Showing posts with label tengkujuh. Show all posts
Showing posts with label tengkujuh. Show all posts

Monday, October 30, 2017

Hujan tanpa henti

Dari pagi semalam hujan turun tanpa henti.
Dari pagi, hingga tengah hari berterusan hingga ke petang dan malam.
Pagi ni pun sama.
Masih lagi hujan..


Masa hantar anak2 ke sekolah pagi tadi, dah kena redah air beberapa tempat.
Dah banyak air yg "melintas" jalan.
Nasib baik anak2 dah habis peperiksaan akhir tahun semalam.
Dengan cuaca hujan dan gloomy mcm ni, tiba2 teringat kat Bradford, eh! hihihi

Sunday, January 8, 2017

Dugaan banjir

Dari minggu lepas lagi, hujan mencurah-curah di bumi Terengganu.
Ada beberapa kawasan rendah yang mula dinaiki air.
Rumah kami, Alhamdulillah berada di kawasan yang agak tinggi.

Dugaan kali ini adalah bagi anak-anak yang nak ke sekolah.
Sekolah didirikan di kawasan yang tinggi, tetapi jalan nak ke sekolah yang tenggelam dek air banjir.
Masa ambil anak2 pada hari Rabu lepas, air seperti dalam gambar ni...
Tengok air yang melintas mcm ni, masih lagi boleh redah dengan kenderaan ringan.
Itu pun, dah ada beberapa kereta parents yang hilang no plate/ tercabut no plate semasa meredah air yang melintas.

Pagi Khamis anak2 bersiap untuk ke sekolah seperti biasa.
Dalam pkl 6.30 pagi, saya check Telegram untuk update pasal paras air untuk ke sekolah.
Selepas guru besar memantau jalan untuk ke sekolah, beliau mengumumkan yang sekolah terpaksa bercuti sebab keadaan air yang semakin tinggi.

Kebetulan saya dah ambil cuti untuk hari Khamis.
Jadi hari Khamis tu lepak2 kat rumah aje lah dgn anak2 :)

Esoknya hari Jumaat, ada parent yang rajin meninjau situasi banjir dan hantar gambar ni.
Hari Sabtu, air semakin tinggi.
Ada juga yang hantar gambar2 ni...
Dengan caption berbunyi, "Pokok2 pun dah pakai plate kereta"...
Hari Sabtu tu duk tunggu juga update samada hari Ahad sekolah atau sekolah masih bercuti.
Dalam pkl 6.30 petang guru besar buat pengumuman, "Sekolah akan berjalan seperti biasa pada hari Ahad. Pelajar akan diangkut dengan 4WD ke sekolah antara jam 7.15 - 8.00 pagi. Juga 3.30 hingga 4.30 petang."
Pelajar juga dibenarkan memakai pakaian sukan untuk memudahkan pergerakan.

Dapat berita tersebut, saya terus beritahu anak2.
Makin eksaited pula mereka nak ke sekolah.
Mcm mana la, naik 4WD tu utk ke sekolah??

Ini pula gambar pagi tadi...
Parent parking kereta di luar, dan anak2 diangkut ke sekolah dgn 4WD...
Barisan muallim yang memantau proses pengangkutan..

Cikgu juga update gambar ni...
Dengan caption, "Alhamdulillah, ramai yang hadir hari ni".

Anak-anak juga sangat eksaited dengan pengalaman baru pada hari ini.
Apa2 pun, tahniah kepada pihak sekolah yang bersusah payah untuk membolehkan anak-anak ke sekolah.
Usaha dari semua pihak bagi melancarkan pergerakan anak2 dan staff ke sekolah sangat dikagumi. Saya sangat terharu dengan hubungan kekeluargaan yang ditunjukkan oleh semua peringkat warga sekolah.
Semoga Allah membalas dengan kebaikan atas kasih sayang ini :)

Sumber gambar: Ehsan dari parent dan guru2 dari Telegram dan WhatApps :)

Monday, November 23, 2015

Dia dah datang....

Siapa???
Musim tengkujuh...

Semalam hujan tanpa henti.
Tapi Alhamdulillah pagi ni hujan dah berhenti.
Masa ke tempat kerja, boleh nampak beberapa kawasan yang mula ditakungi air.
Harapnya tahun ni banjir tak seteruk tahun lepas.

Ni gambar Sabtu lepas...
anak2 eksaited nak main hujan bila balik dari majlis Ihtifal kat sekolah mereka.
Tu dia, muka seronok dapat main hujan...
Entah apa la projek mereka bertiga ni...
Kat UK main snow, balik M'sia main air hujan aje lah anak2 yer :)

Tuesday, December 30, 2014

MB dan Sultan Kelate

Terharu tgk dua insan penting di Kelatan ni...

Ni Sultan Kelantan yang memandu sendiri kereta 4WD untuk melawat mangsa banjir...
Baginda mencemar duli melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir...
Tanpa pengiring, beliau turun padang (bukan padang golf yer) untuk melihat sendiri nasib rakyat jelata...
Ya Allah, terharu sangat dengan keprihatinan tuanku....

Ini pula menteri besar Kelantan yang membeli barangan keperluan untuk mangsa banjir...
Gambar kejadian di Billion, Kota Bharu.
Dengan berpakaian sempoi dan berkasut boot getah, memang tak perasan dia adalah MB Kelantan.
Beratur macam orang biasa jugak.
Yang satu keluarga sedang buat bayaran kat depan tu adalah kawan saya satu sekolah.
Jadi memang maklumat ni adalah sahih (sebab ramai juga yang komen bukan-bukan bila gambar ni tersiar di beberapa page FB Kelate).
Lepas bayar baru perasan yang "pakcik" kat belakang tu adalah MB.
Jadi suami kawan tu pun tegur lah MB tu dan bertanya adakah semua barangan tu utk mangsa banjir.
Katanya , Ya dan bila ditanyakan boleh tak kirim sedikit bantuan utk mangsa banjir.
Kata Ustaz mad, "Boleh... ambo meme (saya memang) nok gi tempat banjir dah ni".

Semoga Allah panjang umur kedua-dua pemimpin yang berjiwa rakyat ni...

Sunday, December 28, 2014

Tidurlah sayang...

Nak share juga nukilan ni kat blog...

'Tidurlah sayang'.

Mama tahu kamu sejuk dan penat,
Kerana itu mama peluk kamu erat.

Mama tahu kamu merayu disuapkan,
Tetapi hanya dedaun yang mampu mama lumatkan.

Seperti kamu yang mengharapkan secebis makanan,
Mama juga berharap ada yang meluruhkan bantuan dari balik awan.

Hina rupanya kita di mata orang,
Sejuk dan basah bersendirian.
Tiada bekalan dan bantuan,
Seolah daerah ini daerah perang.

Rupanya begitu sekali negeri ini disisihkan,
Sehingga nyawa dianggap mainan dek kotornya partisan.

Darurat barangkali terlalu 'keramat' untuk diwartakan,
Walau negeri sudah menjadi kubur tidak bernisan.

Sabarlah sayang, 
Simpanlah airmatamu ini untuk Tuhan.
Selepas ini tidak ada lagi kelaparan, dan mengigil sejuknya di bawah rintik hujan.

'Tidurlah' sayang,
Dan selamat jalan.
Tunggu mama di syurga.

(Nukilan seorang ibu yang kematian bayinya d Bukit Manjor, Kuala Krai ketika bertahan di atas bukit tanpa bantuan)

Bertambah sayu tgk kesan banjir di Kuala Krai ni....


Semoga mangsa2 banjir mendapat pembelaan yang sepatutnya.

Bah @Pasir Tumboh

Sedikit sejarah banjir di Pasir Tumboh yang kawan share dari FB Kelantan...
Memang betul pun.
Seumur hidup, belum pernah mengalami banjir seteruk ni.
Bah 2014 yang sangat luar biasa.
Begitu juga kata saudara mara dan orang sekampung.
Memang terkejut bila tgk jalan2 ni dipenuhi air...
Jalan saya selalu lalu nak ulang alik ke sekolah naik basikal....
Memang jalan ni tak pernah dinaiki air sebelum ni walau setiap tahun kelantan dilanda banjir...
Sejarah juga tercipta bila air melimpah hingga ke kawasan rumah rumah peninggalan nenek...
Gambar ni diambil dari surau tingkat dua...
Tak sangka air penuh sebegini...

Besar sangat ujian untuk rakyat Kelantan tahun ni.
Elektrik terputus, minyak pun kena catu.
Talian telekomunikasi juga dihentikan.
Makanan apatah lagi...
Allah, hanya doa yang mampu kita panjatkan....
Sekok sebok bedooh!

Friday, December 26, 2014

Update Bah

Selepas banjir besar di bahagian hulu kelantan, Gua Musang dan Kuala Krai, gelombang banjir bergerak ke Tanah Merah, Pasir Mas dan Kota Bharu.
Tak ketinggalan rumah mertua di Tanah Merah juga mula dinaiki air.
Sepanjang kami kahwin (10 tahun), ni kali pertama banjir melimpah hingga ke dalam rumah.
Tak dapat nak bayangkan betapa besarnya bah yang melanda tahun ni.
Semoga mereka yang diuji dengan banjir diberi ketabahan dan sabar dalam menghadapinya....

Tak kurang juga banjir di Pasir Tumboh.
Ni gambar yang saya dapat dari WA dan juga FB keluarga dan kawan2....
Pemandangan air dari depan taman perumahan kami...
Retok (jambatan) Pasir Tumboh....
 Kawasan sekitar Pasir Tumboh...
 Suasana di seberang jalan...
Jalan ke rumah kakak ipar...
 Air dah makin tinggi...
 Semua tangga rumah dah tenggelam...
 Juga air dah masuk dalam rumah...
Yang lagi mengejutkan bila adik WA kata yang dapat amaran suruh siap sedia takut air melimpah hingga ke dalam rumah.
Risau pula dibuatnya, dah la dia sorang jer kat rumah sekarang ni.
Sepanjang kami duduk dah berbelas tahun, memang tak pernah air melimpah hingga ke rumah kami.
Melihatkan trend banjir tahun ni yang agak luar biasa, segala kemungkinan boleh jadi.
Hanya mampu doa dari jauh semoga semuanya terkawal.... Insya Allah...

NuKilaN:
 

Thursday, December 25, 2014

Bah besar

Sedihnya tengok gambar2 yg sedara mara dan kwn2 duk kongsi dalam WA mahupun FB.
Banyak kawasan yang mengalami banjir yang teruk.
Terutama di daerah Kuala Krai yang katanya semakin tenggelam.
Ni gambar di depan pasar besar Kuala Krai pada 23/12/14.
Keesokan harinya (24/12/14) pasar semakin ditenggalami air.
Ada juga yang melaporkan sekolah yang empat tingkat pun hampir tenggelam dan mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.
Ada juga yang terpaksa melarikan diri ke bukit berhampiran.
Tak boleh nak bayangkan nasib susah yang menimpa mereka.
Hanya mampu doa dari jauh.

Info terkini banjir juga boleh diperolehi dari ebanjir.kelantan.gov.my.
Ni printscreen aras air tertinggi dari laman tersebut di sungai2 uatama...

Kalau tgk pada hari ni, semua paras sungai berada di tahap yang merbahaya kecuali di Pasir Putih.
Bukan setakat melepasi, tetapi bacaan yg sangat jauh meninggalkan aras merbahaya.
Cepat benar air naik dan sekarang ni masih lagi naik.

Ya Allah, ampunilah dosa dosa kami. Kasihanilah kami Ya Allah....
#PrayForPantaiTimur

Friday, November 21, 2014

Pesta air?

Dalam rasa sedih tgk nasib kawan2 yang jadi mangsa banjir, tak kurang juga ada yang post gambar2 yang mencuit hati macam ni...

Sakan mereka main air.
Mula lah teringat zaman kecil2 dulu.
Musim banjir lah boleh main air puas2.
Dapat lampu hijau main air hujan hingga menggigil satu badan kesejukan.
Nasib baik tak demam jer.
Bukan senang nak main air hujan dengan bebas sambil keliling satu kampung.
Penat lari-lari, buat sampan kertas pula.
Sampan karam, buat lagi yang lain tanpa jemu.
Lepas tu bertanding siapa dapat buat sampan paling tahan lama dan boleh hanyut paling jauh.
Beria perah otak nak lawan dengan abang2 yang jauh lebih besar.
Kecil2 pun tak nak kalah walau saya the only girl masa tu.
Punya laa tinggi semangat juang... hahaha
Lepas tu arwah ayah ada pinjam sampan dengan kawan dia.
Boleh lah ronda satu kampung yang dah macam tanah rata sebab rumah2 dah byk yg cuma nampak bumbung.
Itulah salah satu kenangan manis di musim banjir.
Mommies, share la juga pengalaman manis masa kecil2 bila pesta air ni :)

NuKilaN:
 

Friday, December 6, 2013

Nasib si putih....

Sedih bila tengok si putih ni sedang berenang dalam air banjir...
Tu belum tengok dalam rumah lagi. Banyak juga perabut yang rosak. Betapa segalanya di dunia ni hanyalah pinjaman.

Ada tak kawan-kawan yg tahu, cara nak selamatkan kereta yang tenggelam banjir ni? Mana tahu, kot2 ada petua yang boleh diguna pakai...

Nak share juga sajak nukilan my aunty...

Banjir...
Bukti kekuasaan Allah,
Boleh menguji sesiapa saja
Tanpa diminta kebenaran,
Tanpa mengisi borang
Kerana itu hak-Nya

Banjir...
Satu ujian
Satu kepahitan, keresahan, ketidaktentuan dan kecelaruan fikiran

Banjir...
Menemukan kita
siapa kawan
siapa saudara
siapa yg sudi membantu penuh keikhlasan

Namun
Ia juga satu peringatan
Satu iktibar dan pengajaran
Akan kelam kabutnya suasana saat meningggalkan kediaman
ke pusat pemindahan 
menumpang saudara atau rakan 

Huru hara itu amat kecil
berbanding dengan
huru hara
yang bakal ditempuh
Nun...
di Hari Pengadilan...

(Merenung kembali peristiwa kediaman dilanda banjir pada tahun 2008)
*cik rah*

Akhir sekali nak tempek gambar anak buah yang makin bam bam ni...

Sabar yer, tahun 2015 cik nur balik dan jumpa Qaseh :)

NuKilaN:
 

Thursday, January 13, 2011

aktiviti di pagi jumaat lepas

Minggu lepas
Hujan turun tak henti dari malam Rabu
Pagi tu, kawasan depan rumah kami dipenuhi air

Cuba teka, apa mereka sedang buat?






Sebenarnya, mereka sedang
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


 cari IKAN
banyak anak ikan tersesat
so bapak budak dan budak budak
isi masa lapang pagi tu dengan menangkap
anak anak ikan sepat yang tersesat
aisyah pun nak posing dgn ikan jugak
(uppss....seksinya anak ummi!)
tp, lepas tu kami lepaskan balik anak2 ikan tu dalam air

Nasib baik hujan tak berpanjangan
bila hujan berhenti, air kat depan rumah terus surut

Teringat pula pengalaman banjir tahun 2008
banyak juga barang rosak
dah la masa banjir tu saya kat Sarawak
kena import pasukan menyelamat dari kelantan :)
Tanpa bantuan, mesti lagi banyak dokumen dan barang yg musnah
Terima kasih apis17, anis dan amir
Bantuan kalian menyelamatkan keadaan :)

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails