Tuesday, December 30, 2014

MB dan Sultan Kelate

Terharu tgk dua insan penting di Kelatan ni...

Ni Sultan Kelantan yang memandu sendiri kereta 4WD untuk melawat mangsa banjir...
Baginda mencemar duli melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir...
Tanpa pengiring, beliau turun padang (bukan padang golf yer) untuk melihat sendiri nasib rakyat jelata...
Ya Allah, terharu sangat dengan keprihatinan tuanku....

Ini pula menteri besar Kelantan yang membeli barangan keperluan untuk mangsa banjir...
Gambar kejadian di Billion, Kota Bharu.
Dengan berpakaian sempoi dan berkasut boot getah, memang tak perasan dia adalah MB Kelantan.
Beratur macam orang biasa jugak.
Yang satu keluarga sedang buat bayaran kat depan tu adalah kawan saya satu sekolah.
Jadi memang maklumat ni adalah sahih (sebab ramai juga yang komen bukan-bukan bila gambar ni tersiar di beberapa page FB Kelate).
Lepas bayar baru perasan yang "pakcik" kat belakang tu adalah MB.
Jadi suami kawan tu pun tegur lah MB tu dan bertanya adakah semua barangan tu utk mangsa banjir.
Katanya , Ya dan bila ditanyakan boleh tak kirim sedikit bantuan utk mangsa banjir.
Kata Ustaz mad, "Boleh... ambo meme (saya memang) nok gi tempat banjir dah ni".

Semoga Allah panjang umur kedua-dua pemimpin yang berjiwa rakyat ni...

13 comments:

  1. ya allah terharunya pemimpin macam ni tak berkisah sgt pun membantu ...

    ReplyDelete
  2. Bagusnya. Moga Allah merahmati kedua2 insan baik hati ni.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya semua rakyat di Malaysia bukan Kelantan aje yg tahu Sultan Kelantan dan pemimpin di sana amat prihatin dan tak pentingkan diri sendiri. Dari dulu lagi Sultan Kelantan yg akrab dgn TGNA itulah cantiknya peribadi. Betapa tak akan kita jumpa MB negeri lain atau sultan negeri lain seperti ini... Tabik hormat!

    ReplyDelete
  4. Pemimpin seperti ini yg kita cari ... susah senang bersama rakyat ... :)

    ReplyDelete
  5. Dalam saat kritikal gini, eloknya ketepikan status dan pangkat.. dan berilah bantuan sebagai seorang insan dan hambaNya kepada yang sangat memerlukan.. itu lebih baik kan.. :))

    ReplyDelete
  6. Memang terbaik lah sultan kelantan ngan MB kelantan ni. Rasa terharu tengok mereka yg bersederhana.

    ReplyDelete
  7. rasa bangga jadi rakyat kelate ☺

    ReplyDelete
  8. tu la baru kita panggil pemimpin yg disegani..bangga jd ank klate kawe!!

    ReplyDelete
  9. bangga dan terharu dgn sifat2 yg ada pada kedua2nya..

    ReplyDelete
  10. memang berjiwa rakyat..patut la rakyat kelantan sayang ..:)

    ReplyDelete
  11. Respect sangat dgn mereka. Kalau semua pembesar kita gini kan bagus. Tak yah susah susah nak menyambut bagai.

    Kat Billion tak banjir ke Bijen.....

    ReplyDelete
  12. saya kagum dengan mereka
    patutlah mereka disayangi rakyat

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails