Showing posts with label pavlova. Show all posts
Showing posts with label pavlova. Show all posts

Sunday, November 16, 2014

Pavlova dua biji telur

Hari Ahad minggu lepas, saya dah post gambar pavlova.
Hari ni pula saya letak gambar pavlova lagi sekali yang saya baru buat hari Rabu lepas.
Kebetulan ada kawan message nak datang rumah.
Sempatlah saya baking pavlova ni pagi tu sambil sediakan sarapan dan bekal anak-anak ke sekolah.
Balik dari hantar anak2 ke sekolah, singgah kedai beli double cream (sepatutnya guna whipping cream tapi tak ada stok jadi saya belasah jer dgn double cream) dan buah-buahan kat kedai berhampiran.
Inilah salah satu sebab kenapa saya suka masak pavlova kat sini.
Sebab utamanya senang nak dapatkan bahan-bahan.
Kat kedai runcit pun ada dijual fresh cream dan buah2 segar.
Harga pun lebih kurang harga pasaraya jugak.

Tapi kali ni saya cuma buat separuh adunan sebab nak cepat masak.
Dua biji putih telur, 1/3 cawan gula castor, 1/2 sb tepung jagung, 1/2 st esen vanila, 1/2 st air lemon.
Untuk resepi penuh dan cara-cara nak hasilkan meringue, boleh rujuk kat sini...

Dapatkan satu meringue lebih kurang 9 inci ni....
Tara... Hasil lepas diletakkan fresh cream dan buah-buahan...
Kasi close up sikit....
Alhamdulillah, tercapai juga hajat nak makan pavlova :)

Glosari....
sb - sudu besar
st - sudu teh

Sunday, November 9, 2014

Pavlova

Dah lama tak buat pavlova.
Tiba-tiba terjumpa gambar ni dalam folder.
Bestnyer dengan topping cream dan buah-buah segar - blueberries, kiwi, mangga dan anggur.
Lupa dah buat pavlova ni masa event apa..
Tapi rasanya utk tetamu yang datang ke rumah beberapa bulan lepas.
Hahaha, memang dah lama peram gambar pavlova ni dalam draf.
Dari nak cerita pasal tetamu, langsung terus terlupa...

Tengok gambar mula lah rasa nak baking pavlova ni.
Nak buat saja2 utk makan takut muak tak habis.
Tunggu lah ada event atau ada tetamu bertandang.

Thursday, January 30, 2014

Mini pavlova

Dah lama tak buat pavlova. Jarang dapat request lately sbb dah ramai yang expert buat pavlova kat Bradford ni. Tapi masa birthday Arissa tempoh hari, ada yg request nak makan pavlova. Jadi saya buatlah yang jenis mini pula....
Utk satu adunan tu, bukan main banyak mini pavlova yang dapat. Dua kali bakar baru habis. Yang best nyer mini meringue tu sangat rangup. Ralit juga duk meratah meringue satu satu sebelum sempat letak cream kat atas tu :)

Ni pula rupa lepas letak toppingdan buah...
Sekali ngap dah habis.
Rasanya lagi senang buat pavlova sebiji dari buat yang bentuk mini mcm ni. Mungkin lepas ni kena fikir byk kali dulu kalau nak buat yg mini mcm ni. Satu2 nak kena hias. Renyah la juga berbanding dgn yg sebiji boleh main tabur jer  cream dan buah sekaligus :)

Thursday, March 14, 2013

Meringue bertanduk

Masa mula-mula saya nak berjinak-jinak dengan pavlova, tak dapat nak bayangkan macam mana rupa meringue yang bertanduk. Banyak juga blog dan video yang saya study sebelum yakin utk masak pavlova especially nak faham yg part meringue bertanduk tu.

Part meringue bertanduk adalah aspek yang sangat penting dalam pembuatan pavlova. Jika meringue dibakar sebelum adunan betul-betul bertanduk, kebarangkalian meringue akan mendap semula adalah tinggi. Selain itu, meringue juga agak susah utk masak bila dibakar sebelum bertanduk. Masak di luar, tetapi tidak masak di bahagian dalam. Dua dua ni komen selalu juga saya terima dari kawan-kawan yang cuba masak pavlova.

Formula yang saya guna utk check kebertandukan meringue (apa punya ayat daa) adalah meringue akan nampak berkilat, kental dan ringan. Bila kita kalihkan meringue menggunakan sudu, meringue terus kekal dalam keadaan yang dikalihkan tadi.

Perhatikan meringue dalam gambar ni...
Saya baru pindahkan dari bekas ke atas kertas minyak
Tapi bentuknya tetap kekal sepertimana yang saya tuang
Sbb dah cukup kental dan sgt ringan

Ni pula pandangan sisi...
Baru nampak keberkilatan meringue

Lepas tu, bentukkan bulat dan sedia utk dibakar

Taraaa.... hasil selepas dibakar sejam setengah 
(bergantung kepada oven)
Oven saya kalau guna gas 4 cepat hangus, sbb tu guna gas 3
Gigih tunggu sejam setengah utk bakar meringue :)

NuKilaN:
 

Thursday, February 28, 2013

Resepi Pavlova cara saya

Masa sambutan hari lahir Danish, ramai juga adik-adik yang request pavlova. Siap request lima tingkat pavlova. Tapi mana la larat saya nak bakar banyak-banyak (Maaf ya adik-adik manis sekalian). Sempat buat tiga lapis saja. Tu pun yang lagi satu lapis  adik Akma tolong masakkan meringue dan adik Ummi yang kena letak topping dan hias sendiri. Yang ajaibnya, sekejap jer licin semua tu. Dah makin ramai penggemar pavlova kat Bradford ni rupanya :)

Pavlova kegemaran ramai
Pavlova dua tingkat

Tak susah nak buat pavlova sebenarnya. Banyak juga blog yang letak step-by-step. Kalau ikut betul-betul rasanya terus menjadi. Apa pun, saya share juga resepi kat sini bagi memenuhi permintaan adik-adik kat Bradford ni...

Sebelum buat meringue, pasangkan oven pada gas 3 (100-120 degree)...

Bahan meringue:
4 biji telur putih 
1 cawan gula kastor (saya kurangkan kepada 3/4 cawan)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh lemon jus

Cara-cara buat meringue:
1. Campurkan gula kastor+tepung jagung dan kacau hingga sebati.
2. Pukul putih telur hingga "soft peak".
3. Bila putih telur dah betul-betul kembang, masukkan campuran gula sedikit demi sedikit. Bila campuran gula dah dimasukkan semua sekali, teruskan memukul hingga adunan bertanduk dengan menggunakan kelajuan mixer yg paling tinggi. Adunan bertanduk maksudnya meringue telah berubah menjadi berkilat dan likat. Kalau berani, terbalikkan adunan atas sinki and the meringue tetap kekal di kedudukan asal.
4. Akhir sekali, masukkan vanila dan lemon jus. Kaup balik menggunakan spatula. 
5. Apabila sebati, bentukkan meringue di atas kertas minyak (parchment paper) dan bakar menggunakan gas 3 (100-120) hingga masak.

Part bakar tu la ambil masa agak lama sikit. Biasa saya bakar dalam sejam hingga 1 1/2 jam. Selepas bakar satu jam, cuba check dengan tangan kekerasan meringue. Jika belum keras dan meringue masih melekat pada tangan, teruskan membakar hingga meringue betul-betul rangup bahagian luar.

Bila meringue dah masak, tutup api oven dan biarkan oven terbuka sikit (biasa saya letak kain kat pintu oven). Jangan terus keluarkan untuk mengelakkan pavlova mendap. Bila sejuk (dalam 30 minit, boleh keluarkan dari oven untuk diletakkan topping.

Lagi satu, make sure alatan yang digunakan untuk buat pavlova adalah kering dan bebas dari sebarang minyak/air. Maka kena selalu lap kering-kering semua alatan utk buat pavlova, termasuk telur yang telah siap dibasuh juga kena lap hingga kering.

Semasa menunggu meringue dibakar dalam oven, saya akan siapkan topping untuk pavlova. Untuk buat topping, sangat mudah. Bak kata Irfan, easy peasy lemon squeezy :)

Bahan-bahan topping:
250 ml whipping cream (guna jer satu tiub Emlea hijau)
1 sudu teh esen vanila
2-3 sudu besar gula castor/icing (bergantung pada citarasa, saya biasa letak dua sudu gula castor)

Cara penyediaan:
Pukul semua bahan hingga kental. Boleh letak dalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk. 

Bila nak makan baru letak topping atas meringue dan hiaslah dengan buah-buahan kegemaran anda. Saya suka letak kiwi, strawberry dan anggur. Rasa masam dari buah kiwi dan strawberry sangat harmoni dengan manisnya pavlova.

Selamat mencuba :)

NuKilaN:
 

Wednesday, August 29, 2012

sedikit tips pavlova

Sekarang ni, pavlova dah semakin sinonim di kalangan rakan-rakan. Rupanya ramai betul peminat pavlova di Bradford ni :)

Selepas cubaan pertama saya yang boleh dikira menjadi, saya hidangkan pavlova kepada rakan-rakan semasa majlis berbuka puasa (hari lahir Irfan) dan majlis rumah terbuka (hari lahir Aisyah). Masa majlis berbuka, sekejap jer pavlova licin dikerjakan muslimat tanpa sempat dirasa oleh muslimin. Saya buat lagi sekali semasa open house - juga licin sekelip mata, siapa datang lambat memang tak sempat nak merasa.

Rahsia tak nak bagi pavlova rasa muak - kena buat bentuk meringue agak nipis supaya ia lebih garing. Kata mereka, pavlova ni memang cair di mulut. Sangat kena dengan manis dan masam buah-buah dan fresh cream. Ada juga rakan yang cadangkan supaya meringue dibentuk kecil-kecil - boleh cuba kot lain kali :)

Lagi satu, kena pandai pilih whipping cream. Saya pernah guna whipping cream jenama tesco. Bila putar, cream tu jadi tak berapa creamy dan rasanya kurang sedap. Bila diletakkan atas pavlova, cream tu akan masuk dalam pavlova menyebabkan kerangupan pavlova tu akan hilang :(

Pavlova pandangan sisi
Pavlova pandangan atas
Bila tengok gambar ni, teringat lagi rasanya yang unik tu..
Saya juga dah jadi penggemar pavlova!

NuKilaN:
 

Saturday, August 11, 2012

pavlova

Dah beberapa bulan saya duk mengintai resepi pavlova. Teringin nak makan bila tengok rupanya yang menggoda. Kebetulan ada seorang kawan juga menyuarakan hasrat yang sama. Saya pun menawarkan diri untuk memasaknya.

Maka bermula la operasi memasak pavlova ditemani anak-anak yang turut membantu. Senang saja nak buat rupanya - cuma ada beberapa pantang larang yang harus dipatuhi (bekas yang digunakan mesti bebas dari air/minyak, tiada kuning telur/ kulit telur semasa mengasingkan telur putih). Saya rujuk resepi dari sini dan sini.

Jom intai telatah anak-anak yang turut membantu

Danish sedang meratah meringue...
Licin sudu dia kerjakan
Tgk snap gambar danish, Irfan pun nak interpreme
Rupa meringue yang siap dibakar
Proses menyusun buah
Irfan jer yang betul2 susun atas pavlova
Danish dan Aisyah susun ke dalam mulut :)
Taraa... hasil kerja anak-anak
Abaikan kecomotan itu....
Rasanya... boleh tahan tapi agak muak
Anak-anak makan cream dan buah-buah jer
Pavlova tolak ke tepi... huhuhu

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails