulan rumah yang kedua tu sangat dekat dengan universiti. Maka, jalan la kami beramai-ramai ke kebun universiti. Macam kelakar pun ada. Kalau kat M'sia, jalan ramai-ramai mcm tu untuk pergi menziarah, tapi kat sini jalan ramai2 di hari raya untuk petik buah. Budak-budak pun bukan main behave lagi sepanjang jalan tu.
Sampai jer di lokasi yang dituju, masing-masing terus buka plastik bag yang dibawa. Semua sangat teruja tgk buah blackcurrant yang sangat banyak.
Tengok lah Danish dengan plastik Morisson yang besar gedabak tu...
Comel jer tgk mereka berbaju kurung tgh ready nak picking blackcurrant... semua muka sgt teruja...Buah blackcurrant yang dah sgt2 ranum... tgk buah dah terbayang air ribena yang sedap tu... nyum nyum...
Aisyah pun dah tak nak posing bila nampak saya ambil gambar...
Tu dia... semua ralit mengedap buah blackcurrant utk dipetik...
Sebelum balik, sempat lagi posing ramai-ramai di pintu masuk University of Bradford. Ini baru empat keluarga. Kalau tak silap, total keluarga di Bradford ni ada tujuh.
Keluarga in white - open house pertama Keluarga in purple - open house kedua |
Macam tu la lebih kurang sambutan syawal yang pertama kami di bumi England untuk tahun ni (tahun kedua). Ada lagi dua tahun kami kena meraikan Syawal di perantauan.
NuKilaN:
selamat hr raya...
ReplyDeletewah lama lg laa nk blk malaysia
Huhuhu, mmg lambat lagi :(
Deleteraya sambil kutip buah blackcurrant ye,.. syok pengalaman tu... untung juga ada ramai kawan seagama senegara kat sana...meriah nampaknya
ReplyDeleteAlhamdulillah, terasa la meriah ala ala raya perantau :)
DeleteSeronok jugak kan lepas beraya open hsegie kutip blackcurrant..pastuh gie open hse lagi...umminyer buat jus blackcurrant ker makan gitu jer?
ReplyDeletebuah jus blakcurrant... makan gitu tak sedap... masam
DeleteHehe btul tu kak Nur bila dah makan lupa nak snap2 gambar kan! ;D
ReplyDeleteNway comelnya Danish petik blackcurrant dgn baju melayu :)
Kan? lepas tu baru rasa menyesal :)
DeleteHanya di Bradford, petik blackcurrant berbaju melayu... hihiihihi
Kenapa I taip komen panjang2 katanya "operation time out"? huhuhu
ReplyDeletelor, kesiannya.. Ai pulak terfikir, komen apa la agaknya yg panjang tu? hurmmm... (thinking mode)
DeleteKomen pasal baju raya.. komen pasal raya, komen pasal petik2 buah. hahaha dah lama tak singgah hari tu kan, panjang la celotehnya. tapi tak masuk pulak komen nya. huhuhu
DeleteBagus juga agenda lepas gi open house, gi petik buah pulak ;)
ReplyDeleteAgenda ad-hoc... mcm kelakar jer rasa :)
Deleteselamat hari raya nurbijen. Seronok jugak ya mengutip blackcurrant tu. Tak terbayang macam mana beraya ditempt org. Tapi ok jugak kan coz ada teman2 senegara di sana.
ReplyDeleteThanks KZ...
DeleteTu la, meriah la juga sbb ramai juga M'sian kat sini :)
Seronok jg raya dpt merasa mknn mcm di tanah air kn?..apa pn raya tetap disambut.
ReplyDelete.wah raya2 pn sempat petik blackcurrant. .:)
.
Alhamdulillah, seronok tu tetap terasa.. raya, kan?
DeleteTu la.. lain dari yg lain :)
Slmt hari raya.. Meriah juga tu. Kat m'sia ni tak dpt lah nak petik buah blackcurrant ;) cantik gambar ramai2 tu..
ReplyDeleteAlhamdulillah, meriah juga sambut dgn kawan2.. Thanks, gambar tu ada one student yg volunteer ambilkan.. mesti dia pun teruja tgk kami ramai-ramai dgn baju raya nak bergambar... ekekkeke
Deletesalam syawal buat nur dan family di perantauan,bestnya memetik buah blackcurrant tu......
ReplyDeleteThanks kak nurul... Hehehe, aktiviti sampingan di petang syawal :)
DeleteMakan buah tak best, buat jus baru rasa kick :)
ReplyDeleteEid Mubarak!Wah..boleh la lepas ni bawak Fahim petik blackcurrant kat Bradford Uni..tapi org luar boleh masuk petik gak ke?hehe..
ReplyDeleteMeriah raya di Bradford..nanti merasa la kami beraya kat sana pulak nx year.Kami pindah Leeds bulan Oktober ni kak Nur. Nanti saya update kat blog area mana. :)
wah, next year boleh petik blackcurrant dengan Fahim.. yeay... best best... boleh jer orang luar masuk.. sbb tu kawasan luar barrier gate....
DeleteNext year boleh la kita raya sama-sama... Dah tak lama tu nak pindah Leeds... mesti sibuk nak kemas rumah bila kena pindah.... Orang lama kat Leeds, Kak Midah dan Ustaz Daud... nanti boleh la kenal dengan mereka... ke mmg sekarang pun dah kenal? hihihi, maklumlah, Leeds pun tak ramai orang M'sia :)
Keluarga yg pakai baju coklat tu bila agaknya nk buat open house hehe
ReplyDeleteKami buat masa raya ke-4... sekali dgn celebrate birthday Irfan dan Aisyah :)
Deleteraya2 pun sempat petik buah ye..hehe
ReplyDeleteTu la... nampaknya tak banyak rumah yang boleh ziarah.... alang2 dah berkumpul, seronok juga dapat picking buah ramai-ramai :)
Deletewah seronoknya nampak... petik buah anggur di pagi syawal... mmg lain dr yg lain... heheh
ReplyDeleteTu la... hanya di Bradford... hahaha, lain dari yg lain :)
Delete