Entry dah lama dalam draf.
Iaitu lepas lawatan kami ke Sea Life Birmingham seperti yang saya cerita dalam entry "
Tengok Penguin".
Keesokkannya lepas check out dari Travelodge Birmingham, kami terus ke Warwick Castle.
Kebetulan cuaca pagi tu sangat sejuk dan berkabus.
Rasa macam mengigil gigil badan sebab tak bawa baju tebal.
Dah la pakai baju nipis, sarung tangan pun tak bawak.
Tapi tahan aje lah sejuk sebab nak meronda castle punya pasal.
Masuk jer dalam perkarangan castle, kami disambut oleh merak yang jinak ni.
Irfan terus saya snap gambar dia dengan si merak.
Masuk ke kawasan castle, masih belum ramai orang. Mungkin sebab masih awal pagi dah cuaca pagi tu yang amat sejuk menggigit.
Ada juga disediakan papan kenyataan tentang persembahan yang kami boleh ikuti pada hari tersebut. Tapi kami tak sertai Ultimate Castle Tour dan History Team Tour tu.
Mula-mula kami sertai persembahan ni - Raising of the Portcullis.
Dah lupa apa yg beliau ceritakan. Itu lah tak terus buat laporan bila balik.
Kemudian kami sertai Princess Interactive Session.
Danish dan Aisyah juga boleh pakai baju putera dan puteri.
Aisyah yang paling seronok sertai session ni.
Next, kami tengok persembahan The Trebuchet Fireball Show.
Ini lah rupa trebuchet yang dimaksudkan.
Next, kami ke mini zoo yang berdekatan. Ada beberapa spesis burung yang kita biasa tengok dalam movie2 tu...
Kami juga menyertai persembahan "The Fight of the Eagle".
Selesai persembahan, anak2 request nak main memanah... Jadi kami layankan ajer...
Di sini juga ada taman yang dipenuhi dengan bunga2 ros....
Juga kami tak lepaskan peluang memanjat 530 anak tangga di sekelililing castle..
Muka confident Aisyah dan Irfan nak panjat 530 anak tangga...
Anak tangga yang agak curam...
Taraa.. berjaya sampai ke puncak tower...
Pemandangan dari atas tower..
Ada juga beberapa ruang pameran di atas ni.. Ni irfann berlakon kononya terkena bara yg panas.. huhuhu
Persembahan terakhir yang kami sertai adalah "The Bowman Show"...
Irfan dan Aisyah yang ralit dgn cerita dari Bowman... Danish yang tak berapa faham lagi, jadi dia cepat2 posing bila nampak saya snap gambar...
Macam2 jenis panah yang ditunjukkan... Kita yang tua ni pun rasa ralit... Maklumlah biasa duk tgk dalam cerita jer, ni boleh tgk sendiri pelbagai jenis dan kegunaan panah...
Dalam ni juga ada mini playground....
Sebelum balik, masing2 pekena aiskrim dulu... Sejuk ke tak, tolak tepi dulu bila jumpa aiskrim...
Snap sign ni sebelum balik ke rumah...
Bila tgk sign ni, baru ingat yang liputan ke Chessington, Thorpe Park, dan Legoland tak buat pun lagi sebagai kenangan di blog.