Showing posts with label penambah susu. Show all posts
Showing posts with label penambah susu. Show all posts

Thursday, September 30, 2010

supplemen

Dah lama tertangguh nak buat entry pasal supplemen ni. Maaf yer cery! Tak dapat nak bagi good testimoni lepas guna supplemen. sebabnya akak ni bukan seorang yang berdisiplin kalau bab makan supplemen ni. Huhuhu... susah sungguh nak telan supplemen hari hari atau org kata istiqamah dalam pengambilan supplemen.

Dah dua bulan berlalu. 
Tapi Trial pack set B Shaklee yang saya order masih lagi berbaki.
Sepatutnya satu set trial pack macam pic atas ni adalah untuk sebulan.
Yang saya punya masih lagi berbaki seperti berikut:
Vitalea - 6 biji
B-Complex - 4 biji
Alfafa - 10 biji
Vitamin C - 5 biji

Terasa diri sendiri sangat teruk. Susah betul nak motivasikan diri supaya istiqamah telan supplemen. Tapi kan mommies, memang ada perbezaan bila kita ambil supplemen. Badan rasa ringan dan sangat segar  bila bangun pagi. Lenguh lenguh badan dah berkurang. Kat opis pun, susah sikit nak rasa mengantuk. Buat kerja pun lebih produktif.  Fikiran lebih fokus dan tak rasa serabut sangat walaupun banyak to-do list yang nak kena selesaikan. Pasal production susu tak boleh nak komen, sebab saya tak makan hari hari. So susah sikit nak kaji kesan supplemen ni utk EBM  production.

Wednesday, September 1, 2010

jus roselle

Sekarang ni, waktu berbuka jer mesti nak minum jus roselle. Sedap sangat jus ni. Rasa masam manis lebih kurang ribena. Ada orang kata jus roselle ni minuman rasmi negeri terengganu. Sejauh mana kebenarannya, saya pun tak berapa pasti :)
Saya juga tak pasti, adakah jus ni juga boleh digolongkan sebagai milk booster atau minuman panambah susu. Tapi sejak akhir2 ni, production susu amat memberangsangkan. Sekali pam dapat dalam 6 oz. Tiga kali pam dapat 18 oz. Mungkn kuantiti ini adalah biasa bagi ibu2 yang lain. Bagi org yang x byk susu mcm saya ni, kuantiti mcm ni sangat menggembirakan :). Syukur sangat sebab dapat simpan susu buat stok.

Dalam bergembira tu, saya masih lagi tertanya-tanya.... apa saya makan, dapat susu meriah mcm ni? So, saya buat kesimpulan roselle juga adalah milk booster utk saya. Lagipun harga jus roselle ni sangat berpatutan, satu gelen jus roselle hanya RM10. So, bagi yang berada kat area kuala terengganu, boleh la cari jus ni utk hidangan berbuka puasa sambil meng'up'kan production susu :)

Wednesday, August 18, 2010

jom masak sup lobak putih

Salam ramadhan kawan- kawan,

Hari ni saya nak share resepi sup lobak putih. Resepinya sangat mudah dan ringkas. Jom kita intai bahan bahan yg diperlukan....

dua ulas bawang merah (dimayang)
dua ulas bawang putih (dimayang)
sepaket sup bunjut adabi
sebatang lobak putih

dan beberapa ketul isi + tulang ayam
saya suka potong kecil kecil

rupa lobak putih yang siap di potong potong
Mula mula tumis bawang merah, bawang putih dan sup bunjut hingga naik bau. Kemudian masukkan isi + tulang ayam. Biarkan seketika dan tambah air. Biarkan sup mengelegak. Bila menggelegak, perlahankan api dan masukkan lobak putih dan tambahkan garam secukup rasa. Bila lobak putih dah masak, tutup api dan sup sedia utk dihidang.

Sangat senang, kan?
Tak sampai 30 minit dah siap masak :)
Selamat mencuba....

Wednesday, June 23, 2010

minum air barli

Air barli adalah kegemaran saya sekeluarga. Bila masak jer air barli, mesti anak-anak pun tak sabar nak minum. Yang bestnya, ia juga boleh bertindak sebagai penambah susu. So, sejak akhir akhir ni memang rasa tak lengkap jika tak minum air barli. Lagi satu yang saya perasan, susu yang dipam nampak lebih pekat jika selalu minum air barli dan danish pun cepat kenyang bila menyusu. Tak susah pun nak masak air barli ni. Jom kita tengok cara saya masak air barli.

Saya guna barli dalam tin jenama brand.


Macam ni la bentuk barli belum masak. So, saya masak dalam 4 hingga 5 sudu besar.



Kemudian biji barli dibasuh dan ditoskan.


Lepas tu isi air dalam slow cooker. Kalau nak cepat guna air panas. Masukkan barli yang telah ditoskan dalam slow cooker.


Kemudian, tutup tudung slow cooker.


Biarkan masak dalam 2 hingga 3 jam. Kemudian tambahkan gula secukup rasa (gambar barli yang dah dimasak lupa nak snap). Maaf yer!

Monday, June 21, 2010

peria oh peria

Selain daripada lobak putih dan air barli, peria juga amat serasi utk saya bagi menambahkan SI. Saya mula sedar benda ni masa balik kampung beberapa minggu lepas. Masa makan malam, ada kerabu peria... pergh, mmg sedap sangat kerabu peria yang mak sedara buat. Saya tak de la makan banyak sangat, rasa dalam beberapa keping jer. Tapi, kesannya dapat saya rasai selepas beberapa jam. Kalau tak silap, dalam pukul 3 pagi, dah tak boleh tidur sebab rasa B bengkak. So, saya pun bangun untuk pam susu. Masa duk mengepam tu, sambil berfikir.. apa la makanan yang saya makan sampai cepat sangat B bengkak padahal danish bangun menyusu macam biasa. Masa tu la teringat, ni mesti kes makan kerabu peria. Then bila gugle kat internet, mmg sah bahawa peria juga merupakan agen penambah susu.

Semalam saya ada beli beberapa batang peria. Nak buat kerabu macam mak sedara tak pandai. So gugle la skit kat internet utk cari resepi. Jumpa la resepi sambal peria yang agak senang untuk disediakan dari sini. Saya tempek resepinya kat sini untuk rujukan pada masa akan datang.

Resepi sambal peria

Bahan Utama:-


• 1 biji peria kambas

• 1/3 cawan isi udang

• 1 camca besar sos tiram

• 1/2 cawan air

Bahan Tumbuk Lumat:-

• 1 biji bawang besar

• 1 biji lada merah

• 2 ulas bawang putih

• 1/2 camca teh garam kasar

Cara membuatnya:-

• Belah peria dan buang biji. Potong serong setiap belahan dan rendam dalam air bersama 1 camca besar garam selama 15 – 20 minit. Kemudian toskan. Tujuan untuk mengurangkan rasa pahit.

• Dalam kuali, panaskan 2 camca besar minyak. Tumis bahan2 tumbuk halus hingga wangi, masukkan sos tiram dan udang, kacau dan tuang air.

• Bila mendidih, masukkan peria tadi dan gaul hingga rata. Kecilkan api dan masak untuk 2 – 3 minit hingga peria lembut. Rasa garamnya dan jika kurang boleh ditambah sedikit lagi.

Sunday, June 20, 2010

lobak putih

Al kisahnya, dua tiga hari lepas, bahagian muka dan tangan danish ada merah merah dan macam gatal. Dia pun asyik duk genyeh jer bahagian mata sampai mata kanan jadi sepet sebelah. So pergi la minta nasihat dari yg pakar. Disebabkan danish menyusu badan sepenuhnya, so saya juga kena elakkan makan benda yang boleh menyebabkan gatal seperti telur, ikan, ayam, makanan laut. Tp yang paling penting, langsung tak boleh makan telur. Dah la telur tu makanan peberet saya sbb senang nak masak :)

Jadi pening juga la duk fikir nak masak menu apa hujung minggu lepas. Bila buka fridge, nampak ada sikit lagi lobak putih. Ermm, boleh la buat sup lobak putih. So, utk lunch dan dinner semalam dan kelmarin (dua hari berturut-turut), menu saya cuma nasi putih dan sup lobak putih berserta air barli.

Hari ni masa mengepam di pejabat, memang agak terkejut. Dapat susu dalam 8oz. Sejak akhir akhir ni memang susah nak dapat susu semewah ini. Minggu lepas, nak dapat 6oz pun susah sebab semasa balik kampung selama 4 hari, saya mengilat untuk mengepam (macam mana la nak jadi umi yang berdisiplin mengepam ni??). Alasannya - sibuk dengan majlis perkahwinan adik sampai tak sempat mengepam susu.  Boleh terima tak? Walau apa pun, bersyukur sangat sebab susu dah kembali meriah. Boleh la mula buat stok utk bulan puasa.

Sekarang, gatal gatal kat muka danish pun dah hilang dan susu juga semakin bertambah. Lalala..... seronoknya rasa :). Memang ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.

Related Posts with Thumbnails