Thursday, December 25, 2014

Bah besar

Sedihnya tengok gambar2 yg sedara mara dan kwn2 duk kongsi dalam WA mahupun FB.
Banyak kawasan yang mengalami banjir yang teruk.
Terutama di daerah Kuala Krai yang katanya semakin tenggelam.
Ni gambar di depan pasar besar Kuala Krai pada 23/12/14.
Keesokan harinya (24/12/14) pasar semakin ditenggalami air.
Ada juga yang melaporkan sekolah yang empat tingkat pun hampir tenggelam dan mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.
Ada juga yang terpaksa melarikan diri ke bukit berhampiran.
Tak boleh nak bayangkan nasib susah yang menimpa mereka.
Hanya mampu doa dari jauh.

Info terkini banjir juga boleh diperolehi dari ebanjir.kelantan.gov.my.
Ni printscreen aras air tertinggi dari laman tersebut di sungai2 uatama...

Kalau tgk pada hari ni, semua paras sungai berada di tahap yang merbahaya kecuali di Pasir Putih.
Bukan setakat melepasi, tetapi bacaan yg sangat jauh meninggalkan aras merbahaya.
Cepat benar air naik dan sekarang ni masih lagi naik.

Ya Allah, ampunilah dosa dosa kami. Kasihanilah kami Ya Allah....
#PrayForPantaiTimur

4 comments:

  1. Hermm mmg dasyat betul banjir kali ni...harap semua yg terlibat dapat tabah...

    ReplyDelete
  2. betul tu tgok kt tv pun sekolah yg 4 tingkat air naik smp nmpk sekolah tinggal setingkat je..innalillahiwainnailaihirajiun..

    ReplyDelete
  3. Memang teruk banjir kali ni,diharap semuanya akan pulih segera

    ReplyDelete
  4. kesian kan kak
    saya tumpang bersimpati
    berat mahu memandang, berat lagi bahu yang memikul

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails