Selepas banjir besar di bahagian hulu kelantan, Gua Musang dan Kuala Krai, gelombang banjir bergerak ke Tanah Merah, Pasir Mas dan Kota Bharu.
Tak ketinggalan rumah mertua di Tanah Merah juga mula dinaiki air.
Sepanjang kami kahwin (10 tahun), ni kali pertama banjir melimpah hingga ke dalam rumah.
Tak dapat nak bayangkan betapa besarnya bah yang melanda tahun ni.
Semoga mereka yang diuji dengan banjir diberi ketabahan dan sabar dalam menghadapinya....
Tak kurang juga banjir di Pasir Tumboh.
Ni gambar yang saya dapat dari WA dan juga FB keluarga dan kawan2....
Pemandangan air dari depan taman perumahan kami...
Retok (jambatan) Pasir Tumboh....Kawasan sekitar Pasir Tumboh...
Suasana di seberang jalan...
Jalan ke rumah kakak ipar...
Air dah makin tinggi...Semua tangga rumah dah tenggelam...
Juga air dah masuk dalam rumah...
Yang lagi mengejutkan bila adik WA kata yang dapat amaran suruh siap sedia takut air melimpah hingga ke dalam rumah.
Risau pula dibuatnya, dah la dia sorang jer kat rumah sekarang ni.
Sepanjang kami duduk dah berbelas tahun, memang tak pernah air melimpah hingga ke rumah kami.
Melihatkan trend banjir tahun ni yang agak luar biasa, segala kemungkinan boleh jadi.
Hanya mampu doa dari jauh semoga semuanya terkawal.... Insya Allah...
NuKilaN:
Memang sedih Nur. Apa lagi bila bekalan elektrik terpaksa diputuskan bimbang short-circuit. Hospital guna gen-set tapi bila diesel habis tak dpt bekalan. Diesel habis gen-set mati. Org yg guna oksijen dsb alat yg terpaksa ada guna batteri pulak. Tapi macam kata doktornya sampai bila? Bekalan yg nak dtg tak ada tempat nak landing (helikopter). Sedih betul-betul sedih...
ReplyDeleteTeruskan doa-doa kita.
http://madey09.blogspot.com/2014/12/mampukah-pertahankan-persahabatan-maya.html?showComment=1419552363991#c1156470128630073798 bayakkan sabar ..sesungguhnya kita diujiNya..semoga cepat beransur surut..jaga diri dan anak2
ReplyDeleteyg tak berapa best didengar.,..ketiadaan air dan letrik....
ReplyDeletealahai org jauh dlu dpt brita!menakutkan lak kan banjir kali ni,bukan lg pesta main air..
ReplyDeletekak nur..rumah keluarga saya di kampung pun dah hampir tenggelam. saudara mara belah suami di k.krai lagi teruk. rumah tenggelam, hanyut. lari naik ke atas bukit, dengan tiada bekalan makanan dan anak2 kecik. tidur berbumbungkan langit. tiada pasukan penyelamat yg dapat kesan..
ReplyDeleteAllahuakhbar.. :(
Risaunye k.nur... Allahuakbar...
ReplyDeletememang tahun ni teruk sungguh fenomena banjir berlaku..semoga keluarga dikampung di[permudahkan.kita hanya mampu kirimkan doa semoga segalanya beransur pulih
ReplyDeletetula dia.. kami di sini - rawang ni pun susah hati sgt tengok semua update banjir seluruh negara. Semua tempat tu ada kawan2 / kenalan / sedara yg dekat dihati..
ReplyDeleteAllah hurabbi...
Moga semua dlaam peliharaan Ilahi
Risau je baca,ada kawan akak dah x dpt contact mak ayah dia kt kg sbb elektrik terputus..kesian sgt.sama2 kita doakan moga banjir cepat surut
ReplyDeleteKita sama2 doakan moga air cepat surut ya.. risau sangat.. walaupun dh dapat hubungi ahli keluarga kat sna, masih risau sebab memang tak ada makanan.. beli di kb boleh tapi harga mahal. Adik saya sampai risau nak balik masa beli makanan di kb td, takut kena tahan dengan orang2 di tepi jalan dan kena rompak makanan tu. Sebab memang ramai yang berbut makanan dari lori yang bawa bantuan tu.
ReplyDeleteRedha dgn ujian yang diberi
ReplyDeleteair kali ni memang ramai tak jangka
ReplyDeletetu yang semua orang tak sempat nak menyelamatkan harta benda
bayangkan kalau dapat simpan dekat tempat tinggi pun, habis juga rosak!
sebab air naik tinggi sangat!
moga semuanya selamat dan kembali ke sedia kala