Hehehe, datang dekat sikit nak bisik ni....
Psst, saya dah dapat lesen UK.
Tq tq, mommies mesti cakap tahniah kan? hahaha (perasan habis :p)
Dah lama pun dapat, dalam bulan Jun hari tu.
Perasan pula mama JJ yang saya dah dapat lesen kereta bila asyik up cerita pasal jalan-jalan memanjang.
Orang baru dapat "kaki" katakan.
Tengah kemaruk nak pegang stereng masa tu.
Bila tgk semula entry "Pegang Stereng" ni, awal tgh Januari tahun ni saya mula belajar bawa kereta.
Kira lama juga tempoh yang saya ambil untuk lulus.
Dalam enam bulan lebih kurang.
Yea lah, nak belajar cara memandu negara orang bukan mudah.
Dah la kete sendiri takde utk praktis.
Harapkan belajar dengan cikgu aje lah.
Dengan kekangan masa dan stress belajar lagi...
Apa-apa pun lega sgt2 bila dah dapat lesen tu...
Alhamdulillah sgt2....
Ok, back to main topic.
Sebenarnya dah lama nak share cara2 nak dapatkan lesen UK ni.
Boleh lah buat panduan bagi mommies yang nak ambil lesen kat UK ni.
Permohonan utk buat lesen ni kebanyakan adalah secara online.
Boleh tgk kat website GOV.UK ni.
Tapi saya ringkaskan dulu langkah2 yang kena buat bila nak apply lesen UK:
1. Mohon "First Provisional Driving Licences".
Boleh apply online atau boleh dapatkan borang dari post office.
Jika memohon secara online, dalam masa seminggu dah dapat lesen....
Tapi jika memohon secara pos, tempoh pemprosesan boleh mencecah tiga minggu. Bayaran pemprosean juga sedikit mahal berbanding permohonan online.
2. Dah dapat lesen provisional, boleh mula booking theory test.
Detail pasal teori test ni saya akan cerita dalam Part II.
Berikut yuran yang dikenakan:
3. Bila dah lulus theory test, boleh bawa kereta utk belajar dengan cikgu memandu yang bertauliah.
Tiada waktu belajar minimum yang diperlukan. Kalau rasa confident, boleh terus ambil driving test tanpa hadiri kelas memandu. Tapi seeloknya belajar dengan cikgu dari sekolah memandu/private tutor sebab banyak peraturan di UK yang tak sama dgn peraturan di M'sia. Contohnya bila kita nak menghampiri simpang. Dari jauh dah kena tengok kereta dari kiri dan kanan. Kalau takde kereta, kena teruskan. Kalau kita berhenti di simpang padahal tiada kereta dari kiri mahupun kanan, itu dikira kesalahan kecil. Kena tolak markah tau. Lagi detail, saya akan cerita dalam Part III.
4. Booking slot utk driving test.
Slot driving test yang kosong, bergantung kepada tempat. Macam kat Bradford, lama juga mendaftar baru boleh ambil test. Dua bulan sebelum test dah kena booking slot utk driving test. Kos utk ujian memandu ni GBP62.
5. Ambil driving test.
Jika lulus, examiner akan keluarkan sijil memandu sementara. Dalam tempoh seminggu ke dua minggu, lesen memandu akan diposkan ke rumah. Tapi dalam tempoh tu, dah boleh bawa kereta tanpa rasa bersalah.
Jadi jumlah keseluruhan = 34 + 25 + 62 = GBP121 tak termasuk kos menghadiri kelas memandu.
Kos kelas memandu bergantung kepada sekolah memandu dan bilangan jam yang kita belajar. Kalau dapat cikgu persendirian lagi murah ( boleh risik dengan Gumtree). Macam yang saya ambil hari tu, GBP15 untuk satu jam. Bilangan jam bergantung kepada cepat atau lambat kita belajar. Bagi yg dah kertu mcm saya ni, lebih sepuluh jam juga kena belajar.
Nota ummi,
Saya mula2 macam pelik juga, kena apply lesen dulu baru boleh ambil teori test. Seingat saya masa ambil lesen kat M'sia, lepas lulus teori test baru dapat Lesen L. Lepas tu baru boleh bawa kereta.
NuKilaN:



