Tuesday, December 2, 2014

Sekuriti perbankan

Hari ni tertarik pula dengan perkongsian dari facebook Sukan Star TV....

Dalam banyak2 komen, saya suka dengan komen seorang hamba Allah ni....

Kalau berdasarkan pengamatan kasar. Ini bukan kes godam. Tetapi kes kecurian data kad debit.
Nasihat buat pengguna kad debit mana-mana bank sekali pun.
1. Jaga kad debit anda. jangan sesekali beri no belakang (CVV, C2V) kepada telemarketer atau sesiapa pun. 
2. Periksa keaslian laman web (e.g lazada, zalora, paypal, dll) semasa transaksi menggunakan kad debit (semasa mengisi nombor kad debit dan nobor di belakang kad), supaya tidak berlaku kecurian no kad dan CVV.
3. Ambil tahu dan belajar keselamatan IT dan penggunaan kad debit/kredit dengan betul. Ignorant is not a bliss.
4. Ambil tahu.
5. Ambil tahu.
6. Amalkan.
Bila dah berlaku kecurian yang sebenarnya atas kecuaian sendiri dan sebab tak mahu ambil tahu bab sekuriti, memang mudah nak salahkan pihak lain.

Kekuatan sekuriti ini terletak kepada dua faktor, sistem dan manusia. Selalunya faktor manusia yang paling susah untuk dikawal. Sistem bila ada masalah kita boleh update dan patch. But, THERE ARE NO PATCH FOR IGNORANCE.

Ya, saya setuju sangat2.
Kita kena ambil tahu banyak perkara sebagai pengguna kad debit/kredit.
Adakah komputer yang diguna untuk transaksi online mempunyai internet security?
Adakah laman web yang kita berurusniaga boleh dipercayai?
Jangan serahkan 100% urusan sekuriti kepada pihak bank.
Kita kena jadi pengguna yang bijak dan bertanggungjawab.
Bila tengok laman web yang lain macam jer, jangan mudah nak percaya.

Bila baca komen2, ada juga yang kata sekuriti bank luar negara lebih baik. 
Saya tak nafikan pendapat sebegitu.
Namun seandainya kita tak berhati-hati dalam pembelian online, boleh juga terkena dengan hacker yang selalu mencari peluang ni.

Ada juga pengalaman kawan kat sini yang tiba2 hilang duit dalam akaun.
Bila dah hilang, kebarangkalian nak dapat semula duit pound yang lesap tu sangat tipis (rasanya memang tak dapat semula pun).
Puncanya dia ada membuat transaksi online dengan satu website.
Website tersebut menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding retailer2 besar yang lain.
Rupanya website tersebut adalah palsu. 

Juga, jangan main klik pada link2 yang merepek, jangan mudah install aplikasi yang pelik2 kalau tak tahu guna, kena pastikan sumber link yang kita download trusted atau tidak, pastikan belikan barangan online dari retailer yang betul2 well known (haa, kan dah macam mak nenek membebel ni.... )

Walau saya pengguna kad debit/kredit Maybank, entry ini tidak menambahkan sebarang sen dalam akaun saya (^__^). Pokoknya, kita haruslah sentiasa waspada!

Insya Allah, semoga akaun kita sentiasa dilindungi dari perompak2 yang suka makan duit haram ni.... amin amin amin...

11 comments:

  1. Like my husband, dia paling tak percaya pembelian online hahaha tapi bagus jugak la beringat kan. saya pulak still guna akaun maybank, tpai card dah expired hari tu balik malaysia tak sempat nak gi activate kan balik, then... selalu akaun webste pun kena block sebab hari tu masa call maybank, depa cakap kalau mor than 3 months tak log in, dorang block akaun. ni akaun tengah kena block ni, kena call depa again untuk activate balik... menuysahkan, tapi bagus jugak sebenarnya, better block dari bagi jer kan hehhee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni akak dah kena..kena p maybank..buat mcm perkara yg depa suruh..

      Delete
  2. Ini yang memang saya risau. Bila disebar mesej pasal hari2 tertenti tak boleh buat perbankan internet, saya cepat2 buat urusan sebelumnya.. memang bimbang kena apa2 walaupun duit dalam akaun tak la sebanyak mana. Tapi risau memang sentiasa ada. Bimbang beb.. ai.. pendek kata memang kena sentiasa berhati2 bila masa dan di mana berada

    ReplyDelete
  3. sekarang macam-macam fraud.. kena hati-hati..

    ReplyDelete
  4. Saya kalau online mmg tak berani pakai kad debit/kredit saya...

    ReplyDelete
  5. Okey, yang ni I pandai sikit. Sikit je tak banyak. I ada satu akaun untuk pembelian online je. Duit pun tak banyak mana dalam tu. Kalau tak cukup kita top up je. Senang cerita. Setakat ni memang tak pernah kena benda macam ni dan harapnya tak akan terjadilah hendaknya. Hackers ni makin lama makin pandai. Maklum semua sekolah tinggi-tinggi katanya....

    ReplyDelete
  6. Salam Nur,

    Seram sejuk bila baca tentang hal duit lesap ni. Beberapa tahun lepas anak sepupu Mak Aji hilang duit dalam akaun dia sebaik sahaja dia dapat tunggakan gaji guru (baru mula mengajar mana dapat gaji, kan. Jadi bila dapat sepenuhnya gaji yang berbulan2 tu, licin dikerjakan orang). Ada ke pihak bank tanya/tuduh dia buat pindahan duit ke Indonesia walhal dia tiada sesiapa pun di sana??! Memang ya hilang lesap begitu sahaja!

    ReplyDelete
  7. Tak pernah beli online pun Bijen .....so kat sini okje nampaknya selamatlah yek ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak beli online pun tak bermakna selamat tau
      zaman sekarang ada aje cara orang nak menipu
      cuma kena beringat aje =)

      Delete
  8. saya setuju orang yang memberi komen tu
    benda camni memerlukan kita sentiasa beringat =)

    ReplyDelete
  9. memang sedih lah kalau duit hilang mcm tu je dr akaun,mcm akak ni memang tak pernah beli barang yg memerlukan transaksi secara online,sbb akak ni tak reti nak online2 ni,nak bayar duit guna online lagi la akak no takut..hahaha nampak ketinggalan zaman ler pulak

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails